Saturday, September 21, 2013

Perlu Ke Mandi Wajib

Soalan

salam ustaz...
sy melalukan onani sewaktu sy uzur...
berapa kali sy perlu mandi wajib... sekali atau dua kali?
satu lagi ustaz sy sering melakukan perbuatan yg haram ini... setiap kali sy mmg berniat utk insaf supaya tidak mengulangi perbuataan ni lg.. tpi sy masih lemah.... berpuluh kali sy pernah berjanji dgn allah supaya sy tdk akn mengulangi perbuataan ni.. tpi sy tdk berubah.. tolong menunjukkan sy satu cara utk mengurangkan nafsu sy...

Jawapan

Waalaikumusalam,
Perlu panel tegaskan berdasarkan hukum fekah bahawa melakukan onani itu adalah haram.Anda wajib bertaubat dengan kadar SEGERA.Rukun taubat itu adab3 iaitu,
1.Berhenti dengan kadar segera perbuatan tersebut.
2.Menyesali perbuatan berkenaan
3.Tidak akan mengulangi semula perbuatan yang sama
Anda hanya perlu gunakan niat  mandi wajib bagi dua perkara iaitu untuk mandi kerana haid dan onani.
Cara untuk hentikan onani ialah:
1.Bernikah jika sudah bersedia dari semua aspek.
2.Anggaplah anda hanya sempat hidup sampai besok pagi sahaja,apakah anda telah cukup bekalan?
3 .Anggaplah anda sedang solat terakhir,mampukah anda kyusuk sepanjang solat?
4.Anggaplah anda sedang meniti situlmustaqim,adakah anda akan selamat sampai di seberang?
5.Akhir sekali sanggupkah anda bakar satu jari anda,sekiranya anda mampu maknanya anda memang jenis tidak takut dan gerun dengan api neraka Allah.
Panel mohon supaya anda berMuhasabah dan fikirkan sedalam-dalamnya demi untuk kebaikan masa depan anda.Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment