Tuesday, July 10, 2012

Hukum Akad Nikah Kali Kedua Walau Masih Sah Suami Isteri

Soalan

assalamualaikum...saya dan suami telah berkahwin secara sah pada 4 tahun yang lepas.kami telah berkahwin di pejabat kadi dan berwalikan bapa saya..sewaktu kami berkahwin kami tidak membuat sebarang majlis dan hanya di ketahui oleh ahli keluarga sahaja...pada tahun kelima kami berkahwin,saya dan suami merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan. apakah hukum jika kami ingin mengadakan semula majlis akad nikah buat kali kedua. haruskah kami menyediakan semula mas kawin dan wali.tolong bantu kami

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Majlis aqad nikah kali kedua boleh dilakukan. Namun ia hanyalah sebagai satu lakonan semata-mata. Oleh itu, wali, saksi dan mas kahwin yang baru sudah tidak perlu untuk disediakan lagi.
Walau bagaimanapun, Panel berpendapat lakonan semula majlis aqad nikah tersebut sudah tidak perlu untuk dilakukan. ini adalah kerana ia seolah-olahnya satu penipuan kepada para jemputan. Sedangkan menipu itu adalah perbuatan yang berdosa di dalam Islam.
Sebagai gantinya, anda dan suami dicadangkan supaya bersama-sama turun padang untuk menyambut tetamu yang datang ke majlis tersebut. ia juga boleh dijadikan sebagai pengganti kepada majlis persandingan sebagaimana yang sering dilakukan oleh pasangan pengantin yang baru diijabqabulkan.
Ringkasnya, majlis aqad nikah (lakonan semula) boleh diadakan, tetapi jika tidak buat adalah lebih sesuai kerana ia merupakan satu penipuan yang jelas kecuali pihak anda dan suami menyatakan kedudukan yang sebenarnya kepada para tetamu. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment