Tuesday, July 10, 2012

Adik Beradik Tiri

Soalan

assalamualaikum ustaz/ustazah.. saya ada adik beradik tapi berlainan bapa.. tapi ibu kami sama, bapa je lain.. kami dibesarkan bersama sampai sekarang.. tinggal bersama dengan keluarga la.. tersentuh dengan segaja.. apa pendapat ustaz/ustazah tentang situasi begini?? harap maklum. terima kasih

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam situasi ini, hubungan anda dengan adik-beradik yang lain (satu ibu lain ayah) bukanlah hubungan adik-beradik tiri, ia adalah hubungan adik-beradik satu ibu tetapi lain ayah. Had batasan hubungan di dalam perhubungan ini adalah sama seperti had batasan hubungan dengan adik-beradik kandung. Ringkasnya, jika bersentuhan tanpa sebarang lapik (kulit bertemu kulit)tidak membatalkan wudhu’.
Demikian juga dengan adik-beradik tiri (lain ibu dan lain ayah) juga tidak membatalkan wudhu’ dengan syarat ibu dan ayah yang berkahwin telah melakukan persetubuhan (jimak). Wallahu 'alam.

7 comments:

  1. Ada rujukan ke ttg hubungan adik-beradik tiri. Majoriti mengatakan bukan mahram.

    ReplyDelete
  2. boleh kah saya menjadi wali kepada adik perempuan lain ayah tapi sama emak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak boleh..wali mst ada kaitan/pertalian dgn ayah..contoh saudara lelaki sebapa.

      Delete
  3. Jawapan yang terakhir ini sangat salah. Adik beradik tiri bermaksud anak dari ibu atau bapa tiri yang tiada kaitan dengan kita. Maka mereka ini bukan mahram kita. Batal wudhuk jika bersentuh. Yang menjadi mahram adalah ibu atau bapa tiri setelah berlaku jimak di antara mereka selepas berkahwin.

    ReplyDelete
  4. Setuju dengan puan/cik wanda, adik beradik tiri lain ibu bapa batal wuduk dan ttp kena jaga aurat, kecuali adik beradik tiri satu bapa atau satu ibu baru tidak batal wuduk...

    ReplyDelete
  5. Setuju dengan puan/cik wanda, adik beradik tiri lain ibu bapa batal wuduk dan ttp kena jaga aurat, kecuali adik beradik tiri satu bapa atau satu ibu baru tidak batal wuduk...

    ReplyDelete
  6. Yg jwb ni ostad media sosial agaknya

    ReplyDelete