Wednesday, April 4, 2012

Basuh Pakaiah Bernajis

Soalan

salam....sy nk tanya,sah atau x kalau guna mesin basuh fully automatic utk membersihkan pakainan yg terkena air kecil/mazi...ade yg kata x sah...ade jugak yg kata sah sebab mesin basuh rinse,spin&wash...tp kalau warna,bau dan rasa dah takde macam mane?kalau x sah perlu ke sy membersihkan mesin basuh tu sebelum digunakan?

Jawapan

Wassalam, pakaian tersebut dihukumkan bersih dengan syarat kesemua jenis najis dibersihkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh.
Jika tidak dibersihkan terlebih dahulu, kesemua pakaian yang dimasukkan sekali dengan pakaian yang terkena najis tersebut turut akan menjadi najis.
Hal ini disebabkan oleh air yang digunakan di dalam mesin basuh adalah air yang sama dan bukannya air yang baru. Air tersebut diulang-ulang masuk dan keluar di dalam mesin tersebut. Oleh itu, najis yang terdapat pada pakaian tersebut akan larut di dalam air dan ini akan menyebabkan ia tercemar dan mengenai pula pada pakaian yang lain. Akhirnya, semua pakaian yang dicuci bersama pakaian yang terkena najis akan menjadi najis.
Oleh yang demikian, mesin basuh yang telah digunakan untuk membasuh pakaian yang telah terkena najis perlu dibersihkan daripada najis tersebut. Ringkasnya, jika sudah tiada sifat-sifat najis di dalam mesin basuh tersebut, ia dihukumkan bersih dan suci daripada najis.
Sifat-sifat najis adalah seperti berikut:
1.         Warna.
2.         Bau.
3.         Rasa (dengan cara menyentuh).

Jika terdapat salah satu daripada 3 sifat najis di atas, maka ini menunjukkan bahawa mesin basuh tersebut mengandungi najis yang perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum digunakan untuk membasuh pakaian.
Jika tiada kesemua sifat tersebut, ia adalah bersih dan suci. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment