Saturday, September 21, 2013

Was-was Selepas Mandi Wajib Bila Ada Kotoran

Soalan

assalamualaikum. saya mandi wajib pada pagi. dan pada siangnya bila saya ingin solat saya sedar bahawa terdapat kotoran yang seakan gam melekit di mana apabila digosok dengan kuku ia keluar seakan2 getah. adakah mandi wajib saya sah?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Perlu panel  tegaskan jika gam tersebut sifatnya menghalang/menyekat daripada air mandian sampai maka mandi wajib itu  tidak sah,maka solat yang didirikan juga tidak sah.Sebaliknya jika gam tersehut memang sifatnya membenarkan air sampai keseluruh tubuh badan termasuk tempat yang terkena gam maka  mandi wajib yang dikerjakan itu sah justeru iq tidak perlu ulangi  mandi wqjib baru begitu juga dengan solat,wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment