Saturday, April 26, 2014
Isteri Keluar Rumah
SOALAN :
"apa hukum isteri keluar rumah tanpa pengetahuan suami..."
JAWAPAN :
Assalamualaikum w.b.t, Saudara / Saudari yang dirahmati Allah, Merujuk kepada soalan anda, jika sekiranya isteri keluar rumah tanpa pengetahuan dan izin suaminya untuk tujuan maksiat dan melakukan perkara sia-sia, maka hukumya adalah dilarang oleh agama dan berdosa. Ia dibenarkan keluar kerana tujuan tertentu seperti untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran dan sebarang ancaman yang lain. Demikian juga dibenarkan isteri keluar rumah untuk mempelajari ilmu yang wajib (fardu ain) dalam agama sedangkan di rumahnya tidak disediakan kelas tersebut sama ada oleh suaminya sendiri atau dengan memanggil orang lain ke rumahnya yang merupakan tugas dan tanggungjawab suami terhadap isterinya sendiri. Adapun tujuan yang tidak perlu seperti keluar menziarahi kawan atau ke pasar atau bersiar-siar ia adalah dilarang keras oleh agama. Begitu juga membawa orang lain ke dalam rumah tanpa kebenarannya (suami). Inilah yang banyak berlaku dalam masyarakat kita hari ini tanpa disedari. Begitu juga isteri boleh keluar rumah untuk ke mahkamah/pejabat agama bagi tujuan membuat pengaduan kepada qadhi tentang masalah keluarganya, maka ia dibolehkan pada syarak. Wallahua'lam

Darah kepada non muslim
SOALAN:
"Assalamualaikum, saya ingin bertanya apakah hukum menderma darah kepada non-muslim?..."
JAWAPAN :
Assalamualaikum w.b.t, Saudara / Saudari yang dirahmati Allah, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-4 yang bersidang pada 13-14 Apr 1982 telah membincangkan Derma Darah Dan Penggunaan Darah Orang Islam Kepada Orang Bukan Islam Dan Sebaliknya. Muzakarah telah memutuskan bahawa: 1. Menderma darah hukumnya harus. 2. Tidak perlu diasingkan darah orang Islam daripada darah orang bukan Islam 3. Penghargaan dalam bentuk bayaran kepada penderma darah adalah tidak digalakkan. Keterangan/Hujah: 1. Tidak terdapat nas yang sorih daripada al-Quran dan as-Sunnah yang menyatakan tentang hukum penggunaan darah manusia dalam bidang rawatan sepertimana yang dijalankan dalam bidang perubatan hari ini. Walaubagaimanapun terdapat kaedah-kaedah fiqh yang boleh diambilkira sebagai dalil bagi mendapatkan hukum berhubung dengan tabung darah, antaranya ialah perkara-perkara yang menjadi dasar kepada hukum Islam iaitu Kaedah Fiqhiyah yang bermaksud: “Hendaklah diutamakan maslahah umum ke atas maslahah khusus”. 2. Mengenai hukum pemindahan darah juga tidak terdapat nas yang sorih sama ada dari al-Quran dan as-Sunnah atau Ijma’ Ulama’ yang melarang pemindahan darah seseorang manusia kepada manusia yang lain sama ada kedua-duanya menganuti agama yang sama atau berlainan. 3. Bekas Mufti Mesir Sheikh Husin Muhamad Al-Makhluq dalam kitabnya Fatwa Asy Syariah wal Buhuth al-Islamiyah, muka surat 195 menjelaskan mengenai hukum harus memindahkan darah manusia kepada manusia yang lain untuk perubatan seperti berikut: “Bahawa darah yang mengalir itu walaupun haram dari segi syarak, dengan berpandukan nas al-Quran, tetapi keadaan darurat yang memaksa untuk perubatan/merawat dengannya maka diharuskan mengambil munafaat dengannya bagi perubatan/rawatan dengannya dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain (pesakit), apabila diakui oleh seseorang doktor yang beragama Islam dan pakar yang mengenai halnya. Semua ahli-ahli fiqh Islam mengharuskan rawatan/perubatan dengan benda-benda yang haram dan najis, apabila tidak didapati benda-benda yang suci (ubat-ubat yang suci) yang mengambil tempatnya, bilamana seseorang doktor Muslim yang pakar berpendapat bahawa untuk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit terhenti kepada pemindahan darah kepadanya dari seseorang yang lain (sihat), maka hukumnya adalah harus pada segi syarak melakukan demikian”. 5. Hukum keharusan terhadap perkara ini juga didasarkan kepada Kaedah Fiqhiyah iaitu “Keadaan darurat mengharuskan perkara yang dilarang”. Juga Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan tidaklah dijadikan ke atas kamu sebarang kesukaran di dalam agama”. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web JAKIM, e-Fatwa: http://www.e-fatwa.gov.my/ Wallahua'lam

Wednesday, January 8, 2014
Suami Pemalas Tidak Mahu Kerja Dan Membantu Isteri
Soalan
Salam Ustaz,Saya telahpun berkahwin dengan suami selama 10 tahun lebih
dikurniakan anak seramai 5 orang Selama 7 tahun ini saya lah yang
berkerja untuk menanggung perbelanjaan anak-anak dan suami. Suami saya
sangat baik ustaz cuma dia sangat pemalas dimana sejak kebelagkangan ini
saya rasa sakit hati dan benci apabila saya menyuruhnya mencari
perkerjaan dia akan marah. Bahkan suami bukan saja malas untuk berkerja
malah malas untuk membantu saya dalam perkerjaan rumah.Bolehkh saya
menuntut cerai
Jawapan
Waalaikumualam,
Suami wajib mencari rezki untuk isteri dan anak-anak di bawah tanggunganya.Pengabaian tugas dan tanggungjawab ini merupakan suatu dosa jika tidak laksanakan suami wajib kada' balik peranan dan tanggungjawab tersebut.
Anda boleh buat pengaduan perkara ini ke pejabat agama islam yang berhampiran denagn tempat tinggal anda untuk diambil tindakan yang sewajarnya seperti beri nasihat dan khidmat bimbngan berhubung dengan masalah yang dihadapi.
Sekiranya tidak berjaya setelah pelbagai usaha dijalankan baharulah anda memohon untuk berpisah melalui mahkamah syariah.Wallahu a'lam.

Ada Kah Mandi Hadas Saya Sah
Soalan
As-salam. Saya ingin tanya kalau selepas mandi hadas, saye mahu
membersih tubuh saya dan tibe2 ada air keluar dari kemaluan saya. Ada
kah saya harus mandi hadas lagi? Ada kah mandi hadas saya tidak sah.
Terima kasih.
Jawapan
Waalaikumusalam,
Mandi wajib anda tetap sah ,dalam waktu yang sama,ia cuma membatalkan wuduk anda sekiranya anda telahpun mengambil/mengangkat wuduk.Jadi anda tidak perlu ulangi mandi wajib sebaliknya anda perlu mengambil wuduk baharu.Wallahu a'lam.

Berkerja Dengan Tangan Kiri
Soalan
Assalamualaikum ustaz,
Saya bekerja dengan tangan kiri sejak dari kecil contoh nya menulis, Dalam hal2 ibadat saya menggunakan atau mendahulukan tangan kanan.
Soalan: Adakah hasil dari berkerja tangan kiri tidak berkat,berdosa atau haram ?
Mohon penjelasan dari ustaz
wassalam

Nabi Muhammad saw menjelaskan, yan bermaksud:
Janganlah kamu makan dan minum menggunakan tangan kiri,ini kerana syaitan makan dan minum menggunakan tangan kiri.
Berdasarkan mafhum hadis ini jelas,bahawa tabiat syaitan itu sentiasa mendorong umat islam supaya terperangkap dengan jerat yang dipasang.Jika anda sudah ikut tabiat syaitan,ia akan rasa bangga dan seronok,KECUALI JIKA TANGAN ANDA KUDUNG ATAU TERPOTONG DI SEBELAH KANAN,maka ketika itu diharuskan untuk anda menggunakan tangan yang ada walaupun kiri atas dasar keperluan.Perkara ini amat berbeza dengan keadaan yang anda ceritakan.
Perlu panel tegaskan biasakanlah,melaksanakan sesuatu itu ikut tangan kanan dan didik serta ajarlah yang betul ikut sunnah baginda saw.Jika dah buat baru boleh bicara tentang berkat,kerana ia melibatkan tabiat musuh manusia iaitu syaitan.Wallahu a'lam.

Persoalan Mengenai Mandi Wajib
Soalan
salam. saya ada kemusykilan. saya mandi biasa tanpa sabun. cuma ratakan
air. selepas itu, saya ada terbaca yang saya perlu niat sebelum mandi
wajib, saya sudah niat, selepas tu saya terbaca juga, yang saya perlu
niat serentak dengan siraman pertama mandi wajib. saya terlupa untuk
niat pada siraman pertama. jadi bagaimana ya?
Jawapan
Waalaikumusalam,
Mandi wajib anda itu dikira sah jika anda lakukan tiga/3 rukun mandi wajib iaitu
1. Niat mandi wajib/angkat hadas besar
2. Membersihkan segala najis dan kekotoran yang terdapat pada seluruh tubuh badan
3. Meratakan air mandian wajib keseluruh tubuh badan.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan,jika anda belum berniat maknanya mandi wajib anda berlum bermula dan tidak sah.Mandi wajib anda bermula setelah anda berniat serentak dengan siraman air mandian wajib tidak kira,asalkan anda berniat dan waktu yang sama anda siram air mandian di atas kepala.Wallahu a'lam.

Perlukah Haji Dan Umrah Jika Ada Cara Lain Untuk Dptkan Pahala Seperti Melakukan Haji Dan Umrah?
Soalan
"Sesiapa yang solat fajar secara berjamaah kemudian ia duduk berzikir
/mengingati Allah SWT sehingga terbit matahari selepas itu ia
mengerjakan sembahyang sunat 2 rakaat,adalah baginya pahala seperti
pahala orang yang mengerjakan haji dan umrah dengan cara yang sempurna
sebanyak 3 kali.Hadith sahih riwayat Tirmizi m.s. 1086 hadith 6346.
A) Perlukah kita utk kerjakan haji dan umrah jika sudah ada cara lain utk mendapatkan pahalanya dan bagi yg sudah melaksanakannya perlukah untuk kedua kalinya?
A) Perlukah kita utk kerjakan haji dan umrah jika sudah ada cara lain utk mendapatkan pahalanya dan bagi yg sudah melaksanakannya perlukah untuk kedua kalinya?
Jawapan
Waalaikumusalam,
Melaksanakan haji itu merupakan rukun islam yang kelima.Ia mesti dilaksanakn di Baitullah iaitu di Makkahtul Mukarramah.Malah tidak sah dilakukan atas sejadah sahaja.Dalam hadis itu cuma menyamakan pahala dan bukannya perlaksanaan amalan yang sejati dan realiti yang sepatut dan sewajar dilaksanakan oleh seorang islam.
Jadi anda kena lakukan secara praktikal @amali dan bukannya teori hanya atas sejadah.Sempurnakan haji dengan melaksanakan 6 rukunya dengan baik dan teratur.Baharulah rukun islam anda sempurna sebagaimana yang ditegaskan oleh syarak.Wallahu a'lam.

Konflik Solat Subuh,adakah Patut Diqadhakan Atau Lain Lain
Soalan
Saya perlu ke sekolah dgn menggunakan van lebih awal dari solat subuh jd macam mana saya nak menunaikan solat subuh?
Jawapan
Waalaikumusalam,
Terdapat dua pilihan untuk anda laksanakan solat iaitu
1.Solat dalam van dengan syarat anda sudah berwuduk sama seperti solat dalam kapalterbang
2. Melaksanakn solat sesampainya di sekolah jika waktu masih ada.
Wallahu a'lam.

Terkucil Dalam Solat
Soalan
Assalamualaikum , ketika saya lepas solat , saya ada menghidu seluar
dalam saya , saya ada bau air kencing di seluar dalam saya , ketika
solat tu saya ada rasa macam keluar air kencing tapi saya teruskan juga
solat kerana anggap itu was was saya. kemudian saya ulangi kembali solat
saya dan air masih tetap keluar? adakah ini dikira kencing tidak lawas ?
Jawapan
Waalaikumusalam,
Sekiranya itu merupakan kencing tidak tus/lawas ulamak fekah mengesyorkan agar anda pastikan waktu telah masuk bersihkan kemaluan anda kemudian bungkus lepas itu ambil wuduk dan terus solat tanpa perlu lakukan solat sunat sebelum atau selepas.Sekali wuduk hanya mampu lakukan satu solat fardu sekali sahaja.Wallaahu a'lam.

Larangan Banyak Ketawa
Soalan
Salam, kenapa umat Islam tak boleh banyak ketawa? Apakah sebab dan akibat daripada banyak ketawa?
Jawapan
Waalaikumusalam,
Menurut hadis nabi Muhammad saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud,
Janganlah kamu banyak ketawa,ini kerana banyak ketawa itu akan mematikan hati
Sebenarnya bukan tidak boleh ketawa sebaiknya jangan sampai terbahak-bahak sehingga lupa dunia .Jika ketawapun jangan sampai terbahak-bahak/terbatuk-batuk.Jika banyak ketawa akan memalapkan hati seseorang sehingga hatinya malap dan gelap untuk menerima ajaran Islam.
Oleh itu perlu dihadkan/bataskan ketika ketawa ingat pesan dan larangan Rasulullah saw.Wallahu a,lam.

Pernikahan Anak Tidak Sah Taraf
Soalan
Seorang anak perempuan yg tidak sah taraf (ibu bapanya bernikah selepas 3
bulan mengandongkan anak merika) bakal berkahwin. Apakah sepatutnya di
lakukan bagi mengatasi permasaalahan berikut :-
1. Anak gadis perlu dinikahkan oleh Wali Hakim - Ya/Tidak
2. Dalam Ijab & Qabul, nama anak gadis di bintikan Abdullah - Ya/Tidak
3. Bagi kebaikan utk semua pehak, bolehkan Ijab @ Qabul di bintikan Abdullah @ Rosli (Nama bapa anak gadis yg telah meninggal)
4. Apakah yg perlu bagi mengatasi nya.

1.Anak tidak sah taraf perlu dinikahkan oleh wali hakim dan bukannya lelaki yang menyebabkan ibuna hamil.
2.Dalam pernikahan nanti anak perempuan itu perlu dibintikan kepada nama ibunya,ini yang rasulullah saw suruh dan bukannya pandai-pandai manusia membintikan kepada lelaki yang mengakibatkan ibunya mengandungi.Jika tahu malu kenapa tidak ikut ugama supya nikah dahulu sebelum berjimak.Mungkin perkara ini akan mengaibkan ibunya tetapi dibolehkan untuk membintikan kepada asmaul husna atau Abdul....Rahman/Razak.
3.Untuk kebaikan ugama dan bukan untuk berselindung dengan tragedi eluk gunakan nama asmaul husna atau abdul....rahim/latiff dan bukannya menggunakan nama lelaki yang telah membuatkan ibunya aib.
Perlu panel tegaskan takutlah kepada aib Allah di akhirat kelak yang tiada tempat untuk berlindung dan susah hendak sorok muka,malu di dunia hanya seketika dan keluarga boleh main wayang tetapi akhirat Allah akan bongkar tanpa berselindung.Mana hendak dahulukan aib di dunia atau ikut Suruhan Nabi Muhammad saw? Wallahu a'lam.

Sembahyang Subuh Dan Qhada Subuh
Soalan
Assalamualikum ustaz,
Mengikut amalan ,Tiada lagi sembahyang salepas sembahyang subuh dan Sembahyang Dhuha salepas terbit matahari.
Soalan: Bagaimana kita nak sembahyang qhada(ganti)fardu subuh jika tak sempat tunai sabelum sembahyang subuh ?
wassalam
Mengikut amalan ,Tiada lagi sembahyang salepas sembahyang subuh dan Sembahyang Dhuha salepas terbit matahari.
Soalan: Bagaimana kita nak sembahyang qhada(ganti)fardu subuh jika tak sempat tunai sabelum sembahyang subuh ?
wassalam
Jawapan
Waalaikumusalam,
Kada' solat subuh dibenarkan pada waktu selepas solat subuh.Ini kerana ianya bersebab,sama juga jika anda solat jenazah selepas waktu subuh,jika ikut hukum fekah memang tidak boleh tetapi disebabkan solat itu bersebab maka ia diharuskan/dibolehkan.Begitu juga dengan solat kada' subuh selepas waktunya.Wallahu a'lam.

Persoalan Mengenai Pernikahan
Soalan
assalamualaikum.
saya ingin bertanya, sya memiliki seorang teman perempuan yg istimewa,kami telah melakukan perbuatan yang tidak sewajarnya (zinah) tapi kami lakukan semua itu dengan suka rela, tapi sya belum siap menikahi dia karena saya belum bisa memberi nafkah kepadanya, namun sya akan meminta ijin kepada kedua orang tua kami untuk melamarnya dengan alasan kalau kami telah melakukan (zinah) tersebut, dan saya berjanji akan menikahinya setelah tamat kuliah.apakah itu boleh di lakukan ??

Hukum berzina sebelum berkahwin secara sah itu adalah haram.Justeru anda kena bertaubat nasuha kepada Allah SWT dengan kadar segera, iaini dengan sungguh-sungguh.
Panel syorkan agar anda berdua segera uruskan untuk bernikah dan jangan tunggu habis kuliah.Ini kerana anda telah melanggar hukum Allah.Panel nasihatkan agar anda gunakan otak yang waras ketika belajar dan bukannya menggunakan otak yang cetek apabila berhadapan dengan nafsu serakah.Wallahu a'lam.

Hukum Perkahwinan Tanpa Restu Ibubapa
Soalan
Assalamualaikum..disini sy ingin bertanya , adakah berdosa jika pasangan berkahwin tanpa restu ibubapa?
Jawapan
Waalaikumusalam,
Rukun nikah itu ada lima iaitu
1.Pengantin lelaki
2.Pengantin perempuan
3.Wali
4.Dua saksi
5.Sighah ijab dan kabul
Restu ibubapa itu penting untuk mendapat kerahmahmatan,lagipun tidak sah kahwin jika wali pernikahan tersebut memang ayah kepada pengantin perempuan.Justeru janganlah dek mabuk cinta dan kasih sayang maka kedua ibubapa yang telah membesarkan anda berdua ditendang jauh-jauh.Apakah ini kesudahan mereka setelah dididik dan dibesarkan anda berdua.Tolong mohon restu mereka demi kerukunan rumahtangga yang dibina.Wallahu a'lam.

Kakak Menghalang Perkahwinan
Soalan
assalamualaikum..sy dn psgn ingin bkhwin.sy msih belajar..kmi mmtuskn
utk bkhwin kerana ingin mjga khormatan kami.ign mjga agma kmi..kluarga
sy m'izinkn utk kmi bkhwin dn ibu bkal suami mrstui pkhwinan ni..psngn
sy bkmpuan dn mmpunyai pndptn serta tdk pnh m'abaikn tggjwbnya thdp
ibunya.istkharah tlh dlakukan n hati tng utk bkhwin...apakah hukum
kakaknya mhlg pkhwinan kami sdgkn. niat kami utk bkhwin adlh ingin
ikatan y sah demi mnjga khormatan dn agama kami?perlukh sy mneruskn
pkhwinnan ini?
Jawapan
Waalaikumusalam,
Anda perlu teruskan perkahwinan bagi mengelakkan pergaulan dalam keadaan haram.Tambahan pula kedua belah ibubapa telah merestui .Dalam islam pergaulan menjadi halal jika ada ikatan pernikahan yang sah.Justeru teruskan niat anda demi untuk mengelakkan murka Allah.Wallahu a'lam.

Suami Menghalang Masuk Islam
Soalan
Assalamualaikum ahli panel.. Apakah yang harus seorang isteri lakukan
jika dia berminat dengan Islam dan ingin memeluk agama Islam tetapi
dihalang oleh suaminya?
Jawapan
Waalaikumusalam,
Pertama sekali anda perlu pergi ke bahagian dakwah di jabatan agama islam negeri .Ini bertujuan untuk mengetahui dan diberi taklimat berkaitan dengan agama Islam secara menyeluruh.
Sekiranya tidak jadi keberatan, anda boleh mohon untuk mengikuti kelas permulaan berkaitan ugama Islam serta hukum asas, yang diajar oleh guru atau kakitangan di jabatan berkenaan.
Setelah anda yakin dengan ugama islam dan hal-hal yang berkaitan dengan ibadat dan hukum, baharulah anda zahirkan untuk memeluk agama Islam.
Setelah memeluk Islam , diri anda akan dilindungi oleh undang-undang Islam,anda kena ceritakan kepada pegawai yang mengislamkan diri anda tentang halangan dan ancaman daripada suami jika anda telah masuk Islam.Pihak berkuasa agama akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk lindungi diri anda daripada sebarang ancaman daripada bekas suami anda.Dengan syarat anda jangan tergesa-gesa masuk islam,apa yang penting kena belajar dahulu setelah yakin baharulah masuk.terima kasih.

Hukum Khawin Tanpa Sijil Kursus Kahwin
Soalan
assalammualaikum. saya ingin tahu, apakah hukum orang berkhawin tanpa
sijil khursus kahwin? tapi ia masih cukup syarat seperti wali 2saksi.
ijab dan qabul. adakah ia masih sah?
Jawapan
Waalaikumusalam,
Hukum berkahwin tanpa sijil pra perkahwinan tetap sah.Walau bagaimanapun pada pandangan panel adalah lebih baik berkahwin dengan mengikuti kursus pra perkahwinan.Ini kerana terdapat banyak manfaat tentang peranan suami isteri dari aspek keugamaan yang merangkumi akidah,syariah dan akhlak, termasuk juga sistem mengurus kewangan keluarga,hukum hakam berkaitan perkahwinan dan hal-hal yang berkaitan dengan kesihatan keluarga dan pasangan.
Selaras dengan ini,melalui kursus ini, amat bermakna kepada mana-mana pasangan, yang pernah mengikuti kursus ini mereka telah ada persediaan, dari segi mental,spritual termasuk info berkaitan dengan ilmu perkahwinan,ilmu,sistem kewangan,kesihatan berbanding dengan pasangan yang tidak pernah mengikuti kursus pra perkahwinan.Di samping itu ia juga dapat mengurangkan berlakunya masalah rumahtangga yang mengakibatkan perceraian.Wallahui a'lam.

Mandi Wajib Dalam Keadaan Luka
Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya sedikit tentang mandi wajib. Sah
atau tidak kalau kita mandi wajib tetapi ada luka luka sedikit di
anggota badan, sedangkan kita dah ratakan air di seluruh anggota badan.
Terima kasih.
Jawapan
Waalaikumusalam,
Rukn mandi wajib itu ada tiga perkara iaitu
1.Niat mandi wajib
2.Membersihkan najis dan kekotoran yang terdapat pada tubuh badan
3.Meratakan air mandian keseluruh tubuh badan
Sekiranya terdapat luka sekalipun,mandi wajib yang anda kerjakan tetap sah,cuma yang perlu anda lakukan ialah membersihkan luka tersebut semasa mandi sedang dilaksanakan.Wallahu a'lam.

Golongan Yang Tidak Berhak Membayar Zakat.
Soalan
Assalamualaikum wbt.Bolehkah diterangkan adakah golongan yang tidak
berhak membayar zakat,sebelum ini tidak pernah terfikir tetapi ada
seseorang itu bertanya kepada saya.mohon penjelasan.
Jawapan
Waalaikumusalam,
Terdapat beberapa golongan yang tidak wajib mengeluarkan zakat iaitu
1.Kanak-kanak
2.Orang yang tidak merdeka/tidak bebas/terpenjara
3.Golongan fakir
4.Orang miskin
5.Ibubapa/anak yang tidak mempunyai pendapatan tetap iaitumereka dalam kategori tidak mampu
6.Orang yang muflis/isytiharkan bengkrap
Wallahu a'lam

Berdosa Tak Kalau Melayani Bisikan Was Was?
Soalan
Assalamualaikum.. saya ingin bertanya adakah berdosa jika melayani bisikan2 waswas syaitan?
Jawapan
Waalaikumusalam,
Dalam surah an Nas dinyatakan bahawa syaitan dengan jelas sentiasa berusaha untuk menjadikan manusia dalam keadaan was-was atau ragu-ragu.Justeru disarankan agar anda dapat menghindarkan daripada menjadi saudara syaitan dengan menjadikan ayat-ayat alQuran sebagai kaedah terbaik untuk menghalang daripada perasaan ragu-ragu tersebut.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan,jika anda tahu itu merupakan kerja syaitan dan anda sengaja ikutkan tanpa berusaha untuk menghindar/menghalangnya maka anda telah berdosa.Justeru bertindak bijak dengan mengamalkan ayat alQuran untuk menghalang perasaan was-was tersebut daripada terus sebati dalam diri anda.Wallahu a'lam.

Wajib Kena Qurban Tiap Tiap Tahun
Soalan
Assalamualaikum ustaz,
Soalan : Adakah wajib Setiap Tahun kena buat Ibadah Qurban jika berkemampuan ?
wassalam
Soalan : Adakah wajib Setiap Tahun kena buat Ibadah Qurban jika berkemampuan ?
wassalam
Jawapan
Waalaikumusalam,
Hukum berkorban setiap tahun mengikut imam shafie ialah sunat muakkad/iaitu yang sangat-sangat dituntut bagi yang mampu dari segi kewangan dan rezki yang lebih.Wallahu a'lam.

Subscribe to:
Posts (Atom)