Thursday, April 12, 2012

Apakah Hukum Jika Sering Melakukan Onani Untuk Mengelakan Melakukan Zina Dengan Perempuan Ajnabi

Soalan

assalamualaikum ustaz,saya nak tanya,ada seorang hamba ALLAH ni selalu melakukan onani,setiap kali dia merasakan nafsu syahwatnya naik, tpi dia bertujuan untuk melakukan zina.apakah yg bagi dia ustaz. dan jika dalam ketagihan dalam perbuatan onani, apakah cara terbaik untuk berhenti, kerana puas hamba ALLAH itu cuba pasti dia mengulangi lagi. sekian terima kasih. arap ustaza dapat membantu yang terbaik...

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh, dalam situasi untuk mengelakkan daripada melakukan zina, dia dibolehkan untuk melakukan onani.
Walau bagaimanapun, sebelum dia melakukan onani tersebut adalah lebih wajar jika dia mengikuti nasihat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam di dalam menghadapi tekanan syahwat ini.
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam menganjurkan kepada anak-anak muda atau mereka yang sedang ketagihan untuk melakukan hubungan seks supaya berkahwin bagi mereka yang berkemampuan. Hal ini adalah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandanganb dan menjaga kemaluannya daripada benda yang dilarang (zina dan onani).
Namun begitu, bagi mereka yang masih belum berkemampuan untuk berkahwin, mereka dianjurkan supaya berpuasa. Menurut Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, pada puasa itu ada penawar yang mampu untuk menundukkan tekanan syahwat seseorang individu itu.
Kedua anjuran ini dapat difahami melalui sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam sebagaimana di bawah ini:
“Sesiapa di antara kamu yang sudah berkemampuan, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Namun, sesiapa yang tidak mampu hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat menjadi penawar atau mengendurkan nafsu syahwatnya”.
(Hadis riwayat Imam Al-Bukhari).

Oleh itu, seseorang lelaki atau perempuan yang mengalami tekanan nafsu syahwat yang memuncak tidak boleh melakukan onani. Jika dia berkemampuan untuk berkahwin, wajib ia berkahwin pada waktu itu. Jika tidak mampu atau tidak ada jodoh lagi (bagi wanita), mereka dianjurkan untuk berpuasa kerana pada puasa itu ada penawar di dalam mengendurkan nafsu syahwat.
Mintalah dirinya bersabar dan kumpullah wang untuk berkahwin. Semoga jodohnya dipercepatkan dan bertemu dengan pasangan yang terbaik dan sepadan dengan dirinya. Amin. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment