Thursday, August 30, 2012

Pewarna Rambut Halal Atau Haram?

Soalan

saya ingin menanyakan satu soalan.pewarna rambut yang manakah halal dipakai dan boleh dibawa sembahyang?

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Pewarna rambut selain dari inai daun adalah diharamkan kerana perbuatan  mewarnakan rambut itu hukumnya adalah haram.

Hukum Jika Terpijak Najis Anjing Dalam Lopak Air

Soalan

assalamualaikum,apakah hukum jika kita terpijak tahi anjing dalam lopak air tapi tidak pasti sama ada mengenai kita atau tidak.

Jawapan

Waalaikumussalam,
Dalam kaedah fiqh ada menyatakan bahawa:Al-Yakin layuzalu bissyakki
"Keyakinan  itu tidak boleh dihilangkan dengan keraguan"
Berdasarkan kenyataan  Fiqh ini, jika anda yakin bahawa kaki anda tidak terpijak tahi anjing, maka tidak perlulah anda disamak.Sebaliknya jika anda yakin  bahawa tahi tersebut mengenai kaki anda maka ketika itu wajib anda samak.
Oleh kerana anda masih ragu tentang statusnya maka panel nasihatkan eluk samak bagi tujuan menghilangkan keraguan tersebut.Wallahu a'lam

Bersalaman Dengan Orang Bukan Islam

Soalan

Assalamualaikum ustaz...perlukah saya sertu tangan saya selepas saya bersalaman dengan orng bukan islam dalam keaadaan tangan yang basah??...saya was2 takut ada najis mughallazah pada tanganya...

Jawapan

Tidak perlu di sertu walaupun basah, sebab kebiasaan nya ketika bersalam tiada najis zahir yang kelihatan atau melekat.

Memaklumkan Kepada Pasangan Dan Ibu Untuk Berpuasa Sunat

Soalan

Assalammualaikum..ustaz saya ingin bertanyakan berkaitan dengan puasa sunat. Adakah wajib seseorang anak lelaki untuk memaklumkan kepada ibunya bahawa dia ingin berpuasa sunat? Sebagai isteri memang diwajibkan untuk mendapatkan keizinan suami untuk berpuasa sunat, bagaimana pula suami perlukah dia memaklumkan kepada isterinya untuk berpuasa sunat supaya isteri maklum bahawa suami berpuasa?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Tidak wajib seorang anak atau suami meminta izin dari ibu atau suami.
Isteri sahaja yang wajib meminta keizinan dari seorang suami untuk melaksanakan puasa sunat.
Wallahua'lam

Menggantikan Puasa Bulan Ramadhan

Soalan

saya ingin bertanya jika ingin menggantikan puasa bulan ramadhan pd hari jumaat adakah perlu disambung terus dengan hari sabtu & ahad...sbb saya ada mendengar jika kta berpuasa pd hr jumaat perlu disambung terus pd hr berikuynta iaitu sabtu & ahd keranan membezakan puasa org islam dengan yahudi...adakah wajib jika ingin menggantikan puasa ramadhan pd hr jumaat maka perlu disambung dgn hr sabtu & ahd. sekian terima kasih...

Jawapan

waalaikumussalam w.b.t
Qadha' puasa boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja kecuali pada hari-hari yang diharamkan berpuasa seperti pada dua hari hari Raya iaitu hari raya Aidilfitri dan Aidiladha dan hari-hari tasyrik iaitu 11, 12, 13 Zulhijjah.

Musykil Jamak Jemaah

Soalan

Assalammualaikum... saya dr perak ke kuala lumpur. Sy tiba di kl masuk solat zuhur n berjemaah bersama 4 rakaat.
Selepas selesai sy lakukan jamak qasar asar dua rakaat. Betul ke cara begitu

Jawapan

Ya cara yang saudara lakukan itu adalah benar dan dibolehkan

Taubat Nasuha Tetapi Tidak Hudud

Soalan

Assalamualaikum
Andai suatu hr nnti hudud dijalankan di
Malaysia, perlukah sy mngaku didepan hakim yg sy telah mlakukan liwat? Apakah hukuman yg sepatutnya dijalankan keatas sy? Dan Jika sy tidak dikenakan hudud adakah sy akan diseksa diakhirat kelak walaupun sy sudah taubat sebetul2 nya taubat nasuha. Cukupkah jika sy hnya bertaubat tanpa melakukan hudud? Sy msih bujang dn sy sgt insaf dgn perbuatan lalu. Tolong sy ustaz.

Jawapan

Saudara tidak perlu memberitahunya kepada hakim sebab banyak hadis-hadis yang memberi makna yang demikian. Hudud bukannya urusan individu oleh itu usah difikirkan untuk dikenakan pada diri saudara. Hudud dan perlaksanaannya memerlukan syarat yang banyak ianya adalah urusan pemerintah dan hakim. Yang penting saudara bertaubat nasuha yang sebenarnya. Jika tertangkap dan cukup syarat serta hudud dilaksanakan pada masa itu baharulah dikenakan hudud, jika tidak maka tidak dikenakan hudud begitu juga kesalahan sebelum dikuatkuasakan hudud. Adapun siksa di akhirat itu urusan Allah. w/pun Allah menjanjikan pengampunan 100% kepada hambanya yang bertaubat kecuali syirik. Jika mendapat pengampunan maka balasannya adalah syurga. Janji Allah adalah benar. Tanda sesaorang itu diterima taubatnya adalah dia meninggalkan maksiat yang lalu dan kawan-kawan maksiatnya dan berubah menjadi golongan yang taat kepada Allah.

Wednesday, August 29, 2012

Dosa Bagi Liwat Laki Dgn Laki

Soalan

Assalamualaikum ustaz
Sy hendak tanya adakah masih ade pngampunan untuk saya kerana sy telah Trlanjur mlakukan prbuatan trkutuk (liwat antara laki dgn laki) krn mngikut hukuman hudud hukuman liwat bg yg kawin @ blum kawin wajib dibunuh. Sy sgt mnyesal ustaz dan sy telah mlakukan taubat nasuha.
Adakah sy akan diseksa diakhirat kelak ustaz jika sy tidak dibunuh didunia ini mgikut hukuman hudud.
Sy sprti sudah putus hrpn dn sy sgt mnyesal ustaz. Bantula sy ustaz. Please emel kat sy jwpn ustaz

Jawapan

Ya pengampunan Allah terbuka untuk saudara dalam semua keadaan. Dalam hadis kudsi Nabi bersabda sekiranya sosaorang hamba datang kpd Allah dengan dosa memenuhi bumi dan meminta pengampunan nescaya Allah akan memberikannya pengampunan juga sepenuh bumi. Justeru itu bertaubatlah dengan taubat nasuha kerana Allah. Jauhkan kawan-kawan yang rosak dan dampingkan diri sentiasa dengan Allah dan masjid dengan hati yang tulus. Semoga kita semua dirahmatinya di dunia dan akhirat. Dalam hadis lain Nabi menceritakan kesah orang yang membunuh 99 orang juga di ampunkan dosanya dan di masukkan syurga. Membunuh jauh lebih besar dari meliwat.

Bersumpah Apa Bila Langar Sumpah Apa Hukumannya

Soalan

apa patut sy lakukan apa bila langar sumpah seperti sy sumpah x akan pijak rumah kwn sy tapi sy langar sumpah

Jawapan

Dalam persoalan ini, anda perlu mengenal pasti adakah sumpah yang anda buat adalah atas nama Allah Subhanahu Wa Ta'ala ataupun sekadar sumpah yang hanya dibuat gurau-gurauan.
Jika sumpah tersebut dibuat atas nama Allah Subhanahu Wa Ta'ala seperti;
“Demi Allah, aku tidak akan pijak lagi rumah engkau ini”

Atau lain-lain.
Ringkasnya, jika sumpah tersebut dibuat dengan nama Allah, sifat-sifatnya yang wajib ataupun dengan Keagungannya, anda adalah berdosa dan perlu membayar Kifarah Sumpah.
Kifarah Sumpah ialah:
1.         Memberi makan 10 orang miskin. Setiap seorang sebanyak secupak beras. Atau,

2.         Memberi pakaian (benda yang dipakai mengikut adapt setempat) kepada 10 orang miskin. Atau,

3.         Membebaskan seorang hamba yang beragama islam. Hamba tersebut mestilah seorang hamba yang sempurna anggota badan dan boleh bekerja.

Namun begitu, bagi mereka yang tidak mampu untuk melakukan ketiga-tiga perkara tersebut, maka dia dikehendaki berpuasa sebanyak tiga hari  dan menurut Mazhab Syafi’i puasa tersebut tidak disyaratkan secara berturut-turut.
Sila berhubung dengan Pusat Pungutan Zakat yang berhampiran untuk membuat bayaran kifarah tersebut. Wallahu 'alam.

Cara Sertu Yang Betul

Soalan

Assalamualaikum ustaz....

kaki saya bersentuhan dengan kaki orang yang terkena najis mughallazah,kemudian saya sertu kaki saya....Ketika sertu,saya hanya menjirus sahaja air tanpa menggosok bahagian tersebut...sah kah sertu tersebut dan perlukah saya sertu semula ustaz??...adakah kaki saya telah suci dari najis mughallazah tersebut??.....

Jawapan

Waalaikumusalam,
Perlu panel tegaskan,jika anggota kaki anda  tersentuh dengan anggota kaki orang yang terkena najis mughallazah yang telah kering dan  dalam keadaan kedua-dua kaki tersebut sudah  kering maka anda tidak perlulah lagi  sertu @ samak.
Sekiranya salah satu kaki tersebut masih basah maka anda perlu sertu menggunakan 1 kali air bercampur tanah diikuti dengan  6 kali air mutlak.Sebaik-baiknya anda gosoklah pada kaki yang terkena najis mughallazah tersebut.
Andaikata anda yakin dengan cara sertu yang anda lakukan itu mampu untuk membersih dan menyucikan  anggota kaki yang terkena najis mughallazah , maka hukum anda menyamak kaki anda itu dikira sah.
Sebaliknya jika  anda meragui samak yang anda lakukan sebelum ini tidak sah ,panel nasihatkan agar anda mengulangi samak @ sertu  itu semula.Wallahu a'lam.

Nikah Lari Ke Siam

Soalan

Salam.Sy & pasangan merupakan pelajar IPT.Pasangan seorang yang baik dan warak.Disbbkan situasi tertentu,kami terlanjur.Kami merasakan penyelesaian terbaik adalah nikah.Ibu bapa sy sgt menyukai & merestui hubungan kami namun mereka menghalang sekeras2nya apabila kami ingin brnikah.Mrka kata sekurang2nya 4-5 thun lg.Kami ingin nikah di siam (tidak mendaftar ke msia selepas itu, dan merancang supaya x mengandung smentara waktu). Stlah diizinkan, brulah bernikah di msia sekali lg. Bolehkah begitu?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Panel nasihatkan agar anda pujuk ayah ibu untuk membolehkan anda berdua bernikah.Anda juga perlu jujur dan ikhlas untuk menjelaskan kejadian yang sebenarnya.Ini kerana anda berdua sudah pernah terlanjur.Sekiranya pasangan anda seorang yang baik dan warak  serta jujur seperti yang anda dakwakan beliau tidak akan mengambil kesempatan atas diri anda.Sepatutnya yang dikatakan warak dan baik dalam ertikata yang sebenarnya ialah beliau tetap menghargai serta menjaga kesucian dan kehormatan anda sehingga anda betul-betul sah menjadi isterinya.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan ,bolehkah anda bernikah di Thailand tanpa pengetahuaan kedua ibubapa anda,Jawapannya boleh, tetapi menyalahi peraturan nikah kahwin yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.Walau bagaimanapun Panel nasihatkan agar anda mohon restu  terlebih dahulu kepada  kedua ibubapa sebelum bernikah.Ini kerana kebahagiaan dan kerukunan  rumahtangga terletak  di atas keredaan kedua mereka.
Justeru panel syorkan agar anda kena ambil keputusan berdasarkan kematangan anda bukannya ikut nafsu remaja.Berfikirlah secara positif,setiap pernikahan yang dilakukan di luar negara perlu di daftarkan semula di negara ini dalam tempoh 6 bulan setelah kembali di sini.Jika tidak dilaksanakan/daftar  ia merupakan suatu kesalahan di bawah enakmen kesalahan jenayah syariah, dan jika dithabitkan ia boleh dikenakan hukuman denda oleh mahkamah syariah di negeri tempat tinggal anda.Wallahu a'lam.

Sisa Najis Mughallazah

Soalan

Assalamualaikum ustaz,...saya telah sertu kaki saya di dalam bilik air,setelah selesai perlukah saya turut sertu lantai bilik air tersebut kerana sisa air sertu tadi mengalir atas lantai tersebut...

Jawapan

Waalaikumusalam,
Sekiranya anda yakin sisa air sertu yang mengalir dalam bilik air tersebut mengalir ke tempat yang telah ditetapkan maka anda tidak perlulah sertu @ samak seluruh bilih air berkenaan.Ini kerana Allah tidak akan memberatkan sesuatu urusan melainkan atas kemampuan manusia itu sendiri.Wallahu a'lam.

Bila Boleh Puasa Ganti

Soalan

askm bila boleh puasa ganti

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Puasa ganti atau puasa qadha’ Ramadhan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja melainkan pada hari-hari yang diharamkan berpuasa kepada umat Islam.
Ringkasnya, para muslimin dan muslimat boleh mengqadha’ puasa tersebut sepanjang tahun (sehingga sebelum masuk bulan Ramadhan tahun hadapannya) melainkan pada 1 Syawal, 10, 11, 12, dan 13 Zulhijjah. Wallahu 'alam.

Hukum Hakam Berkahwin

Soalan

Assalamualaikum...
saya ada 1 soalan mengenai perkahwinan antara saudara...
sebagai contoh : jika saya ingin berkahwin dgn anak kpd sepupu bapa/ibu saya,adakah sah perkahwinan itu???atau saya haram berkahwin dengannya???

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam hal ini, anak kepada sepupu bapa dan ibu anda tidak tergolong di dalam golongan mereka yang diharamkan berkahwin dengan anda (mahram). Oleh itu, anda boleh bernikah dengannya. Wallahu 'alam.

Kemunculan Imam Mahdi

Soalan

As salam uztaz. Sy ada membaca artikal ' Peristiwa aneh dari Mekah'. Ada satu artikal mengenai kemunculan imam mahdi dan putera bani Tamim...fakta ini amat mengelirukan sy dgn mengatakan munculnya Muhammad ke-2 iaitu Imam Mahdi dan Abuya ( AlArqam), Imam Mahdi pula dikatakan ghaib pd thn 1925,dan lahir Putera Bani Tamim1935 (Abuya- jg dikatakan ghaib) akan muncul bersama iman mahdi utk slmtkan agama, amat mengelirukan dan sy bmbg ia blh memesongkan aqidah umat akhir zaman. Hrp dpt pnjlsn.

Jawapan

Ini adalah termasuk dalam ajaran sesat, haram ummat Islam mempercayainya dan haram mempercayai seorang pemimpin yang telah mati itu sebagai imam Mahdi. Ini boleh merosakkan akidah dan semua fakta tentang tahun 1925 atau 1935 dan dikaitkan dengan Imam Mahdi adalah PEMBAHONGAN yang nyata.

Selsema Menitik Ketika Solat

Soalan

Assalammualaikum.Sewaktu bersolat(dalam keadaan saya mengalami selsema),selsema saya yang cair menitik pada telekung dan sejadah.Apakah solat saya sah kerana saya tak dapat menahan selsema saya dari mengalir.Bagaimana pula dengan telekung dan sejadah?Apakah saya perlu mencucinya untuk digunakan bila saya bersolat seterusnya?Adakah ianya dikira najis?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Orang yang sedang mengalami selesema akan terdapat hingus di dalam hidungnya. Hingus adalah benda yang dihukumkan najis.
Oleh itu, telekung dan sejadah yang terkena hingus perlu anda bersihkan terlebih dahulu sebelum menggunakannya untuk mengerjakan solat yang berikutnya.
Jika tidak dibersihkan, solat yang didirikan adalah tidak sah kerana terdapatnya najis pada pakaian yang digunakan dan juga di tempat mengerjakan solat tersebut.

Tuesday, August 28, 2012

Solat Jemaah Sah Atau Tidak

Soalan

salam..nak tanya tentang jemaah solat..semasa imam mengangkat takbir dan kemudian makmun turut mengangkat takbir.Tiba-tiba imam membatalkan solat dan mengangkat semula takbir.mungkin tersilap niat atau lain2.Persoalannya bagaimana dengan solat makmun dibelakang?sah atau tidak?

Terima Kasih

Jawapan

Wassalam,
Dalam situasi ini, solat makmum tersebut adalah tidak sah sekiranya mereka tidak niat mufaraqah (keluar daripada jema’ah/tidak mengikut imam tersebut).
Ringkasnya, jika mereka niat untuk keluar daripada mengikuti imam tersebut dan meneruskan solat sendirian sehingga memberi salam, maka solat mereka adalah sah. Wallahu 'alam.

Hukum Solat Jumaat

Soalan

Suami saya belajar di luar negara. Di tempat beliau tinggal, hanya terdapat 4-5 orang lelaki Islam. Masjid yg berdekatan terletak di negeri lain, lebih kurang 70 km @ 1 jam drpd tempat beliau tinggal. Apakah hukum solat Jumaat ke atas suami saya?

Jawapan

Dalam situasi tersebut, hukum Solat Juma'at bagi suami anda adalah tidak wajib.
Walaupun begitu, beliau dan rakannya yang beragama Islam masih boleh mengerjakan solat zuhur secara berjema’ah bagi menggantikan Solat Juma'at yang tidak dapat dilakukan oleh mereka. Wallahu 'alam.

Puasa Tanpa Doa Berbuka Puasa

Soalan

Assalamualaikum, adakah sah puasa jika tidak membaca doa berbuka puasa? sama ada terlupa atau dengan sengaja.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
di dalam masalah ini, doa tersebut bukanlah menjadi syarat ataupun rukun di dalam ibadat berpuasa. Ia hanyalah amalan sunat sahaja.
Oleh itu, bagi mereka yang tidak membacanya sama ada sengaja ataupun terlupa, ia tidak akan menyebabkan puasa yang telah dikerjakan terbatal ataupun menjadi tidak sah. Wallahu 'alam.

Apakah Makna Mimpi Kalimah ALLAH..

Soalan

Saya ada beberapa kali mimpi saya melihat kalimah ALLAH di atas langit. Dan saya kagum , terpesona dan tenung ke arah itu. Apakah tandanya?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Mimpi itu terbahagi dua iaitu;
1.Mimpi benar- yang mana sebelum anda tidur anda ambil wuduk dan membaca wiirid @ ayat-ayat al-Quran
2.Mimpi tidak benar- sebelum tidur anda tidak berwuduk dan tidak membaca wirid @ ayat-ayat al-Quran.
Jika anda dapat melihat semasa tidur cahaya kalimah Allah itu merupakan petanda mimpi baik.Ia sebenarnya meminta supaya anda sentiasa melakukan pekerjaan dan amalan-amalan  yang baik seperti:
a. jangan tinggalkan solat,
b.Selalu membaca al-Quran,
c.Ringan tangan untuk membantu kedua orang tua
d.Menolong orang-orang yang memerlukan bantuan
e.Orang tua,warga emas
f.Anak yatim
g.Ibu tunggal
h.Derma dan imfak harta ke mana-mana institusi kebajikan
Panel harap jika anda tidak dapat buat semua TETAPI jangan tinggalkan kesemuanya.Wallahu a'lam.

Hukum Menyimpan Dan Melihat Gambar Bakal Tunang Yang Telah Meninggal Dunia

Soalan

assalamualaikum....saya ada sedikit kemusyikilan.bakal tunang saya telah meninggal dunia beberapa hari sebelum hari pertunangan kami...oleh kerana saya merasa terlalu kehilangan....saya telah menyimpan gambar saya bersama arwah di dalam dompet, wallpaper handphone dan laptop sebagai kenangan.... saya ingin tahu, apakah hukum sekiranya saya berbuat demikian?......

Jawapan

Waalaikumusalam,
Ajal maut,umur, rezki dan jodoh pertemuan itu merupakan ketentuan Ilahi sejak azali lagi.Walaupun anda ada pertemuan dengan bakal tunang ,tetapi jodoh tiada kesampaian , maka panel nasihatkan agar anda terima kesemua kada' dan kadar Ilahi ini dengan hati yang tabah,sabar  dan tenang.Ini kerana ada hikmat yang tersirat daripada yang tersurat yang telah direncanakan oleh Allah SWT.
Apa yang penting sekarang ialah anda sepatutnya banyak-banyak berdoa dan membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk disedekahkan pahalanya kepada arwah bakal tunang anda.Berbalik kepada simpan gambar bakal tunang dalam dompet,wallpaper handphone dan laptop.
Panel nasihatkan eluklah anda kembalikan semula gambar tersebut kepada keluarga beliau.Ini kerana keluarga beliaulah ,individu yang  paling  berhak untuk menyimpannya.Anda sebenarnya  tiada lagi hak secara mutlak  untuk menyimpan gambar-gambar tersebut   disebabkan  oleh kematiannya.Biarlah yang berlalu itu pergi dengan aman dan tenang ,mudah-mudahan Allah SWT akan gantikan kehilangan tunang anda dengan lelaki yang lebih baik daripada itu.Wallahu a'lam.

Sy Ingin Brtnyekn Soal Kawin

Soalan

Asalamualaikum.yg saya tahu,sepupu boleh brkahwin tetapi tidak digalakkan...tapi adakah semua sepupu boleh dikahwini?ada tak sepupu yg haram bg kite sbg sepupunye untuk mengahwininya??jika ada,sepupu yg macam mana yg haram dikahwini tu?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Hukum berkahwin dengan sepupu itu harus dan sah.Cuma majoriti ulamak  dan para sarjana  fekah tidak menggalakkan kerana perkembangan umat manusia tidak akan meluas disebabkan ia terjadi  berkisar dengan kaum kerabat terdekat sahaja.Justeru umat Islam digalakkan supaya berkahwin dengan orang yang berbeza daerah,negeri dan negara termasuk berbeza loghat dan budaya demi untuk tujuan perkembangan umat dan generasi Y akan datang.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan,Sepupu yang haram berkahwin ialah jika emak anda dengan adik beradik emak mempunyai anak, yang mana sepupu anda itu (lelaki /perempuan) menyusu /menetek dekat  mak anda cukup 5 kali menyusu dan kenyang.Pada ketika itu ia telah menjadi saudara sesusuan.Maka hukum sepupu anda samada lelaki @ perempuan yang menyusu dekat mak anda haram berkahwin dengan anda jika anda lelaki/perempuan.Wallahu a'lam.

Monday, August 27, 2012

Musykil Tomakninah

Soalan

Salam. saya nak tanya. Semasa solat kita perlu rukuk, sujud dan duduk antara dua sujud dgn tomakninah. Soalan saya, saya sering semasa solat, semasa saya nak rukuk, anggota saya selalu bergoyang-goyang sebelum ia berhenti, dan semasa saya bergoyang, saya tlhpun mula menyebut Bacaan rukuk iaitu "Subhana robbiyall..." dan begitu jg sujud dan duduk antara dua sujud, belum sempat anggota saya berhenti, saya sudah membaca zikir di dalam rukun tersebut. Sah atau tak solat saya dan nyatakan alasannya..

Jawapan

wassalam,
solat anda adalah sah sekiranya tempoh berhenti yang anda ambil adalah mencapai seperti mana yang dikehendaki, iaitu sekurang-kurangnya sekitar masa untuk menyebut tasbih “Subhanallah”.
Dari itu, jika tempoh berhenti yang anda ambil kurang daripada tempoh tersebut, jelaslah solat yang anda dirikan adalah tidak sah kerana tidak menunaikan tempoh toma’ninah sebagaimana yang dikehendaki. Wallahu 'alam.

Bila Jumpa Wang Yang Bukan Milik Kita.

Soalan

salam..
Ada satu soalan yang hendak ditanya. Jika kita terjumpa wang bolehkah kita mengambilnya dan dan membelanjakan wang tersebut.Adakah halal?

Terima Kasih.

Jawapan

Waalaikumussalam,
Bila anda menjumpai wang,sebenarnya anda tidak boleh menggunakannya.Ini  kerana wang itu bukannya milik anda secara mutlak dan wang itu tidak halal untuk anda belanjakan.
Sebaliknya anda perlu menghebahkan/mengumumkan pada setiap hari jumaat selama 3 minggu berturut-turut.Selepas 3 minggu di dapati tiada yang datang untuk menuntut wang tersebut maka anda perlu menyerahkan wang berkenaan kepada baitulmal untuk diuruskan mengikut hukum syarak.Wallahu a'lam.

Puasa Nazar Dan Puasa Ganti

Soalan

diantara puasa nazar dan puasa ganti yg manakah perlu dilaksana terlebih dahulu?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Menurut kitab fekah, puasa ramadan yang terbatal wajib dikada' dengan kadar segera jika boleh di dalam bulan syawal.
Sementara  puasa nazar pula ,memang hukumnya wajib apabila kita bernazar , ia  sebaik-baiknya dilaksanakan setelah selesai diganti puasa ramadan terlebih  dahulu.Wallahu a'alam.

Waktu Sembahyang

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Kawan saya ada memberitahu waktu azan di Malaysia adalah lima minit lebih lambat dari waktu masuk sebenar. Ini untuk memastikan azan di masjid tidak mendahului waktu (kerana jam masing masing mungkin terlari seminit dua). Betulkah?. terima kasih ustaz.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh, mengenai isu tersebut, sehingga ke hari ini Panel masih belum mendapat maklumat mengenainya. Namun, apa yang pasti pihak yang mengeluarkan waktu solat bagi setiap daerah di negara ini adalah mengikut kaedah dan cara yang telah disepakati oleh semua pihak yang bertanggungjawab mengenainya.
Namun, jika kawan anda mempunyai bukti mengenainya, sila hantar kepada kami agar ia boleh disiasat dan segala kekeliruan dapat dihuraikan. Wallahu 'alam.

Puasa Ganti & Puasa Enam Di Bulan Syawal

Soalan

Assalamualaikum;
sy ingin bertanya bolehkah atatu tdk jika puasa dibulan ramadhan yg ditinggalkan kerana uzur syarie diganti serentak bersama puasa enam..jika blh, bgmana kah niatnye?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Ulamak fekah telah berbahas tentang perkara ini, mereka telah sepakat mengambil pendekatan seperti berikut:
1.Puasa ramadan yang tertinggal disebabkan uzur syarie perlu dikada'/ganti dengan kadar segera dalam bulan syawal tanpa disekalikan dengan puasa sunat syawal.
2.Dibolehkan/diharuskan puasa ganti@ kada' disekalikan dengan puasa sunat 6 hari pada bulan syawal.
Berdasarkan 2 pandangan ulamak ini ternyata anda dibolehkan  untuk ganti dan menunaikan puasa sunat syawal serentak.Justeru  tujuan berniat anda  boleh menggunakan niat seperti berikut:
"SENGAJA AKU BERPUASA KADA' DAN SUNAT SYAWAL  ESOK HARI KERANA  KERANA ALLAH TAALA'.
Wallahu a'lam.

Bayaran Kifarah Jimak Semasa Haid

Soalan

Assalamualaikum, Tuan.
Saya ingin mendapat penjelasan mengenai:
1. Saya telah melakukan jimak bersama isteri. Setelah selesai jimak didapati terdapat cecair warna cokelat pada faraj isteri (mengikut kebiasaan tanda awal haid). Apakah hukum jimak tersebut sedangkan pada awal jimak tanda-tanda ini tidak ada.
2. Sehubungan dengan soalan di atas, didapati pada hari pertama haid tidak keluar (jernih kembali). hari kedua baru jelas kelihatan. Adakah hari pertama itu perlu solat seperti biasa?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Hukum persetubuhan tersebut adalah persetubuhan yang diredai dan anda berdua akan memperoleh pahala kerana melakukannya. Hal ini berikutan daripada tiada tanda atau alamat yang boleh dijadikan panduan tentang tibanya masa haid isteri anda. ringkasnya, persetubuhan tersebut dilakukan sebelum masa haid. Oleh itu, ia adalah diharuskan kepada anda berdua.

2.         Seorang wanita Islam diberi keringanan untuk tidak mengerjakan solat fardu lima waktu hanya pada masa kedatangan  haid ataupun nifas.
Oleh itu, pada hari pertama (yang masih tidak terdapat sebarang tanda darah yang keluar daripada faraj) anda masih diwajibkan untuk mengerjakan solat fardu lima waktu. Jika meninggalkannya, ia wajib diqadha’. Wallahu 'alam.

Tahi Cicak Yg Dipijak Dgn Tidak Sengaja

Soalan

As salam,smlm setelah pulang dr beraya sy dapati bila masuk dlm bilik ada tahi cicak bekas dipijak seseorang.kemudian beberapa langkah dihdpn ada bekas seret tahi cicak itu.sy rasa mak sy yg pijak sbb dia masuk dulu bilik itu.tp yg peliknya 2 tempat itu sj yg ada bekas seret tahi cicak itu.sy cuba cr tempat lain tp xada kesan2@tompokan pun.jd sy cuma ambil tisu&cuci 2 tempat itu shj.perlukah sy mop lantai rumah keseluruhannya utk pastikan tiada sisa2 pijakan najis itu@memadai apa yg dah sy buat

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Mengenai tahi cicak, ia adalah najis yang dimaafkan (jika sedikit/1 biji sahaja). Oleh itu, anda tidak perlu untuk mop keseluruhan lantai bilik tersebut. ringkasnya, cukuplah sekadar anda mengesat kesan tahi yang kelihatan di dalam bilik tersebut sahaja. Wallahu 'alam.

Terbatal Wudhuk

Soalan

adakah terkeluar air mazi terbatalnya wudhuk?

Jawapan

Dalam masalah ini, mengikut kaedah asal perkara-perkara yang membatalkan wudhu’, wudhu’ seseorang itu akan terbatal apabila terkeluarnya sesuatu daripada dua jalan (dubur dan qubul).
Oleh itu, oleh sebab air mazi keluar melalui jalan hadapan (qubul), maka ia akan membatalkan wudhu’nya. Wallahu 'alam.

Perlu Sertu/samak

Soalan

Assalamualaikum ustaz..sekadar menambah ilmu mengenali sertu/samak... pg td sy prgi ke pasar ikan.. kita semua tahu di pasar ikan keadaan persekitaraan lantai yang basah.. persoalan yang saya nak ajukan ialah adakah kita perlu sertu/samak selepas kita ke tempat tersebut. hal ini kerana tempat2 tersebut kemungkinan besar antara tempat anjing selalu pergi untuk mencari makanan..kerana antara 1 punca kita perlu sertu/samak ialah anjing basah dan tempat itu kering... mohon penjelasan. wassalam

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Anda tidak perlu untuk lakukan sertu ke atas kaki atau anggota anda yang lain kerana lantai di pasar tersebut hanyalah dikategorikan sebagai kotor dan najis sahaja dan tidak sampai ke tahap najis mughallazah. Lagi pun alasan yang anda nyatakan tidak akan menyebabkan lantai di pasar tersebut menjadi najis pada keseluruhannya.
Ringkasnya, anda hanya perlu membersihkan diri anda daripada kekotoran dan najis yang lain dengan menggunakan air mutlak sahaja dan tidak perlu untuk melakukan sertu kerana ia hanyalah najis biasa sahaja dan bukannya najis mughallazah. Wallahu 'alam.

Plasenta Kuda Di Dalam Minuman Kolagen

Soalan

Maaf jika soalan ini pernah ditanya. setelah saya baca soalan dan jwpn dlm ruangan ini,saya ada kemusykilan berkenaan produk mgandungi plasenta (kuda@biri-biri). Soalan2 sblm ini ustaz ada menerangkan bhw jk plasenta diambil dr haiwan x disembelih ia haram tp jika plasenta diambil dr haiwan yg disembelih,ia Halal. Menurut syarikat pengeluar produk,haiwan tersebut (kuda) x dimatikan. Plasenta diambil sejurus slps proses kelahiran anak. Kuda&anak hidup. Apakah statusnya? Halal@Haram?Mohon jelaskn.

Jawapan

Ianya adalah haram sebab "Menurut syarikat pengeluar produk,haiwan tersebut (kuda) x dimatikan. Plasenta diambil sejurus slps proses kelahiran anak. Kuda&anak hidup" maka placenta itu berstatus bangkai dan haram di gunakan. Yang halal ialah haiwan yang mengandung tersebut disembelih dan plasentanya diambil selepas sembelihan itu.

Membazir Atau Tidak

Soalan

Assalammualaikom, saya ingan bertanyakan 1 soalan berkaitan dengan pembaziran. Pembaziran itu adalah 1 amalan syaitan. Bagaimanakah sekiranya seseorang itu suka membeli barangan yang mahal-mahal sebagai contoh membeli sepasang kasut dengan harga RM700 atau RM900. Kadang - kadang itu membeli pakaian dari luar negara hingga mencecah ribuan ringgit untuk mendapatkan sehelai baju. Soalan saya, adakah seseorang ini di kategorikan seorang yang membazir sedangkan dia mampu untuk memilikinya.

Jawapan

Jika mampu ianya tidak di kaitkan dengan pembaziran bahkan di sunatkan melakukan perkara demikian sebagaimana hadis nabi s.a.w "Sesungguhnya Allah suka melihat kesan nikmatnya atas hamba-hambanya". Sebab itu anas bin malik seorang sahabat nabi memakai baju mewah dizamannya yang dikatakan bernilai 10,000 dinar sehelai. 1 dinar = 2.5g emas tulin. Dan ketika ditanya beliau membaca hadis nabi di atas.

Qaza - Memotong Rambut Orang Dewasa Mengikut Fesyen Terkini

Soalan

Saya mempunyai rakan yang tidak berapa yakin dengan hujah yang digunakan mengenai qaza - iaitu secara khususnya mengenai riwayat Rasullah s.a.w melarang memotong/mencukur sebahagian rambut kerana ia melibatkan bayi yang baru dilahirkan. Apakah dalil berikut boleh digunakan untuk orang dewasa yang memotong rambutnya kerana fesyen, kerana ia lebih kepada ibadah aqiqah. Adakah terdapat dalil lain yang lebih kuat hujahnya?

Jawapan

Dalil lain yang lebih kuat ialah sabda nabi s.a.w "sesiapa yang menyerupai satu kaum maka dia dari mereka." Justeru fesyen tersebut mengikut ijmak adalah haram

Cium Perempuan Bukan Mahram

Soalan

Salam, apakah hukum mencium mulut perempuan yang bukan mahram?

Jawapan

Lelaki cium perempuan hukumnya haram.

Persoalan Tentang Solat

Soalan

saya selalu berkhayal @ tak khusyuk semasa solat melainkan ketika bersujud..jika saya solat,saya akan bersujud lama..rakan2 selalu memandang pelik perbuatan saya tu..apa hukum sujud lama di dalam solat..?

Jawapan

Jika solat seorang sunat sujud panjang-panjang. Jika ikut imam waib ikut imam, jika tidak ianya boleh membatalkan solat saudari.

Sisa Buangan Akikah

Soalan

salam ustaz & ustazah... bagaimanakah saya ingin membuang sisa2 daging dan tulang korban dan akikah tanpa saya menanamnya di dalam lubanng yang dikorek... boleh dibakar atau tidak? ASAP... trima kasih ustaz

Jawapan

Sisa buangan akikah boleh di urus sebagaimana sisa-sisa buangn yang lain yang sesuai dengannya samaada ditanam, di buang dalam plastik hitan, dalam tong dll mengikut kesesuaiannya. Sebab tiada satu cara khusus berkaitannya.

Jatuhkan Talak Taklik Secara Sms Tanpa Niat?

Soalan

salam...saya telah menghantar sms kpd isteri "jika awak buka facebook si polan,maka jatuh talak 1" tapi tanpa niat pun sebenarnya..adakah ia terpakai kerana setahu saya perlu ada niat baru sah?jelaskan..

Jawapan

Itu adalah taklik yang sorih maka jatuh talak walaupun tanpa niat. perlu dirujuk ke Mahkamah.

Memastikan Lafaz Cerai

Soalan

Suami berkata "kalau ikutkan hati,aku ceraikan kau!" adakah jatuh? suami berkata dia tidak ada niat.dia berkata begitu kerana marah.

Jawapan

Tidak jatuh talaknya sebab ada perkataan "Kalau".

Friday, August 24, 2012

Hukum Seorang Bapa Berkahwin Dengan Anak Abang Tirinya Satu Ibu Berlainan Bapa

Soalan

Assalammualaikum, saya inginkan kepastian adakah boleh jika seorang bapa berkahwin dengan anak kepada abang tirinya? Situasinya adalah seperti berikut : Bapa dan abang tirinya berlainan bapa tetapi Ibu yang sama. Harap agar mendapat jawapan yang pasti.. Terima kasih

Jawapan

Hukumnya adalah haram secara mutlak, sebab ini termasuk dalam perkahwinan dengan anak kepada saudaranya (iaitu abang tirinya) yang dijelaskan oleh Allah di dalam Al-quran. jika lahir anak sedangkan dia tahu pengharaman ini maka anak itu adalah anak zina.

MENYATAKAN FARDHU DALAM NIAT

Soalan

Adakah sah solat kita jika kita tidak menyatakan kefarduan solat itu walaupun kita sudah tahu solat tersebut ialah solat fardu.?
Contoh..
Apabila kita ingin solat maghrib kita melafazkan niat USOLLI FARDHU MAGHRIBI.....
Tetapi ketika niat dalam hati,kita menyatakan Sahaja aku sembahyang Mahgrib.....walaupun kita tahu ia merupakan solat fardhu dan kita juga maksudkan bahawa solat tesebut solat fardhu..

Jawapan

Ya sah solat dengan niat yang sedemikian.

Thursday, August 16, 2012

Solat Sunat Sblm Dn Slps Solat Fardu..

Soalan

assalamualaikum.....sya nk tnya..cth la..solat fardu maghrib ad solat sunat sblm dn slps...klau slh stu x buat tp stu lg buat adkah ttp dpt phala?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Setiap solat fardu/wajib  terdapat solat sunat, sama ada solat sunat   sebelum dan  juga solat sunat selepas.Perkara ini tidak terkecuali kepada solat  Fardu maghrib, yang telah memperuntukkan untuk umat Islam melakukan solat sunat selepas maghrib.Allah hanya akan mengurniakan pahala sunat khusus tersebut kepada umat Nabi Muhammad saw  yang melakukan solat sunat selepas maghrib.
Panel nasihatkan agar anda rebutlah peluang ini untuk melakukan solat sunat selepas maghrib,jika anda  ikhlas dan khusyuk, insya'Allah akan kurniakan pahala yang setimpa dengan usaha anda .Wallahu a'lam.

Puasa Tapi Tidak Solat

Soalan

assalamualaikum....saya tidak tahu nak jelas cam mana lagi bila org ckp puasa dan solat lain...klu kita puasa tak apa tak solat...sedangkah solat 2 rukun islam ke-2 bru puasa...klu kita puasa saja tp tidak tunaikan solat fardhu boleh ka or puasa kita d terima???.....

Jawapan

Waalaikumussalam,
Hadis baginda saw menjelaskan yang bermaksud:
"Solat itu tiang agama,sesiapa yang mendirikan solat bermakna ia mendirikan agama (Islam) dan sesiapa yang meninggalkan solat seolah-olah dia meruntuhkan agama"
Berdasarkan mafhum hadis ini jelas,keutamaan solat yang dianggap sebagai paksi utama ibadat manusia akan terhakis pahala dan ganjarannya sekiranya umat Islam mengabai/meninggalkan untuk melakukan solat.
Justeru tiada apa yang kita akan dapat  faedah sekiranya  jika kita sering meninggalkan solat.Ini kerana solat merupakan hubungan langsung antara hamba dengan Allah SWT.Manakala ganjaran puasa  bergantung kepada penilaian Allah yang hakiki, meliputi  perkara-perkara  berikut:
1.Islam dan kewarasan
2.Keimaman & Ketaqwaan
3.Niat
4.Keikhlasan
Panel nasihatkan agar bagi mereka yang berpuasa jangan sekali-kali meninggalkan solat.Ini kerana ia akan merosakkan pahala dan ganjran ibadah puasa yang sedang dikerjakan.Wallahu a'lam.

Sah Atau Tidak Solat Saya

Soalan

assalammualaikum saya nak tanya ketika saya sedang bersolat terasa mcm angin dipungung keluar tetapi tidak bau jadi macam mana solat saya tu sah atau tidak.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam perkara ini, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam ada bersabda, maksudnya:
Dari ‘Ubbad bin Tamim dari bapa saudaranya yang bertanya kepadarasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam tentang seorang lelaki yang ragu-ragu di dalam solatnya sama ada dia terkentut ataupun tidak. Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam menjawab; “Janganlah ia keluar dari solatnya sehinggalah ia terdengar bunyi (kentut) ataupun terhidu bau”.
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim).

Oleh itu, jika anda tidak terdengar bunyi kentut ataupun tidak terbau, maka anda perlu teruskan solat kerana solat anda masih sah. Wallahu 'alam.

Waris Kepada Orang-orang Miskin Atau Emak Bukan Orang Islam Jika Saya Meninggal Dunia?

Soalan

salam, waris kepada orang-orang miskin atau emak bukan orang islam kalau saya meninggal dunia? apa pendapat ustazah? terima kasih......

Jawapan

Al-hamdulilah Allah memilih saudari kembali kepada fitrah agama yang diredainya. Berkenaan soalan di atas Islam membenarkan saudari memberi / menghadiahkan apa-apa sahaja yang saudari mahu kepada ibu saudari yang masih belum Islam, Begitu juga saudari boleh membuat wasiat sehingga 1/3 dari harta saudari utk bukan Islam atau ibu saudari sendiri. Semua ini perlu dilakukan semasa hidup saudari. berdakwahlah semoga kita diberkati dan selamat dari azabnya.

Solat Musafir, Jamak, Qasar

Soalan

assalamuaalaikum..saya ingin bertanya..saya akan menaiki bas untuk pulang ke kelantan pada pukul 9.memang saya akan tinggal di kelantan melebihi 3 hari.sekarang saya tinggal di selangor..jadi,boleh ke kalau saya menjamakkan solat maghrib dengan solat isyak secara jamak qasar sebelum saya menaiki bas pada pukul 9 nanti?? maksudnya saya akan solat jamak di selangor,bukan semasa dalam perjalanan tersebut berlangsung??terima kasih..

Jawapan

Ya boleh sebab itu di kira telah dalam musafir dan perlu dilakukan jamak dan qasar itu di luar dari qaryah saudara di Selangor. Contohnya jika tinggal di Subang Jaya maka selepas keluar dari Subang Jaya dah boleh Jamak Qasar

Nikah Ketika Kandungan Masih Dalam 7bulan....apakah Hukumnya??

Soalan

assalamualaikum...jd apa yg dijawab pada soalan yg sebelum ini,tidak menjadi masalah if pasangan tersebut nikah walaupun wanita tersebut hamil dalam usia kandungan 7@8bulan?? tidak dikenakn sebarang denda?? ada yg mengatakan akan dikenakan denda sbyk rm1500 stp pasangan...

Jawapan

Denda itu jika pengutkusa agama mengambil tindakan (ambil kes) dan di hantar kes ke mahkamah. jika kes tidak di bawa ke mahkamah maka tiada denda dikenakan.

Bayar Zakat Harta

Soalan

Saya ada wang simpanan sebanyak RM 50 ribu dan telah genap setahun dalam simpanan. Apabila saya kira saya kena bayar zakat sebanyak RM 1,250 dan kebetulan di kampung saya ramai fakir miskin yang termasuk dalam asnaf penerima zakat. Saya berniat dan bayar zakat kepada mereka terus tanpa melalui kaunter zakat kerana mereka memerlukan sumber kewangan itu secepat mungkin. Adakah bayaran zakat saya sah dalam hukum syarak?

Jawapan

Anda boleh berbuat demikian dan zakat yang anda keluarkan adalah diterima Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Semoga keperihatinan anda terhadap golongan tersebut menjadi sebab anda mendapat reda Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Wallahu 'alam.

Pemberian Mas Kawin Yang Tidak Mencukupi

Soalan

salam.saya berkawin dengan mas kawin menggunakan cek rm10ribu tetapi bayaran sebenar hanya rm7ribu.sewaktu akad bayaran cek 10ribu yang disebut.adakah sah akad sedemikian.persetujuan kedua pihak adalah 7ribu namun bagi menjaga maruah keluarga kerana adat (kelatan) terpaksa berbuat demikian.namun saya sebagai isteri tidak kisah berkenaan mas kawin berkenaan dan wang 7ribu tersebut dibelanjakan untuk kenduri perkahwinan.saya halalkan semua mas kawin tersebut.mohon perjelasan.

Jawapan

Dari segi hukum mas kahwin (mahar) adalah 100% milik isteri. Dan jika isteri menghalalkannya maka di bolehkan. Jika Isteri tak halal maka suami tak boleh bersama dengan isteri, isteri boleh halang suami dari bersama dan ini tidak nusyuz, sehingga selesai jelas mas kahwin baru boleh bersama. Ini hukumnya.

Haruskah Membuka Ikatan Tali Kafan?Adakah Memudaratkan Si Mati?

Soalan

As'salamualaikum..
Apakah Hukumnya jika jenazah seseorang ibu itu hendak dikebumikan dan anak lelakinya melarang untuk membuka ikatan tali kafan arwah ibunya itu?Malah dibiarkan ikatan itu begitu sahaja & dikebumikan. Adakah perbuatannya itu akan memberatkan si mati atau sebaliknya?? Terimakasih

Jawapan

Melonggarkan ikatan kain kafan adalah sunat berdasarkan apa yang di buat oleh solafussoleh yang awal, jika tidak buka (melonggarkannya) maka tidak dapat sunat tersebut

Tuesday, August 14, 2012

Menggugurkan Kandungan Berumur 1bulan Lebih

Soalan

Pada tahun 2007 saya telah dijangkiti kuman tibi dibahagian paru2 dan terdapat bonjolan pada leher saya. saya telah mendapatkan rawatan makan ubat khas selama 1 tahun sehingga saya mengandungkan anak ke2. syukur anak saya sihat kini berumur 1tahun dan kini saya disahkan hamil lagi 5minggu.saya dan suami tidak bersedia untuk ada anak lg dan suami risau keadaan saya masa hamil nanti kerana semasa lahirkan anak ke2, saya mengalami pndarahn yang banyak dan banyak darah beku. apakh hukum saya gugurkn

Jawapan

Dalam masalah ini, anda perlu rujuk kepada pakar sakit puan di hospital yang berdekatan dengan anda dan dapatkan nasihat daripadanya.
Jika dia menyatakan bahawa kandungan tersebut akan menyebabkan diri anda menghadapi konflik sebagaimana kandungan yang sebelum ini, maka terserahlah kepada diri anda sama ada hendak menggugurkannya ataupun biarkan kandungan tersebut sehingga lahir.
Ringkasnya, anak adalah rezeki dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Oleh itu, terimalah rezeki Allah dengan penuh rasa kesyukuran. Wallahu 'alam.

Adakah Sah Talak Jika Mengucapkan Aku Tidak Boleh Hidup Dengankau Lagi.

Soalan

adakah jatuh talak jika mengucapkan aku tak boleh hidup dengan kau lagi . ucapan ini dilakukan ketika marah dan tidak berniat .

Jawapan

Dalam hal ini, lafaz tersebut tidak menyebabkan terjatuhnya talaq ke atas isterinya. Hal ini adalah kerana ia bukan lafaz yang sarih (lafaz yang terus terang untuk bercerai).
Oleh sebab itu, ia bergantung kepada niat suami. Jika semasa mengucapkannya dia berniat untuk menceraikan isterinya, maka talaq akan terjatuh. Namun, jika tidak berniat untuk menceraikannya, talaq tidak akan terjatuh.
Walau bagaimanapun, Panel menasihatkan supaya kes ini dirujuk kepada Unit Runding Cara Keluarga yang terdapat di Pejabat Agama Daerah yang berhampiran untuk dapatkan penjelasan yang lebih terperinci. Wallahu 'alam.

Oral Seks Suami Isteri Di Bulan Ramadhan

Soalan

salam ustaz, apakah hukum suami menjilat kemaluan isteri di siang puasa? dan hukum isteri menghisap kemaluan suami di siang puasa?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Puasa di sini bermaksud menahan  diri seseorang itu daripada makan dan minum termasuk perkara-perkara yang boleh  membatalkan puasa.Malah termasuk  juga perbuatan  yang boleh mengurangkan pahala puasa walaupun perbuatan itu dihalalkan oleh hukum pada masa tidak berpuasa.
Berdasarkan kepada soalan si suami menjilat kemaluan isteri di siang hari  pada  bulan puasa  itu ,perbuatan tersebut  boleh  merangsang nafsu si isteri  dan dibimbangi ketika kemuncak  si isteri akan mengeluarkan air mani.Implikasinya  puasa isteri akan terbatal.Ia sekaligus akan mengurangkan pahala puasa  si suami yang sedang dikerjakan.
Manakala si isteri menghisap kemaluan si suami menyebabkan puasa si isteri terbatal.Ini disebabkan si isteri telah memasukkan sesuatu ke dalam mulut.Perlu diingat apabila puasa isteri terbatal maka si isteri wajib ganti setelah berakhirnya ramadan.
Andaikata semasa menghisap kemaluan si suami ,beliau juga sampai kepada  tahap klaimiks sehingga terpancut air mani,maka puasa suami  juga terbatal dan wajib diganti apabila berakhirnya ramadan.
Ingin panel nasihatkan walaupun pada bulan ramadan kita hanya diwajibkan  berpuasa pada siang hari  sahaja tetapi kita tidak dilarang untuk berseronok atau melakukan hubungan seks pada waktu malam.Justeru elakkan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menjejaskan  serta mengurangkan pahala puasa yang sedang dilakukan.Tumpukanlah kepada ibadah puasa yang sedang dilaksanakan.Ini kerana antara tujuan utama kita berpuasa ialah untuk mengendur serta menundukkan nafsu seseorang.Wallahu a'lam.

Zakat Fitrah Pelajar Luar Negara

Soalan

assalamualaikum,

saya sedang belajar di luar negara & ada rakan yang menyatakan bahawa saya digalakkan untuk membayar zakat fitrah saya sendiri kepada wakil yang mengutipnya di tempat saya belajar kerana saya berjauhan dengan keluarga. Benarkah pendapat ini? Saya ingatkan saya tak perlu bayar zakat fitrah sekali lagi di sini kerana ayah saya yang membayar zakat fitrah saya di Malaysia. Mohon penjelasan.

Jazakallahu khair

Jawapan

Waalaikumussalam,
Berdasarkan soalan yang dikemukakan anda tidak perlu lagi mengeluarkan zakat untuk diri sendiri  semasa berada di luar negara.Ini kerana  bapa anda  selaku ketua keluarga telahpun  mengeluarkan zakat fitrah  untuk semua tanggungannya termasuk diri anda.
Justeru anda jangan mudah terpengaruh dengan pendapat rakan.Panel nasihatkan agar perkara ini dirujuk kepada orang yang betul -betul  arif/tahu tentangnya.Wallahu a'lam.

Tersentuh Nanah Semasa Mandi Wajib

Soalan

salam..sy ingin bertanya adakah sah mandi wajib tersebut jika sentuh darah@nanah sewaktu mandi wajib..

Jawapan

Wassalam, mandi wajib yang anda lakukan adalah sah dengan syarat segala rukun dan keperluan mandi wajib tersebut telah anda penuhi.
Ringkasnya, menyentuh nanah ataupun darah semasa mandi tidak menyebabkan mandi yang dilakukan terbatal. Wallahu 'alam.

Sembahyang Fardhu

Soalan

1) boleh ka solat isya' di qada' selepas solat subuh? bagaiman dengan solat fardhu lain? 2) jika terlupa membaca doa qunut semasa solat subuh, perlu kah utk sujud sahwi? bagaimana jika tidak hafal bacaan masa sujud sahwi? boleh ka membaca seperti dlm sujud solat fardhu? 3) jika imam membuat sujud sahwi (andai terlebih rakaat) adakah makmum perlu ekot sujud sahwi? harap dijelaskan..

Jawapan

1.         Solat fardu yang hendak diqadha’kan tidak terikat dengan waktu yang tertentu. Oleh itu, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja termasuklah selepas solat fardu Subuh. Ringkasnya, semua solat fardu boleh diqadha’kan pada bila-bila masa.

2.         Apabila anda terlupa membaca Doa Qunut semasa mengerjakan solat fardu Subuh, adalah sunat bagi anda untuk melakukan Sujud Sahwi sebelum memberi Salam (setelah selesai membaca Tahiyat Akhir).
Bagi mereka yang belum menghafaz bacaan tasbih di dalam Sujud Sahwi, mereka boleh membaca tasbih yang biasa dibaca semasa melakukan sujud di dalam solat fardu atau sunat.

3.         Jika imam melakukan Sujud Sahwi, para jema’ah (makmum) adalah wajib untuk mengikutinya kerana mereka sedang melakukan solat berjema’ah. Ringkasnya, jika tidak ikut solatnya adalah terbatal.
Wallahu 'alam.

NIAT MANDI YANG BETUL

Soalan

Assalamualaikum ustaz/ustazah....
Bagaimana niat mandi hadas besar kerana keluar mani atau keluar haid yang betul ? (1) Samada "SAHAJA AKU MANDI WAJIB KERANA ALLAH TAALA" atau "SAHAJA AKU MANDI HADAS BESAR KERANA ALLAH TAALA" kerana rata2 memberi jawapan yang berbeza. (2) Bagaimana pula niat mandi bagi org yang dalam haid dan juga berhadas besar kerana keluar mani serentak? Mandi berasingan atau sekali mandi dengan satu lafaz niat, bagaiman niatnya ? Perlu jawapan segera, terima kasih

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Kedua-dua niat tersebut boleh digunakan untuk tujuan tersebut (angkat hadas besar).

2.         Orang yang mengalami keadaan tersebut hanya perlu mandi wajib sekali sahaja kerana ia sudah memadai untuk kedua-dua sebab tersebut. Wallahu 'alam.

Tomaninah Dalam Solat

Soalan

Apakah tomaninah yg plg minimum dlm solat,contohnya bacaan tasbih dlm rukuk Subha-na rabbiyal 'azhi-m kemudian kena berhentika seketika ke dlm beberapa saat @ mcm mane?

Jawapan

Mengenai persoalan toma’ninah di dalam solat, kadar yang paling minimum ialah kadar menyebut tasbih “Subhanallah”.
Oleh yang demikian, jika anda membaca tasbih di dalam ruku’ atau sujud dengan sempurna, ia sudah memenuhi tuntutan toma’ninah yang diperlukan.
Ringkasnya, tempoh masa yang anda ambil untuk membaca tasbih tersebut sudah termasuk di dalam tempoh toma’ninah yang diperlukan. Dari itu, setelah membaca tasbih tersebut anda sudah boleh terus bangun untuk iktidal ataupun duduk di antara dua sujud. Wallahu 'alam.

Sunday, August 12, 2012

Bank Konversional Lagi Murah Ansuran Bulanan Dari Bank Islamic

Soalan

Salam, saya ada loan rumah dgn bank konversional jadi saya mahu tukar loan rumah kepada islamic bank selepas 5 tahun tetapi ansuran bulanan islamic bank itu lagi tinggi dari konversional bank yang saya loan. Adakah itu riba

Jawapan

Inilah masaalah bank Islam, Inilah dailema ummat Islam di Malaysia hari ini. Sepatutnya bank islam jika tidak lebih baik pun dari bank konvensional maka sepatutnya sama dengannya bukannya lebih membebankan. Islam mengharamkan riba tetapi dalam masa yang sama Islam juga mengharamkan penindasan dan kezaliman kepada ummat manusia. Memandangkan ansuran bulanan islamic bank itu lagi tinggi dari konversional bank maka di sinilah sebahagian ulamak menyatakan boleh mengambil pinjaman kerana darurat dengan bank riba dengan syarat harta yang dibeli itu adalah termasuk dalam keperluan seperti rumah pertama dan bukannya dengan tujuan untuk menambah harta atau menukar harta kepada yang lebih baik lagi. Peminjam melakukan perkara haram (tetapi dalam keadaan terpaksa) kerana bermuamalat dengan bank riba tetapi yang makan riba ialah bank bukannya peminjam. Selebihnya kita perlu bertaubat dan meminta keampunan dari Allah.
Walau bagaimana pun pihak peminjam perlu membuat/mengatur akad antara pemaju dengan bank (pemaju jual kepada bank), kemudian pihak bank dengan peminjam (bank jual kepada peminjam) dengan mengira semua jumlah duit pinjaman yang akan dibayar untuk tempoh 20 tahun contohnya, kemudian membuat akad jual beli dengan pihak bank (atau pegawai bank - ini memerlukan persefahaman antara semua pihak). Pembelian dengan bayaran secara tertangguh / ansuran. Maka dengan cara ini ia merupakan salah satu cara untuk menukar pinjaman konvensional kepada Islamic dan terlepas riba. Kemudian peminjam perlu menjelaskan lebih awal dari tempoh hutang hutangnya mungkin 19.5 tahun sahaja untuk memastikan jumlah bayaran tidak melebihi akad dan tidak berlaku riba. Maka dengan cara ini akan halal lah muamalat itu dan tidak berlaku riba. Inilah jalan penyelesaian terbaik dari kita terus terlibat dengan riba. Akad hanya perlu ditulis di atas kertas dan semua pihak terlibat membacanya. Usahalah untuk membuatnya.

Perlu Atau Tidak Berpuasa Selepas Mandi Wajib Di Bulan Ramadhan

Soalan

ada sesentengah menyatakan, jika wanita mandi wajib pada waktu siang di bulan ramadhan, dia perlu berpuasa tetapi puasanya tidak dikira ? adakah benar ? ataupun dia masih boleh makan dan minum. harap dapat menjawab kemushkilan saya.. terima kasih.

Jawapan

Dia wajib berpuasa, adapun lewat mandi itu tidak menghalangnya berpusa dan tidak membatalkannya.

Tak Tahu Kotor@najis.macammana

Soalan

sy terpanggil utk menanyakan soalan yg remeh tp mungkin ini dpt menambahkan ilmu pengetahuan sy.tiap2 hr sy akan buang tahi cicak didlm rumah.masa cuci tgn sy akan sabun tangan sy dgn memegang botol sabun m'gunakan tangan kiri.tiba2 sy teringat s/ada sy basuh@x tgn yg sy pegang botol sabun itu sbb slps itu sy terus memegang baju sy.sy khuatir botol itu kalau kotor shj xmengapa takut2 botol itu@bekas tgn org yg pegang najis pegang pd botol itu.dlm keadaan ini apakah status baju sy.xtahu najis@x

Jawapan

Dalam kes ini, jika tidak terdapat sebarang kesan atau sifat najis pada baju anda maka ia adalah suci daripada najis tersebut.
Berikut adalah sifat-sifat najis adalah seperti berikut:
1.         Warna najis.
2.         Bau najis.
3.         Rasa najis (melalui sentuhan tangan).

Wallahu 'alam.

Sembahyang Laju

Soalan

saya menegur seorang kawan yang solatnya macam chipsmore. dia mengatakan saya tak layak menegurnya kerana saya pun tak sempurna kerana mengerjakan solat laju yang tidak diterima oleh Allah. kebetulannya dia berkunjung ke rumah dan saya sembahyang zuhur dan anak saya bermain di kaki meminta dukung. jadi untuk mengelakkan dia menangis saya agak laju mengerjakan solat. dia menjadikan itu point utk saya tidak menegur dia."sembahyang laju sama saja dengan tak bersolat"katanya. minta penjelasan tuan.

Jawapan

Pada pandangan Panel, kenyataan kawan anda ini tidak tepat. Orang yang mengerjakan solat sekalipun mengerjakannya dengan laju tetap tidak sama dengan orang yang tidak langsung mengerjakan solat.
Dalam hal ini, orang yang mengerjakan solat sekurang-kurangnya ada terlintas niat untuk mengerjakan solat di dalam hatinya dan dengan niat tersebut sudah menyebabkan dirinya diberi pahala kerana berniat untuk melakukan ketaatan kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Keadaan ini berbeza orang yang tidak mengerjakan solat pula, mereka tidak langsung teringat ataupun terniat untuk mengerjakan solat dan sudah pastilah tidak ada pahala langsung untuknya.
Walau bagaimanapun, mereka yang mengerjakan solat dengan laju tanpa menjaga rukun toma’ninahnya, apa yang dibimbangkan adalah solat yang dikerjakan menjadi sia-sia kerana tidak sah kesan daripada tidak menunaikan salah satu daripada rukun di dalam solat, iaitu toma’ninah (berhenti sebentar sekadar menyebut Subhanallah).
Dalam hal ini terdapat satu riwayat yang menyatakan bahawa Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam melihat seorang lelaki tidak menyempurnakan rukuknya dan mematuk-matuk dalam sujudnya, sedangkan dia sedang bersolat. Maka berkatalah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam :Sekiranya orang ini mati dalam keadaan begini, matilah dia di luar agama Muhammad.Kemudian Nabi s.a.w. berkata: Perumpamaan orang yang tidak menyempurnakan rukuk dan mematuk-matuk dalam sujudnya, adalah seumpama orang lapar memakan sebiji atau dua biji kurma yang tiada mengenyangkan(tiada memberi faedah apa-apa baginya).”
[HADITH RIWAYAT Abu Ya’la dengan sanad hasan, Khuzaimah dan Tabarani dari Abu Abdullah Al Asy’ary]

Oleh yang demikian,usaha berdakwah adalah satu usaha yang mulia. Ia adalah kerja para Nabi yang diwarisi sejak berzaman. Oleh itu, seorang pendakwah perlu mantapkan diri dan tunjukkanlah akhlak dan personality yang baik agar usaha dakwah yang dijalankan dipandang mulia oleh masyarakat awam dan usaha dakwah yang dijalankan mempunyai nilai yang tinggi dari Pandangan mereka. Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala, maksudnya:
"Serulah   ke   jalan   Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang  lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang  yang  sesat  dari  jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk,".
(Surah Al-Nahl 16:125)

Wallahu 'alam.

Halal Ke Haram Produk Loreal.

Soalan

produk loreal adakah mndapat sijil halal dr jakim

Jawapan

Dalam membincangkan produk yang telah mendapat sijil halal daripada JAKIM, sudah tentulah terdapatnya logo halal Malaysia pada produk tersebut.
Dari itu, jika pada pembungkus produk tersebut sudah terdapat logo halal Malaysia, ini bermakna ia sudah memperoleh sijil perakuan tersebut. akan tetapi jika tidak terdapat Logo Halal Malaysia pada pembungkusnya, maka produk tersebut masih belum memperolehinya lagi.
Sila rujuk kepada Bahagian Halal JAKIM di talian; 03 8315 0200 untuk dapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenainya. Wallahu 'alam.

Sah Atau Tidak Solat Saya

Soalan

Assalamualaikum, sah atau tidak solat saya sekiranya terkentut selepas memberi salam pertama, maksud saye bile bg salam kedua baru terkentut..tapi salam yg pertama saye sempat bg salam sbelum kentut, tapi salam pertama tu saya cakap laju2 sebab takut kentut tekeluar..jadi saye tahan dan bagi salam pertama laju2..salam kedua baru terkeluar kentut tu..& boleh ke cakap laju2 "Assalamualaikum warahmatullah"
tu ustad??

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes ini, solat yang anda kerjakan adalah sah dengan syarat Salam tersebut berjaya diucapkan terlebih dahulu sebelum anda kentut. Mengenai Salam kedua pula, ia adalah Salam yang sunat sahaja. Oleh itu, ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap solat tersebut sekiranya anda tidak sempat untuk menahan kentut dan terlepas dahulu sebelum mengucapkannya. Wallahu 'alam.

Cara Solat Sunat Tahajud

Soalan

assalamualaikum.saya ingin tahu cara solat sunat tahajud. Bolehkan ianya dilakukan secara 4rakaat-4rakaat? Hal ini kerana saya pernah terbaca satu artikel mengatakan solat tahajud boleh dilakukan sedemikian.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam membincangkan persoalan yang berkaitan dengan cara mengerjakan Solat Sunat, adalah lebih afdal sekiranya semua solat sunat yang hendak dikerjakan dilakukan dengan mengerjakannya secara dua raka’at dua raka’at (dua raka’at dan memberi salam).
Oleh sebab itu, Solat Sunat Tahajud juga lebih afdal jika dikerjakan dengan melakukannya secara dua raka’at dua raka’at dan memberi salam. Wallahu 'alam.

Niat Dalam Solat 5 Waktu

Soalan

Assalamualaikum, boleh tak kalau niat solat fardhu dalam bahasa arab di dalam hati? atau campur bahasa, contohnya "sahaja aku solat fardhu zuhur 4 rakaat tunai LILLAHI TA'ALA" atau niat je dalam hati dalam bahasa arab terus xniat dalam bahasa melayu? boleh x ustad? dan betul ke semasa solat , nabi xde pun lafazkan di mulut cume niat dalam hati terus solat? tapi kebanyakan orang lafaz niat di mulut? tu yg saye musykil nak ikut yg mane satu ni?

Jawapan

Saudara boleh mengikut semua pandangan di atas, semuanya adalah diharuskan di sisi syarak termasuk  seperti campur bahasa, contohnya "sahaja aku solat fardhu zuhur 4 rakaat tunai LILLAHI TA'ALA" dll. Niat di mulut hanya membantu sahaja dan boleh di buat.

Golongan Berhak Menerima Sedekah.

Soalan

Assalamualaikum. Boleh nyatakan golongan yang layak menerima Sedekah.

Jawapan

Golongan asnaf zakat termasuk Yatim,miskin dan fakir yang layak menerima Sedekah.

Membasuh Pakaian Yang Terkena Air Mazi


Soalan
bolehkah saya membasuh pakaian ang terkena air mazi dengan menggunakan mesin basuh bersama pakaian yang lain

Jawapan

Ya boleh sebab air akan dialirkan beberapa kali dan menjadikannya bersih.

Hukum Mencium Jenazah Isteri Atau Suami

Soalan

apakah hukum mencium jenazah isteri atau suami?
adakah wuduk batal ataupun tidak?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Hukum mencium jenazah isteri atau suami itu harus.Ia sekali-kali  tidak akan membatalkan wuduk si mati/jenazah.Ini kerana orang yang sudah mati tidak lagi dikenakan hukum fekah.Sebaliknya jika yang mencium jenazah itu orang hidup yang mempunyai wuduk, maka wuduk beliau yang akan terbatal.Wallahu a'lam.

Sering Diganggu/merasakan Perasaan/lintasan Hati Yg Boleh Menyebabkan Murtad

Soalan

Sy belum kawin dan kini umur sy 16.Sejk ustzh ajar sy tjuk murtad mse sy ting1,sejak tu sy rse sprti ada prasaan/lintasan yg xbaik sering ganggu dlm hati sy & berkata buruk dalam hati tentang agama,tuhan&mcm2.Lebih merisaukan setiap kali solat, puasa, mndi wjib, amik wudu&istinja pun perasaan tu dtg kcau.Sy risau klau sy b’puasa/solat mesti perasaan tu kacau dan sy tkut bila prsaan tu kcau mnyebbkn sy dikira murtad dan ibdh sy btal/xsah.

Jawapan

Saudari, ianya hanyalah LINTASAN DARI GANGUAN SYAITAN jesteru TINGGALKANLAH sifat itu sebagaimana pesanan rasul. Dampingkan diri dengan Al-quran dan Masjid insyallah selamat serta tingkatkan ilmu.

Hukum Mandi Pada Waktu Hampir Berbuka Puasa

Soalan

saya nak bertanya..kalo kita mandi pada waktu yang hampir berbuka adakah makruh.

Jawapan

Waalaikumussalam,
Hukum  orang yang sedang berpuasa mandi ketika hampir berbuka puasa itu hukumnya adalah makruh.
Maksud makruh di sini ialah dilakukan, kurang pahala jika ditinggalkan adalah lebih baik.Wallahu a'lam.

Akikah Untuk Isteri Yang Sebelum Ini Bukan Beragama Islam

Soalan

assalamualaikum....saya ingin tahu,adakah saya boleh membuat aqiqah untuk isteri saya? isteri saya telah memeluk islam sebelum kami berkahwin.dan hanya isteri saya sahaja yang islam dari kalanagan ahli keluarganya.

Jawapan

Ya ianya adalah sunat jika dilakukan akikah.

Bju Jersey........

Soalan

assalamualaikum...apakah hukum pkai bju jersey bola spanyol dan barcelona?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Hukum pakai jersey bola sepak yang ada lambang  kecil Sepanyol dan Barcelona itu harus.Jika lambangnya besar makruh tetapi Jika Jersey itu terdapat gambar wanita yang seksi maka hukumnya adalah haram .Wallahu a'lam.

Syarat Sah Mati Syahid

Soalan

aslkm ustaz, saya ingin bertanya tentang syarat sah mati syahid.. boleh ustaz tolong terangkan dengan lebih lanjut..?

Jawapan

Syarat sah mati syahid adalah khilaf dikalangan ulamak berdasarkan beberapa hadis Nabi s.a.w contohnya ada ulamak berpendapat bahawa seseorang yang mati kerana mempertahankan nyawanya, hartanya dan maruahnya adalah mati syahid walaupun mati di tangan pencuri/perompak di rumahnya. Manalaka di sisi Imam Syafie mati syahid adalah seorang yang mati dalam peperangan kerana mempertahankan agama Allah dan mati dalam peperangan tersebut.  Jika luka/cedera parah dalam peperangan tetapi mati selepas peperangan ianya tidak syahid di sisi imam Syafie tetapi syahid di sisi sebahagian ulamak yang lain.

Solat Jamak N Qasar

Soalan

Salam..
1) Saya keluar berkerja ke JB selama 10 hari, melebihi 90km, bolehkah sy melakukan solat jamak dan qasar selama sy di sana.
Jawapan
1).. Jawapan : Boleh hanya 3 hari.

assalamualaikum tuan,
merujuk kpd jawaban diatas yg sy faham beliau ke JB selama 10 hari ( niat) so,APABILA SAMPAI didestinasi beliau dah dikira bermukim dan x layak utk jamak/qasar..no more first 3 days..wallahhualam...sy musykil..betulkan sy jika salah.

Jawapan

Di sini timbul khilaf di kalangan ulamak dalam pentafsirannya, Tetapi pendapat yang banyak di pakai hanya boleh 3 hari sahaja. sebab walaupun dirancang 10 hari tetapi kebarangkalian berubah jadual adalah satu kemungkinan, seumpama tiba-tiba mendapat panggilan kecemasan dan sebagainya justeru itu ulamak mengharuskan 3 hari tersebut.

Batalkah Wudhu,isteri Salam Suami Dgn Tangan Isteri Berlapik

Soalan

salam ustaz kemuskilan saya, sembahyang berjemaah dengan isteri,selesai sembahyang isteri salam tangan suami tangan isteri berlapik,cium tangan suami batalkah wudhu

Jawapan

Jika berlapik tidak batal whuduk.

Wednesday, August 8, 2012

Keraguan Terhadap Kenajisan Anjing.

Soalan

Assalamualaikum,
Saya sedang belajar di Jepun. Saya pernah kehilanagan satu beg. Kemudian beberapa hari kemudian ada orang menjumpainya dan pulangkan kepada saya kerana ada maklumat saya didalam beg. Orang itu berkata beg itu telah dijumpai oleh anjingnya. Adakah perlu saya sertu beg itu sedangkan saya tidak nampak dan tidak tahu sama ada anjing itu menyentuh beg itu atau tidak?

Jawapan

Tidak perlu di sertu dalam keadaan itu sebab tidak diyakini kenajisannya.

Jari Telunjuk Di Goyangkan Boleh Atau Tidak?

Soalan

Assalamualaikum, ade yg mengatakan nabi menggerakkan jari telunjuk ketika tasyahud...betul ke? tujuannya utk menghalau syaitan,&tak batal ke solat kalau kita gerakkan jari sebab seperti yg smua org tau, kita dilarang mlakukan ape2 prgerakan melebihi 3 kali semasa solat?tapi nabi ade buat, boleh ke kite buat ? hadis yg mengatakan tentang nabi menggerakkan jarinya ktika tasyahud awal & akhir tu sahih ke dho'if?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam masalah ini, sebenarnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam tidaklah menggerakkan jarinya disepanjang melakukan tahiyat tersebut. Baginda hanya mengangkat jarinya ketika menyebut huruf hamzah pada kalimah “Illallah...” sahaja. Hal ini ada dinyatakan oleh imam nawawi di dalam kitabnya ”al-Fatawa”.
Menurutnya lagi, Sekiranya seseorang itu mengulangi pergerakkannya berkali-kali, maka hukumnya hanyalah makruh dan tidak sampai membatalkan solatnya.
Mengenai status hadis yang digunakan oleh Syeikh Al-Baani di dalam menyokong pendapatnya, beliau telah menggunakan riwayat hadith yang terdapat padanya tambahan kalimah ”Nabi menggerakkannya” sedangkan di dalam riwayat-riwayat yang lain tidak terdapat penambahan tersebut.
Oleh yang demikian, beliau telah menggunakan riwayat yang bercanggah dengan riwayat-riwayat hadith yang lain.
Dari itu, dirikanlah solat sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam dan tinggalkanlah segala pendapat yang masih tidak pasti lagi sumbernya. Wallahu 'alam.

Soalan Berhubung Dengan Kafarah

Soalan

assalamualaikum.. saya nak menanyakan soal kafarah, saya telah melakukan persetubuhan dengan isteri disiang hari bulan ramadhan.disebabkan kami duduk berasingan&selalu berjauhan& selalu tidak mempunyai masa bersama yang mendorong perkara itu terjadi,saya tahu saya wajib mengqada puasa, tetapi pada ketika itu tidak mengetahui yang saya akan dikenakan kafarah, adakah kerana ketidaktahuan saya tentang hukum ini ketika itu tetap menjadikan saya golongan yang wajib dikenakan kafarah.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam masalah ini, ketidaktahuan mengenai hukum kifarah tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk melepaskan diri daripada kifarah tersebut.
Jika anda tidak mampu untuk berpuasa selama 2 bulan berturut-turut, anda boleh memilih kifarah yang lain sebagai gantinya. Berikut adalah senarai kifarah yang boleh anda pilih mengikut turutannya:
1.         Memerdekakan hamba, tetapi sekiranya tidak mampu atau tiada,
2.         Berpuasa dua bulan berturut-turut dan sekiranya tidak mampu
3.         Memberi makan kepada 60 orang fakir miskin (makanan asasi) dengan kadar secupak seorang.

Salah satu daripada kifarah di atas perlu dilakukan oleh anda (suami). Sila rujuk kepada Pejabat Agama Daerah yang terhampir untuk dapatkan maklumat dan penjelasan lanjut mengenainya.
Pesanan dari Panel, oleh kerana sering berjauhan dengan isteri, anda dinasihatkan supaya elakkan daripada duduk bersama dengannya pada siang hari. Hal ini bagi mengelakkan daripada teruja kepada dirinya dan tidak  dapat menahan nafsu yang sedang memuncak. Walau apa pun, bersabarlah untuk itu dan tunggulah sehingga waktu berbuka puasa terlebih dahulu. Ringkasnya, suburkanlah rasa taqwa di dalam diri agar madrasah Ramadhan ini benar-benar dapat mencapai objektif berpuasa iaitu melahirkan seorang hamba yang bertaqwa. Wallahu 'alam.

Kuih Raya Tempahan

Soalan

As-Salam sy ada mengambil tempahan kuih raya.setiap balang saya akan melebihkan beberapa biji dlm balang.mslhnya sy x menyediakan balang yg sama krn apabila mendapat tempahan br sy beli balang.jd balangnya x sama.jadi ada setengah balang yg cuma dapat 2 3 biji lebihan sj&ada juga setengah balang yg akan mendapat lebihan sehingga 4 5 6 biji.dosakah saya.2)kalau datang haid boleh tak sy pergi surau dengar ceramah agama.3)kalau kita ke rumah org kita xtahu mknn yg disediakan halal@x.jd boleh mkn@x

Jawapan

Wassalam,
1.         Anda tidak berdosa kerana ia adalah sedekah ikhlas dari anda. namun begitu, Panel mencadangkan supaya anda meletakkan lebihan kuih yang sama jumlahnya bagi setiap balang agar ia lebih adil kepada semua pelanggan anda.

2.         Anda masih boleh datang ke surau untuk mendengar ceramah agama dengan syarat tidak masuk dan beriktikaf di dalam dewan solat utama (bahagian muslimah).

3.         Makanan tersebut boleh dimakan dengan syarat yang menyediakan makanan tersebut adalah seorang muslim.
Wallahu 'alam.

Muntah Kerana Hamil Dan Ingin Berpuasa

Soalan

saya hamil 2 bln, dan menghadapi masalah alahan.setiap kali sebelum ke tempat kerja pukul 6.40 pg, saya pasti akan muntah kerana loya. adakah puasa saya diterima kerana waktu imsak telah tamat.

Jawapan

Ya puasa puan adalah sah sebab ianya bukan di sengajakan tetapi sebab alahan

Tuesday, August 7, 2012

Tertelan Ubat Gigi

Soalan

Adakah batal puasa seseorang itu sekiranya dia tertelan ubat gigi semasa menggosok gigi secara tidak sengaja .

Jawapan

Tertelan denagn tidak sengaja tidak membatalkan puasa.

Hukum Korek Telinga Di Bulan Ramadhan

Soalan

hukum korek telinga di bulan ramadhan

Jawapan

Mereka yang mengorek telinga semasa berpuasa tidak membatalkan puasa yang sedang dikerjakannya. Hal ini adalah kerana yang membatalkan puasa hanyalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka seperti mulut sehingga melepasi tekak, dubur ataupun qubul.
Oleh itu, mengorek telinga ataupun hidung tidak membatalkan puasa yang dikerjakan. Wallahu 'alam.

Mendapat Duit Yg Tak Diketahui Halal Atau Haram

Soalan

Sye telah menerima wang dri Abg saya setiap bulan,berdosakan saya menerima duit tersebut sekiranya duit tu duit haram?

Jawapan

Dalam hal ini, jika anda telah mengetahui asal usul duit tersebut adalah duit yang haram, maka anda adalah dinasihatkan supaya tidak menerima dan menggunakannya. Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer Radhiyallahu 'Anhu, beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati”.
(Hadith riwayat al-Imam al-Bukhari dan Muslim.

Dari itu, anda dinasihatkan supaya tidak menerima duit pemberian abang anda kerana anda telah mengetahui ia adalah duit yang haram.
Dalam masa yang sama, cubalah nasihatkan dirinya agar menjauhkan diri daripada perkara tersebut supaya wang yang diperolehi adalah halal dan yang paling utama mendapat keberkatan daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Wallahu 'alam.

Sah Atau Tidak Sah

Soalan

assalammualaikum, saya nak tanya apakah hukum nya meratakan air ke bahagian sulit seperti qubul dan dubur menggunakan tapak tangan. Adakah mandi wajib tadi sah.

Terima kasih

Jawapan

Ya sah mandi wajib dan boleh terus solat selepas selesai dari hadas besar itu serta tak perlu berwuduk lagi.

Amalan Untuk Arwah

Soalan

assalamualaikum ustaz/ustazah..saya baru kehilangan orang tersayang dan arwah tidaklah mempunyai apa-apa ikatan dengan saya.. apa yang perlu saya lakukan untuk membantu arwah disana selain sedekah dan amal jariah? bolehkah saya membuat amal kebajikan atas nama arwah sedangkan saya tidak mempunyai apa2 ikatan lagi. saya rasa bersalah terhadap arwah dan ingin membalas jasanya. mengenangkan petanda2 dia nak pergi banyak yang saya dapat. dan arwah juga merupakan orang yang paling rapat dengan saya.

Jawapan

Saudari/ saudara boleh membuat apa-apa kebajikan dan di niatkan untuknya. Di bawah ustaz bawa perbincangan tentang ASWJ (LIHAT NO 3)
ASWJ adalah satu lafaz yang berasal dari satu hadis dimana nabi S.A.W menyatakan bahawa umatnya akan berpecah kepada lebih 70 kumpulan, semua masuk neraka kecuali satu. Para sahabat bertanya "siapakah mereka?" Jawab baginda "Mereka yang mengikut aku dan sahabatku" dari hadis inilah keluarnya perkataan ASWJ. Sunnah merujuk kepada Nabi S.A.W manakala Jemaah merujuk Para Sahabat yang ramai. Jesteru sesiapa yang mengikut nabi dan sahabat akan selamat juga yang mengikut ulamak yang bersifat sebagai pewaris nabi.
Daripada hadis di atas jelaslah bahawa hanya golongan yang mengikuti al-quran, hadis serta apa yang dibawa oleh para sahabat akan selamat dari api neraka. Jesteru itulah ramai kumpulan dikalangan umat Islam mendakwa mereka ASWJ. Namun hakikatnya hanya golongan yang berpegang dengan al-Quran dan hadis sebagaimana pegangan para sahabat akan selamat. Secara ringkasnya sesiapa yang mengikuti manhaj al-quran dan hadis akan selamat di dunia dan akhirat sebagaimana janji nabi S.A.W ".....kamu sekali-kali tidak akan sesat selama berpegang dengan keduanya, kitab Allah dan sunnahku"
Apa yang berlaku dikalangan umat Islam ialah perbezaan pandangan/ tafsiran / kefahaman di dalam pentafsiran hadis nabi S.A.W dan nas al-Quran, INI TIDAK MENJEJASKAN MEREKA SEBAGAI ASWJ. Masaalah yang lebih kronik berlaku apabila satu kumpulan umat Islam mendakwa mereka ASWJ dan menafikan yang lain, ini jelas menunjukkan kedangkalan kefahaman mereka tentang perkara tersebut. Lebih-lebih lagi apabila ditambah dengan ketaksuban kepada kumpulan masing-masing serta masih memegang dengan "benang basah" walaupun jelas dalil-dalil syarak dan hadis tidak menyebelahi mereka.
Banyak athar-athar selain hadis dan al-Quran yang mungkin tidak dikatahui oleh orang awam yang jalil dan tidak mendalami agama sehingga menyatakan sesuatu yang tidak benar tentang salafus soleh yang awal. Ustaz mencadangkan saudara cuba memahami contoh hadis di bawah dan fahami ertinya dengan dada yang terbuka untuk mendapatkan kebenaran walaupun ianya mungkin tidak sesuai dengan fahaman/ kepercayaan /arahan atau kehendak mana-mana individu sekalipun di atas mukabumi ini.
Benar kata saudara bahawa kita wajib ikut Firman Allah dan Sabda Nabinya di sini saya bawakan bebarapa Isu mengenainya

1)- Dimanakah Allah
Jawapannya Allah ada dimana-mana (Tidak bertempat dengan tempat yang khusus) termasuk di atas langit, di atas Aaras dll sebab ayat Al-quraan jelas menyatakan “Dimana sahaja kamu berpaling kamu akan mengadap wajah Allah” dan “Kami lebih hampir denganmu dari urat darah kamu sendiri”. Sesiapa yang menolak ayat ini hukumnya kufur dan murtad dari agama Allah.
Nabi bertsabda “Adalah Allah dan tidak ada sesuatupun selainnya” – Bukhari
Jelas di dalam hadis ini menyatakan Allah wujud secara Qadim sebelum adanya langit atau aras atau makhluk atau tempat. Allah yang mencipta tem[at dan Allah tidak memerlukan tempat.
Berkata Imam Baihaqi dalam kitabnya “Asmaa’ was sifat”  : Berhujah sebahagian sahabat kami pada menafikan tempat bagi Allah dengan dalil sabda Nabi “Engkaulah Allah tuhan yang zahir dan tidak ada atasmu sesuatu,  Engkaulah Allah tuhan yang batin dan tidak ada sebelummu sesuatu” Apabila tiada atasnya sesuatu dan sebelumnya sesuatu maka ini beerti tiada “makan” baginya. Hadis ini juga menolak Jihah bagi Allah.
Berkata Saidina Ali “Adalah Allah telah wujud (secara Azali) dan tidak ada “makan” baginya, dan Allah sekarang berada sebagaimana keadaannya dahulu” Diriwayat oleh Abu Mansur Al-Bagdadi.
Berkata Syeikh Zainuddin As-Shahir Ibn Nujaim Al-Hanafi katanya “ Dan KUFUR orang yang mengithbatkan “makan” bagi Allah taala, Jika dia berkata Allah di langit, sekiranya dia berniat untuk menyatakan sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis maka tidak kufur, tetapi jika maksudkan “makan” maka kufur”.
Lihatlah Firman Allah adalah jelas Allah dimana-mana, termasuk langit dan Arash, Begitu juga hadis sahih begitu juga kata-kata Saidina Ali adalah jelas oleh itu sesiapa yang mengikuti salaf wajib beriman dengan semua ayat Al-Quran termasuk yang menyatakan “Dimana sahaja kamu berpaling kamu akan mengadap wajah Allah” dan “Kami lebih hampir denganmu dari urat darah kamu sendiri”. Bagaimana keadaannya hanya Allah yang tahu.

2)- Tentang sifat Allah.
Ia boleh ditakwil dan boleh dikekalkan. Ada tempat yang wajib di takwil berdasarkan apa yang Rasullah s.a.w dan para sahabat memahaminya iaitu Firman Allah “segala sesuatu diatasnya hancur dan yang kekal hanyalah “wajah” tuhanmu yang mempunyai keagungan dan kemuliaan”  Perkataan “wajah” itu difahami oleh Rasullah s.a.w dan para sahabat sebagai zat bukan hanya “wajah” tanpa di takwil. Jika tanpa takwil mungkin ada yang mamahami bahawa semua yang selain “wajah” adalah hancur termasuk “yad” dan “rijl” yang ada pada Allah dan disebut di dalam Hadis dan Al-Quran. Jika ini yang difahami maka ianya akan membawa kepada KEKUFURAN. Rasullah s.a.w dan para sahabat memahami “wajah” itu adalah zat Allah dalilnya ketika turun Firman Allah “Palingkanlah “wajah” kamu ke arah Masjidil Haram” Rasullah s.a.w terus berpaling dengan segenap tubuhnya bukan sekadar wajahnya sahaja. Sebab rasullah s.a.w faham bahawa “wajah”  bermaksud zat. Dan semua para sahabat tidak bertanya Rasullah s.a.w kenapa tidak “wajah” sahaja?. Sebagaimana fahaman sebahagian manusia hari ini yang menyatakan wajah hanyalah wajah sahaja.
Jesteru itu kita wajib beriman dengan apa yang datang dari Allah dan nabinya jangan kita ikut ulamak dalam perkara yang jelas bercanggah dengan nas syarak , beriman secara membabi buta tanpa dalil yang pasti bahkan bercanggah dengan nas yang sorih. Contohnya apabila manusia kata tuhan di langit adakah kita hendak menolak firman Allah “Dimana sahaja kamu berpaling kamu akan mengadap wajah Allah” dan “Kami lebih hampir denganmu dari urat darah kamu sendiri”. Jika sekadar percaya Allah di langit dan menolak dua firman Allah itu, adakah dia masih seorang Islam? Yang mana pilihan kita pandangan manusia atau Al-Quran?. Ulamak mentakwilkan yang di maksudkan dengan langit itu ialah lambang ketinggian dan kemuliaan. Bukannya percaya sebahagian nas dan menolak nas yang lain. Ikutlah mana-mana pandangan ulamak yang tidak bercanggah dengan nas samaada dengan takwil atau hakiki, jika bercanggah WAJIB ditinggalkan.

3)- Akidah As-Syairiyyah dan Isu sampai pahala selepas mati
Aqidah al-Asy'ariyah adalah pegangan yang banyak di pegang oleh masyarakat di Malaysia hampir 100% muslim di Malaysia. Akidah ini adalah benar dan ulamak tidak mengkufurkannya. Ayat Al-Quran jelas tentang Allah ada di mana-mana. Menolak ayat ini adalah kufur sebab kita manusia beriman wajib 100% beriman dengan Al-Quran.
Berkenaan Imam Mekah atau mufti Mekah ustaz percaya dia seorang yang beriman dan bagaimana kepercayaan nya itu atau apa mazhabnya ustaz tidak tahu.Tetapi ustaz yakin Imam dan Mufti Mekah pasti tidak menolak ayat Al-Quran "Dimana kamu berpaling kamu akan mengadap wajah Allah"  atau ayat-ayat lain seumpamanya. Samaada dia mentakwil dengan ilmu Allah atau dia kekalkan dengan wajah Allah kesemua ijtihat tersebut adalah benar.
Jika sekiranya Imam Mekah atau Madinah mentakwilkan ayat "Dimana kamu berpaling kamu akan mengadap wajah Allah" dengan ilmu, maka ianya adalah sama dengan takwilan seperti yang di takwil oleh sebahagian mutaakhirin dengan mentakwilkan "Tangan / Yad" dengan kekuasaan dan sebagainya lagi. Mentakwilkan apa-apa sifat Allah dengan sesuatu yang sesuai dengan penggunaan bahasa Arab tidak akan menyebabkan sesaorang itu kufur kepada Allah! Yang menjadi kufur ialah contohnya apabila sesaorang dibacakan kepadanya ayat "Dimana kamu berpaling kamu akan mengadap wajah Allah" maka dia menolak ayat itu dan menyatakan Allah tetap dilangit (dan dalam masa yang sama menolak nas Al-Quran yang sahih tersebut, Ini kufur secara ittifaq ulamak).
Sebab itulah seorang yang alim mereka tidak akan membangkang apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat al-quran sebab mereka tahu itu adalah benar dan muktamad. Yang jadi masaalah ialah masyarakat awam yang mengikut akidah secara membabi buta. Semaga Allah mengampuni mereka atas kejahilan mereka. Kita hanya menyeru mereka kepada Nas Al-Quran sahaja.
Dibawah adalah pendapat Imam As-Syafie tentang Allah dan tempat:
Imam al-Syafi‘iyy rahimahullah yang wafat pada 204 Hijriyyah pernah berkata:

“Dalil bahawa Allah wujud tanpa tempat adalah Allah Ta’ala telah wujud

dan tempat pula belum wujud, kemudian Allah mencipta tempat dan

Allah tetap pada sifat-Nya yang azali sebelum terciptanya tempat, maka

tidak harus berlaku perubahan pada zat-Nya dan begitu juga tiada

pertukaran pada sifat-Nya”.

Kenyataan Imam al-Syafi‘iyy tadi dinyatakan oleh Imam al-Hafiz Murtadha az-Zabidyy di dalam kitab beliau berjudul Ithaf al-Sadah al-Muttaqin juzuk kedua, mukasurat 36 Dar al-Kutub al ‘Ilmiyyah.
Nabi Bersabda "Sesiapa yang berijtihad, lalu ijtihadnya benar akan dapat dua pahala, Sesiapa yang berijtihad, lalu ijtihadnya silap akan dapat satu pahala" Dari hadis sahih ini jelas menunjukkan Ijtihad tidak akan memasukkan sesaorang ke dalam neraka.
Selain itu saudara tidak berhak untuk memaksa orang lain supaya ikut dengan ijtihad yang dipegang oleh orang lain (atau ijtihad yang dipegang saudara sendiri). Sebab itulah ulamak menyatakan "Ijtihad tidak boleh membatalkan ijtihad yang lain". Selama mana berpegang dengan Al-Quraan dan hadis maka mereka adalah benar.
Contoh Ijtihad yang lain adalah seumpama ulamak yang berijtihad bahawa pahala baca quraan  atau tahlil sampai kepada si mati dalilny seperti berikut:
1)- Firman Allah “Dan golongan yang datang kemudian selepas itu berkata “Ya Allah tuhan kami ampunilah kami dan saudara kami yang beriman sebelum kami.....” Jika doa yang diajar oleh Allah di dalam al-Quraan ini boleh memberi manfaat untuk si mati, inikan pula bacaan Al-Quran untuk saudara muslim yang lain.
2)- Nabi mengerat pelepah tamar dan di pacak dikubur. Jika zikir dari pelepah tamar memberi manfaat inikan pula bacaan Al-Quraan dari seorang muslim kepada saudara muslim yang lain walaupun tiada pertalian darah.
3)- Nabi bersabda "Mintalah keampunan untuk saudara kamu, sesungguhnya dia sekarang sedang disoal (oleh malaikat)" jika minta ampun dan doa dari orang asing boleh memberi manfaat untuk si mati walaupun bukan dari amalannya, inikan pula bacaan Al-Quraan dari seorang muslim kepada saudara muslim yang lain walaupun tiada pertalian darah.
4)- Perbuatan Salaf antaranya Aisah Ummul Mukminin membebaskan hamba untuk saudaranya yang mati.
5)- 4 mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali menyatakan boleh seorang muslim membuat haji utk muslim yang lain walaupun tiada pertalian darah. Berdasarkan ijtihad empat Imam mazhab ini yang diambil dari nas hadis adalah jelas bahawa pahala akan diperolehi oleh si mati. Begitu juga dengan membaca Al-Quran atau tahlil dan sebagainya untuk si mati.
Banyak lagi hujah-hujah lain selain dari dalil di atas. Adapun ayat-ayat Al-Quraan / hadis yang saudara nyatakan itu adalah secara umum sahaja sebagaimana takwilan oleh sebahagian ulamak. Contoh yang hampir sama hadis 10 orang yang dijamin syurga. Sebenarnya bukan hanya 10 orang yang dijamin syurga, ramai yang di jamin syurga oleh nabi s.a.w. Cuma 10 orang itu hanyalah yang disebut dalam satu hadis secara sekaligus. Sebab itulah kefahaman yang mendalam berkaitan hadis dan Al-Quran adalah amat diperlukan. Jesteru menggali dalil-dalil syariah adalah amat penting.
Dalam hadis Qudsi Allah bersabda " Aku mengikut sangkaan hambaku terhadapku, Maka hendaklah bersangka baik terhadapku". Berdasarkan hujah-hujah yang banyak ustaz bersangka Allah akan menyampaikan pahala tersebut. Ini adalah sebahagian dari kemurahan sifatnya. tiada yang mustahil baginya.
Jika saudara bersangka Allah tidak akan menyampaikan pahala dengan hujah-hujah saudara, saya yakin dan pasti Allah akan melayan saudara sebagaimana sangkaan saudara itu sebagaimana hadis sahih di atas. Semoga keyakin/ sangkaan saudara akan dikabulkan Allah untuk diri saudara. Amin ya Rabbal Alamin.

4) – Berkenaan Bidaah, perhatikan hadis dan ayat Al-Quran di dalamnya berkaitan Bidaah. (Bezakan antara nas dan bukan nas)
Apa yang saudara sebutkan itu hanyalah kata-kata manusia atau seorang ulamak. (Isu ini timbul dari pertanyaan : Bukan tak ada dalil yg menghalang bacaan yassin mlm jumaat tapi tak ada sunnah(tiada contoh dari nabi walaupun dipandang baik kerana baca quraan).itulah sebabnya perlu dijauhkan.Fahaman maksud bidaah oleh ulamak sunnah(salaf) seperti ibnu taimiyyah,imam as-syathibi,imam al-hafizh ibnu rajab al-hanbali ,imam sufyan ats-tsaury adalah berlainan dari apa yg ustaz jelaskan.) Jawapannya : Apa yang saudara sebutkan itu hanyalah kata-kata manusia atau seorang ulamak Kenapa saudara tak ambil takrif bidaah (pengertiannya atau pembahagiannya) di sisi Imam Syafie atau Imam Nawawi atau Ibn Hajar Al-Asqalani atau Ibn Hajar Al-Haitami atau Imam Al-Ghazali atau Imam Izzuddin bin Abd Salam dan ramai lagi imam-imam yang lain?.... atau kata-kata Saidina Umar sendiri (antara salaf / solafussoleh yang paling hebat)? Kenapa?
Walau apa pun, semua kata-kata atau pandangan atau ijtihad manusia boleh diterima (Jika bertepatan dengan nas) dan boleh di tolak (Jika menyalahi nas) kecuali Al-Quran dan Hadis. jesteru itu saya menyeru saudara agar kembali kepada al-quran dan hadis nabi s.a.w.
Adakah contoh nabi dan para sahabat membaca Al-Quran yang ada baris dan ada titik? Adakah membaca Al-quran satu maksiat atau satu Ibadat? Kenapa saudara tidak solat di atas pasir sebab itulah contoh yang ada dari Nabi s.a.w?. Bukankah ada yang berhujah tidak boleh guna tasbih ketika berzikir sebab Ibn Umar ada melarangnya sebab bidaah? Jika hujah ini di ikuti maka sudah pasti Ibn Umar akan lebih marah orang meletakkan baris dan titik pada Al-Quraan!!!. Meletakkan titik dan baris pada Al-Quran dalam ungkapan lain ialah menconteng Al-Quran dengan sesuatu yang lain yang bukan dari Al-Quran. Sebab itulah terdapat fatwa ulamak tentang hukum menulis / menconteng / menanda sesuatu pada Al-Quran. Ibn Umar sudah pasti amat marah sesiapa yang sanggup menconteng Al-Quran, menconteng kitab suci yang paling mulia, kitab yang tidak ada tandingannya, yang merupakan sumber hukum utama ummat Islam. Ini kerana Ibn Umar boleh membaca Al-Quran dengan sempurna tanpa diletakkan baris dan titik (tanpa sebarang contengan), begitu juga Salman Al-Farisi seorang ajam seperti saya dan saudara mampu membaca Al-Quran dengan baik tanpa baris dan titik! (disinilah penting nya belajar), begitu juga sahabat-sahabat yang lain. Jesteru itu membuat sebarang catatan / penulisan pada Al-Quran adalah satu bidaah yang amat besar dan tidak pernah dilakukan oleh Nabi dan Ibn Umar. Persoalannya: Mampukah saudara membaca Al-Quraan tanpa baris dan titik? bolehkah saudara bezakan antara huruf "ba" "ta" “tha” “nun” "ya" begitu juga “jim” “ha” “kha”  dll? Tidak ada contoh dari Nabi s.a.w adalah hujah yang lemah untuk menjadikannya sebagai larangan dan untuk dipegang apabila kita memahami hadis-hadis sahih di bawah. Terlalu banyak perkara yang tidak pernah dilakukan oleh nabi s.a.w yang mana kita lakukannya dalam kehidupan kita seharian. Larangan terhasil di sisi syarak apabila ada tegahan dari Al-Quran atau hadis nabi s.a.w berdasrkan nas yang sahih. Kenapa kita tidak berzina, mencuri, minum arak, makan babi, bangkai, berjudi, tidak dibenarkan kahwin lebih dari empat bagi yang mampu dll? Semuanya kerana ada larangan dan dalil yang sorih dari nas syarak dan bukan kerana Nabi meninggalkannya dan tidak melakukannya!.
Mengulas lanjut pengharaman menconteng Al-Quran dengan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh sahabat begitu juga pengharaman menggunakan tasbih di atas maka sudah tentu meletakkan baris dan titik pada Al-Quran adalah satu bidaah yang jelas dilarang oleh Ibn Umar walaupun manusia mengganggapnya sebagai baik. Ibn Umar tidak perlu kepada baris dan titik untuk membaca Al-Quraan jesteru itu kenapa perlu diletakkannya?. Sebab ianya tidak pernah dilakukan oleh nabi dan tidak ada sunnah pada perbuatan itu. Yang ada hanyalah Nabi memerintahkan suruh belajar dalam hadis yang banyak. Antaranya contohnya bagaimana tawanan perang Badar di tawarkan pembebasan jika mengajar 10 orang anak orang Islam sehingga pandai membaca dan menulis (termasuk pandai membaca Al-Quran yang tanpa baris dan titik). Jesteru, kita juga perlu belajar sebagaimana mereka belajar, jika mereka boleh kenapa kita tidak boleh?.
Jesteru demi menyesuaikan hujah ini dengan pandangan saudara di atas adakah kita perlu menyatakan bahawa kita ummat Islam hari ini perlu meninggalkan pembacaan Al-Quran yang ada baris dan titik? (sebab tiada sunnah! Dan Ibn Umar pun tak buat! Menggunakan tasbih untuk berzikir pun Ibn Umar Marah, Inikan pula menconteng Al-Quran!). Adakah membaca Al-Quran yang ada baris dan titik adalah satu bidaah yang sesat dan akan masuk neraka apabila membacanya? (sebab semua bidaah adalah sesat dan akan masuk neraka!). Walaupun ianya di anggap baik oleh semua ummat manusia di atas muka bumi ini? (Ianya baik kerana memudahkan pembacaan Al-Quran, Sebenarnya kita masih boleh membaca Al-Quran walaupun tiada baris dan titik seumpama kita boleh membaca surah Al-Fatihah sahaja atau boleh juga membaca ayat-ayat lazim walaupun di buang baris dan titik. Ini menunjukkan kita boleh melakukannya dan tidak perlu kepada baris dan titik Cuma perlu lebih lagi pembelajarannya untuk diluaskan pembacaannya sebagaimana yang pernah dibuat oleh Salman Al-Farisi salah seorang yang bukan Arab dari sahabat nabi atau anak-anak sahabat yang lain. Walaupun titik dan baris itu baik kita perlu menolaknya!) Dan walaupun tidak ada larangan dari nabi s.a.w untuk kita lakukanya sebab tidak bercanggah dengan nas syarak!, yang penting tiada sunnah!. Kita mesti mempertahankan nya dengan “tidak boleh”??. Adakah ini sikap pilihan kita???
Adakah takrif Bidaah yang lebih penting atau nas Al-Quran dan Hadis??? yang mana pilihan saudara?? sila fahami nas-nas dibawah dengan dada yang lapang tanpa taksub kepada yang lain kecuali Al-Quran dan Sunnah sahaja.
Pendapat saudara ada kekurangannya dan ianya bertentangan dengan nas yang sahih.
Nabi S.A.W bersabda ertinya "setiap perkara bidaah adalah SESAT, dan setiap yang SESAT akan masuk neraka" hadis ini adalah sebuah hadis yang umum ertinya. Hadis ini dikhususkan dengan beberapa hadis lain antaranya "kamu lebih mengentahui tentang urusan dunia kamu" Ini mengecualikan urusan dunia dari bidaah. Begitu juga hadis ini dikhususkan dengan hadis sahih yang lain iaitu nabi s.a.w bersabda maksudnya "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, Kamu tidak akan SESAT selama mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah dan sunnahku" apabila dihimpunkan hadis-hadis ini jelas menunjukkan bahawa hanya Bidaah yang bercanggah denagan Al-Quran dan Hadis sahaja yang dilarang, manakala bidaah yang tidak bercanggah bercangah dengan Al-Quran dan hadis adalah dibolehkan berdasarkan nas dari hadis sahih. Dengan erti kata yang lain hadis bidaah akan memberi makna seperti berikut
"Setiap perkara bidaah adalah SESAT (iaitu yang bercanggah dengan Al-Quran dan Hadis), dan setiap yang SESAT (iaitu yang bercanggah dengan Al-Quran dan Hadis) akan masuk neraka" Dalam keadaan seperti inilah baharulah kita akan mendapat erti hadis bidaah dengan sempurna.
Jestru itulah bidaah seperti membaca yasin malam jumaat, menyambut maulid rasul dan lain-lain adalah dibolehkan dan di izinkan oleh syarak kerana ianya tidak dilarang oleh nabi S.A.W atau ditegah di dalam Al-Quran. Sila rerungkan perkataan SESAT dalam dua hadis sahih di atas tersebut dan himpunkan ertinya untuk mendapatkan makna hadis yang betul.
manakala hujah saudara tentang Ibnu Umar berkata:Setiap bidaah adalah sesat meskipun manusia memandangnya baik. - riwayat al-lalika-i dlm syarah ushuul i'tiqaad ASWJ(no126),Ibnu baththah al-ukbari dalam al-ibanah(no 205),lihat ilmu ushuulil bidaah(hal 92) adalah terlalu mudah untuk di jawab kerana Saidina Umar dalam Riwayat Bukhari satu riwayat tertinggi dalam Ilmu hadis dimana Saidina Umar berkata "INILAH SEBAIK-BAIK BIDAAH". Oleh itu kata-kata ibn umar dan kata-kata lain seumpamanya hendaklah ditakwil seperti berikut "Setiap bidaah adalah sesat (iaitu yang bercanggah dengan Al-Quran dan Hadis), meskipun manusia memandangnya baik" .Pada ketika ini baharulah kata-kata tersebut tidak bercanggah dengan nas-nas hukum, hadis sahih dan athar lain yang sahih. Kenapa kita perlu mempertahankan pendapat kita yang salah sedangkan jelas ianya bercanggah dengan hadis-hadis yang sahih?. Adakah pendapat kita yang penting atau hadis sahih?.
Hadis "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, Kamu tidak akan SESAT selama mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah dan sunnahku" adalah berkaitan dengan urusan ibadat bukannya dengan urusan dunia semata-mata. Kerana "karinah" yang ada di dalam hadis tersebut iaitu Al-Quran dan Hadis adalah berkaitan dengan urusan ibadat. Jesteru itu ini jelas menunjukkan pendapat saudara adalah amat silap dan bertentangan dengan hadis sahih. Saya menyeru saudara dan golongan lain yang seumpama saudara supaya kembali kepada nas Al-Quran dan hadis sahih.
Jika ada yang menyatakan bahawa kata-kata Saidina Umar dan Imam Syafie tentang bidaah hanyalah dari segi bahasa sahaja, maka mereka telah silap sebab tidak ada “karinah” dalam kenyataan ke dua-dua nya yang menunjukkan penggunaannya adalah dari segi bahasa sahaja. Saidina Umar atau Imam Syafie pun tidak menyatakan ianya hanyalah dari segi bahasa sahaja. Oleh itu yang tinggal hanyalah pada asal penggunaan perkataan nya  iaitu istilah sahaja. Ini sesuai dengan keterangan dua hadis bidaah dia atas atau yang lain seumpamanya yang difahami oleh Saidina Umar dan Imam Syafie. Yang memahami nas hadis-hadis dengan baik dan sempurna. Inilah yang difahami oleh Imam yang ramai termasuk Imam Ibn Hajar Al-Asqalani yang mentafsirnya dalam kitab Fathul Bari.
Kaedah Fiqh menyatakan "Apa yang ditinggalkan oleh nabi tidak menandakan ianya haram".(“At-tarku la yadullu ala at-tahrim”).
Cuba saudara renungkan Firman Allah AL-MAIDAH 101
{101} Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Qur'an, tentulah akan diterangkan kepadamu. Allah maafkan kamu dari perkara-perkara itu; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.
Ringkasnya ayat ini menyatakan bahawa ada perkara yang ditinggalkan oleh Allah dan nabi untuk kita semua. Dan di dalam perkara inilah terletaknya ijtihad untuk umat ini. Secara umumnya ianya adalah dibenarkan dan di maafkan oleh Allah. Asbabbunnuzul ayat ini juga berkaitan pertanyaan tentang haji, dan haji adalah satu ibadat dari Allah.
Di dalam perkara yang tidak mempunyai nas yang jelas ulamak menggunakan pelbagai perkara untuk mengeluarkan sesuatu hukum samaada diambil dari pengertian umum al-quran dan hadis, ijmak, kias, istihsan dan sebagainya lagi. Ini sesuai dengan kedudukan ulamak yang dinyatakan oleh nabi s.a.w “Ulamak adalah pewaris para nabi”.
Kita perlu memperbetulkan fahaman kita agar selari dengan al-Quran dan hadis, ini akan menjamin kita dan keselamatan kita di dunia dan akhirat sebagaimana janji nabi S.A.W.
Kita perlu faham dalam syariaat ada tiga bahagian yang paling utama 1)- Apa yang nabi suruh wajib kita buat 2)- Apa yang nabi larang, haram dibuat. 3)- Apa yang nabi tinggalkan (Nabi tak suruh dan nabi tak larang). Di dalam perkara yang ketiga inilah ada bidaah Hasanah Dan Bidaah Dhalalah. Pembahagian ini di sebut dalam hadis-hadis dan nas yang banyak antaranya Nabi bersabda "TINGGALKAN APA YANG AKU TINGGALKAN UNTUK KAMU, sesungguhnya telah musnah kaum sebelum kamu dengan sebab banyak bertanya mereka itu terhadap nabi mereka. Apabila aku perintahkan kamu dengan sesuatu maka lakukanlah mengikut kemampuan kamu, apabila aku larang maka tinggalkan". Bahagian yang ketiga ini (Nabi tak suruh dan nabi tak larang) juga disebut sebagai "Almaskut Anha" iaitu apa yang ditinggalkan oleh nabi. Dalam hadis sahih jelas dinyatakan siapa yang betul ijtihadnya akan dapat dua pahala manakala yang silap akan dapat satu pahala. Nabi tidak menyatakan siapa yang silap dalam ijtihad masuk neraka. Masuk neraka hanyalah dengan sebab melakukan maksiat atau bidaah yang bercanggah dengan Al-Quran dan sunnah. Manakala bidaah yang tidak bercanggah dengan Al-Quran adalah dibenarkan oleh nas syarak yang banyak.
Imam syafie sendiri menyatakan Bidaah itu terbahagi kepada dua iaitu 1)-Bidaah yang sesat / dicela iaitu yg bercanggah quraan dan hadis  2)- Bidaah yang di bolehkan / terpuji iaitu yg menepati nas Al-Quraan dan hadis. Ini adalah berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang bersabda "Kamu TIDAK AKAN SESAT SELAMA-LAMANYA, selama mana kamu berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah" . Imam Syafie memahami bahawa hadis bidaah "Setiap bidaah adalah SESAT, dan setiap yang SESAT masuk neraka" dikhususkan dengan hadis Nabi Bersabda "Kamu TIDAK AKAN SESAT selama mana kamu berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah". Perkaitan antara dua hadis ini adalah jelas. Sila renung perkataan SESAT dalam kedua-dua hadis di atas, satu hadis menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan SESAT dalam satu hadis lagi. Dari dua hadis di atas adalah jelas bahawa bidaah yang SESAT adalah yang bercanggah dgn Al-Quran dan Hadis, manakala bidaah yang tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Hadis adalah TIDAK SESAT. Ini juga di fahami oleh Imam Izzuddin dan Imam Nawawi dan sebagainya yang membahagikan bidaah kepada 5 bahagian. Kefahaman Imam syafie ini adalah amat jauh berbeza bahkan bertentangan dengan pendapat yang menyatakan semua bidaah adalah sesat yang merupakan kefahaman yang "nakis" (kefahaman tidak mendalam) tentang hadis nabi s.a.w.
Apabila kita menghayati hadis sahih "Kamu TIDAK AKAN SESAT selama mana kamu berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah"  maka kita akan dapati rasullah s.a.w menggunakan lafaz "LAN" yang memberi erti "kamu selama-lamanya tidak akan sesat". Orang yang mempelajari bahasa arab akan faham tentang perbezaan antara "LAN" dengan " LA" dengan mudah. Jesteru itu apabila sesaorang menyatakan perbuatan seperti membaca YASIN tiap-tiap malam jumaat adalah haram maka kita perlu bertanya mereka kembali dimanakah dalil nabi menyatakan bahawa baca Yasin tiap-tiap malam jumaat adalah haram? Perlu diingat bahawa halal dan haram adalah milik Allah oleh itu jangan kita menjadi seorang pendusta kepada Allah s.w.a. tanpa dalil yang sahih. Pendustaan terhadap Allah s.w.a adalah amat berat hukumannya. Berdusta terhadap Nabi s.a.w sudah cukup untuk melayakkan sesaorang menempah neraka Allah dengan pasti. Sabda Nabi s.a.w “Sesiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja, maka tempatnya adalah di dalam neraka”. Allah melarang kita menyatakan halal dan haram di dalam perkara yang tidak dinyatakannya sedemikian atau tanpa dalil dari Allah dan Rasulnya, ianya adalah sebagai satu pembohongan terhadap Allah tuhan sekelian alam, tentang perkara ini Allah berfirman:
"Jangan kamu katakan apa diucapkan oleh lidah kamu yang dusta, ini halal dan ini haram, untuk melakukan pembohongan terhadap (agama)Allah dengan pendustaan. sesungguhnya mereka yang melakukan pendustaan terhadap Allah tidak akan berjaya"
Ringkasnya pendapat saudara tentang bidaah adalah bercanggah dengan nas yang sahih. Jesteru itu saya mencadangkan saudara meninggalkan fahaman yang bercanggah dengan nas yang sahih dan kembali kepada nas yang betul untuk keselamatan dunia dan akhirat serta tidak berdusta terhadap Allah dan Rasulnya.
Adapun bagi golongan yang melampau mereka mempunyai pelbagai masaalah dimana ajaran yang di bawanya itu banyak membawa masaalah kepada penduduk Malaysia yang telah sebati dengan mengamalkan mazhab syafie. Mereka tidak "berlapang dada" dalam masaalah khilafiah, dan meletakkan perkara khilaf di tempat usul. Dan nak memaksa orang ramai ikut kehendak mereka.  Ada di kalangan mereka melakukan perkara berikut:
1)- Bacaan ketika solat mereka membaca al-fatihah tanpa "Bismillah" termasuk pada solat Jumaat. Ini adalah perbuatan yang dah melampau dalam kalangan masyarakat Syafie dan pemerintah yang mengamalkan Mazhab Syafie. Jika mereka tinggal di India, Pakistan dll bolehlah buat demikian. sebab tak baca "Bismillah" hukumnya batal solat. Imam Syafie berpendapat Bismillah sebahagian dari fatihah. Ini boleh dianggap menentang pemerintah secara terang-terangan dan boleh menimbulkan fitnah di tengah-tengah masyarakat. Sedangkan mereka mendakwa mereka taat kepada pemerintah???
2)- Mengharamkan baca Yasin Malam Jumaat, sedangkan Nabi s.a.w pun tak pernah mengharamkan perbuatan itu. Dan tidak ada hadis Nabi mengharamkan ummatnya membaca Yasin pada bila-bila masa termasuk untuk membaca Yasin pada malam Jumaat sahaja. Jika Nabi tidak mengharamkannya (tiada hadis yang mengharamkannya) bagaimana mereka boleh kata ianya haram?  Siapakah ikutan mereka?
3)-Tidak solat Qbliah sebelum Magrib, sedangkan ikut Mazhab Syafie ada solat sunat sebelumnya.
4)-Tidak solat Qbliah sebelum Jumaat, sedangkan ikut Mazhab Syafie ada solat sunat sebelumnya.
5)- Tak baca Qunut
6)- Maulud Nabi dinggap bidaah sedangkan dalam kitab “IKTIDOK ASSIROT ALMUSTAQIM” (MENGIKUT JALAN YANG LURUS) KARANGAN IBN TAIMIYYAH MUKA SURAT 269 menyatakan maulid di bolehkan dan boleh pahala besar.  Ini bertentangan dengan fahaman golongan yang mendakwa mengikut Ibn Taimiyyah dalam masaalah bidaah.
7). Mengharamkan penggunaan tasbih ketika berzikir dan menyatakan ianya termasuk dalam bidaah yang sesat di sisi golongan ini, sedangkan dalam Mazhab Syafie mengharuskannya.
8)- Tak baca talkin, tahlil dan sebagainya.
Lebih menarik mereka menyatakan tahlil dilarang oleh Imam Syafie, sedangkan di zaman Imam Syafie tiada tahlil. Imam Syafie hidup pada kurun ke-2 hijrah sedangkan tahlil di buat oleh ulamak Yaman dengan mengumpul zikir-zikir dari hadis-hadis Nabi s.a.w pada kurun ke-4 hijrah. Oleh itu hujah mereka bahawa Imam Syafie mengharamkan tahlil adalah satu pembohongan yang nyata.
Masaalahnya ialah golongan seumpama ini meraka tidak menerima hujah ulamak lain walaupun hujah itu benar, mereka hanya kekal dalam fahaman Mereka sahaja walaupun pendapat mereka adalah lemah atau mempunyai hujah yang tidak merangkumi hadis-hadis sahih secara sempurna seperti kefahaman mereka tentang hadis bidaah yang akan dibincangkan nanti. Mereka akan tetap mempertahankan pendapat yang lemah itu (Alangkah ganjilnya sikap mereka ini!). Sedangkan Ibn Taimiah sendiri pun umpamanya dalam bukunya Iqtidak As-Sirat Al-Mustaqim membolehkan merayakan Maulud Nabi yang dianggap oleh mereka sebagai bidaaah, sesat dan masuk neraka. Adakah mereka hendak menuduh Ibn Taimiyyah (Guru mereka) dengan tuduhan ahli bidaah, ahli sesat dan ahli neraka?. Jika mereka menggap guru yang  mereka sanjung sebagai ahli bidaah, ahli sesat dan ahli neraka (kerana membenarkan maulid) kenapa mereka menggunakan hujah dari seorang yang mereka anggap sebagai ahli bidaah, ahli sesat dan ahli neraka untuk mempertahankan pandangan mereka? dan banyak mengambil hujah/fatwa dari guru yang mengikut tuduhan mereka adalah ahli bidaah, ahli sesat dan ahli neraka?. Di bawah ini ustaz sertakan perbahasan ASWJ dan isu yang timbul yang berkaitan dengan apa yang mereka bawa dan kesilapan fahaman mereka tersebut. Selain dari itu JAKIM telah mengharamkan buku-buku yang ditulis oleh mereka kerana terdapat pelbagai penyelewengan ilmiah yang dilakukan dan boleh menjerumus kepada kesesatan.