Saturday, September 14, 2013

Pengantin Perempuan Langkah Bendul

Soalan

Assalamualaikum..saya ingin bertanye perlukah pengantin perempuan memberi hadiah atau hantaran untuk abg atau kakak sekiranye dia bernikah dengan seorang lelaki dan lelaki itu mempunyai abg dan kakak yang belum berkahwin lagi. Dan jika pengantin lelaki, Perlukah dia memberi hadiah kepada si abg pengantin perempuan jika belum berkahwin? ada perbezaan ke 2 2 situasi itu?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Istillah langkah bendul cuma digunakan oleh orang melayu sahaja dan ia tidak ada  kaitan secara langsung dalam ugama islam.Sesiapa   sahaja boleh nikah jika jodohnya telah sampai,malah tidak ada dalam hadis apatah lagi dalam alQuran jika adiknya yang menikah dahulu ia kena beri hadiah/bayaran tertentu kepada abang dan kakak yang belum berkahwin.
Justeru tanyalah ahli atau mereka yang pakar dalam bidang ilmu  fekah jika anda meragui kesahihan yang dinyatakan oleh panel dalam ruangan ini.Sekiranya jika ada hadiahpun mungkin pada adat sahaja dan bukannya pada tuntutan syarak.Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment