Sunday, April 29, 2012

Yasin Di Dalam Tandas


Soalan

salam, apakah hukumnya jika kita membawa yasin masuk ke dalam tandas? bukannya untuk baca tp kita dah mmg letak yassin tu dlm beg.

Jawapan

Wassalam, hukumnya adalah dilarang. Surah Yasin adalah firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala, ia wajib dihormati oleh setiap Muslim. Sedangkan tandas adalah tempat yang kotor dan jijik. Ringkasnya, membawa masuk surah Yasin ataupun surah-surah yang lain ke dalam tandas adalah satu penghinaan kepada kesuciannya sebagai firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Oleh itu, jika berkeperluan untuk membawanya ke mana-mana, sila pastikan tidak dibawa semasa masuk ke dalam tandas. Wallahu 'alam.

Teruskan Solat Atau Menyahut Salam Dari Ibu.


Soalan

Ibu adalah insan yang paling saya hormati.....persoalannya apa harus saya lakukan kalau sewaktu saya melakukan solat, tiba tiba ibu saya datang kerumah dan memberi salam( hanya saya sahaja yang ada. mernyahut pangilan beliau adalah batal solat...tetapi saya tidak mahu mengecilkan hati ibu, apakah kaedah yang harus saya lakukan untuk memberi tahu beliau saya ada dan sedang melakukan solat.

Jawapan

Dalam masalah ini, antara cara yang boleh anda lakukan ialah menyaringkan suara semasa membaca bacaan di dalam solat (sekalipun bagi solat Zuhur dan Asar).
Apabila beliau mendengarnya sudah pastilah beliau mengetahui yang anda sedang bersolat dan dengan cara ini dapat menjaga hatinya.

Pakaian Mandi Untuk Wanita


Soalan

apakah hukum wanita mandi biasa atau wajib hanya menggunakan seluar dalam.untuk pengatahuan,bukan mandi d khayalak ramai,tetapi mandi di dalam bilik mandi rumah sendiri

Jawapan

Waalaikumussalam,
Hukum mandi  wajib memakai seluar dalam adalah harus terutama dalam bilik mandi di rumah sendiri.Panel syorkan adalah lebih baik jika anda gunakan kain basahan semasa mandi biasa dan juga mandi wajib.Itulah saranan yang paling baik oleh para ulamak fekah.Wallahu a'lam.

Sahkah Solat Jika Tidak Mendengar Azan


Soalan

Iklan tv3 ada ckp "jika tidak mendengar azan, maka tidak sempurnalah solatnya melainkan keuzuran". Ia menimbulkan kebingungan kepada saya. saya ada mnghadiri klas tmbhan. sepanjang klas tmbahan selama 2 jam, saya tidak akan mndngar azan asar. adakah sah solat saya jika begitu

Jawapan

Hukum melaungkan Azan hanyalah sunat sahaja, sedangkan mendirikan Solat Asar adalah wajib. Dari itu, tidak mendengar Azan tidak akan menyebabkan solat seseorang itu menjadi tidak sah ataupun mendapat ganjaran pahala yang berkurangan.
Apa yang penting anda titik beratkan ialah menjaga semua syarat sah mengerjakan solat dan juga fardu-fardunya. Hal ini adalah kerana sah atau tidaknya solat yang didirikan adalah bergantung pada dua perkara ini.
Nota:
Jika tidak mendengar Azan kerana sibuk dengan kelas tambahan, anda boleh melaungkan azan sebelum beriqamat dan memulakan Solat Asar. Semoga dengan itu anda beroleh ganjaran sebagaimana yang didengari melalui TV3 tersebut.
Wallahu 'alam.

Wednesday, April 25, 2012

Menutup Mata Ketika Sedang Solat.

Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya pada ustaz..adakah sah solat kita membaca AL-FATIHAH da..n surah seterusnya dengan mata yang tertutup?..apakah hukum nya?..ini disebabkan saya rasa lebih khusyuk@fokus kearah solat..minta jelaskan ustaz.. terima kasih.

Jawapan

Wa Alaikumussalam Warahmatullahi Wa Barakatuh,
Di dalam membincangkan hukum memejamkan mata ketika bersolat, para ulama’ berbeza pendapat mengenai hukum melakukannya.
Ada yang menyatakan ia boleh dilakukan sekiranya dengan melakukannya akan menambah kekhusyukan di dalam solat, bebas daripada gangguan-gangguan luar dan sebagainya.
Imam Ahmad dan Beberapa ulama Syafi'i pula berpendapat memejamkan mata ketika bersolat adalah dihukumkan makruh kerana ia menyerupai Yahudi. Wallahu ‘alam.

Kemusykilan Solat

Soalan

Assalamualaikum, sy ade beberapa kemusykilan. Pertama, adakah sah solat itu apabila tapak tangan, dahi dan hidung x menyentuh tmpat sujud disebbkan terhalang oleh kain telekung bagi wanita? Kedua, sujud sahwi yg kita lakukan kerana terlupa rukun solat adakah dilakukan sebelum salam atau sesudahnya? Setiap kali nak sujud sahwi tue (2 kali) perlukah mengucap takbiratulihram dan membaca niatnya setiap kali sujud? Lagi satu, klu nak mandi wajib, tetapi kuku pnjg, mcm mane ye? terima kasih

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Dalam membincangkan persoalan yang berkaitan dengan sujud, anggota sujud ada tujuh, iaitu:
i.          Dahi.
Ii & iii.  Dua tapak tangan.
Iv & v.Dua kepala lutut.
Vi & vii.           Jari daripada kedua belah kaki.

Dari ketujuh-tujuh anggota tersebut, hanya dahi sahaja yang disyaratkan mesti menyentuh tempat sujud. Ini bermakna, enam anggota yang lain tidak disyaratkan untuk bersentuhan dengan tempat sujud. Dari itu, solat yang dikerjakan adalah sah sekalipun enam anggota tersebut terlindung/terhalang/terlapik oleh pakaian, telekung atau sebagainya.
Namun, jika dahi terlindung, terhalang oleh telekung, kupiah atau sebagainya, sujud yang dilakukan adalah tidak sah, dan ini akan menyebabkan solat yang didirikan juga menjadi tidak sah.

2.         Sujud Sahwi dilakukan sebelum memberi salam, iaitu sebaik sahaja selesai membaca tahiyat akhir terus sujud sebanyak dua kali dan bertakbir setiap kali pergerakan (bergerak untuk sujud, duduk antara dua sujud, sujud dan duduk tahiyat akhir ).
Perlu diingatkan bahawa Takbiratul Ihram hanya sewaktu memulakan solat (takbir yang mengharamkan daripada melakukan perbuatan selain daripada perbuatan solat dan juga bercakap).

3.         Bagi orang yang berkuku panjang adalah dinasihatkan supaya mencucurkan air paip/shower pada kuku tersebut.
Wallahu 'alam.

Tuesday, April 24, 2012

RIBA.APA HUKUMNYA MEMINJAM DARI BANK YANG MENGAMALKAN RIBA

Soalan

ASsalammualaikum panel yang dihormati,riba haram hukumnya,bagaimana pula kalau bank seperti cimb,bsn,ambank,rhb dan beberapa bank lain yg memberikan pinjaman peribadi tetapi mempunya bunga atau interest yang akan menyebabkan jumlah pinjaman yang harus dibayar oleh seseorang itu lebih banyak dari jumlah asal yang ia pinjam misalnya 10000 jadi 12000 ker..apapula hukum kita pinjam duit dari bank seperti ini sebenarnya,haramkah guna duit itu atau bagaimana?.

Jawapan

Waalaikumussalam.
Riba itu haram dan berurusan dengannya adalah haram, dan sejauh mana haram itu adalah bergantung kepada status sesuatu riba itu.  Ia bergantung kepada indivitu itu sendiri dalam memilih dan menggunakannya dan banyak lagi perkara yang boleh kita perbaiki dan pinal mengharapkan sama-samalah kita mempertingkatkan keimanan dan menjauhi dari sumber yang dilarang dalam Islam.  Ada sesetengah bank melantik pinal syariah dalam urusan yang berkaitan dan sejauh mana peranan pinal syariah itu dalam urusan jual beli dan sebagainya tidak dapat dijelaskan secara terperinci dan tuan boleh membuat kajian dalam perkara ini

Hukum Buang Tahi Lalat Kerana Malu

Soalan

Assalamualaikum wbt, ustaz. Sy ada soalan ingin tanya kepada ustaz.
Ada pengunjung blog saya tanya "saya mempunyai tahi lalat yang besar di tepi hidung..saya rasa sngat malu nk berdepan dengan orang ramai..saya telah membuat keputusan membuang nyer??adakah haram??"
Itulah ayatnya.

Jawapan

Waalaikumussalam.
Harus berbuat demikian kerana kecantikan adalah satu tuntutan "Allah itu cantik dan suka kepda yang cantik" hadis. asalkan ia tidak mendatangkan kemudaratan

Inai Rambut, Memberi Salam Dan Khusyuk Solat

Soalan

Assalamulaikum. saya ada 3 soalan hendak ditanya:

1. saya seorang yg bertudung dan sentiasa menjaga aurat, inshaAllah. jadi apakah boleh jika saya nak mewarnakan rambut menggunakan inai (guna daun inai/inai serbuk )tanpa niat menunjuk2?

2. apa hukum singkatkan salam spt "as'kum" dlm SMS?

3. apakah hukum jika saya tidak pandang tepat ke sejadah, sebaliknya saya menutup mata semasa sedang solat? hal ini kerana saya rasa lebih khusyuk jika menutup mata.

terima kasih

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         tidak ada masalah untuk anda menginai rambut anda. asalkan inai tersebut tidak menghalang air daripada mengenai rambut anda.

2.         Kalimah “Askum” boleh digunakan selagi ia membawa maksud “Assalamu 'Alaikum” dan tidak membawa maksud yang lain.

3.         Di dalam membincangkan hukum memejamkan mata ketika bersolat, para ulama’ berbeza pendapat mengenai hukum melakukannya.
Ada yang menyatakan ia boleh dilakukan sekiranya dengan melakukannya akan menambah kekhusyukan di dalam solat, bebas daripada gangguan-gangguan luar dan sebagainya.
Imam Ahmad dan Beberapa ulama Syafi'i pula berpendapat memejamkan mata ketika bersolat adalah dihukumkan makruh kerana ia menyerupai Yahudi. Wallahu ‘alam

Solat(angin Bergerak Dalam Punggung)

Soalan

Assalamualaikum wbt,ustaz.
Semasa solat zohor, dalam punggung saya ada bergerak setiap kali nak sujud. kentut belum keluar lagi tetapi angin atau sesuatu bergerak setiap kali nak menahannya dari kentut. jadi, apa dikira ini solat sah atau sebaliknya?

Jawapan

Wa’alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes ini, solat anda adalah terbatal apabila kedengaran bunyi kentut ataupun anda terhidu bau busuk (bau kentut).
Namun begitu, jika kedua-dua perkara ini tidak anda hadapi, ternyatalah angin yang anda rasa itu bukanlah kentut, tetapi ia adalah angkara syaitan yang ingin meragukan diri anda di dalam solat. dalam situasi ini solat anda adalah tidak terbatal dan anda perlu meneruskannya. Perkara ini ada dinyatakan di dalam hadith Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam yang bermaksud:
Dari ‘Ubbad bin Tamim dari bapa saudaranya yang bertanya kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam tentang seorang lelaki yang ragu-ragu di dalam solatnya sama ada dia terkentut ataupun tidak. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menjawab; “Janganlah ia keluar dari solatnya sehinggalah ia terdengar bunyi (kentut) ataupun terhidu bau”.
(Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim).
Wallahu ‘alam.

Musykil Suci Dari Najis Atau Tidak

Soalan

Pagi tadi sy & ayah sy naik motor hantar sy pergi kerja, dalam perjalanan dia singgah di stesen minyak utk isi angin tayar. sy lihat dia pegang tayar utk pusingkn tayar sedikit. motor itu selalu ayah sy gunakn melalui jln yg kerap dilalui anjing, x kira waktu kering atau hujan. malamnya br sy teringat sy ada bersalam dgn ayah sy. sy sudah berapa kali mkn dgn tgn dlm waktu siang hingga ke mlmnya.. solat & juga pegang al-quran. mcm mana ya?

Jawapan

Dimaafkan dan jangan menyusah-nyusahkan hal-hal agama dan hendaklah mempermudah-mudahkan kerana Islam adalah agama yang tidak membebankan

Simpan Susu Dalam Peti Sejuk

Soalan

Assalamualaikum. Saya merancang untuk mengambil anak angkat perempuan pada tahun 2013.Tetapi saya tidak boleh menyusukan anak.Menantu tiri saya sedang menyusukan anaknya sekarang 2012. Seandainya susu itu tidak basi bolehkah saya menyimpan susu menantu tiri (di dalam peti sejuk beku) tersebut dengan kadar 5 kali susuan sehingga tahun hadapan untuk disusukan kepada bayi angkat saya? Menantu saya telah pun menyusukan anak angkat lelaki saya.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Anda boleh berbuat demikian dan anak angkat anda akan menjadi cucu susuan kepada anda (sama seperti anak lelaki yang disusukan olehnya).
Walau bagaimanapun, anda perlu pastikan susu yang disimpan masih di dalam keadaan yang baik sebelum diberikan kepada bayi tersebut. Wallahu 'alam.

Lewat Solat Subuh

Soalan

Assalamualaikum.

saya lewat solat subuh. lepas habis solat saya check rupa2nya saya solat pada waktu syuruk, sah tak solat saya dan perlu ke tak saya qadha..?

Wassalam.

Jawapan

Waalaikumussalam.
Sah solat tersebut dan tak perlu qada

Thursday, April 12, 2012

Bolehkah Menggabungkan 3hajat Puasa Nazar Kita Dalam 1 Puasa Nazar Sahaja?

Soalan

Assalamualaikum, saya mempunyai beberapa persoalan mengenai puasa nazar yang ingin diajukan.

1. Saya ada berniat puasa nazar selama 3hari berturut-turut, dan saya mempunyai 3 nazar yang belum ditunaikan, kiranya saya sudah berniat 3 kali untuk 3hajat (berlainan hajat). Oleh itu bolehkah saya menggabungkan ketiga-tiga niat tersebut dalam 1 puasa nazar sahaja, atau saya tetap perlu melaksanakan 9hari puasa nazar terbabit.
Terima kasih

Jawapan

Perlu laksanakan 9 hari. Hukumnya WAJIB.

Isteri Tidak Mahu Bersama

Soalan

saya ingin bertanya.apakah hukum isteri yang tidak mahu bersetubuh dengan suami dengan alasan ingin berpuasa ganti esok hari? walaupun masih awal malam.

Jawapan

Dalam masalah ini, seorang isteri yang menolak ajakan suaminya untuk bersetubuh adalah dilarang di dalam Islam. Mereka akan mendapat laknat daripada para malaikant sehingga ke waktu Subuh.
Dalam hal ini, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam ada menjelaskan dengan sabdanya yang bermaksud:
“Apabila seorang isteri diajak oleh suaminya ke tempat tidurnya (untuk berjimak), tetapi dia menolaknya, dan dia tidur dalam keadaan suaminya marah, maka si isteri akan mendapat laknat dari malaikat sehingga ke waktu Subuh.”
(Hadith Riwayat Ahmad).

Oleh itu, para isteri perlu ambil ingatan dalam perkara ini. Puasa yang akan dilakukan esok hari adalah dikira sah sekalipun tidak sempat untuk mandi wajib sebelum Subuh.
Dari itu, berusahalah untuk menjadi seorang isteri yang solehah seterusnya mendapat reda suaminya. Wallahu 'alam.

Saksi Untuk Membayar Fidyah

Soalan

Apakah pembayaran fidyah memerlukan saksi?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Pembayaran fidyah ini disebabkan oleh  seseorang Islam yang waras,baligh  dan beliau tidak dapat menunaikan puasa ramadan disebabkan oleh keuzuran syarie.Oleh sebab itu apabila ia sihat maka puasa yang tertinggal itu perlu dikada' dengan kadar segera.Sebagai contoh pada bulan ramadan 2010 yang lalu beliau telah meninggalkan puasa selama 10 hari.Sekiranya  beliau   tidak kada'  puasa tersebut dalam   2     tahun, maka jumlah hari puasa tetap tidak berubah  iaitu 10 hari .Beliau dikehendaki  membayar setiap hari puasa yang ditinggalkan itu dengan segantang baghdad.
Perlu panel tegaskan, puasa yang tertinggal itu tidak perlu digandakan,cuma jika puasa kada' tidak dilakukan dengan   kadar segera  sebelum bulan ramadan tahun ini (2012).Maka beliau kena bayar fidyah segantang  baghdad   kali dengan  10 hari puasa yang tertinggal (kadar  semasa      boleh ditanya di pejabat zakat di tempat anda) Malah ia tidak memerlukan kepada saksi.Ini kerana pegawai bertugas telahpun memadai menurut hukum islam. Wallahu a'lam.

Apakah Hukum Jika Sering Melakukan Onani Untuk Mengelakan Melakukan Zina Dengan Perempuan Ajnabi

Soalan

assalamualaikum ustaz,saya nak tanya,ada seorang hamba ALLAH ni selalu melakukan onani,setiap kali dia merasakan nafsu syahwatnya naik, tpi dia bertujuan untuk melakukan zina.apakah yg bagi dia ustaz. dan jika dalam ketagihan dalam perbuatan onani, apakah cara terbaik untuk berhenti, kerana puas hamba ALLAH itu cuba pasti dia mengulangi lagi. sekian terima kasih. arap ustaza dapat membantu yang terbaik...

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh, dalam situasi untuk mengelakkan daripada melakukan zina, dia dibolehkan untuk melakukan onani.
Walau bagaimanapun, sebelum dia melakukan onani tersebut adalah lebih wajar jika dia mengikuti nasihat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam di dalam menghadapi tekanan syahwat ini.
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam menganjurkan kepada anak-anak muda atau mereka yang sedang ketagihan untuk melakukan hubungan seks supaya berkahwin bagi mereka yang berkemampuan. Hal ini adalah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandanganb dan menjaga kemaluannya daripada benda yang dilarang (zina dan onani).
Namun begitu, bagi mereka yang masih belum berkemampuan untuk berkahwin, mereka dianjurkan supaya berpuasa. Menurut Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, pada puasa itu ada penawar yang mampu untuk menundukkan tekanan syahwat seseorang individu itu.
Kedua anjuran ini dapat difahami melalui sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam sebagaimana di bawah ini:
“Sesiapa di antara kamu yang sudah berkemampuan, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Namun, sesiapa yang tidak mampu hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat menjadi penawar atau mengendurkan nafsu syahwatnya”.
(Hadis riwayat Imam Al-Bukhari).

Oleh itu, seseorang lelaki atau perempuan yang mengalami tekanan nafsu syahwat yang memuncak tidak boleh melakukan onani. Jika dia berkemampuan untuk berkahwin, wajib ia berkahwin pada waktu itu. Jika tidak mampu atau tidak ada jodoh lagi (bagi wanita), mereka dianjurkan untuk berpuasa kerana pada puasa itu ada penawar di dalam mengendurkan nafsu syahwat.
Mintalah dirinya bersabar dan kumpullah wang untuk berkahwin. Semoga jodohnya dipercepatkan dan bertemu dengan pasangan yang terbaik dan sepadan dengan dirinya. Amin. Wallahu 'alam.

Monday, April 9, 2012

Apa Hukum Membeli Patung?

Soalan

saya ada membeli patung hiasan menyerupai seorang manusia.apa hukumnye?

Jawapan

Dalam masalah ini, jika patung tersebut patung yang berbentuk manusia ataupun haiwan yang sempurna, ia adalah dilarang untuk disimpan.
Akan tetapi, jika patung tersebut tidak sempurna seperti patung manusia atau haiwan yang tidak berkepala ataupun yang tidak sempurna keseluruhan anggotanya, patung seperti ini boleh disimpan.
Di samping itu juga, patung yang dibuat untuk permainan kanak-kanak ataupun untuk tujuan pembelajaran, ia juga dibolehkan untuk disimpan.
Mengenai hal ini, ada riwayat yang menyatakan bahawa isteri Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam (Syaidatina Aishah Radhiyallahu 'Anha), semasa kecilnya amat sukakan permainan anak patung. Pernah satu ketika Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bertanya kepada beliau; “Apa ini? Jawab Aishah: Ini anak-anak perempuanku (anak patung perempuanku)”, kemudian Rasulullah bertanya lagi: Apa yang di tengahnya itu? Jawab Aishah: Kuda. Rasulullah bertanya lagi: Apa yang di atasnya itu? Jawab Aishah: Itu dua sayapnya. Kata Rasulullah: Apa ada kuda yang bersayap? Jawab Aishah: Belumkah engkau mendengar, bahawa Sulaiman bin Daud ‘Alaihissalam mempunyai kuda yang mempunyai beberapa sayap? Kemudian Rasulullah tertawa sehingga nampak gigi gerahamnya.”
(Riwayat Abu Daud)

Ringkasnya, patung-patung yang dibuat khusus untuk permainan kanak-kanak dan juga untuk tujuan pembelajaran adalah tidak dilarang (tidak menyalahi hukum).
Namun begitu, halnya adalah berbeza jika patung tersebut dibuat untuk tujuan memperingati seseorang ataupun untuk disembah adalah dilarang di dalam Islam kerana ia boleh merosakkan aqidah kita. Wallahu ‘Alam.

Ganti Puasa Selang Seli,dan Ada Masa Puasa Isnin-jumaat,adakah Di Bolehkn?

Soalan

sy telah melahirkn anak ketika bln ramadhan,jadi sy perlu menggantikn sebanyak 29hari,sekarang sy telah mngantikan sebanyak 25 hari,ada baki lg 4 hari lagi,ada org menegur cara sy gnti puasa,sbb ada masa sy gnti dr hari isnin-jumaat,ada masa saya gnti isnin, rabu,org itu brkata,klau nk gnti puasa/puasa sunat perlu dng di apit ngn kwnnye cth nye,klau puasa jumaat wajib puasa sabtu,sedangkn hari sabtu dn ahad sy xpuasa,adakah makruh/batal puasa sy?

Jawapan

Puasa qadha’ yang anda lakukan adalah sah dan diterima.
Dalam persoalan mengqadha’ puasa Ramadhan ini, tidak ada sebarang cara ataupun kaedah berpuasa yang khusus yang ditentukan oleh Syara'.
Ringkasnya, jika anda hendak qadha’ selang sehari ataupun melakukannya 29 hari berturut-turut sekalipun adalah diterima.
Namun, anda dinasihatkan supaya tidak melakukan puasa pada hari Jumaat secara menunggal (satu hari;Khamis atau Sabtu tidak puasa). Jika melakukannya, hukumnya adalah makruh. Wallahu 'alam.

Hukum Panggang Daging Akikah

Soalan

Assalamualaikum ya ustaz.
apakah hukum jika daging aqikah @ korban dipanggang (BBQ)?
Syukran ya ustaz.

Jawapan

Waalaikumussalam,
Daging akikah sunat  dimasak manis (contoh masakan khurma).Manakala daging Qurban terpulanglah kepada selera masing-masing.
Andaikata jika  daging tersebut dimasak selain daripada yang disunatkan, menurut ulamak fekah pun diharuskan/dibolehkan.Tetapi biarlah daging itu  dimakan kesemuanya dan janganlah  membazir .Ini kerana jika   daging tersebut terlalu keras  menyukarkan untuk untuk dimakan. Wallahu a'lam.

Solat Sunat Tahiyyatul Masjid

Soalan

mohon penjelasan, kalau tidak silap saya adakah benar solat tahiyattul masjid tidak boleh dilakukan di Masjidl Haram dan Masjid Nabawi. Mohon penjelasan. tk

Jawapan

Waalaikumussalam,
Solat tahiyyatul masjid  tidak digalakkan dilakukan oleh para jemaah pada masjidil haram (MEKAH) tetapi digantikan  dengan memperbanyakkan melakukan tawaf  manakala di masjid nabawi di Madinah pula umat islam/para jemaah digalakkan untuk menziarahi  kubur nabi saw.Wallahu a'lam.

Friday, April 6, 2012

Pakai Deodoran

Soalan

Salam, adakah sah solat jika memakai deodoran yang mengandungi alkohol? Bagaimana hendak tahu jika sesuatu deodoran itu mengandungi alkohol?

Jawapan

Menurut maklumat yang diterima alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan hidroksi (-OH) dan dikenali ada du ajenis yang agak baik iaitu :
i)Alkohol
ii)Alkohol bijian-bijian (ethanol)
Kedua jenis alkohol ini mempunyai sebatian yang merupakan formula am struktur (R-OH).
Methanol adalah sebatian yang mempunyai formula sturuktur (CH-OH). Di hospital ia dikenali dengan "spirit" yang dipakai untuk membunuh kuman. Jenis ini tidak digunakan untuk minuman.
Ethanol adalaj sebatian yang mempunyai formula struktur (CH3CH2-OH) bahan inilah yang digunakan sebagau campuran dalam minuman keras.
Dari penjelasan di atas mengenai alkohol itu dapat disimpulkan bahawa setiap arak atau minuman keras ada mengandungi alkohol tetapi tidak semua alkohol itu adalah arak.
Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis. Alkohol yang dibuat biukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
Selain itu alkohol juga terhasil dari lebihan pembuatan makanan seperti tapai sama ada dari ubi kayu atau pulut. Ia adalah tidak najis dan harus dimakan.
Ubatan dan minyak wangi yang dicampurkan alkohol yang diproses bukan untuk pembuatan arak adalah harus dan dimaafkan.

Soalan

Salam, adakah sah solat jika memakai deodoran yang mengandungi alkohol? Bagaimana hendak tahu jika sesuatu deodoran itu mengandungi alkohol?

Jawapan

Menurut maklumat yang diterima alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan hidroksi (-OH) dan dikenali ada du ajenis yang agak baik iaitu :
i)Alkohol
ii)Alkohol bijian-bijian (ethanol)
Kedua jenis alkohol ini mempunyai sebatian yang merupakan formula am struktur (R-OH).
Methanol adalah sebatian yang mempunyai formula sturuktur (CH-OH). Di hospital ia dikenali dengan "spirit" yang dipakai untuk membunuh kuman. Jenis ini tidak digunakan untuk minuman.
Ethanol adalaj sebatian yang mempunyai formula struktur (CH3CH2-OH) bahan inilah yang digunakan sebagau campuran dalam minuman keras.
Dari penjelasan di atas mengenai alkohol itu dapat disimpulkan bahawa setiap arak atau minuman keras ada mengandungi alkohol tetapi tidak semua alkohol itu adalah arak.
Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis. Alkohol yang dibuat biukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
Selain itu alkohol juga terhasil dari lebihan pembuatan makanan seperti tapai sama ada dari ubi kayu atau pulut. Ia adalah tidak najis dan harus dimakan.
Ubatan dan minyak wangi yang dicampurkan alkohol yang diproses bukan untuk pembuatan arak adalah harus dan dimaafkan.

Berdosa Kalau Kita Melalukkan Perkara

Soalan

asalamualaikum ustaz...saya pnh tgk gmbar yg tidak sepatutnya...pas tgk gmbr kat fb.... perasan saya ingin tgk lg...saya mula bayangkan diri saya sdg mbuat perkara tersebut dan saya tersang...satu mula ketagih utk melakukan sendiri...smpai diri saya terasang...adakah pkaranie berdosa dr segi agama??

Jawapan

 Zina Mata
Zina mata berlaku apabila seseorang itu melihat sesuatu perkara yang haram. Haramnya melihat sesuatu perkara boleh dilihat dari 2 konteks yang berbeza iaitu: 1) Haram secara mutlak; 2) Asalnya harus, tetapi bertukar menjadi haram.
Perkara yang haram dilihat secara mutlak ialah seperti yang termaktub di dalam Al-Quran. Firman Allah:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(An-Nuur:31)
Berdasarkan pemahaman ayat di atas, seorang perempuan diharamkan untuk memperlihatkan aurat mereka kepada bukan mahramnya. Dalam konteks ayat ini, dapat juga kita fahami bahawa haram bagi seorang lelaki melihat aurat seorang perempuan yang bukan mahramnya. Dan telahpun diperintahkan kepada lelaki dan perempuan untuk menjaga pandangan mereka dalam ayat 30-31 surah An-Nuur.
Larangan Allah ini termaktub dalam skop yang cukup luas. Ia tidaklah terhad kepada larangan melihat perkara yang haram secara live dunia realiti sahaja. Larangan ini juga mencakupi aspek dunia maya juga. Dalam skop yang lebih umum, apa jua perkara yang apabila dilihat, boleh merangsang nafsu syahwat seseorang, maka ia dikategorikan sebagai zina mata.
Sepertimana yang telah disebutkan sebelum ini, zina mata adalah termasuk dalam kategori perkara-perkara yang mendekatkan diri seseorang dengan zina. Dan hukumnya adalah jelas haram, tetapi jika melakukannya ia tidaklah membawa hukuman sebat.
Namun yang demikian kita perlu fahami, apa jua dosa yang kita lakukan sebenarnya akan dihisab oleh Allah. Sama ada dosa besar atau dosa kecil, itu bukanlah isunya. Seharusnya yang menjadi prioriti kita adalah untuk menjaga mata, telinga, hati serta anggota badan kita seluruhnya dari terjebak dengan perlakuan zina dan perbuatan yang menjurus kepada zina. Na’udzubillahi min zaalik.
 Di antara akibat buruk dan bahaya tersebut adalah :
1- Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan yakni berkurangnya agama si penzina, hilangnya sikap wara’ (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.
2- Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.
3- Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.
4- Membuat hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.
5- Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan atau merasa demikian sehingga tidak pernah merasa cukup dengan apa yang diterimanya.
6- Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.
7- Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.
8- Pezina akan dipandang oleh manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.
9- Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki ‘qalbun salim’ (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.
10- Kesempitan hati dan dada selalu meliputi para pezina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya. Ini adalah kerana, orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan yang sebaliknya dari apa yang dia inginkan, dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan dan kebahagiaan.
11- Penzina telah mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari yang jelita di syurga kelak.
12- Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim, serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan. Bahkan boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.
13- Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.
14- Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih membekas dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya, kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya, namun dosa zina akan benar-benar membekas dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku zina itu bertaubat dan membersihkan diri dia akan masih merasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya.
15- Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkan kandungannya itu maka dia telah berzina dan juga telah membunuh jiwa yang tidak berdosa . Jika dia ialah seorang wanita yang telah bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Amat mengerikan, naudzubillah min dzalik.
16- Perzinaan akan melahirkan generasi individu-individu yang tidak ada asal keturunan (nasab). Di mata masyarakat mereka tidak memiliki status sosial yang jelas.
17- Pezina laki-laki bererti telah menodai kesucian dan kehormatan wanita.
18- Zina dapat menyemai permusuhan dan menyalakan api dendam antara keluarga wanita dengan lelaki yang telah berzina dengannya.
19- Perzinaan sangat mempengaruhi jiwa kaum keluarganya di mana mereka akan merasa jatuh martabat di mata masyarakat, sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak berani untuk mengangkat muka di hadapan orang lain.
20- Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit-penyakit berbahaya seperti aids, siphilis, dan gonorhea atau kencing bernanah.
21- Perzinaan menjadikan sebab hancurnya suatu masyarakat yakni mereka semua akan dimusnahkan oleh Allah akibat dosa zina yang tersebar dan yang dilakukan secara terang-terangan.
Hukuman Zina
Demikianlah besarnya bahaya dosa zina, sehingga Ibnul Qayyim, ketika mengulas tentang hukuman bagi penzina, berkata: “Allah telah mengkhususkan hadd (hukuman) bagi pelaku zina dengan tiga kekhususan iaitu:
Pertama, hukuman mati secara hina (rejam) bagi pezina kemudian diringankan (bagi yang belum nikah) dengan dua jenis hukuman, hukuman fizikal yakni dirotan seratus kali dan hukuman mental dengan diasingkan selama satu tahun.

Kedua, Allah secara khusus menyebutkan larangan merasa kasihan terhadap penzina. Umumnya sifat kasihan adalah diharuskankan bahkan Allah itu Maha Pengasih namun rasa kasihan ini tidak boleh sehingga menghalang dari menjalankan syariat Allah. Hal ini ditekankan kerana orang biasanya lebih kasihan kepada penzina daripada pencuri, perompak, pemabuk dan sebagainya. Di samping itu penzinaan boleh dilakukan oleh siapa sahaja termasuk orang kelas atasan yang mempunyai kedudukan tinggi yang menyebabkan orang yang menjalankan hukuman merasa enggan dan kasihan untuk menjalankan hukuman.
Ketiga, Allah memerintahkan agar pelaksanaan hukuman zina disaksikan oleh orang-orang mukmin dengan maksud menjadi pengajaran dan memberikan kesan positif bagi kebaikan umat.
Beberapa Perkara Penting Yang Perlu Diperhatikan
1- Orang yang berzina dengan banyak pasangan lebih besar dosanya daripada yang berzina hanya dengan satu orang, demikian juga orang yang melakukanya berkali-kali dosanya lebih besar daripada yang melakukannya hanya sekali.
2- Penzina yang berani melakukan maksiat ini dengan terang-terangan lebih buruk daripada mereka yang melakukannya secara sembunyi-sembunyi.
3- Berzina dengan wanita yang bersuami lebih besar dosanya daripada dengan wanita yang tidak bersuami kerana adanya unsur perbuatan zalim (terhadap suami wanita), boleh menyalakan api permusuhan dan merosak keutuhan rumah tangganya.
4- Berzina dengan jiran lebih besar dosanya daripada orang yang jauh rumahnya.
5- Berzina dengan wanita yang sedang ditinggalkan suami kerana perang (jihad) lebih besar dosanya daripada dengan wanita lain.
6- Berzina dengan wanita yang ada pertalian darah atau mahram lebih jahat dan hina daripada dengan yang tidak ada hubungan mahram.
7- Ditinjau dari segi waktu maka berzina di bulan Ramadhan, baik siangnya ataupun malamnya, lebih besar dosanya daripada waktu-waktu lain.
8- Kemudian dari segi tempat dilakukannya, maka berzina di tempat-tempat suci dan mulia lebih besar dosanya deripada tempat yang lain.
9- Pezina muhson (yang sudah bersuami atau beristeri) lebih hina daripada gadis atau jejaka, orang tua lebih buruk daripada pemuda, orang alim lebih buruk daripada yang jahil dan orang yang berkemampuan (terutama dari segi ekonomi) lebih buruk deripada orang fakir atau lemah.
Bertaubat
Bertaubat ini bukan khusus hanya kepada penzina, bahkan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan jalan untuk terjadinya zina, membantu dan memberi peluang kepada pelakunya dan siapa saja yang ikut terlibat di dalamnya. Hendaknya mereka semua segera kembali dan bertaubat dengan sungguh-sungguh, menyesali apa yang pernah dilakukannya dan berusaha sekuat tenaga untuk tidak kembali melakukannya. Dan yang paling penting adalah memutuskan hubungun dengan siapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menarik ke arah perbuatan keji tersebut. Dengan demikian diharapkan Allah akan menerima taubat itu dan mengampuni segala dosa yang pernah dilakukan, dan ingatlah, tidak ada istilah ‘putus asa’ dalam mencari rahmat Allah.
Allah berfirman, mafhumnya:
“Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;” (Al-Furqaan 25:68)
“Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan,” (Al-Furqaan 25:69)
“Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Furqaan 25:70)
Dipetik dari: Risalah Daarul Wathan judul Min mafasid az-zina, karya Muhammad bin Ibrahim al Hamd.
Wallahu’alam….

Kemuskilan Solat Arah Kiblat

Soalan

Kita sembahyang arah kiblat,kiblat kita kaabah,kaabah di buat dari apa? batu kan... Maknanya kita jua menyembah batu,Betul ke

Jawapan

 Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah… Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH… ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah… Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah....


Mengambil contoh dengan kita dan telefon…Emak kita menelefon kita menggunakan handphone Nokia N95 (contoh)…ini bukan bermakna emak kita ada dalam N95 tu…Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor kita, barulah talian akan bersambung antara kita  dan emak kita, dan kita boleh berbual melalui N95 walaupun emak kita tiada dalam handphone tu...

Contoh lain ketika menonton satu perlawanan bola sepak. Kita menonton TV atau tengok perlawanan bola? Pasti kita menonton perlawanan bola. Tapi ada atau tidak stadium di dalam tv tersebut? Yang ada hanya wayar yang berselirat. Maknanya tv hanya menayangkan perlawanan bola sepak.  Jadi kita sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah Taala walaupun Allah tiada di dalam Kaabah. 
 
Mari kita sama-sama memantapkan keimanan kita kepada Allah Taala supaya kita hamba Allah yang bertaqwa dan beramal soleh.

Soalan Mengenai Haid

Soalan

assalamualaikum.. bolehkan seorang wanita yang didatangi haid membaca surah al fatihah? kawan saya memberitahu bahawa jika baca al fatihah dengan niat untuk menuntut ilmu tidak mengapa.

Jawapan

 1. Telah ijmak (sepakat) para ulamak bahawa wanita yang dalam haid dan nifas diharamkan mengerjakan solat dan juga puasa (termasuk puasa Ramadhan). Puasa Ramadhan wajib diqadha, adapun solat tidak perlu diqadha. Dalil larangan solat dan puasa tersebut ialah hadis Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. telah bertanya kaum wanita; “Bukankah kesaksian seorang wanita sama seperti separuh kesaksian seorang lelaki?”. Mereka menjawab; “Ya”. Baginda lalu berkata; “Itu tanda kurangnya akal wanita”. Baginda bertanya lagi; “Bukankah jika kamu kedatangan haid, kamu tidak boleh mengerjakan solat dan berpuasa?”. Mereka menjawab; “Ya”. Baginda lantas berkata; “Itu tanda kurangnya agama wanita” (HR Imam al-Bukhari dari Abu Sa’id al-Khudri r.a.).
2. Adapun hukum membaca al-Quran, terdapat khilaf di kalangan ulamak seperti berikut;
A) Menurut Jumhur ulamak (yakni pandangan teramai ulamak termasuk Imam-Imam mazhab empat); Diharamkan ke atas orang yang berhadas besar membaca al-Quran dengan lidahnya sekalipun satu ayat. Mereka berdalilkan hadis dari Ibnu Umar yang menceritakan Rasulullah bersabda;”Janganlah wanita dalam haid dan orang yang berjunub membaca sesuatupun dari al-Quran” (HR Imam at-Tirmizi dan Ibnu Majah). Berdalilkan hadis ini, jumhur ulamak memutuskan; orang-orang yang berada dalam haid dan junub dilarang membaca al-Quran dengan lidah. Adapun membaca dengan hati (tanpa menggerakkan lidah), diharuskan.
B) Imam Malik berpandangan; Diharuskan wanita dalam haid dan nifas membaca al-Quran dari ayat-ayat yang dihafalnya jika dibimbangi takut hilang dari ingatannya jika tidak dibaca sepanjang tempoh haid atau nifasnya. Namun, orang berjunub dilarang sama sekali membaca al-Quran.
C) Terdapat ulamak-ulamak yang menganggahi pandangan jumhur ulamak di atas iaitulah Imam Daud az-Dzahiri, Imam Ibnu Hazm, Imam Ibnu Taimiyyah dan beberapa lagi. Menurut mereka; harus bagi orang berjunub dan begitu juga wanita yang kedatangan haid membaca al-Quran keseluruhannya. Di kalangan Salaf, pendapat ini ada diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas dan juga Ibnu al-Musayyab. Dalil mereka ialah hadis dari Saidatina ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. sentiasa berzikir kepada Allah pada setiap ketika/masanya” (HR Imam Muslim) dan membaca al-Quran termasuk di dalam pengertian zikir. Adapun hadis yang dijadikan dalil oleh jumhur tadi, hadis tersebut adalah dhaif mengikut penilaian ulamak-ulamak hadis.
3. Mengenai zikir dan doa, tidak ada nas (dalil dari al-Quran atau as-Sunah) yang melarang wanita yang kedatangan haid dan nifas dari melakukannya. Oleh itu, ia kekal sebagai harus (tidak dilarang). Dalam kaedah Fiqh ada dinyatakan “Sesuatu itu kekal dalam hukum asalnya selagi tidak ada dalil yang mengubahnya atau mengecualikannya dari hukum asal”.
Dari keterangan di atas, kita dapat melihat bahawa ruang untuk wanita dalam haid dan nifas beribadah adalah luas seluas ruang doa dan zikir itu sendiri walaupun mereka tidak dibolehkan solat, puasa dan membaca al-Quran (mengikut pandangan jumhur tadi). Berikut kita senaraikan dengan terperinci ibadah-ibadah yang boleh dilakukan oleh wanita-wanita yang berada dalam haid dan nifas;
1. Berdoa dengan apa sahaja doa termasuk dari al-Quran
2. Beristighfar; termasuk istighfar dari al-Quran
3. Berzikir; sama ada bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
4. Berselawat kepada Nabi
5. Mendengar bacaan al-Quran
6. Menghadiri/mendengar majlis ilmu (yang diadakan di tempat lain selain masjid)
7. Mengulang hafalan al-Quran (mengikut pandangan Imam Malik tadi)
8. Membaca buku-buku agama termasuk kitab-kitab hadis
9. Bersedekah
10. Membuat kebajikan kepada orang lain
Bagi doa, istighfar dan zikir yang diambil dari al-Quran hendaklah dibaca dengan niat untuk berdoa, berzikir dan beristighfar, bukan dengan niat membaca al-Quran.
Wallahu a’lam.

Musykil Mengenai Lukisan.

Soalan

Assalammualaikum, sewaktu sekolah dahulu ustazah saya pernah memberitahu bahawa tidak elok melukis potret atau kartun yang berupa manusia. jadi saya mahu tahu sejauh mana kebenaran pernyataan ini dan mengapa ia tidak dibenarkan dalam islam. ustazah saya juga memberitahu bahawa sekiranya kita melukis potret atau kartun tersebut, kelak di akhirat ia akan meminta nyawa daripada kita..betul ke?

Jawapan

 Dalam buku tersebut meriwayatkan oleh Muslim, Sabda Nabi berbunyi, “Sesungguhnya orang yang paling berat siksaannya nanti di hari khiamat ialah orang-orang yang menggambar”.
Apabila baca sahaja maksud hadis tersebut berdebar hati kita…. Namun dalam rumusan Syekh Yusuf Qardhawi seterusnya menyatakan, Imam Thabari berkata: “Yang dimaksudkan dalam hadis itu ialah orang-orang yang membuat gambar sesuatu yang akan disembah selain dari Allah, sedangkan pelukis tersebut mengetahui dan sengaja. Pelukis itu Kufur. Menurut Yusuf Qardhawi, sekiranya tidak sengaja atau tidak dari golongan demikian, ianya adalah berdosa.
Dalam Islam apabila menentukan sesuatu hal yang tidak dapat dirungkaikan dalam keadaan semasa, apatah lagi apabila selepas kewafatan Rasullulah saw maka segala hukum-hakam akan ditentukan berlandaskan Al Quran, Hadis, Qias dan Ulamak. Dalam kupasan kitab Yusuf Qardhawi, beliau banyak mengambil Hadis-hadis menjadi sandaran hukum melukis dan mengambar. Beliau menyatakan hukum yang nyata Haram ialah melukis Gambar Tuhan, para Nabi, Malaikat. Sedangkan melukis gambar tokoh-tokoh seperti Raja dan pemimpin tahap tidak haram, namun masih berdosa kerana gambar itu dalam bentuk bernyawa dan boleh dijadikan bahan kekaguman orang ramai. Tetapi sekiranya pelukis melukis orang yang khafir, zalim dan fasik maka hukumnya adalam haram.
Dalam huraian Yusuf Qardhwi, beliau menyatakan melukis gambar-gambar makluk tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, suasana laut, gunung, matahari dan bulan maka ianya tidak bertentangan dengan Islam dan tidak berdosa.
Beberapa hadis sahih diperkuatkan oleh Yusuf Qardhawi berkaitan gambar-gambar antaranya;
“Dari Bisir bin Said dari Zaid bin Khilid dari Abu Talhah sahabat Nabi, bahawa Rasullulah saw bersabda bermaksud’ Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada gambar”. Diperkuatkan kenyataan lain antaranya yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Aisyah: ” Saya membunyai tabir padanya ada gambar burung, sedang setiap orang yang masuk akan menghadapnya (akan melihatnya), kemudian Nabi berkata kepadaku: Pindahkanlah ini, kerana setiap saya masuk dan melihatnya maka saya ingat dunia”,. Kenyataan ini bermaksud Rasulullah saw tidak suka gambar yang terpapar pada langsir tersebut. Namun beliau tidak pula menyuruh membuang gambar itu.
Gambar yang terlarang menurut Yusuf Qardhawi ialah, “Bahawa gambar yang dilarang itu hanyalah yang ada bayangannya, adapun yang tidak ada bayangannya tidak mengapa” merujuk kitab Syarah Muslim. Paling ketara ialah membuat karya-karya 3 Dimensi (berjisim) dengan tema berkaitan benda yang bernyawa (hidup) seperti arca figuratif.
Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah dalam salah satu riyawat Bukhari dan Muslim berbunyi, “Sesungguhnya Aisyah membeli bantal yang ada gambar-gambar, maka setelah Nabi melihatnya ia berdiri di depan pintu, tidak mahu masuk. Setelah Aisyah melihat ada tanda kemarahan di wajah Nabi, maka Aisyah bertanya: Apakah saya harus bertaubat kepada Allah dan RasulNya; apa salah saya? Jawab Nabi: Mengapa bantal itu begitu macam? Jawab Aisyah: Saya beli bantal ini untuk engkau pakai duduk dan dipakai bantal. Maka jawab Rasulullah pula: Yang membuat gambar-gambar ini nanti akan disiksa, dan akan dikatakan kepada meraka: Hidupkanlah apa yang kamu buat itu. Lantas Nabi melanjutkan permbicaraanyaNya: Sesungguhnya rumah yang ada gambar tidak akan dimasuki malaikat. Dan Imam Muslim menambah lagi dalam satu riwayat Aisyah menyatakan: Kemudian bantal itu saya jadikan dua biji untuk bersandar, dimana Nabi biasa bersandar dengan dua sandaran tersebut di rumah. Yakni Aisyah membelah bantal tersebut dan dipakai untuk dua sandaran”.
Kesimpulan, Yusuf Qardhawi merumuskan dengan menyatakan: … kemungkinan yang nampak pada hadis-hadis yang berkenaan dengan masalah gambar dan pelukisnya, iaiatu bahawa Rasulullah saw memperkeras persoalan ini apa masa pertama dari kerasulnyanya, di mana waktu itu kaum muslimin baru saja meninggalkan syirik dan menyambah berhala serta mengagung-agungkan patung. Tetapi setelah aqidah tauhid itu mendalam ke dalam jiwa dan akar-akarnya telah menusuk dalam hati dan fikiran, maka beliau memberi perkenan dalam hal gambar yang tidak berjasad, yang hanya sekadar ukiran dan lukisan. Yusuf Qardhawi memberi hujah, kalau Rasulullah swa tidak suka pada langsir tentu beliau mengharamkan terus, namun tidak begitu.

Niat Zakat Pendapatan

Soalan

Assalam. Boleh ke kalau kita bayar zakat pendapatan (ZP) dengan niat nak lari dari bayar cukai pendapatan (CP)? Contoh bayaran kepada CP Rm1000. Oleh kerana tidak mahu bayar CP saya bayar ke ZP rm 1000.

Jawapan


Takrif zakat pendapatan ialah harta pendapatan dari semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau sekali sekali.

Zakat pendapatan memang tidak dinyatakan dalam mana-mana kitab Fiqh yang muktabar dahulu. Sebab itulah berlaku pertikaian dari kalangan umat Islam sekarang ini dengan mengatakan bahawa zakat pendapatan ini sahaja diada-adakan dan tidak perlu dibayar sebab dalam kitab-kitab terdahulu tidak ada. Tapi kita semua kena sedar bahawa sumber perundangan Islam itu ada empat bahagian iaitu Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas. Apa-apa yang telah ditentukan oleh para ulamak dengan ijtihadnya dan fatwanya telah digezetkan, maka umat Islam semua wajib mengikutnya sebagai tanda mematuhi syariat Islam. Kalau nak bicarakan tentang hal bagaimana dan siapa yang layak ijtihad atau mengeluarkan fatwa perlulah dibincangkan dalam artikel lain sebab ini melihatkan usul fiqh.

Di antara pendapat ulamak yang mutakhirin yang mewajibkan zakat pendapatan ialah Prof. Dr. Yusof Qardhawi, Dr. Hussein Shahatah dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Zakat pendapatan juga pernah dilaksanakan pada zaman pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz, beliau telah memungut zakat pendapatan dari angkatan tentera dan kakitangannya yang bergaji.

Alasan rasional tentang kewajipan zakat pendapatan berdasarkan pendapat ulamak yang mengatakan bahawa para petani dikenakan zakat pertanian dari hasil pendapatan mereka yang bertani. Ini juga menunjukkan bahawa orang yang mempunyai pendapatan seperti makan gaji, upahan, bonus, elaun, pencen dan sebagainya juga dikira sebagai pendapatan dari hasil kerjanya, maka dari itu diwajibkan zakat pendapatan keatas mereka yang mempunyai pendapatan dari hasil pekerjaan mereka. Firman Allah yang bermaksud :


“Wahai orang-orang Yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu Yang baik-baik, dan sebahagian dari apa Yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. dan janganlah kamu sengaja memilih Yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil Yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali Dengan memejamkan mata padanya. dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.” (Al-Baqarah : 267)

Sistem kewangan Islam semasa pemerintahan Islam dahulu menggunakan matawang dinar dan dirham sebagai urusan muamalah atau jual beli. Matawang dinar dibuat dari emas dan matawang dirham dibuat dari perak, jika kedua-dua matawang ini cukup haulnya selama setahun (mengikut tahun Hijrah), maka ia dikenakan zakat. Setelah keruntuhan pemerintahan Islam, matawang digantikan dengan duit kertas atau sebagainya dan nilai dinar atau dirham itu dinilai mengikut matawang kertas. Maka ia juga perlu dizakatkan mengikut apa yang telah ditetapkan, Hadis Nabi saw yang bermaksud :

”Jika kamu memiliki 200 dirham dan genap haulnya maka di dalamnya (zakat) 5 dirham, dan tidak taqwa ke atas kamu sesuatu iaitu di dalam emas, sehingga kamu memiliki 20 dinar. Apabila kamu memiliki 20 dinar dan genap haulnya, maka di dalamnya (zakat) setengah dinar.” (Riwayat Abu Daud)
Setiap ibadah yang dilakukan perlu ikhlas kerana Allah (Lillahitaala) kerana apabila ia dibuat selain daripada itu, dibimbangi tidak diterima oleh Allah Taala.  Al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna menyatakan, “Ikhlas adalah setiap kata-kata, amalan dan jihad setiap Muslim hanya kerana Allah SWT, untuk mencari keredhaan dan ganjaran baik dari-Nya, tanpa memandang kepada imbuhan duniawi, kemewahan, kemegahan atau gelaran. Justeru, insan itu menjadi pengikut kerana akidah dan fikrah bukan kerana kebendaan atau sebarang kepentingan peribadi.”  Daripada kata-kata Imam Hasan al-Banna, dapat difahami bahawa sifat ikhlas ialah melakukan sesuatu amalan semata-mata kerana mencari keredhaan Allah SWT. Amalan yang dilakukan tidak dicampuri oleh keinginan dunia, keuntungan untuk diri sendiri, mencari pangkat dan darjat, inginkan kemasyhuran, pujian dan dikenali seluruh dunia kerana sesuatu perkara yang ada pada dirinya. 
Justeru setiap amalan yang diniatkan kerana Allah dan meharapkan keredhaan-Nya, Insyaalah semua kebaikan akan perolehi tanpa kita sedari.
Semoga semua amalan kita di dunia ini akan beroleh rahmat Allah.

Hukum Memakai Jersi/cadar Manchester United....

Soalan

assalamualaikum....ustaz baru-baru ini saya ada membeli cadar manchester united masih belum diguna , saya ingin bertanya kepada ustaz kerana masih keliru dengan masalah ini , apakah hukum memakai jersi/cadar manchester united ? ada yang saya dengar hukumnya harus kerana tujuan untuk menyokong pasukan itu bukan mengagung-agungkan logo pada jersi tersebut , jikalau haram apakah yang patot saya buat dengan cadar itu ?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes ini anda dinasihatkan supaya tidak memakai baju tersebut. Ini adalah kerana pada baju dan cadar tersebut terdapatnya logo atau gambar syaitan yang mana jika anda memakainya ia seolah-olahnya menunjukkan bahawa diri anda turut bersetuju dan mendewa-dewakan lambang atau logo tersebut. Sedangkan perkara seperti ini adalah dilarang di dalam Islam.
Dari itu, anda dinasihatkan supaya berlapang dada dan mencari cara atau kaedah yang lain yang boleh digunakan untuk menunjukkan sokongan anda kepada pasukan tersebut.
Mengenai baju jersi dan cadar yang telah dibeli, Panel mencadangkan supaya logo atau lambang syaitan yang terdapat pada baju tersebut ditutup atau dilekatkan dengan logo atau lambang lain yang dibenarkan oleh Syara'. Dengan cara ini jersi tersebut masih boleh dipakai dan seterusnya dapat mengelakkan daripada berlakunya pembaziran kerana tidak memakai jersi yang telah dibeli. Wallahu 'alam

Zakat Simpanan Dalam 5 Buah Bank

Soalan

Assalamualaikum Ustaz,
1.Berapakah jumlah zakat yang perlu dikeluarkan untuk Zakat Simpanan yang telah cukup haul?
2.Adakah ia berbeza mengikut negeri?
3.Adakah ia dikira berdasarkan jumlah keseluruhan simpanan / tempat kita menyimpan?Cthnya Ali ada 5 buah bank yang mana setiapnya ada jumlah simpanannya.

Pohon penjelasan Ustaz.

Terima kasih.

Jawapan


ZAKAT WANG SIMPANAN
Kaedah Pengiraan Zakat Wang Simpanan
Pada dasarnya wang bermaksud "wang yang disimpan di dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, saham, saham amanah serta lain-lain bentuk simpanan". Zakat dikenakan atas jumlah baki terendah yang sudah cukup nisab dan haul.
 Jadual 1 : Contoh Akaun Konvensional
TARIKH
MASUK
KELUAR
BAKI
 
(RM)
(RM)
(RM)
01/01/**
20,000
 
20,000
23/01/**
 
2,000
18,000
30/05/**
 
3,000
15,000
10/07/**
Faedah 200
 
15,200
12/08/**
 
1,000
14,200
11/11/**
 
2,000
12,200*
31/12/**
1000
 
13,200
 
 * Baki terendah
Baki terendah dalam jadual ini ialah RM 12,200. ia telah melebihi nisab (RM 7,681.32) dan genap setahun. Baki terendah diambil sebagai asas pengiraan zakat kerana ia merupakan jumlah yang tetap ada dalam simpanan sepanjang setahun (haul). Walau bagaimanapun, wang sebanyak RM 12,200 ini termasuk wang faedah. Oleh yang demikian, wang faedah perlu ditolak daripada baki terendah tersebut sebelum dikira zakatnya.
Cara Pengiraannya
Tahun Haul                    :           1 Muharram – 30 Zulhijjah
Nisab (contoh)               :           RM 7,681.32 (mengikut harga semasa bagi 85 gram emas)
Baki Terendah               :           RM 12,200 – RM 200 (faedah) = RM 12,000
Kadar Zakat                   :           2.5%
Zakat yang Dikenakan :  RM 12,000 x 2.5% = RM 300

Jadual 2 : Contoh Akaun Wadiah
TARIKH
MASUK
KELUAR
BAKI
 
(RM)
(RM)
(RM)
01/01/**
20,000
 
20,000
23/01/**
 
2,000
18,000
30/05/**
 
3,000
15,000
10/07/**
Hibah 200
 
15,200
12/08/**
 
1,000
14,200
11/11/**
 
2,000
12,200*
31/12/**
1000
 
13,200
 
 * Baki terendah
Baki terendah dalam jadual ini ialah RM 12,200. ia telah melebihi nisab (RM 7,681.32) dan genap setahun. Baki terendah diambil sebagai asas pengiraan zakat kerana ia merupakan jumlah yang tetap ada dalam simpanan sepanjang setahun (haul). Wang sebanyak RM 12,200 ini termasuk di dalamnya pemberian hibah (hadiah dalam bentuk wang yang diterima oleh penyimpan terhadap wang yang disimpan setelah pihak bank menjalankan perniagaannya dalam dalam tempoh setahun).
Cara Pengiraannya
Tahun Haul                    :           1 Muharram – 30 Zulhijjah
Nisab (contoh)               :           RM 7,681.32 (mengikut harga semasa bagi 85 gram emas)
Baki Terendah               :           RM 12,200 (termasuk hibah)
Kadar Zakat                   :           2.5%
Zakat yang Dikenakan : RM 12,200 x 2.5% = RM 305
 
Jadual 3 : Contoh Pengiraan Pelbagai Buku Akaun Simpanan
Sekiranya seseorang penyimpan mempunyai banyak akaun simpanan di dalam bank atau mana-mana institusi kewangan, satu tempoh haul yang sesuai mestilah ditentukan. Kemudian diambil baki terendah kesemua buku akaun simpanan dan sekiranya melebihi nisab maka hendaklah dikenakan zakat.
Cara Pengiraannya
Tahun Haul                    :           1 Muharram – 30 Zulhijjah
Nisab (contoh)               :           RM 7,681.32 (mengikut harga semasa bagi 85 gram emas)
Baki Terendah               :           Buku 1              :           RM   4,000
                                                Buku 2              :           RM   1,000
                                                Buku 3              :           RM 15,000
Jumlah baki terendah ketiga-tiga buku      :          RM 20,000
Zakat yang Dikenakan :  RM 20,000 x 2.5% = RM 500

Jadual 4 : Contoh Pengiraan Zakat Simpanan Tetap
Bagi akaun simpanan tetap, zakat dikenakan ke atas nilaian simpanan yang disimpan dalam jangka masa setahun atau lebih.
Contoh Kiraan Simpanan Tetap* :
TARIKH
UNIT MASUK
HARGA SEUNIT
JUMLAH
BAKI UNIT
URUS NIAGA
(RM)
(RM)
(RM)
(RM)
 
 
 
 
 
01/01/2003
20,000
1.00
20,000.00
20,000.00
01/01/2004
700
0.94
    658.00
20,700.00
01/01/2005
1,200
0.92
 1,104.00
21,900.00
01/01/2006
500
0.60
    300.00
22,400.00
01/01/2007
350
0.52
    182.00
22,750.00
01/01/2008
950
0.77
    731.50
23,700.00
 
Zakat atas pelaburan yang dibuat dalam akaun amanah mahupun akaun simpanan tetap di sesebuah institusi perbankan atau syarikat pengurusan amanah dikenakan ke atas jumlah nilaian simpanan/pelaburan setelah cukup nisab dan haulnya.
Cara Pengiraannya :
TARIKH
NILAI SIMPANAN
KADAR ZAKAT
ZAKAT YANG DIKENAKAN
 
 
(%)
(RM)
2003
20,000 x 1.00
2.5
500.00
2004
 20,700 x 0.94
2.5
486.45
2005
 21,900 x 0.92
2.5
 503.70
2006
 22,400 x 0.60
2.5
336.00
2007
 22,750 x 0.52
2.5
295.75
2008
 23,700 x 0.77
2.5
456.22
 
 * Nota :    Contoh Kiraan Simpanan Tetap adalah sama dengan Kiraan Simpanan Mudharabah.
Untuk pengetahuan tuan setiap negeri adalah berbeza dari segi kadar nisab. maka tuan adalah dicadangkan untuk menelefon Pusat Pungutan Zakat yang terdekat.

Wednesday, April 4, 2012

Cara Pengiraan Fidyah Dan Ganti Puasa Yang Tertinggal

Soalan

Asalammualaikum.sejak 19 tahun lalu,jumlah puasa yang saya tinggalkan ialah 375 hari.sehingga hari ni saya belum membayar puasa dan fidyah lagi.berapakah jumlah fidyah dan ganti puasa yang harus saya bayar balik?meminta cara pengiraannya.terima kasih.

Jawapan

Asalammualaikum.sejak 19 tahun lalu,jumlah puasa yang saya tinggalkan ialah 375 hari.sehingga hari ni saya belum membayar puasa dan fidyah lagi.berapakah jumlah fidyah dan ganti puasa yang harus saya bayar balik?meminta cara pengiraannya.terima kasih.


Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam masalah ini, jumlah puasa yang perlu diqadha’kan adalah sama dengan jumlah yang telah ditinggalkan, iaitu 375 hari.
Walau bagaimanapun, mengenai bayaran fidyah yang perlu anda bayar akan digandakan mengikut bilangan tahun yang telah ditinggalkan oleh anda.
Sebagai ringkasnya:
Bilangan hari yang perlu anda qadha’:            375 hari.
Bilangan beras yang perlu anda bayar:          6125 cupak beras (1 cupak = 675 gram)*.
Bagi puasa yang masih belum diqadha’ sehingga bertemu dengan ramadhan bagi tahun hadapannya, akan dikenakan fidyah. Fidyah tersebut akan digandakan jika masih belum mengqadha’ puasa tersebut sehingga bertemu dengan ramadhan tahun yang berikutnya lagi.

Dalam hal ini, anda diwajibkan untuk mengqadha’ dan membayar fidyah tersebut. Ringkasnya, anda perlu lakukan kedua-duanya sekali. Wallahu 'alam (qadha’ dan fidyah).

Nota:
Satu hari puasa yang belum diqadha’ sehingga bertemu dengan ramadhan tahun hadapannya akan dikenakan fidyah sebanyak 1 cupak beras.
Sila rujuk ke baitulmal yang berdekatan untuk membuat bayaran. Selain itu, kiraan fidyah juga boleh dilakukan di sana.

* dapatkan pengiraan yang tepat di baitulmal berdekatan.