Thursday, April 12, 2012

Isteri Tidak Mahu Bersama

Soalan

saya ingin bertanya.apakah hukum isteri yang tidak mahu bersetubuh dengan suami dengan alasan ingin berpuasa ganti esok hari? walaupun masih awal malam.

Jawapan

Dalam masalah ini, seorang isteri yang menolak ajakan suaminya untuk bersetubuh adalah dilarang di dalam Islam. Mereka akan mendapat laknat daripada para malaikant sehingga ke waktu Subuh.
Dalam hal ini, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam ada menjelaskan dengan sabdanya yang bermaksud:
“Apabila seorang isteri diajak oleh suaminya ke tempat tidurnya (untuk berjimak), tetapi dia menolaknya, dan dia tidur dalam keadaan suaminya marah, maka si isteri akan mendapat laknat dari malaikat sehingga ke waktu Subuh.”
(Hadith Riwayat Ahmad).

Oleh itu, para isteri perlu ambil ingatan dalam perkara ini. Puasa yang akan dilakukan esok hari adalah dikira sah sekalipun tidak sempat untuk mandi wajib sebelum Subuh.
Dari itu, berusahalah untuk menjadi seorang isteri yang solehah seterusnya mendapat reda suaminya. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment