Soalan
sy telah melahirkn anak ketika bln ramadhan,jadi sy perlu menggantikn
sebanyak 29hari,sekarang sy telah mngantikan sebanyak 25 hari,ada baki
lg 4 hari lagi,ada org menegur cara sy gnti puasa,sbb ada masa sy gnti
dr hari isnin-jumaat,ada masa saya gnti isnin, rabu,org itu brkata,klau
nk gnti puasa/puasa sunat perlu dng di apit ngn kwnnye cth nye,klau
puasa jumaat wajib puasa sabtu,sedangkn hari sabtu dn ahad sy
xpuasa,adakah makruh/batal puasa sy?
Jawapan
Puasa qadha’ yang anda lakukan adalah sah dan diterima.
Dalam persoalan mengqadha’ puasa Ramadhan ini, tidak ada sebarang cara ataupun kaedah berpuasa yang khusus yang ditentukan oleh Syara'.
Ringkasnya, jika anda hendak qadha’ selang sehari ataupun melakukannya 29 hari berturut-turut sekalipun adalah diterima.
Namun, anda dinasihatkan supaya tidak melakukan puasa pada hari Jumaat secara menunggal (satu hari;Khamis atau Sabtu tidak puasa). Jika melakukannya, hukumnya adalah makruh. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment