Tuesday, April 24, 2012

Solat(angin Bergerak Dalam Punggung)

Soalan

Assalamualaikum wbt,ustaz.
Semasa solat zohor, dalam punggung saya ada bergerak setiap kali nak sujud. kentut belum keluar lagi tetapi angin atau sesuatu bergerak setiap kali nak menahannya dari kentut. jadi, apa dikira ini solat sah atau sebaliknya?

Jawapan

Wa’alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes ini, solat anda adalah terbatal apabila kedengaran bunyi kentut ataupun anda terhidu bau busuk (bau kentut).
Namun begitu, jika kedua-dua perkara ini tidak anda hadapi, ternyatalah angin yang anda rasa itu bukanlah kentut, tetapi ia adalah angkara syaitan yang ingin meragukan diri anda di dalam solat. dalam situasi ini solat anda adalah tidak terbatal dan anda perlu meneruskannya. Perkara ini ada dinyatakan di dalam hadith Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam yang bermaksud:
Dari ‘Ubbad bin Tamim dari bapa saudaranya yang bertanya kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam tentang seorang lelaki yang ragu-ragu di dalam solatnya sama ada dia terkentut ataupun tidak. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menjawab; “Janganlah ia keluar dari solatnya sehinggalah ia terdengar bunyi (kentut) ataupun terhidu bau”.
(Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim).
Wallahu ‘alam.

No comments:

Post a Comment