Tuesday, April 24, 2012

Inai Rambut, Memberi Salam Dan Khusyuk Solat

Soalan

Assalamulaikum. saya ada 3 soalan hendak ditanya:

1. saya seorang yg bertudung dan sentiasa menjaga aurat, inshaAllah. jadi apakah boleh jika saya nak mewarnakan rambut menggunakan inai (guna daun inai/inai serbuk )tanpa niat menunjuk2?

2. apa hukum singkatkan salam spt "as'kum" dlm SMS?

3. apakah hukum jika saya tidak pandang tepat ke sejadah, sebaliknya saya menutup mata semasa sedang solat? hal ini kerana saya rasa lebih khusyuk jika menutup mata.

terima kasih

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         tidak ada masalah untuk anda menginai rambut anda. asalkan inai tersebut tidak menghalang air daripada mengenai rambut anda.

2.         Kalimah “Askum” boleh digunakan selagi ia membawa maksud “Assalamu 'Alaikum” dan tidak membawa maksud yang lain.

3.         Di dalam membincangkan hukum memejamkan mata ketika bersolat, para ulama’ berbeza pendapat mengenai hukum melakukannya.
Ada yang menyatakan ia boleh dilakukan sekiranya dengan melakukannya akan menambah kekhusyukan di dalam solat, bebas daripada gangguan-gangguan luar dan sebagainya.
Imam Ahmad dan Beberapa ulama Syafi'i pula berpendapat memejamkan mata ketika bersolat adalah dihukumkan makruh kerana ia menyerupai Yahudi. Wallahu ‘alam

No comments:

Post a Comment