Soalan
Asalammualaikum.sejak 19 tahun lalu,jumlah puasa yang saya tinggalkan
ialah 375 hari.sehingga hari ni saya belum membayar puasa dan fidyah
lagi.berapakah jumlah fidyah dan ganti puasa yang harus saya bayar
balik?meminta cara pengiraannya.terima kasih.
Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam masalah ini, jumlah puasa yang perlu diqadha’kan adalah sama dengan jumlah yang telah ditinggalkan, iaitu 375 hari.
Walau bagaimanapun, mengenai bayaran fidyah yang perlu anda bayar akan digandakan mengikut bilangan tahun yang telah ditinggalkan oleh anda.
Sebagai ringkasnya:
Bilangan hari yang perlu anda qadha’: 375 hari.
Bilangan beras yang perlu anda bayar: 6125 cupak beras (1 cupak = 675 gram)*.
Bagi puasa yang masih belum diqadha’ sehingga bertemu dengan ramadhan bagi tahun hadapannya, akan dikenakan fidyah. Fidyah tersebut akan digandakan jika masih belum mengqadha’ puasa tersebut sehingga bertemu dengan ramadhan tahun yang berikutnya lagi.
Dalam hal ini, anda diwajibkan untuk mengqadha’ dan membayar fidyah tersebut. Ringkasnya, anda perlu lakukan kedua-duanya sekali. Wallahu 'alam (qadha’ dan fidyah).
Nota:
Satu hari puasa yang belum diqadha’ sehingga bertemu dengan ramadhan tahun hadapannya akan dikenakan fidyah sebanyak 1 cupak beras.
Sila rujuk ke baitulmal yang berdekatan untuk membuat bayaran. Selain itu, kiraan fidyah juga boleh dilakukan di sana.
* dapatkan pengiraan yang tepat di baitulmal berdekatan.

jika saya punya hutang puasa 10 hari tpi gk kuat nyaur puasa itu karna tdk sakit dan gk da yang larang tuk puasa tpi tiap aku jalani sllu gk kuat smpai magrib,apa kalau saya ingin gantikan dengar bayar fidiyah boleh???
ReplyDelete