Saturday, September 21, 2013

HADIS- ILMU Pengetahuan Asas Kejayaan

Soalan

assalamualaikum w.b.t saya merupakan pelajar sekolah. saya ingin bertanya tentang tajuk diatas. terdapat satu hadis yang bermaksud begini "Mulakan pagimu sebagai seorang guru atau pelajar atau pendengar atau orang yang cinta akan ilmu, jangan jadi orang kelima, anda akan binasa." apa yang di maksudkan dengan orang kelima itu? sya kurang jelas dengan itu

Jawapan

Waalaikumusalam,
Dalam sebuah hadis baginda saw yang bermaksud:
"Jadilah orang yang mengajar/guru,atau pelajar,atau orang yang mendengar,atau orang yang cintakan ilmu dan jangan jadi orang yang ke lima iaitu yang merosak agama."
Maksudnya, dalam waktu yang sama ia tidak jadi guru yang mengajarkan ilmu agama,dan  beliau juga tidak mahu jadi penuntut /pelajar,bahkan beliau juga ia tidak mahu mendengar ilmu agama yang diajar oleh para ustaz/ah,malah ia juga bukannlah orang yang cintakan ilmu yang disampaikan oleh para ustaz/ah.
Berdasarkan situasi ini beliau  akan tergolong kepada orang yang kelima iaitu yang merosakkan agama .Ertinya ia akan ganggu dan kacau segala aktiviti berkaitan dengan keagamaan menyebabkan akan berlaku kerosakan dan kebinasaan Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment