Thursday, November 14, 2013

Perkara Batal Solat

Soalan

Salam, semasa sedang menunaikan solat saya terasa sisa makanan masih ada didalam mulut walaupun setelah mengosok gigi dan berwuduk. Saya meludah keluar sisa tersebut dan meneruskan solat. Adakah sah solat saya ? Bagaimana dengan wuduk saya? terima kasih

Jawapan

Waalaikumussalam.
Sah wuduk dan sah solat

Sama Ada Puasa Asyura Boleh Disekalikan Dengan Puasa Ganti Atau Tidak.

Soalan

assalamualaikum...saya nak tanya boleh atau tidak puasa asyura disekalikan dengan puasa ganti ?
sekian..terima kasih..

Jawapan

Waalaikumusalam,
Anda harus @ boleh melaksanakan puasa sunat pada hari asyura  bersekali dengan puasa ganti.
Walau bagaimanapun panel nasihatkan, sebaik-baiknya anda buat berasingan, antara puasa ganti dengan puasa sunat.Ini kerana puasa ganti itu, sebenarnya adalah berasal daripada puasa fardu /wajib yang terbatal dalam bulan ramadan.
Justeru ,ia lebih utama didahulukan/diganti,sedangkan puasa sunat itu hadir berdasarkan peristiwa yang berlaku dalam bulan-bulan tertentu yang terdapat dalam taqwin hijri.Wallahu a'lam.

Umrah Utk Bayi.

Soalan

assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh..
saya ada kemushkilan yg ingin ditanya. saya ada anak kecik yang berumur 2 tahun setengah. insyaallah tahun depan kami sekeluarga ingin menunaikan umrah. anak saya masih belum bersunat dan masih memakai pampers. saya ada dengar org kata tak sah jika menunaikan umrah sambil mendukung anak yang masih blm bersunat dan pakai pampers.. mintak penjelasan.. terima kasih.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Ulamak  dan para sarjana dalam bidang fekah , telah merumuskan bahawa jika anda membawa anak ketika menunaikan umrah,mohon supaya dipastikan anak tersebut
1.Bersih daripada menanggung najis-kena tukar pampers  baru bagi  kanak-kanak.
2.Mohon supaya ibubapa tolong ambilkan wuduk anak  seterusnya dipakaikan kain ihram
3.Ajarkan anak untuk ikut lafaz niat umrah  di miqat dan mohon supaya beliau jaga pantang larang semasa tunaikan umrah.
4.Semasa melakukan tawaf  umrah,bagi ibu atau bapa yang bawa anak pastikan ibu atau bapa atau salah seorang sudah sempurnakan tawaf  umrah untuk diri sendiri, sebelum memimpin anak bagi menemai beliau pula yang tawaf.Dalam hal ini pastikan anak dalam keadaan berwuduk.
5.Manakala semasa saie,diharuskan/ bolehkan anak tidak berwuduk,dan mereka boleh lakukan saie sebanyak 7 kali secara santai sehingga  selesai seterusnya  diakhiri dengan tahallul.
Wallahu a'lam.

Bolehkah Solat Dan Sahkah Solat

Soalan

Assalamualaikum......... Terima kasih kerana menjawab soalan saya tempoh hari... Satu lagi soalan saya ingin tanya iaitu,bolehkah saya solat dengan memakai pakaian pergi bekerja dan pakaiannya bersih,bekerja sebagai jurujual saja,dan sahkah solat saya??

Jawapan

Waalaikumusalam,
Anda  bolehkan  atau harus, menggunakan pakaian bekerja, untuk menunaikan solat, dengan syarat pakaian itu bersih dan suci daripada sebarang najis.
Sekiranya syarat ini diberi perhatian, di samping itu anda  perlu memastikan tempat dan badan anda bersih juga, maka solat yang anda dirikan itu adalah sah.Wallahu a'lam.

Hukum Termakan Sewaktu Puasa Sunat

Soalan

Assalamualaikum wbt.. ustaz saya nak tanya..apabila kita berpuasa sunat seperti puasa Tasu'a..Kemudian kita termakan atau termasukkan sesuatu ke rongga badan kita iaitu dengan secara tidak sengaja..apakah puasa kita masih sah?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum puasa sunat pada hari tasu'a itu sah,ini  disebabkan anda  makan kerana  terlupa.
Setelah anda sedar, yang diri anda sedang berpuasa, maka hendaklah anda berhenti   makan  dengan  kadar segera.Seterusnya anda menyambung kembali baki puasa tersebut ,sehinggalah  masuk waktu maghrib.Puasa anda tetap sah dan perbuatan anda makan dalam keadaan terlupa itu dimaafkan oleh Allah SWT.Wallahu a'lam.

Niat Dan Imam,Makmum

Soalan

Assalamualaikum , saya ada 2 soalan
1)Adakah Niat semasa solat boleh dilakukan sebelum angkat takbir?
2)Jika Imam itu terbatal solatnya , adakah makmum pun batal solatnya?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Sebagai info bagi menjawab persoalan yang dikemukakan ,panel nyatakan maklumat berikut:
1.Menurut pandangan imam Shafie mengatakana bahawa, Niat solat fardu atau sunat itu mesti seiring/serentak bersama perkataan ALLAHU AKBAR diucapkan.Solat tidak akan sah jika niat dahulu kemudian baharu takbir.
2.Sekiranya imam terbatal solat, ini tidak bermakna makmum juga turut terbatal  solatnya, tetapi apa yang lebih baik panel nasihatkan agar ,makmum hendaklah dengan segera, ambil kedudukan untuk gantikan tempat imam.Ini  bagi membolehkan solat itu diteruskan dengan  imam   baharu, supaya solat itu tetap dipimpin oleh imam dari kalangan makmun yang hampir dengan kedudukan imam yang terbatal solatnya.Wallahu a'lam.

Isi Kuku Ketika Mandi Wajib

Soalan

Assalamualaikum adakah sah mandi wajib saya jika terdapat isi kuku pada kuku saya...saya dapati ia ada selepas sye memotong kuku lepas mndi...walaubagaimanapun saya ada cuba memasukkan air ke dalam kuku saya...adakah sah mandi saya?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Mandi wajib dikira sah sekiranya anda melaksanakan 3 rukun berikut iaitu:
1.Niat angkat hadas besar/mandi wajib.Perlu panel tegaskan niat itu dalam hati ketika air mandi sampai di kepala
2.Membersihkan segala najis dan kekotoran yang terdapat pada tubuh badan
3.Meratakan air mandi keseluruh tubuh badan
Sekira kesemua rukun yang panel nyatakan, anda lakukan, maka sahlah mandi wajib yang anda kerjakan.Begitu juga pada anggota tubuh badan anda, tidak ada bahan-bahan yang menghalang air mandian daripada sampai ,seperti minyak,gam dan cat.Wallahu a'lam.

Niat Solat Serentak?

Soalan

Assalamualaikum , kalau niat solat perlu serentak dengan takbir , adakah solat saya sebelum ini yang saya buat saya niat dlu sebelum takbir kena di buat semula?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Solat yang anda lakukan sebelum ini dalam keadaan tidak tahu,anda serahkan kepada Allah.Hanya Allah sahaja yang paling layak untuk terima atau sebaliknya tentang amalan tersebut.Jaadi mulai info ini diberitahu dan seterusnya hendaklah anda berniat serentak semasa perkataan takbir @ Allahu Akbar diucapkan/lafazkan.Wallahu a'am

Niat Sebelum Solat

Soalan

Assalamualaikum , saya mengalami penyakit was-was , boleh ke saya berniat solat sebelum mengangkat takbir?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Menurut mazhab imam Shafie niat solat itu mestilah serentak/seiring dengan perkataan Allahu akbar diucapkan.Sekiranya di dahulukan  niat ia dianggap tidak sah begitu juga jika perkataan Allahu Akbar diucapkan dahulu kemudia baru niat pun juga tidak sah.
Justeru yang paling sesuai ialah ketika perkataan ALLAHU AKBAR itu diucapkan serentak dengan itu juga  niat solat disertakan dalam hati,baharulah solat itu sah.Wallahu a'lam

Hukum Menikahi Seorang Pelacur

Soalan

apa hukumnya mengahwini seorang pelacur,niat ingin bimbing ke jalan yg diredhai.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Pandangan ulamak dengan mengambil kira pendekatan pandangan  ayat al-Quran mengatakan bahawa,
Tidak boleh menikah dengan pezina/pelacur samada perempuan  mahupun lelaki sehingga kedua-duanya bertaubat.Justeru jika seorang pelacur  sama ada perempuan  atau lelaki  tidak bertaubat daripada perbuatan terkutuk itu , maka tidak sahlah pernikahan  tersebut.
Allah تعالى berfirman  yang bermaksud:
“Laki-laki yang berzina tidak menikahi melainkan dengan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dinikahi melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin. ” (QS. An-Nuur: 3)
Allah memberitahu bahwa lelaki penzina  tidak ada yang ingin  menikah dengannya  melainkan  dari kalangan perempuan yang  juga menjadi pelacur/ pezina.
Justeru panel nasihatkan,demi menjaga maruah dan akhlak  anda yang baik ,eluklak jangan anda teruskan niat anda untuk bernikah.Ini kerana perkara itu telah ditegur melalui  al-Quran dan hadis nabi Muhammad saw.Perkara ini ada hikmat yang tersirat daripada tersurat ,hasil daripada pengharaman daripada Allah dan rasulnya,yang tidak diketahui oleh manusia.Wallhu a'lam.

Solat Tergesa-gesa

Soalan

Assalamualaikum , saya ada 2 soalan
1)Adakah solat tergesa-gesa menjadikan solat itu tak sah?bagaimana kalau lupa akan perkara ini dan perlu ke solat kembali kesemua solat2 yang saya rsa saya solat tergesa - gesa?
2)Adakah boleh meludah dalam solat?

Jawapan

Waalaikumusalam,
A.Sesuatu solat  yang anda kerjakan  itu dikira sah jika anda mampu  melaksanakan 13 rukun  dalam solat  tanpa tercicir.Manakala  sifat  tergesa-gesa itu sebenar anda sedang  mewarisi sifat iblis dan syaitan.
Kedua makhluk Allah  ini, akan berusaha mengganggu tumpuan anda untuk bersifat tenang ketika solat,sebaliknya ia berusaha untuk mengacau dan mengganggu di sepanjang anda sedang solat.Syaitan  akan berusaha untuk  merosakkan pahala solat yang sedang anda kerjakan.
Dalam hubungan ini para ulamak  dalam bidang fekah , telah meminta setiap  orang    yang ingin menunaikan solat supaya membaca ayat-ayat  berikut, bagi menghindarkan  diri mereka  daripada gangguan iblis dan syaitan iaitu:
1.Ayat kursi,al-Baqarah 255
2.Surah al-Ikhlas
3.Surah al-Falaq
4.Surah al-Nas
B.Harus /boleh anda meludah ke arah ke kiri secara maknawi-simbolik,iaitu  tanpa mengeluarkan air ludah.Perkara ini  sebagaimana yang telah disarankan oleh baginda saw.  dan bukannnya berludah ke hadapan  yang menjadi tempat sujud  atau ke kanan.Wallahu a'lamm

Masalah Ajaran Sesat

Soalan

Salam.
Saya ingin bertanya berkenaan isu ajaran sesat yg semakin berleluasa kini. Apakah tindakan yg diambil oleh pihak Jakim utk mengatasi masalah ini terutamanya di setiap daerah/ kawasan pendalaman? Ini kerana masih lagi terdapat kawasan2 pendalaman yg serba kekurangan yg tidak merasai pembangunan teknologi. Kawasan2 ini yg selalunya mudah terpengaruh & menjadi tumpuan penyebaran ajaran sesat. Diharap pihak jakim boleh menghantar kakitangan utk membendung kes ini.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Untuk pengetahuan, kuasa untuk membenteras ajaran sesat  terletak kepada bidang kuasa kerajaan negeri.Perkara ini  berdasarkan kepada peruntukan Akta / Enakmen dan Ordinan yang wartakan  di negeri tersebut.
Justeru anda kena melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa agama, di negeri tempat anda tinggal.Pihak jabatan agama berkenaan, akan mendapatkan segala info yang tepat, daripada anda, bagi membolehkan mereka mengambil tindakan yang sewajarnya.
Bahagian penguatkuasa  Jabatan Agama Islam Negeri,  akan melakukan initipan dan serbuan  serta tangkapan  jika segala yang anda laporkan tepat dengan maklumat yang diberi.Sedangkan Jakim tidak boleh melakukan tangkapan kerana, tiada peruntukan kuasa, yang kebanyakann terletak di bawah akta atau enakmen atau ordinan di negeri-negeri  berkenaan.Wallahu a'lam.

Pemasalahan Tentang Solat

Soalan

Assalamualaikum , saya ada 2 soalan 1)Adakah solat tergesa-gesa menjadikan solat itu tak sah?bagaimana kalau lupa akan perkara ini dan perlu ke solat kembali kesemua solat2 yang saya rsa saya solat tergesa - gesa? 2)Adakah boleh meludah dalam solat?

Jawapan

Waalaikumusalam,
A.Sesuatu solat itu dikira sah jika anda mampu  melaksanakan 13 rukun  dalam solat  tanpa tercicir.Manakala  sifat  tergesa-gesa itu sebenar anda kerana mewarisi sifat iblis dan syaitan.
Kedua makhluk Allah  ini akan mengganggu tumpuan anda untuk bersifat tenang ketika solat,sebaliknya ia berusaha untuk mengacau dan mengganggu sepanjang anda sedang solat.Ia akan berusaha untuk  merosakkan pahala solat yang sedang anda kerjakan.
Dalam hubungan ini para ulamak, telah meminta setiap  orang    yang ingin menunaikan solat supaya membaca ayat berikut bagi menghindarkan daripada gangguan iblis dan syaitan iaitu:
1.Ayat kursi,al-Baqarah 255
2.Surah al-Ikhlas
3.Surah al-Falaq
4.Surah al-Nas
B.Harus anda meludah ke arah ke kiri secara maknawi-simbolik, tanpa mengeluarkan air ludah sebagaimana yang telah disarankan oleh baginda saw.  dan bukannnya ke hadapan atau ke kanan.Wallahu a'lamm

Friday, November 8, 2013

Hukum Besarkan Payudara

Soalan

Berdosakah seorang isteri membesarkan payudaranya atas suruhan/arahan suami...dimana suami meminta supaya isteri menggunakan krim utk menegang dan membesarkan payudara untuk kepuasannya

Jawapan

Waalaikumusalam,
Anda harus membesarkan payudara hanya untuk suami dan bukannya untuk tatapan /tontonan masyarakat luar/orang ramai  TETAPI DENGAN SYARAT  bukanya untuk mengubah ciptaan Ilahi.
Perbuatan anda itu tidak berdosa selagimana suami tidak menyuruh ke arah maksiat dan derhakakan  Allah swt.Wallahu a'lam.

Solat Tidak Khusyuk

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Saya nak bertanya adakah sah solat jika tidak khusyuk? ataupun hanya dapat penat sahaja.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Solat anda tetap sah  walaupun tidak khusyuk.Khusyuk itu  merupakan urusan  Allah,Dia yang akan tentukan berapakah ganjaran pahala yang bakal anda terima  ketika menunaikan solat.
Justeru sebelum solat panel nasihatkan agar anda bermuhasabah tentang beberapa perkara antara ialah'
1.Makanan dan minuman apakah ia nya berpunca daripada yang halal.
2.Rezki yang diperolehi adakah dapat daripada punca yang halal
3.Sering  mengamalkan  dan membaca surah  Qul auzubirabbinNas  sebelum memulakan sesuatu solat.
4.Mohon berguru kepada guru agama yang bertauliah tentang maksud dan pengertian setiap bacaan yang terkandung dalam amalan solat.Perkara ini penting baji menjamin kekusyukan solat yang anda dirikan
5.Sentiasa fokus/beri tumpuan semasa siolat
6.Anggaplah solat anda itu merupakan solat yang terakhir  didirikan.
7.Bayangkan diri anda sedangn meniti siratul mustaqim yang mana apinya sedang menjulang ke atas.
Seandainya kesemua perkara ini dapat anda amalkan,panel yakin anda akan dapat khusyuk  seperti yang dihajatkan.Wallahu a'lam.

Solat Dan Alfatihah

Soalan

soalan:

1.Solat zohor dn solat asar bacaan alfatihah kena slow ke? boleh tk kalau sy baca dlm hati.

2.kalau sy solat ikut imam n sy xbaca apa2 pown sy cuma ikut imam jee. sah ke solat?

Jawapan

Waalaikumusalam,
1.Ulamak mazhab shafie mengatakan bahawa, anda perlu membaca fatihah.Ini kerana membaca fatihah itu adalah rukun dalam solat,sekiranya tidak baca maka solat anda tidak sah.Syarat yang diletakkan oleh imam shafie baca fatihah sehingga mampu  didengari oleh telinga sendiri.(baca dalam hati) tanpa suara tidak sah

2.Sekiranya ikut imam,tanpa anda baca apa-apa pun tetap sah tetapi kurang pahala.Ini kerana, ke 13 rukun solat tidak tersebut ,tak kan hendak suruh imam tanggung  kesemuanya.Sebaliknya untuk jadi makmum yang bertanggungjawab ,sebaik-baiknya anda  sebagai makmum kena  baca dan  kemudian  ikut imam  daripada suatu perbuatan ke suatu perbuatan yang seterusnya baharulah dapat ganjaran pahala yang sewajarnya.Wallahu a'lam.

Hukum Solat Witir Selepas Isya

Soalan

assalamualaikum , saya ingin bertanya adakah sah solat sunat witir satu rakaat yang dilakukan oleh saya selepas solat isya padahal saya tidak melakukan solat sunat baadiah isya dan tidak melakukan qiamullail? syukran ya ustaz

Jawapan

Waalaikumusalam,
Anda harus/boleh melaksanakan solat witir sejurus tamat solat isyak tanpa solat bakdiyah dan qiamullail.Tetapi sebaik-baiknya panel  nasihatkan agar  anda terlebih   dahulu  solat bakdiyah dan dirikan qiamullail.Wallahu a,lam.

Cara-cara Bagi Saudara Baru Memeluk Islam

Soalan

Saya ada kenalan yg berminat memeluk Islam. Dimana sy bole dapatkan bantuan kerana diri sendiri tidak arif. Sila nasihat.

Jawapan

Al-Hamdulillah, jika dia mendapat hidayah, saudara boleh membawanya kepada mana-mana pejaabt agama terdekat dan maklumkan bahawa dia hendak mememluk Islam, mereka akan menguruskannya nanti, terutama mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah serta menyediakan kelas bimbingan untuknya. Semoga dirahmati Allah.

Air Kencing Kena Dkt Baju

Soalan

soalan:

1.baju sy terkena air kencing lpstu kering n baju tu pula kena dkt seluar sy. adakah seluar sy bernajis?

Jawapan

Tidak bernajis seluar tersebut

Mandi Wajib Simple Jee

Soalan

soalan:

1.saya nk mandi wajib, sy tros buka air pancut (shower) n tros niat dlm hati tkde bismillah.tkde lafaz niat bahasa arab tu. sah ke mandi wajib?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Sesuatu mandi wajib itu dikira sah sekiranya anda laksanakan 3 rukun mandi wajib seperti berikut:
1.Niat angkat hadas brsar/mandi wajib -tempat niat itu adalah dalam hati
2.Membersihkan segala najis dan kekotoran di seluruh tubuh badan
3.Meratakan air mandian wajib keseluruh tuibuh badan.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan,ketika air shower mengenai kepala anda maka pada ketika itu anda berniat dalam hati iaitu:Sengaja aku angkat hadas besar kerana Allah Taala, maka sahlah mandi wajib anda tetapi dengan syarat anda kena sempurnakan ketiga-tiga rukun tersebut.Mandi wajib anda sah walaupun tidak baca Bismillah dan juga tidak menggunakan bahasa arab,ini kerana Allah faham apa jua bahasa yang anda gunakan untuk berniat.Wallahu a'lam.

Persoalan Tentang Najis

Soalan

Assalamualaikum.......adakah peluh yang keluar dari badan kita najis??

Jawapan

Waalaikumusalam,
Peluh tidak dikira najis  malah sesuatu bahan perkumuhan yang dimaafkan oleh syarak.Jika anda menunaikan solat dalam keadaan berpeluh  sekalipun ia tetap sah.Cuma bau yang kurang enak kadangkala mengganggu para jemaah yang sedang solat.
Justeru sebelum memulakan solat, panel nasihatkan  agar anda  eluk bersihkan peluh.Ini bagi menghindarkan bau badan yang terlalu kuat sehingga mengganggu kosentrasi /tumpuan jemaah terhadap solat yang sedang dilaksanakan.Wallahu a'lam

Status Darah Selepas Mengalami Keguguran

Soalan

salam.saya ingin bertanya tentang status darah selepas keguguran.saya ada terjumpa TERLAMPAU banyak sumber mengatakan darah tersebut adalah nifas jika cukup sifat dan dikira darah istihadhah jika tidak sempurna atau kurang dari tempoh tertentu.ada juga sumber mengatakan darah tersebut dikira darah haid.saya keliru, darah haid atau istihadhah? kerana kedua-dua status darah mempunyai kewajipan berlainan.mohon pencerahan,terima kasih

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Dalam mazhab Syafie jika dia melahirkan bayi yang telah mati atau keluar seketul daging, sama ada berbentuk manusia atau tidak dan para bidan mengatakan itu adalah daging manusia, maka sabitlah hukum nifas terhadapnya.

Akikah Untuk Dua Orang Tetapi Menyembelih Seekor Kambing Sahaja

Soalan

Assalamualaikum..
Saya ada satu pertanyaan berkenaan akikah. Saya baru melahirkan anak lelaki dan adik saya dapat anak perempuan. Adakah boleh akikah dilakukan jika kedua-dua anak ini di akikahkan mereke dengan seekor kambing sahaja kerana kurang berkemampuan?
TQ

Jawapan

Waalaikumusalam
Hukum membuat akikah itu adalah sunat muakkad, bagi  kedua ibubapa  yang mampu  dari segi kewangan.Afdal hukumnya bagi bayi  lelaki disembelih dua ekor kambing dan bagi bayi perempuan hanya seekor sahaja.
Perlaksanaanya  akikah  hendaklah dibuat pada hari ketujuh,jika tiada kesempatan boleh dibuat pada hari ke14,hari ke21,hari yang ke28 sehinggalah kering  darah nifas ibu,malah para ulamak fekah telah memanjang tempoh sehingga anak tersebut bercerai susu (2 tahun).
Sekiranya ibubapa masih tidak mampu buat akikah ia dibolehkan sehingga anak itu sampai umur baligh,jika masih belum mampu juga maka ketika  tuntutan kepada kedua ibubapa. Selepas itu tuntutan untuk buat akikah terserah kepada anaknya sendiri setelah ia bekerja dan mendapat pendapatan sendiri.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan,sekiranya ibubapa tidak mampu,ia sesekali tidak dituntut  untuk laksanakan akikah,malah tidak sah untuk kongsi seekor kambing untuk dua orang bayi/kanak.Wallahu a'lam

Hukum Menonton Pelakon Bercium Dalam Filem

Soalan

Salam, apakah hukum kita orang Islam tonton pelakon bukan Islam bercium-ciuman dan buat seks dalam filem? Adakah ini termasuk dalam penyalahgunaan pandangan mata kita sebagai Muslim?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Seseorang yang memiliki akhlak yang tinggi   dan mulia sentiasa menjauhkan perkara yang syubhat dan haram.Melihat aurat seseorang yang asing sama ada secara terus atau filem itu hukumnya tetap haram.Apatah lagi jika melihat aksi yang memberahi serta membangkitkan syahwat.
Justeru pada pandangan panel ,menjauhkan daripada melihat aksi tersebut (bercium dan melakukan aksi seks)  itu merupakan keputusan yang terbaik demi untuk menjaga pancaindera anda.Dalam ilmu tasauf ,perkara melihat ini dikategorikan sebagai zina mata.Wallahu a'lam.

Mewarna Rambut Haram Atau Halal ?

Soalan

Assalamualaikum , apakah hukum mewarna rambut . Saya terbaca dalam internet bahawa perbuatan mewarnakan rambut tidak haram . betul atau tidak ?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum mewarnakan rambut itu adalah harus, dengan syarat bahan yang digunakan terdiri daripada yang dihalalkan oleh syarak. Di samping itu pewarna rambut tersebut tidak najis dan sifat pewarna itu tidak  sesekali menghalang daripada air wuduk atau mandi wajib dariada sampai kepada anggota tubuh badan.
Orang islam dibolehkan mewarakan rambut selain daripada warna hitam. contohnya perang,cokelat,kuning dan seumpamanya.Wallahu a'lam.