Wednesday, January 8, 2014

Suami Pemalas Tidak Mahu Kerja Dan Membantu Isteri

Soalan

Salam Ustaz,Saya telahpun berkahwin dengan suami selama 10 tahun lebih dikurniakan anak seramai 5 orang Selama 7 tahun ini saya lah yang berkerja untuk menanggung perbelanjaan anak-anak dan suami. Suami saya sangat baik ustaz cuma dia sangat pemalas dimana sejak kebelagkangan ini saya rasa sakit hati dan benci apabila saya menyuruhnya mencari perkerjaan dia akan marah. Bahkan suami bukan saja malas untuk berkerja malah malas untuk membantu saya dalam perkerjaan rumah.Bolehkh saya menuntut cerai

Jawapan

Waalaikumualam,
Suami wajib mencari rezki untuk isteri dan anak-anak di bawah tanggunganya.Pengabaian tugas dan tanggungjawab ini merupakan suatu dosa jika tidak laksanakan suami wajib kada' balik peranan dan tanggungjawab tersebut.
Anda boleh buat pengaduan perkara ini ke pejabat agama islam yang berhampiran denagn tempat tinggal anda untuk diambil tindakan yang sewajarnya seperti beri nasihat dan khidmat  bimbngan berhubung dengan masalah yang dihadapi.
Sekiranya tidak berjaya setelah pelbagai usaha  dijalankan baharulah anda memohon untuk berpisah melalui mahkamah syariah.Wallahu a'lam.

Ada Kah Mandi Hadas Saya Sah

Soalan

As-salam. Saya ingin tanya kalau selepas mandi hadas, saye mahu membersih tubuh saya dan tibe2 ada air keluar dari kemaluan saya. Ada kah saya harus mandi hadas lagi? Ada kah mandi hadas saya tidak sah. Terima kasih.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Mandi wajib anda tetap sah ,dalam waktu yang sama,ia  cuma membatalkan wuduk anda sekiranya anda  telahpun mengambil/mengangkat wuduk.Jadi anda tidak perlu ulangi mandi wajib sebaliknya anda perlu mengambil wuduk baharu.Wallahu a'lam.

Berkerja Dengan Tangan Kiri

Soalan

Assalamualaikum ustaz,
Saya bekerja dengan tangan kiri sejak dari kecil contoh nya menulis, Dalam hal2 ibadat saya menggunakan atau mendahulukan tangan kanan.
Soalan: Adakah hasil dari berkerja tangan kiri tidak berkat,berdosa atau haram ?
Mohon penjelasan dari ustaz

wassalam

Jawapan

Waalaikumusalam,
Nabi Muhammad saw menjelaskan, yan bermaksud:
Janganlah  kamu makan dan minum  menggunakan tangan kiri,ini kerana syaitan makan dan minum  menggunakan tangan kiri.
Berdasarkan mafhum hadis ini jelas,bahawa   tabiat syaitan itu sentiasa mendorong umat islam supaya terperangkap dengan jerat yang dipasang.Jika anda sudah ikut tabiat syaitan,ia akan rasa  bangga dan seronok,KECUALI JIKA TANGAN ANDA KUDUNG ATAU TERPOTONG DI SEBELAH KANAN,maka ketika itu diharuskan untuk anda menggunakan tangan yang ada walaupun kiri atas dasar keperluan.Perkara ini amat berbeza dengan keadaan  yang anda ceritakan.
Perlu panel tegaskan biasakanlah,melaksanakan sesuatu itu  ikut tangan kanan dan didik serta ajarlah yang betul ikut sunnah baginda saw.Jika dah buat baru boleh bicara tentang berkat,kerana ia melibatkan tabiat musuh manusia iaitu syaitan.Wallahu a'lam.

Persoalan Mengenai Mandi Wajib

Soalan

salam. saya ada kemusykilan. saya mandi biasa tanpa sabun. cuma ratakan air. selepas itu, saya ada terbaca yang saya perlu niat sebelum mandi wajib, saya sudah niat, selepas tu saya terbaca juga, yang saya perlu niat serentak dengan siraman pertama mandi wajib. saya terlupa untuk niat pada siraman pertama. jadi bagaimana ya?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Mandi wajib  anda  itu dikira sah jika anda lakukan tiga/3 rukun mandi wajib iaitu
1. Niat mandi wajib/angkat hadas besar
2. Membersihkan segala najis dan kekotoran yang terdapat pada  seluruh  tubuh badan
3. Meratakan air mandian wajib keseluruh tubuh badan.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan,jika anda belum berniat maknanya mandi wajib anda berlum bermula dan tidak sah.Mandi wajib anda bermula setelah anda berniat serentak dengan siraman air mandian wajib tidak kira,asalkan anda berniat dan waktu yang sama anda siram air mandian di atas kepala.Wallahu a'lam.

Perlukah Haji Dan Umrah Jika Ada Cara Lain Untuk Dptkan Pahala Seperti Melakukan Haji Dan Umrah?

Soalan

"Sesiapa yang solat fajar secara berjamaah kemudian ia duduk berzikir /mengingati Allah SWT sehingga terbit matahari selepas itu ia mengerjakan sembahyang sunat 2 rakaat,adalah baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan haji dan umrah dengan cara yang sempurna sebanyak 3 kali.Hadith sahih riwayat Tirmizi m.s. 1086 hadith 6346.
A) Perlukah kita utk kerjakan haji dan umrah jika sudah ada cara lain utk mendapatkan pahalanya dan bagi yg sudah melaksanakannya perlukah untuk kedua kalinya?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Melaksanakan haji itu merupakan rukun islam yang kelima.Ia mesti dilaksanakn di Baitullah iaitu di Makkahtul Mukarramah.Malah tidak sah dilakukan atas sejadah sahaja.Dalam hadis itu cuma menyamakan pahala dan bukannya perlaksanaan amalan yang sejati dan realiti  yang sepatut dan sewajar dilaksanakan oleh seorang islam.
Jadi anda kena lakukan secara praktikal @amali dan bukannya teori hanya atas sejadah.Sempurnakan haji dengan melaksanakan 6 rukunya dengan baik dan teratur.Baharulah rukun islam anda sempurna sebagaimana yang ditegaskan oleh syarak.Wallahu a'lam.

Konflik Solat Subuh,adakah Patut Diqadhakan Atau Lain Lain

Soalan

Saya perlu ke sekolah dgn menggunakan van lebih awal dari solat subuh jd macam mana saya nak menunaikan solat subuh?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Terdapat dua pilihan untuk anda laksanakan   solat  iaitu
1.Solat dalam    van dengan syarat anda sudah berwuduk sama seperti solat dalam kapalterbang
2. Melaksanakn solat sesampainya di sekolah jika waktu masih ada.
Wallahu a'lam.

Terkucil Dalam Solat

Soalan

Assalamualaikum , ketika saya lepas solat , saya ada menghidu seluar dalam saya , saya ada bau air kencing di seluar dalam saya , ketika solat tu saya ada rasa macam keluar air kencing tapi saya teruskan juga solat kerana anggap itu was was saya. kemudian saya ulangi kembali solat saya dan air masih tetap keluar? adakah ini dikira kencing tidak lawas ?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Sekiranya itu merupakan kencing tidak tus/lawas ulamak fekah mengesyorkan agar anda pastikan waktu telah masuk bersihkan kemaluan anda kemudian bungkus lepas itu ambil wuduk dan terus solat tanpa perlu lakukan   solat  sunat sebelum atau selepas.Sekali wuduk hanya mampu lakukan satu solat fardu sekali sahaja.Wallaahu a'lam.

Larangan Banyak Ketawa

Soalan

Salam, kenapa umat Islam tak boleh banyak ketawa? Apakah sebab dan akibat daripada banyak ketawa?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Menurut hadis nabi Muhammad saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud,
Janganlah kamu banyak ketawa,ini kerana banyak ketawa itu akan mematikan hati
Sebenarnya   bukan tidak boleh ketawa sebaiknya jangan sampai terbahak-bahak sehingga lupa dunia .Jika ketawapun jangan sampai terbahak-bahak/terbatuk-batuk.Jika banyak ketawa akan memalapkan hati seseorang sehingga hatinya malap dan gelap untuk menerima ajaran Islam.
Oleh itu perlu dihadkan/bataskan ketika ketawa ingat pesan dan larangan Rasulullah saw.Wallahu a,lam.

Pernikahan Anak Tidak Sah Taraf

Soalan

Seorang anak perempuan yg tidak sah taraf (ibu bapanya bernikah selepas 3 bulan mengandongkan anak merika) bakal berkahwin. Apakah sepatutnya di lakukan bagi mengatasi permasaalahan berikut :-

1. Anak gadis perlu dinikahkan oleh Wali Hakim - Ya/Tidak
2. Dalam Ijab & Qabul, nama anak gadis di bintikan Abdullah - Ya/Tidak
3. Bagi kebaikan utk semua pehak, bolehkan Ijab @ Qabul di bintikan Abdullah @ Rosli (Nama bapa anak gadis yg telah meninggal)
4. Apakah yg perlu bagi mengatasi nya.

Jawapan

Waalaikumusalam,
1.Anak tidak sah taraf perlu dinikahkan oleh wali hakim  dan bukannya lelaki yang menyebabkan ibuna hamil.            
2.Dalam pernikahan nanti anak perempuan itu perlu dibintikan kepada nama ibunya,ini yang rasulullah saw suruh dan bukannya pandai-pandai manusia membintikan kepada lelaki yang mengakibatkan ibunya mengandungi.Jika tahu malu kenapa tidak ikut ugama supya nikah dahulu sebelum berjimak.Mungkin perkara ini akan mengaibkan ibunya tetapi dibolehkan untuk membintikan kepada asmaul husna atau Abdul....Rahman/Razak.
3.Untuk kebaikan ugama dan bukan untuk berselindung dengan tragedi eluk gunakan nama asmaul husna atau abdul....rahim/latiff dan bukannya menggunakan nama lelaki yang telah membuatkan ibunya aib.
Perlu panel  tegaskan takutlah kepada aib Allah di akhirat kelak yang tiada tempat untuk berlindung dan susah hendak sorok muka,malu di dunia hanya seketika dan keluarga boleh main wayang tetapi akhirat Allah akan bongkar tanpa berselindung.Mana hendak dahulukan aib di dunia atau ikut Suruhan Nabi Muhammad saw? Wallahu a'lam.

Sembahyang Subuh Dan Qhada Subuh

Soalan

Assalamualikum ustaz,
Mengikut amalan ,Tiada lagi sembahyang salepas sembahyang subuh dan Sembahyang Dhuha salepas terbit matahari.
Soalan: Bagaimana kita nak sembahyang qhada(ganti)fardu subuh jika tak sempat tunai sabelum sembahyang subuh ?

wassalam

Jawapan

Waalaikumusalam,
Kada' solat subuh dibenarkan pada waktu selepas solat subuh.Ini kerana ianya bersebab,sama juga jika anda solat jenazah selepas waktu subuh,jika ikut hukum fekah memang tidak boleh tetapi disebabkan solat itu bersebab maka ia diharuskan/dibolehkan.Begitu juga dengan solat kada' subuh selepas waktunya.Wallahu a'lam.

Persoalan Mengenai Pernikahan

Soalan

assalamualaikum.
saya ingin bertanya, sya memiliki seorang teman perempuan yg istimewa,kami telah melakukan perbuatan yang tidak sewajarnya (zinah) tapi kami lakukan semua itu dengan suka rela, tapi sya belum siap menikahi dia karena saya belum bisa memberi nafkah kepadanya, namun sya akan meminta ijin kepada kedua orang tua kami untuk melamarnya dengan alasan kalau kami telah melakukan (zinah) tersebut, dan saya berjanji akan menikahinya setelah tamat kuliah.apakah itu boleh di lakukan ??

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum berzina sebelum berkahwin secara sah itu adalah haram.Justeru anda kena bertaubat nasuha  kepada Allah SWT dengan kadar segera, iaini dengan sungguh-sungguh.
Panel syorkan agar anda berdua segera uruskan untuk bernikah dan jangan tunggu habis kuliah.Ini kerana anda telah melanggar hukum Allah.Panel nasihatkan agar anda  gunakan otak yang waras ketika belajar dan bukannya menggunakan otak yang cetek apabila berhadapan dengan nafsu serakah.Wallahu a'lam.

Hukum Perkahwinan Tanpa Restu Ibubapa

Soalan

Assalamualaikum..disini sy ingin bertanya , adakah berdosa jika pasangan berkahwin tanpa restu ibubapa?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Rukun nikah itu ada lima iaitu
1.Pengantin lelaki
2.Pengantin perempuan
3.Wali
4.Dua saksi
5.Sighah ijab dan kabul
Restu ibubapa itu penting untuk mendapat kerahmahmatan,lagipun tidak sah kahwin jika wali  pernikahan tersebut memang ayah kepada pengantin perempuan.Justeru janganlah dek mabuk cinta dan kasih sayang maka kedua ibubapa yang telah membesarkan anda berdua ditendang jauh-jauh.Apakah ini kesudahan mereka setelah dididik dan dibesarkan anda berdua.Tolong mohon restu mereka demi kerukunan rumahtangga yang dibina.Wallahu a'lam.

Kakak Menghalang Perkahwinan

Soalan

assalamualaikum..sy dn psgn ingin bkhwin.sy msih belajar..kmi mmtuskn utk bkhwin kerana ingin mjga khormatan kami.ign mjga agma kmi..kluarga sy m'izinkn utk kmi bkhwin dn ibu bkal suami mrstui pkhwinan ni..psngn sy bkmpuan dn mmpunyai pndptn serta tdk pnh m'abaikn tggjwbnya thdp ibunya.istkharah tlh dlakukan n hati tng utk bkhwin...apakah hukum kakaknya mhlg pkhwinan kami sdgkn. niat kami utk bkhwin adlh ingin ikatan y sah demi mnjga khormatan dn agama kami?perlukh sy mneruskn pkhwinnan ini?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Anda perlu teruskan perkahwinan bagi mengelakkan pergaulan dalam keadaan haram.Tambahan pula kedua belah ibubapa telah merestui .Dalam  islam pergaulan menjadi halal jika ada ikatan pernikahan yang sah.Justeru teruskan niat anda demi untuk mengelakkan murka Allah.Wallahu a'lam.

Suami Menghalang Masuk Islam

Soalan

Assalamualaikum ahli panel.. Apakah yang harus seorang isteri lakukan jika dia berminat dengan Islam dan ingin memeluk agama Islam tetapi dihalang oleh suaminya?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Pertama sekali anda perlu pergi ke bahagian dakwah di jabatan agama islam negeri .Ini bertujuan untuk mengetahui dan  diberi taklimat berkaitan dengan agama Islam  secara menyeluruh.
Sekiranya tidak jadi keberatan, anda boleh mohon untuk mengikuti kelas permulaan   berkaitan ugama Islam   serta hukum asas, yang diajar oleh guru atau kakitangan   di jabatan berkenaan.
Setelah anda yakin dengan ugama islam dan hal-hal yang berkaitan dengan ibadat dan hukum,  baharulah anda zahirkan untuk memeluk  agama  Islam.
Setelah  memeluk Islam , diri anda akan dilindungi oleh undang-undang Islam,anda kena ceritakan kepada pegawai yang mengislamkan diri anda tentang halangan dan ancaman daripada suami jika anda telah masuk Islam.Pihak berkuasa agama akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk lindungi diri anda daripada sebarang ancaman daripada  bekas suami anda.Dengan syarat anda jangan tergesa-gesa masuk islam,apa yang penting kena belajar dahulu setelah yakin baharulah masuk.terima kasih.

Hukum Khawin Tanpa Sijil Kursus Kahwin

Soalan

assalammualaikum. saya ingin tahu, apakah hukum orang berkhawin tanpa sijil khursus kahwin? tapi ia masih cukup syarat seperti wali 2saksi. ijab dan qabul. adakah ia masih sah?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum berkahwin tanpa sijil pra perkahwinan tetap sah.Walau bagaimanapun pada pandangan panel adalah lebih baik berkahwin dengan mengikuti kursus pra perkahwinan.Ini kerana terdapat banyak manfaat tentang peranan suami isteri dari aspek keugamaan yang merangkumi akidah,syariah dan akhlak, termasuk juga sistem mengurus kewangan keluarga,hukum hakam berkaitan perkahwinan dan hal-hal yang berkaitan dengan kesihatan keluarga dan pasangan.
Selaras dengan ini,melalui kursus ini, amat bermakna kepada mana-mana pasangan, yang pernah mengikuti kursus ini mereka telah ada persediaan, dari segi mental,spritual termasuk info berkaitan dengan ilmu perkahwinan,ilmu,sistem kewangan,kesihatan berbanding dengan pasangan yang tidak pernah mengikuti kursus pra perkahwinan.Di samping itu ia juga dapat mengurangkan berlakunya masalah   rumahtangga yang mengakibatkan  perceraian.Wallahui a'lam.

Mandi Wajib Dalam Keadaan Luka

Soalan

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya sedikit tentang mandi wajib. Sah atau tidak kalau kita mandi wajib tetapi ada luka luka sedikit di anggota badan, sedangkan kita dah ratakan air di seluruh anggota badan. Terima kasih.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Rukn mandi wajib itu ada tiga perkara iaitu
1.Niat mandi wajib
2.Membersihkan  najis dan kekotoran yang terdapat pada tubuh badan
3.Meratakan air mandian keseluruh tubuh badan
Sekiranya terdapat luka sekalipun,mandi wajib yang anda kerjakan  tetap  sah,cuma yang perlu anda lakukan ialah  membersihkan luka tersebut semasa mandi sedang dilaksanakan.Wallahu a'lam.

Golongan Yang Tidak Berhak Membayar Zakat.

Soalan

Assalamualaikum wbt.Bolehkah diterangkan adakah golongan yang tidak berhak membayar zakat,sebelum ini tidak pernah terfikir tetapi ada seseorang itu bertanya kepada saya.mohon penjelasan.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Terdapat beberapa golongan yang tidak wajib mengeluarkan zakat iaitu
1.Kanak-kanak
2.Orang yang tidak merdeka/tidak bebas/terpenjara
3.Golongan fakir
4.Orang miskin
5.Ibubapa/anak yang tidak mempunyai pendapatan tetap iaitumereka dalam kategori tidak mampu
6.Orang yang muflis/isytiharkan bengkrap
Wallahu a'lam

Berdosa Tak Kalau Melayani Bisikan Was Was?

Soalan

Assalamualaikum.. saya ingin bertanya adakah berdosa jika melayani bisikan2 waswas syaitan?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Dalam surah an Nas dinyatakan bahawa syaitan dengan jelas sentiasa berusaha untuk menjadikan manusia dalam keadaan was-was atau ragu-ragu.Justeru disarankan agar anda dapat menghindarkan daripada menjadi saudara syaitan dengan menjadikan ayat-ayat alQuran sebagai kaedah terbaik untuk menghalang daripada perasaan ragu-ragu tersebut.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan,jika anda tahu itu merupakan kerja syaitan dan anda sengaja ikutkan tanpa berusaha untuk menghindar/menghalangnya maka anda telah berdosa.Justeru bertindak bijak dengan mengamalkan ayat alQuran untuk menghalang perasaan was-was tersebut daripada terus sebati dalam diri anda.Wallahu a'lam.

Wajib Kena Qurban Tiap Tiap Tahun

Soalan

Assalamualaikum ustaz,
Soalan : Adakah wajib Setiap Tahun kena buat Ibadah Qurban jika berkemampuan ?

wassalam

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum berkorban setiap tahun mengikut imam shafie ialah sunat muakkad/iaitu yang sangat-sangat dituntut bagi yang mampu dari segi kewangan dan rezki yang lebih.Wallahu a'lam.