Friday, April 6, 2012

Hukum Memakai Jersi/cadar Manchester United....

Soalan

assalamualaikum....ustaz baru-baru ini saya ada membeli cadar manchester united masih belum diguna , saya ingin bertanya kepada ustaz kerana masih keliru dengan masalah ini , apakah hukum memakai jersi/cadar manchester united ? ada yang saya dengar hukumnya harus kerana tujuan untuk menyokong pasukan itu bukan mengagung-agungkan logo pada jersi tersebut , jikalau haram apakah yang patot saya buat dengan cadar itu ?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes ini anda dinasihatkan supaya tidak memakai baju tersebut. Ini adalah kerana pada baju dan cadar tersebut terdapatnya logo atau gambar syaitan yang mana jika anda memakainya ia seolah-olahnya menunjukkan bahawa diri anda turut bersetuju dan mendewa-dewakan lambang atau logo tersebut. Sedangkan perkara seperti ini adalah dilarang di dalam Islam.
Dari itu, anda dinasihatkan supaya berlapang dada dan mencari cara atau kaedah yang lain yang boleh digunakan untuk menunjukkan sokongan anda kepada pasukan tersebut.
Mengenai baju jersi dan cadar yang telah dibeli, Panel mencadangkan supaya logo atau lambang syaitan yang terdapat pada baju tersebut ditutup atau dilekatkan dengan logo atau lambang lain yang dibenarkan oleh Syara'. Dengan cara ini jersi tersebut masih boleh dipakai dan seterusnya dapat mengelakkan daripada berlakunya pembaziran kerana tidak memakai jersi yang telah dibeli. Wallahu 'alam

No comments:

Post a Comment