Wednesday, April 25, 2012

Kemusykilan Solat

Soalan

Assalamualaikum, sy ade beberapa kemusykilan. Pertama, adakah sah solat itu apabila tapak tangan, dahi dan hidung x menyentuh tmpat sujud disebbkan terhalang oleh kain telekung bagi wanita? Kedua, sujud sahwi yg kita lakukan kerana terlupa rukun solat adakah dilakukan sebelum salam atau sesudahnya? Setiap kali nak sujud sahwi tue (2 kali) perlukah mengucap takbiratulihram dan membaca niatnya setiap kali sujud? Lagi satu, klu nak mandi wajib, tetapi kuku pnjg, mcm mane ye? terima kasih

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Dalam membincangkan persoalan yang berkaitan dengan sujud, anggota sujud ada tujuh, iaitu:
i.          Dahi.
Ii & iii.  Dua tapak tangan.
Iv & v.Dua kepala lutut.
Vi & vii.           Jari daripada kedua belah kaki.

Dari ketujuh-tujuh anggota tersebut, hanya dahi sahaja yang disyaratkan mesti menyentuh tempat sujud. Ini bermakna, enam anggota yang lain tidak disyaratkan untuk bersentuhan dengan tempat sujud. Dari itu, solat yang dikerjakan adalah sah sekalipun enam anggota tersebut terlindung/terhalang/terlapik oleh pakaian, telekung atau sebagainya.
Namun, jika dahi terlindung, terhalang oleh telekung, kupiah atau sebagainya, sujud yang dilakukan adalah tidak sah, dan ini akan menyebabkan solat yang didirikan juga menjadi tidak sah.

2.         Sujud Sahwi dilakukan sebelum memberi salam, iaitu sebaik sahaja selesai membaca tahiyat akhir terus sujud sebanyak dua kali dan bertakbir setiap kali pergerakan (bergerak untuk sujud, duduk antara dua sujud, sujud dan duduk tahiyat akhir ).
Perlu diingatkan bahawa Takbiratul Ihram hanya sewaktu memulakan solat (takbir yang mengharamkan daripada melakukan perbuatan selain daripada perbuatan solat dan juga bercakap).

3.         Bagi orang yang berkuku panjang adalah dinasihatkan supaya mencucurkan air paip/shower pada kuku tersebut.
Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment