Soalan
Adakah produk makanan McD haram..harap dapat beri maklum balas secepat
mungkin dan siarkan kepada media kerana ramai yang ragu tentang isu ini
dan isu ini telah diuar-uarkan kembali di beberapa surat khabar termasuk
surat khabar luar negara..sila tunjukkan bukti yang sahih..terima
kasih..
Jawapan
Setakat ini makanan McD di Malaysia adalah halal dan setelah membuat
kajian dari hab Halal JAKIM ia tiada bukti yang menunjukkan haramnya
sebagaimana yang digembar-gemburkan. Dua hari yang lepas Hab halal
JAKIM telah membuat pernyataan/pengumuman media tentang perkara ini dan
memutuskan tentang halalnya produk tersebut.
No comments:
Post a Comment