Monday, July 2, 2012

Kutipan Anak Yatim Dan Miskin

Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya beberapa soalan:
1. Sekiranya seseorang membuat kutipan untuk anak-anak yatim dan miskin melalui tabung-tabung derma dan surat-surat bagi memohon sumbangan, Bolehkah hasil kutipan tersebut diambil oleh orang yang membuat kutipan tersebut sebagai upah iaitu sebnyak 40%,, atau tidak boleh? atau ada kadar-kadar yang tertentu,, ??
2. Sekiranya pengutip derma tersebut adalah pekerja tempat itu, ada gaji, bolehkah dia mengambil upah kutipan?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Wang tersebut tidak boleh diambil oleh pemungut derma dan tidak boleh dijadikan sebagai upah kepada pemungut derma tersebut.  hal ini adalah kerana wang tersebut diserahkan kepada pemungut derma adalah atas nama sedekah kepada anak yatim dan orang miskin. Oleh itu, wang tersebut adalah khusus untuk dua golongan tersebut sahaja dan tidak boleh digunakan untuk tujuan-tujuan yang lain. jika digunakan, maka hukumnya adalah dilarang/haram.

2.         Jika pemungut derma tersebut bertugas atau makan gaji di tempat itu, dan di antara tugasan yang perlu dibuat ialah memungut derma, maka dia tidak boleh mengambil upah daripada kutipan yang dibuat. Hal ini adalah kerana kerja mengutip derma tersebut adalah tugasan yang perlu dilakukan kerana gajinya juga dibayar kerana melakukan kerja-kerja mengutup derma tersebut.
Ringkasnya, gaji yang diterima adalah upah kepada kerja-kerja yang dilakukan termasuklah kerja-kerja mengutip derma tersebut.
Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment