Friday, July 13, 2012

Menjual Barang Recycle


Soalan

Apakah hukum menjual barang recycyle,seperti paper,majalah yg mengandungi tulisan Allah dan Muhammad dalam bahasa rumi di mana tempat recycle itu tidak teratur susunan brg2nya iaitu paper dan majalah dicampakkan saja

Jawapan

Dalam persoalan ini, buku, majalah, surat khabar atau dokumen-dokumen lain yang terdapat padanya kalimah Allah yang ditulis menggunakan tulisan rumi adalah tidak perlu untuk diasing atau dipisahkan daripada kertas-kertas yang lain.
Ringkasnya, status tulisan tersebut adalah sama seperti tulisan-tulisan lain yang ditulis menggunakan tulisan rumi. Akan tetapi, jika ia ditulis menggunakan tulisan jawi (Arab), ia perlu diasingkan atau dipisahkan daripada kumpulan kertas dan buku tersebut. Hal ini adalah kerana status tulisan Allah yang menggunakan tulisan jawi perlu dihormati sama seperti ayat-ayat Al-Quran yang ditulis dalam tulisan tersebut.
Oleh itu, surat khabar atau majalah tersebut boleh anda hantar ke pusat kitar semula (recycle) kerana status kalimah tersebut yang ditulis dengan tulisan rumi adalah tidak sama dengan tulisan jawi. Wallahu 'alam.

1 comment:

  1. apa pula hukumnya jika meletakkan tulisan rumi "bismillah" di dalam tandas? minta penjelasan..

    ReplyDelete