Friday, April 6, 2012

Musykil Mengenai Lukisan.

Soalan

Assalammualaikum, sewaktu sekolah dahulu ustazah saya pernah memberitahu bahawa tidak elok melukis potret atau kartun yang berupa manusia. jadi saya mahu tahu sejauh mana kebenaran pernyataan ini dan mengapa ia tidak dibenarkan dalam islam. ustazah saya juga memberitahu bahawa sekiranya kita melukis potret atau kartun tersebut, kelak di akhirat ia akan meminta nyawa daripada kita..betul ke?

Jawapan

 Dalam buku tersebut meriwayatkan oleh Muslim, Sabda Nabi berbunyi, “Sesungguhnya orang yang paling berat siksaannya nanti di hari khiamat ialah orang-orang yang menggambar”.
Apabila baca sahaja maksud hadis tersebut berdebar hati kita…. Namun dalam rumusan Syekh Yusuf Qardhawi seterusnya menyatakan, Imam Thabari berkata: “Yang dimaksudkan dalam hadis itu ialah orang-orang yang membuat gambar sesuatu yang akan disembah selain dari Allah, sedangkan pelukis tersebut mengetahui dan sengaja. Pelukis itu Kufur. Menurut Yusuf Qardhawi, sekiranya tidak sengaja atau tidak dari golongan demikian, ianya adalah berdosa.
Dalam Islam apabila menentukan sesuatu hal yang tidak dapat dirungkaikan dalam keadaan semasa, apatah lagi apabila selepas kewafatan Rasullulah saw maka segala hukum-hakam akan ditentukan berlandaskan Al Quran, Hadis, Qias dan Ulamak. Dalam kupasan kitab Yusuf Qardhawi, beliau banyak mengambil Hadis-hadis menjadi sandaran hukum melukis dan mengambar. Beliau menyatakan hukum yang nyata Haram ialah melukis Gambar Tuhan, para Nabi, Malaikat. Sedangkan melukis gambar tokoh-tokoh seperti Raja dan pemimpin tahap tidak haram, namun masih berdosa kerana gambar itu dalam bentuk bernyawa dan boleh dijadikan bahan kekaguman orang ramai. Tetapi sekiranya pelukis melukis orang yang khafir, zalim dan fasik maka hukumnya adalam haram.
Dalam huraian Yusuf Qardhwi, beliau menyatakan melukis gambar-gambar makluk tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, suasana laut, gunung, matahari dan bulan maka ianya tidak bertentangan dengan Islam dan tidak berdosa.
Beberapa hadis sahih diperkuatkan oleh Yusuf Qardhawi berkaitan gambar-gambar antaranya;
“Dari Bisir bin Said dari Zaid bin Khilid dari Abu Talhah sahabat Nabi, bahawa Rasullulah saw bersabda bermaksud’ Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada gambar”. Diperkuatkan kenyataan lain antaranya yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Aisyah: ” Saya membunyai tabir padanya ada gambar burung, sedang setiap orang yang masuk akan menghadapnya (akan melihatnya), kemudian Nabi berkata kepadaku: Pindahkanlah ini, kerana setiap saya masuk dan melihatnya maka saya ingat dunia”,. Kenyataan ini bermaksud Rasulullah saw tidak suka gambar yang terpapar pada langsir tersebut. Namun beliau tidak pula menyuruh membuang gambar itu.
Gambar yang terlarang menurut Yusuf Qardhawi ialah, “Bahawa gambar yang dilarang itu hanyalah yang ada bayangannya, adapun yang tidak ada bayangannya tidak mengapa” merujuk kitab Syarah Muslim. Paling ketara ialah membuat karya-karya 3 Dimensi (berjisim) dengan tema berkaitan benda yang bernyawa (hidup) seperti arca figuratif.
Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah dalam salah satu riyawat Bukhari dan Muslim berbunyi, “Sesungguhnya Aisyah membeli bantal yang ada gambar-gambar, maka setelah Nabi melihatnya ia berdiri di depan pintu, tidak mahu masuk. Setelah Aisyah melihat ada tanda kemarahan di wajah Nabi, maka Aisyah bertanya: Apakah saya harus bertaubat kepada Allah dan RasulNya; apa salah saya? Jawab Nabi: Mengapa bantal itu begitu macam? Jawab Aisyah: Saya beli bantal ini untuk engkau pakai duduk dan dipakai bantal. Maka jawab Rasulullah pula: Yang membuat gambar-gambar ini nanti akan disiksa, dan akan dikatakan kepada meraka: Hidupkanlah apa yang kamu buat itu. Lantas Nabi melanjutkan permbicaraanyaNya: Sesungguhnya rumah yang ada gambar tidak akan dimasuki malaikat. Dan Imam Muslim menambah lagi dalam satu riwayat Aisyah menyatakan: Kemudian bantal itu saya jadikan dua biji untuk bersandar, dimana Nabi biasa bersandar dengan dua sandaran tersebut di rumah. Yakni Aisyah membelah bantal tersebut dan dipakai untuk dua sandaran”.
Kesimpulan, Yusuf Qardhawi merumuskan dengan menyatakan: … kemungkinan yang nampak pada hadis-hadis yang berkenaan dengan masalah gambar dan pelukisnya, iaiatu bahawa Rasulullah saw memperkeras persoalan ini apa masa pertama dari kerasulnyanya, di mana waktu itu kaum muslimin baru saja meninggalkan syirik dan menyambah berhala serta mengagung-agungkan patung. Tetapi setelah aqidah tauhid itu mendalam ke dalam jiwa dan akar-akarnya telah menusuk dalam hati dan fikiran, maka beliau memberi perkenan dalam hal gambar yang tidak berjasad, yang hanya sekadar ukiran dan lukisan. Yusuf Qardhawi memberi hujah, kalau Rasulullah swa tidak suka pada langsir tentu beliau mengharamkan terus, namun tidak begitu.

1 comment:

  1. Bagaimanakah kalau kiata mempunyai buku bergambar untuk kanak-kanak

    ReplyDelete