Saturday, September 21, 2013

Tafsiran Mimpi Bertemu Seserang Tapi Tidak Jelas Wajahnya


Soalan

Assalamualaikum w.b.t ustaz... saya damia nak bertanya berkaitan mimpi yang telah saya mimpikan. Dalam mimpi itu, saya telah bertemu seseorang lelaki tapi mimpi itu saya tak nampak dgn jelas wajah seseorang itu. saya kerap bermimpi mimpi yang sama. Apakah maksudnya....?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Mimpi itu terbahagi kepada dua kelompok  yang besar iaitu,
1. Mimpi benar yang mana sebelum tidur anda membuat persediaan iaitu berwuduk,membaca ayat  alQuran,zikir dan tasbih tertentu sebelum memejamkan mata.
2. Mimpi yang tidak benar iaitu mimpi mainan tidur tanpa membuat persediaan seperti tidak berwuduk,tidak membaca alquran,tidak berzikir dan bertasbih sebelum tidur.
Sebagai langkah positif anda dinasihatkan supaya melaksanakan solat hajat pada 2/3 waktu tengah malam.Kemudian dalam sujud minta petunjuk kepada Allah supaya memberikan  gambaran imej yang sering bermain dalam minda tersebut agar  jelas dari segi rupa wajahnya.Pada pandangan panel berdasarkan ilmu dan info yang dimiliki ternyata itu merupakan jodoh anda,cuma Allah hendak uji supaya anda berusaha sedikit sebelum dianugerahkan jodoh yang serani.Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment