Soalan
Assalamualaikum ustaz...saya ingin bertanya apakah hukum saya atau suami saya mandi bersama anak lelaki kami yang berusia 1 tahun 3 bulan tanpa kami menutup kemaluan di depan anak tersebut?
Jawapan
Waalaikumussalam, kesempurnaan Islam berpaksikan kepada 3 komponen utama iaitu:
1.Akidah / pegangan keimanan
2.Syariat/Syariah- rujukan hukum
3.Akhlak-suri teladan,budipekerti,tingkah laku,perangai
Berdasarkan kepada 3 komponen asas ini dari segi hubungannya ia saling kait mengait antara satu sama lain bagi tujuan pemantapan dan pengukuhan.Jika akidah kita kuat,kemudian syariat yang diturunkan kita dipatuhi dan akhlak mulia dan terpuji dijaga serta dipelihara,hasilnya ialah akan lahirlah muslim dan mukmin yang sejati.
Berbalik kepada persoalan, apabila ibubapa mandi bersama dengan anak dalam keadaan telanjang/bogel,situasi ini melibatkan akhlak seseorang .Sedangkan rasulullah saw tidak pernah bertelanjang bulat tanpa seurat benang ketika bersama para isteri, apatah lagi ketika mandi.Ini kerana ada 2 malaikat yang tidak pernah berenggang dengan manusia setiap masa iaitu rakid dan atid.Tugas mereka akan mencatat amalan baik dan amalan buruk yang dilakukan oleh manusia pada setiap ketika.
Jika kita mandi dalam keadaan bogel tambahan pula di depan anak walaupun anak tersebut masih mentah, sebenarnya kita sendiri telah mewariskan kepada anak berkenaan akhlak yang tidak baik iaitu tidak tahu malu dan jaga maruah diri.Sedangkan pengutusan baginda kepada umat manusia adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia itu sendiri.
Justeru panel tidak hairan jika suatu ketika nanti apabila anak itu membesar ia akan terdidik menjadi manusia yang tidak tahu malu dan menjaga maruah diri.Pada masa itu kita selaku ibubapa akan rasa menyesal kerana salah didikan kepada anak.Perkara ini terjadi hasil daripada pengalaman yang ditiru daripada kedua ibubapa semasa mereka kecil.
Oleh itu panel tegaskan eluklah anda berdua hentikan mandi dalam keadaan bogel apabila bersama anak.Jika hendak mandi juga cubalah belajar jadi manusia yang tahu malu.Ini kerana dengan mengamalkan sifat malu itu dikira sebahagian daripada keimanan.
Panel syorkan agar anda didiklah anak tersebut dengan sifat-sifat mahmudah dan mulia.Mudah-mudahan ia akan membesar dengan memiliki akhlak seorang muslim dan mukmin sejati sebagaimana yang dianjurkan oleh baginda saw.Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment