Saturday, September 14, 2013

TAHARAH DAN PEWARNA RAMBUT

Soalan

Salam panel yg dirahmati Allah SWT , saya ada 2 soalan mengenai taharah .
1.Tahun lepas , saya pernah terpijak najis anjing dengan kasut saya. Baru2 ini saya was2 bahwa sudhkah saya sertu?Kasut itu kini tlh dibuang. Perlukah saya sertu kaki saya jugak dan dlm rumah saya yg dpijak oleh kasut itu? Saya tidk igt tempat mana yg dipijak krna ia berlaku sudah lama.
2.Bolehkah tanah berwarna hitam yg bercampur dengan batu2 dan pasir dan sikit sampah sarap di dpan rumah saya digunakan utk sertu?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Anda tidak perlu sertu jika anda jika tidak tahu /jahil tentang hukum perkara tersebut,tambahan kes tersebut telah berlaku setahun yang lalu.Jika anda masih juga  meragui tentang najis tersebut eluklah disertu pada tempat yang anda yakin telah anda pijak.Perlu panel tegaskan bahawa kaki anda tidak perlu disertu kerana ia berada di dalam kasut.
2.Sebaik-baiknya tanah yang digunakan untuk sertu itu tanah yang keras dan kurang bercampur batu,pasir dan sampah.Sekiranya tiada tanah selain itu sahaja yang ada ,maka menggunakan untuk tujuan sertu diharuskan tetapi dengan syarat ,anda perlu asing dan bersihkan terlebih dahulu sebelum digunakan.Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment