Tuesday, July 10, 2012

Adakah Seseorang Yang Kena Bayar Zakat Simpanan Boleh Menerima Zakat

Soalan

adakah seseorang yang kena bayar zakat simpanan boleh menerima zakat

Jawapan

Pengeluar zakat tidak boleh menerima zakat kerana mereka bukan salah satu daripada lapan golongan yang berhak untuk menerima zakat.
Sebagai maklumat, hanya lapan golongan (Asnaf) di bawah ini sahaja yang berhak menerima zakat, sedangkan pengeluar zakat bukan daripada Asnaf tersebut. Lapan Asnaf yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
1.         Fakir; iaitu orang yang tiada langsung harta atau usaha yang mana pendapatannya kurang dari separuh dari keperluan hariannya dan keluarganya

2.         Meskin; iaitu seperti fakir tetapi pendapatannya lebih dari separuh, walau bagaimanapun tidak cukup untuk menampung diri dan keluarganya

3.         Amil; iaitu orang yang bertugas memunggut zakat, mencari dan mengumpulkan penerima, menyerahkan wang Zakat tersebut kepada penerima.

4.         Muaalaf; saudara baru muslim – orang yang baru memeluk Islam.

5.         Hamba yang mukattab iaitu hamba yang dijanjikan kemerdekaan oleh tuannya sekiranya dapat membayar sejumlah nilai/wang yang tertentu.

6.         Tentera Perang Sabilillah yang tidak dibayar gaji dan berperang kerana Allah

7.         Orang yang berhutang kerana menyelesaikan persengketaan antara 2 orang

8.         Orang yang musafir yang keputusan belanja iaitu pemberian wang zakat yang sekira-kira cukup tambang dan bekalan hingga tempat yang ditujuinya.
Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment