Tuesday, July 10, 2012

Sedekah Kepada Org Kaya

Soalan

bolehkah kita bagi sedekah kepada orang kaya atau org yg berkemampuan

Jawapan

Dalam masalah ini, sebenarnya definisi sedekah di dalam Islam membawa pengertian yang cukup luas. Ia bukan sahaja merujuk kepada pemberian wang, makanan ataupun lainnya, malah, lemparan senyuman turut dikira sebagai satu sedekah.
Oleh yang demikian, orang kaya dan golongan yang berkemampuan juga turut boleh diberikan sedekah. Ringkasnya, tiada sebarang halangan atau larangan di dalam Islam yang menghalang untuk diberikan sedekah kepada kedua golongan ini. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment