Soalan
Dulu semasa remaja saya pernah bernazar seperti ini ,"sekiranya aku membuat maksiat lagi,aku bernazar untuk berpuasa 10 hari bagi setiap kali aku ulang maksiat itu".Tahun berganti tahun ,sy tetap melakukan maksiat tersebut berulang kali dan terpaksa berpuasa beratus hari.klau x slap,nazar ni nazar al-lajjaj.Bolehkah saya melakukan kafarah dengan berpuasa 3 hari shj jika tidak ada kemarahan semasa melafazkan nazar itu ? Saya sangat tertekan puasa y bnyk.
Jawapan
Dalam masalah ini, jika anda tidak mampu untuk melaksanakan nazar yang telah dibuat, anda dikehendaki membayar kifarah nazar sebagai memebus nazar tersebut.
Kifarah nazar:
1. Memberi makan kepada 10 orang fakir miskin, atau jika tidak mampu
2. Memberi pakaian kepada 10 orang fakir miskin, atau jika tidak mampu
3. Memerdahekakan seorang hamba yang mukmin, atau jika tidak mampu
4. Berpuasa 3 hari. Bagi Mazhab Syafi’i tidak disyaratkan secara berturut-turut.
Kifarah di atas boleh dijelaskan di Baitulmal atau Pusat Pungutan Zakat yang berhampiran.
Nasihat dari Panel, selepas ini tinggalkanlah perbuatan maksiat tersebut dengan hati yang rela dan pasrah kepada perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Semoga anda berjaya. Wallahu 'Alam.

No comments:
Post a Comment