Soalan
Assalamualaikum..sye ingin bertanya...Adakah sah mandi wajib jika
selepas mandi wajib kita buang air?dan satu lagi...semasa buang air
kecil selapas mandi wajib sye dapati ada cecair panjang keluar tidak
putus beberapa cm adakah itu air mazi atau air mani?
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Mandi wajib anda adalah sah . ringkasnya, membuang air selepas atau semasa melakukan mandi wajib tidak akan menjejaskan status mandian tersebut dengan syarat mandian tersebut dimulakan dengan niat mengangkat hadas besar dan air telah diratakan ke keseluruhan anggota badan anda.
Mengenai air atau cecair panjang yang keluar semasa anda membuang air kecil selepas selesai mandi wajib, ia berkemungkinan saki baki air mani atau air mazi yang masih belum habis keluar daripada kemaluan anda. ia hanya perlu anda cuci dan bersihkan sahaja. ringkasnya, mandi wajib tidak perlu diulang. Wallahu 'alam.