Soalan
Assalamualaikum w.b.t
Sah ke solat kiranya kiblat sepatutnya ke kiri sedikit tetapi semasa solat menghadap tegak lurus. Wassalam..

Jawapan
Waalaikumussalam,antara syarat sah orang yang hendak mendirikan solat ialah berakal.Ini bermaksud mempunyai minda (akal) positif dan waras itu memang menjadi suatu tuntutan.Justeru sebelum solat anda perlu mencari arah kiblat yang sebenarnya dengan cara bertanya kepada mereka yang tahu/arif tentang perkara tersebut.Andaikata anda yakin dengan arah kiblat yang diberitahu dan anda tidak ragu tentang kiblat tersebut maka sahlah solat yang didirikan.Hal ini berpandukan kepada kaedah Fekah iaitu:
"Al-Yakin layuzalu bissaqqi". Bermaksud, keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan keraguan
Berdasarkan kepada mafhum kaedah Fekah ini jelaslah jika anda yakin tentang arah kiblat itu memang betul maka sahlah solat yang anda dirikan itu.
Sebaliknya jika anda meragui maka tidak sah solat yang telah anda dirikan maka ketika itu jika anda sedar dan waktu masih ada hendaklah anda tunaikan solat itu semula dan jika waktu telah luput/habis perlu anda kada' solat tersebut kerana tersilap arah kiblat yang sebenarnya. Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment