Soalan
Assalamualaikum Ustaz,
Ada seseorang yang menyatakan Puasa tdk perlu diqada'kan oleh wanita yg mengalami Haid semasa bln Ramadhan kerana Haid merupakan perkara semulajadi terhadap wanita. Beliau menekankan lagi puasa hanya perlu diganti oleh wanita yang bersalin pada bulan puasa.
Beliau juga menyatakan puasa wanita haid tidak perlu ganti kerana ia adalah bersamaan dengan tidak perlu qada' solat lima waktu semasa haid. Boleh tolong bagi nas yang kukuh yang boleh saya beritahu kpdanya? TQ

Jawapan
Waalaikumussalam.
Tidak benar pendapat sedemikian kerana dalam menjelaskan persoalan ini ia dikaitkan dengan ayat al-Quran surah al-Baqarah ayat 184 yang bermaksud "Sesiapa yang berada dalam keadaan sakit atau musafir maka hendaklah ia menggantikan pada hari yang lain, dan bagi orang yang tidak mampu (berpenyakit yang tidak dapat dipulihkan seperti penyakit tua atau gastrik berpanjangan dan saumpamanya) untuk berbuat demikian (berpuasa) maka hendaklah ia menggantikan pada hari yang lain".
Benar bahawa Haid merupakan perkara semulajadi tetapi dalam ayat ini (maksud ayat al-Quran diatas) ia tidak berkecuali dari melakukan puasa sekalipun bagi wanita yang bersalin pada bulan puasa. Ia tidak sama dengan kes solat kerana ada hadis yang mengecualikan solat (melarang solat dan mengecualikan solat untuk diganti) bagi wanita yang ber Haid. (Soheh Muslim - no. 335 : Kitab al-Haid) yang bermaksud " Apabila yang demikian itu (haid) menimpa kami (Aisyah) maka kami disuruh oleh Rasulullah mengqada puasa namun tidak disuruh untuk mengqada solat."

No comments:
Post a Comment