Soalan
Kita sembahyang arah kiblat,kiblat kita kaabah,kaabah di buat dari apa? batu kan... Maknanya kita jua menyembah batu,Betul ke
Jawapan
Umat
Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah
Kaabah… Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH… ALLAH mengarahkan
umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah… Ini juga bukan
bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah....
Mengambil contoh dengan kita dan telefon…Emak kita menelefon kita menggunakan handphone Nokia N95 (contoh)…ini bukan bermakna emak kita ada dalam N95 tu…Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor kita, barulah talian akan bersambung antara kita dan emak kita, dan kita boleh berbual melalui N95 walaupun emak kita tiada dalam handphone tu...

Contoh
lain ketika menonton satu perlawanan bola sepak. Kita menonton TV atau
tengok perlawanan bola? Pasti kita menonton perlawanan bola. Tapi ada
atau tidak stadium di dalam tv tersebut? Yang ada hanya wayar yang
berselirat. Maknanya tv hanya menayangkan perlawanan bola sepak. Jadi
kita sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah Taala walaupun Allah
tiada di dalam Kaabah.
Mari kita sama-sama memantapkan keimanan kita kepada Allah Taala supaya kita hamba Allah yang bertaqwa dan beramal soleh.
No comments:
Post a Comment