Saturday, September 14, 2013

Suami Kencing Tak Lawas

Soalan

Assalamualaikum wbt ustaz... bolehkah suami yg mempunyai kencing tak lawas membalut zakarnya dgn kain dan berwuduk , kemudian dia menjadi imam solat kepada isterinya di rumah?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Sekiranya seseorang itu mengidap penyakit kencing tak lawas,ulamak dan para sarjana dalam bidang fekah merumuskan supaya mereka memastikan waktu solat telah benar-benar masuk basuh dan sucikan kemaluan kemudian balut.Setelah itu beliau hendaklah dengan kadar segera ambil wuduk lalu mengimamkan solat tanpa mendahulukan solat   sunat Qobliyah.Setelah selesai solat fardu suami puan tidak boleh untuk solat sunat ba'diyah/selepas.Ini kerana wuduk yang diambil tersebut hanya boleh digunakan untuk sekali solat fardu sahaja.Jika beliau ingin solat sunat,mohon beliau mengambil wuduk baharu.Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment