Saturday, September 21, 2013

TAHARAH ( MANDI WAJIB )`

Soalan

As salam panel yg dihormati , sy ada 2 soalan .

1.Setahu saya niat mandi wajib ada macam-2 kan ? ''sahaja aku mandi wajib..... '' , '' sahaja aku angkat hadas besar...'' soalan saya , jika kita melakukan onani atau mimpi atau berjunub , niatnya masih sama spt ini kan?

2.Bagaimanakah hendak membasuh bahagian belakang badan ketika mandi wajib? Adakah memadai gosok dengan tangan sehingga yang mampu sahaja?

itu sahaja. Sekian terima kasih .

Jawapan

Waalaikumusalam,
Para ulamak bersependapat apa juga jenis hadas besar seperti berjimak,berzina,onani,haid,wiladah dan seumpamanya  hendaklah berniat sebegini iaitu:
Nawaitu rofaal hadasal   akbari lillahi Taala
Bermaksud: SENGAJA AKU MENGANGKAT HADAS BESAR KERANA ALLAH TAALA
2.Berdasarkan ayat alQuran,Allah Tidak akan memberati hambaNya kecuali   yang mampu dipikulnya.Berbalik kepada soalan yang dikemukakan ,anda perlu gosok sekadar yang mampu dicapai@ sampai tangan anda.Manakala  pilihan   yang lain  jika anda mempunyai  kain tuala yang agak sederhana panjang lalu  digosokkan pada bahagian belakang yang tidak mampu dicapai oleh tangan anda.Wallahu a,lam

No comments:

Post a Comment