Thursday, February 28, 2013

Cara Bagi Salam Dalam Solat

Soalan

Assalam ustaz,
1)sah atau tidak solat saye sekiranya ketika di penghujung solat selepas bacaan tahiyat akhir saye bagi salam dengan cara menoleh ke kanan dlu lepas tu baru ucap "Assalamualaikum warahmatullah"maksud saye,saye toleh ke kanan dlu baru ucap Assalamualaikum Warahmatullah
2)saye tersalah sebut "Assalamualaikum warahmatullah" ketika beri salam ke kanan & trus bg salam ke kiri,sah ke x solat?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Solat anda adalah sah.

2.         Panel tidak dapat memahami maksud soalan ini. Apa yang salahnya salam yang anda ucapkan.
Sila hantar semula solan yang lebih jelas dan mudah untuk difahami. Wallahu 'alam.

Darah Orang Meninggal

Soalan

Assalamualaikum...Semasa seorang saudara sy meninggal di rumah pada waktu tengahari, makcik saya telah melarang kami makan makanan yang terhidang dalam rumah tersebut sejak pagi (bertutup). Menurut beliau, sewaktu manusia menghembuskan nafas terakhir, darah mereka akan terpercik ke serata rumah dan kena pada makanan tersebut. Cuma percikan tersebut tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Adakah penyataan ini benar?. Adakah makanan yang terhidang tersebut haram dimakan?. Terima kasih

Jawapan

Waalaikumusalam,
Setakat yang panel tahu tiada kesahihan dalam mana-mana rujukan yang diketemui  tentang perkara ini .Kemungkinan perkara ini diambil hasil daripada kepercayaan orang-orang terdahulu.
Walau bagaimanapun panel mohon supaya makcik anda kemukakan kitab atau hadis berkaitan untuk disemak dan diteliti oleh panel.
Waris dan kaum kerabat boleh makan  hidangan tersebut  walaupun mayat masih berada di dalam rumah,cuma adalah menjadi sunat jika jiran tetangga  dapat  menyediakan makanan kepada kaum keluarga yang ditimpa kematian dan bukanya KELUARGA YANG KEMATIAN AHLI  MENYEDIAKAN  MAKANAN UNTUK MEREKA YANG HADIR.Wallahu a'lam.

Aqiqah Untuk Ibu Yang Masih Hidup

Soalan

Assalamualaikum ustaz..saya ingin tahu bolehkah tidak daging aqiqah di makan oleh orang bukan islam..sekian terimakasih

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, menurut pendapat Imam Syafi'i, daging Aqiqah tidak boleh diberi makan kepada orang bukan Islam. Hal ini adalah kerana daging tersebut dibuat atas nama ibadat. Oleh itu, orang bukan Islam tidak layak untuk memakannya.
Walau bagaimanapun, Jumhur Fuqaha’ berbeza pendapat dengan Imam Syafi'i. Mereka berpendapat bahawa daging Aqiqah boleh diberi kepada orang bukan Islam dengan syarat Aqiqah tersebut adalah Aqiqah yang sunat (bukan Aqiqah yang dinazarkan).
Ringkasnya, di malaysia pendapat jumhur lebih sesuai diterima pakai kerana suasana masyarakatnya yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum dan menganuti pelbagai agama dan kepercayaan.
Oleh itu, dengan mengambil pendapat majoriti fuqaha’ ini, sekurang-kurangnya dapat menunjukkan kepada golongan bukan Islam mengenai keindahan Islam yang turut mesra terhadap golongan bukan Islam. Semoga dengan ini dapat memperlihatkan tentang keindahan dan kesempurnaan Islam di mata mereka. Wallahu 'alam.

Layanan Isteri Pada Suami

Soalan

Untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri yg telah hambar, perlukah seorang isteri untuk membelai belai dan bercakap perkataan menggairahkan pada suami? Adakah wajib bagi isteri untuk mengajak suami berjimak kerana suami ego hendak mintak takut permintaan ditolak? Adakah isteri perlu berkelakuan seperti pelacur untuk mendapat perhatian suami? Saya sedang giat mengikuti majlis ilmu tp suami masih sibuk dengan hal dunia. Adakah ini menyebabkn kerenggangan hubungan kami?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Mengikut pandangan Profesor Dalam bidang ilmu Fekah semasa iaitu Doktor Yusoff al-Qaradawi menjelaskan bahawa tanggungjawab seorang suami kepada isterinya dalam memberikan nafkah itu  terbahagi kepada 2  iaitu :

i- Tanggungjawab nafkah  zahir ( menyediakan tempat tinggal, memberi makanan, mempakaian, menguruskan  kesihatan ,memberi pendidikan agama , menjaga keselamatan dan seumpamanya).

ii- Tanggunjawab Nafkah Batin pula ialah ( menunaikan tanggungjawab seksual /bersetubuh kepada pasangannya,memberi perhatian,memberi kasih sayang,membelai isteri  dan seumpamanya).

Berbalik kepada solan yang dikemukakan ,Apabila suami tidak menunaikan tanggungjawab tersebut kepada pasangannya (isterinya) serta mengabaikan dengan sengaja tanpa berbincang dengan pasangannya maka
hukumnya adalah berdosa.Ini kerana menunaikan tanggungjawab nafkah zahir dan batin / seksual kepada pasangannya adalah wajib.

Jesteru si isteri perlu minta  haknya kepada suami tanpa rasa malu,ekiranya jika  suami tidak mampu dari segi syahwat atau terlalu sibuk panel pohon agar suami puan berubat dengan doktor pakar yang berugama islam dalam bidang berkaitan dan mohon suami puan berbincang dengan cara baik TERMASUK  mengingati semula  kepada aku janji ketika melafazkan  sighah ijab dan kabul semasa hari pernikahan,Aku terima nikah si Pulanah binti Si Pulan yang membawa maksud sanggup pikul tanggungjawab untuk memberi nafkah zahir dan batin  dengan sebaik-baiknya sekadar    yang termampu.Wallahu a'lam.

Rosak Harta Benda Kerajaan Perlu Minta Maaf/ganti Rugi Kpd Siapa?

Soalan

Assalamualaikum wbt. Selain memohon keampunan dari Allah, apakah yg patut dibuat jika seseorg telah merosakkan harta benda kerajaan? Dengan siapa lagi perlu minta maaf/ganti rugi? Ini kerana harta benda tersebut juga adalah milik awam.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, orang yang merosakkan harta benda awam perlu memohon maaf daripada pihak berkuasa tempatan (majlis daerah/perbandaran) di daerah di mana harta benda awam tersebut dirosakkan. Wallahu 'alam.

Bagaimana Cara Untuk Minta Fasakh

Soalan

assalamualaikum.masalahnya sya terpaksa membantu menyara keluarga lebih dari yang sepatutnya di tanggung oleh suami..ini kerana gaji suami agak kurang..saya redha..tapi sya rasa seolah2 suami menyerahkn tanggungjwb mencari nafkah zahir & menyediakan keperluan anak tu kpd sya..banyak kali kami bergaduh besar ttang masalah ini..suami juga pernah menampar dan menendang sya bila bergaduh. sya mengalami depression dan dirujuk ke psy..jadi layak ke saya ingin minta fasakh krn suami x nak bercerai..

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam masalah ini, sebenarnya anda sudah berhak untuk membuat tuntutan Ta'liq di Mahkamah Syariah yang berdekatan dengan tempat anda.
Walau bagaimanapun, Panel mencadangkan supaya anda terlebih dahulu dapatkan nasihat daripada Pegawai Kaunselor Keluarga yang bertugas di Unit Runding Cara Keluarga di Pejabat Agama Daerah yang terdekat.
Semoga masalah dan penderitaan yang anda alami dapat pembelaan yang sewajarnya. Wallahu 'alam.

Pengurusan Tanah Wakaf

Soalan

Assalamualaikum Ustaz..arwah datuk saya telah mewakafkan sebahagian tanah sebagai tanah perkuburan. Siapakah yang bertanggunjawab untuk mengurus tanah perkuburan tersebut? Adakah pihak yang mewakafkan tanah, pihak jabatan agama. Tanah itu di negeri Perlis. Terima kasih untuk jawapan.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Alhamdulillah, majoriti orang-orang Islam sekarang telah mulai sedar dan faham berhubung dengan wakaf.Malah terdapat negeri-negeri di Malaysia telah mewujudkan bahagian wakafnya sendiri seperti Johor,Terengganu  dan Selangor.
Setelah harta tersebut diserahkan kepada bahagian wakaf  di sesuatu negeri,pihak  yang menerima wakaf (pemegang amanah) hendaklah menguruskan harta tersebut seperti yang dikehendaki oleh pewakaf.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan, setelah tanah wakaf tersebut diserahkan kepada Bahagian Wakaf  Negeri berkenaan, dan merekalah yang sewajarnya  bertanggungjawab untuk menguruskan tanah yang diwakafkan itu bagi  dijadikan tanah perkuburan.Mereka boleh melantik wakil (kepada pengerusi /Nazir sesebuah masjid) untuk mengurus dan menyelia tanah perkuburan tersebut sebagaimana yang dikehendaki oleh Agama  Islam.
Justeru dalam hal ini tuan tanah asal tidak perlu bersusah payah dengan urusan tanah yang telah diwakafkan itu.Merekalah yang lebih arif  untuk mentadbir dan menguruskan tanah wakaf tersebut sehingga sampai tanah perkuburan itu penuh.Wallahu a'lam.

Apakah Hukum Menjual Makanan Semalam

Soalan

Salam...nak tanya apakah hukum menjual makanan semalam( yang tak habis) kepada pelanggan?ada setengah kedai makan.. menjual makanan semalam....tq

Jawapan

Waalaikumusalam,
Menipu itu hukumnya haram.Majoriti Pengguna inginkan makanan yang baru,berkhasiat dan berkualiti daripada pihak penjual/peniaga.Justeru adalah berdosa jika terdapat penjual makanan yang telah lama (semalam) kemungkinan kualiti,kebersihan dan khasiat adalah kurang terjamin.Sekiranya dijual dan laku maka rezki yang diperolehi kurang berkat disebabkan menjual makanan yang tidak fresh/segar.
Justeru  panel nasihatkan  agar mereka yang terlibat memperbetulkan niat ketika berniaga,patuhi etika  jual beli secara Islam seperti yang dianjurkan oleh baginda saw.Mohon keampunan  kepada Allah SWT dan kemaafan kepada pelanggan yang telah menjadi mangsa kealpaan selama ini.Wallahu a'lam.

Hukum Bsama Suami?

Soalan

Salam ustaz. Apakah hukum bsama suami. ketika darah haid tlah kering ttpi isteri msh blm mandi hadas? Dan apakah hukum pula secra tidak sdr. Ketika bsama suami isteri .ddatagi haid. Apkh istri hrs mandi wajib ..@ plu tggu shngga darah itu kering?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum bersama isteri yang baru kering haid tetapi belum mandi adalah haram.Ini kerana faraj dan badan beliau  belum lagi suci disebabkan  beliau belum angkat hadas besar /mandi wajib.
Jika sudah terbuat maka mohon segera bertaubat nasuha kepada Allah SWT disebabkan kealpaan anda.
Perlu panel nyata  dan tegaskan bahawa apabila  darah haid  isteri   anda  sudah dipastikan kering maka mandi wajiblah dahulu sebelum melakukan jimak .Perkara ini merupakan ketetapan dalam hukum fekah seperti yang telah dinyatakan dalam kebanyakan ulamak dalam bidang berkaitan.Wallahu a'lam,.

Permasalahan Mengenai Wali

Soalan

Assalamualaikum ..
Saya ingin melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat ,ayah saya telan meninggal dunia 20 tahun yang lepas ,datuk saya pun telah meninggal dunia ,saya mempunyai seorang adik lelaki tetapi adik lelaki saya enggan untuk menjadi wali untuk saya ,akan tetapi saya masih mempunyai bapa saudara iaitu adik kepada arwah ayah yang sudi menjadi wali saya ,yang menjadi masalah apabila saya ke pejabat agama dan tetap meminta adik saya untuk menjadi wali

Jawapan

Waalaikumusalam,
Untuk pengetahuan anda susunan wali  mengikut syarak adalah seperti berikut:
  1. Bapa kandung (wali mujbir) paling layak dan berhak,jika beliau telah mati maka
  2. Datuk sebelah bapa ke atas,sekiranya datuk juga mati,maka
  3. Saudara lelaki seibu sebapa,
  4. Saudara lelaki sebapa
Oleh itu panel nasihatkan agar saudara lelaki anda sanggup menjadi wali bagi memudahkan pernikahan anda nanti.Itulah susunan wali  yang telah ditetapkan oleh syarak,kecuali beliau mengeluarkan surat hitam putih di depan kadi yang beliau enggan untuk mewalikan anda.Biarlah pihak berkuasa agama yang bakal tentukan siapa yang layak selepasnya.Wallahu a'lam.

Perlu Sertu Atau Tidak?

Soalan

Assalamualaikum. Apakah tindakan yg perlu saya lakukan sekiranya sebuah syarikat menyatakan syampu keluaran mereka(yg saya gunakan) BERKEMUNGKINAN ADA / TIDAK mengandungi bahan haram? Sekiranya mereka tidak menyatakan secara jelas kandungan syampu itu, wajibkah saya sertu rambut saya sekiranya saya khuatir, tetapi x terlalu pasti ianya mempunyai unsur 'najis mughallazah' tersebut? Dan jika wajib sertu, wajibkah sertu keseluruhan anggota badan dan setiap benda yang pernah saya sentuh/terkena? TQ

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
dalam persoalan ini, anda tidak perlu untuk mensertu rambut, kepala ataupun segala benda yang anda sentuh. Hal ini kerana kewujudan najis tersebut masih tidak dapat dikenal pasti lagi.
Dalam isu ini, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam ada mengingatkan umatnya agar memilih hanya benda-benda yang halal sahaja. Jika tidak pasti, tinggalkan dan cari  benda yang sudah jelas status halalnya. Sabda Baginda, maksudnya:
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer Radhiyallahu 'Anhu, beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
“Sesungguhnya perkara yang halal itu sudah jelas, dan perkara yang haram itu juga sudah jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati”.
(Hadith riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.

Oleh itu, apa yang perlu anda lakukan apabila berhadapan dengan situasi seperti ini ialah meninggalkan produk syampo tersebut dan carilah produk jagaan rambut yang telah diakui kehalalannya.
 Semoga jawapan di atas dapat menjawab kemusykilan anda. Wallahu 'Alam.

Persoalan Semasa Mengenai Perkahwinan

Soalan

salam,apakah kesan kahwin lari kepada institusi perkahwinan di Malaysia?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Kesan kahwin lari itu terlalu banyak antaranya ialah,
1.Membelakangkan keluarga yang mendidik,membimbing dan mengasuh anda selama ini.
2.Tidak mendapat restu ibubapa, sedangkan dalam sebuah hadith menyatakan bahawa,reda Allah terletak kepada reda kedua ibubapa
3.Kehidupan  rumahtangga  tidak akan  bahagia dan  harmoni .
4.Rezki akan terasa sempit walaupun duit banyak
5.Rasa hormat dan kasih sayang anak akan hilang disebabkan perbuatan kedua ibubapa yang mengamalkan kahwin lari.
6.Pengabaian terhadap undang-undang sesebuah negeri dan negara kerana terikut runtunan hawa nafsu
7.Menconteng arang ke muka kedua ibubapa / mengaibkan mereka di atas perbuatan itu
8.Rakyat dan penduduk mencemuh di atas perbuatan tersebut
9.Memalukan masyarakat Islam dan negara.
Wallahu a'lam.

Nafkah Yang Perlu

Soalan

Saya ingin mengetahui nafkah yang perlu diberikan kepada isteri. Saya telah menyediakan tempat tinggal, makan minum, pakaian, kenderaan dan peralatan rumah yang bersesuaian. Isteri saya menyatakan selain dari nafkah seperti yang saya sebutkan di atas saya wajib memberi wang saku kepada beliau. Kalau ikutkan memang saya ada memberi wang saku bulanan cuma kadangkala ada komitmen yang lain saya akan tangguh terlebih dahulu pemberian wang tersebut. Ini akan menyebabkan kami bergaduh.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Mengikut pandangan Profesor Dalam bidang ilmu Fekah semasa iaitu Doktor Yusoff al-Qaradawi menjelaskan bahawa tanggungjawab seorang suami kepada isterinya dalam memberikan nafkah itu terbahagi kepada 2 iaitu :

i- Tanggungjawab nafkah zahir
( menyediakan tempat tinggal, memberi makanan, memberi pakaian, menguruskan kesihatan ,memberi pendidikan agama , menjaga keselamatan dan seumpamanya).

ii- Tanggunjawab Nafkah Batin pula ialah
( menunaikan tanggungjawab seksual /bersetubuh kepada pasangannya,memberi perhatian,memberi kasih sayang,membelai isteri dan seumpamanya).
Tanggungjawab suami memberi nafkah  zahir dan batin / seksual itu  kepada pasangannya adalah wajib.

Berbalik kepada soalan yang dikemukakan,jika suami mempunyai kewangan / yang baik  dan mantap,suami perlu bagi wang sekadar yang beliau mampu.Dengan wang inilah yang akan isteri akan membeli pakaian,kosmetik ,kasut dan duit untuk beliau berbelanja.
Justeru anda jangan panik jika  si isteri  minta haknya kepada suami.Jika  suami tidak mampu dari segi kewangan perlulah anda beri penjelasan yang meyakinkan beliau.Malah anda perlu kada' balik jika kewangan anda teguh dan mantap untuk memberi semula duit poket  yang telah sekian  lama  terabai.
Panel nasihatkan lakukanlah sekadar yang anda mampu sahaja.Panel berharap agar isteri anda akan memahami situasi kewangan anda yang sebenarnya.Wallahu a'lam

Zakat Duit Sumbangan Orang Ramai

Soalan

Assalamualaikum. Adakah wajib zakat ke atas duit sumbangan orang ramai contohnya sedekah majlis kahwin yang jumlahnya beribu-ribu? Yang mana duit tersebut mungkin disimpan atau dibelanjakan dalam tempoh kurang setahun. Sekian, terima kasih

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Duit sumbangan tersebut wajib dikeluarkan zakat apabila cukup nisabnya dan sempurna haulnya.
Oleh itu, jika tidak cukup nisabnya atau tidak cukup setahun disimpan, maka ia tidak wajib untuk dikeluarkan zakat. Sila hubungi Pusat Pungutan Zakat (PPZ) yang berdekatan dengan anda untuk dapatkan penjelasan lanjut mengenainya. Wallahu 'Alam.

Khalwat? Cara Yg Btl Atau Slh?

Soalan

aslmkm,sy hndk bertanya.. apakah blh d terima akal tgkapan khalwat brlaku pd waktu siang dgn pintu dan tgkp rmh trbuka? tnpa ada soal siasat trus d serbu dgn imam,JKK kampung dan beberapa orang polis.. mcm itukah cre tgkapan khalwat d lakukan??

Jawapan

Waalaikumusalam,
Setiap agama mempunyai undang-undang dan peraturan tersendiri.Perkara seumpama ini tidak terkecuali dengan agama Islam yang suci.Peraturan yang diwujudkan adalah ber tujuan untuk kebaikan supaya  diikuti dan dipatuhi oleh semua orang, tidak kira berpangkat dan berdarjat.
Andaikata anda berdua-duanya tanpa mahram  dalam sebuah premis,atau tempat yang tersembunyi (lelaki dan wanita yang tiada hubungan yang sah dari segi pernikahan) di mana perbuatan anda berdua  boleh menimbul syak dan keraguan yang munasabah,masyarakat boleh melaporkan kepada pihak berkuasa agama untuk tujuan menangkap dan seterus dibawa  ke mahkamah syariah.
Dalam sebuah hadith baginda saw menyatakan yang bermaksud:
Tidak bersunyi-sunyian pada suatu tempat antara kedua-dua orang iaitu lelaki dan perempuan melainkan yang ketiganya adalah syaitan.
Mafhum daripada arahan dan tegahan hadith ini tetap relevan walaupun usianya telah mencecah 1434 tahun yang lalu.Baginda saw melarang lelaki dan perempuan yang tiada hubungan kekeluargaan daripada duduk berdua-dua kerana syaitan akan mengambil kesempatan untuk terus menggoda supaya anda berdua  melakukan maksiat.
Justeru tindakan  yang dilakukan oleh JKK kampung ,imam dan polis untuk menangkap anda kerana berkhalwat itu sebenar adalah sebahagian daripadatanggungjawab dan  usaha  pencegahan.Tangkapan kepada pelaku maksiat tidak semestinya ditumpukan pada waktu malam sahaja sebaliknya ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sama ada  malam ataupun  siang.Malah dalam sebuah hadis baginda saw menjelas yang bermaksud:
"Sesiapa yang melihat kemungkaran berlaku maka hendaklah ia mencegah dengan tangannya (yang bermaksud pihak yang diberi kuasa),sekiranya tidak mampu maka hendaklah mencegah perbuatan tersebut dengan lisan,(teguran perbuatan maksiat/kemungkaran) sekiranya tidak mampu juga maka hendaklah membenci perbuatan maksiat tersebut,itu merupakan selemah-lemah iman disebabkan ketidakmammpuan dari segi kuasa dan lisan."
Justeru anda tidak perlulah  mempertikaikan perbuatan mereka,perkara ini boleh anda selesaikan di mahkamah sekiranya anda dapat mengemukakan bukti-bukti yang sahih dan kukuh untuk menegakkan  perbuatan anda.Biarlah mahkamah tentukan segala-galanya.Wallahu a'lam.

Umrah Tanpa Mahram

Soalan

Assalammualaikum Ustaz..Disini saya ingin bertanya soalan.Saya bekerja sebagai seorang pramugari.Baru2 ini saya ditugaskan terbang ke Jeddah,jadi saya mempunyai 2 malam di Jeddah.Saya dan rakan pramugari yg lain mengambil kesempatan utk mengerjakan umrah.Persoalannya kami pergi tanpa Mahram,tanpa seorang lelaki.Adakah umrah tersebut sah?sekiranya tidak,perlukah kami membayar dam?bagaimana/bila perlu di bayar dam tersebut?Terima Kasih Ustaz..

Jawapan

Waalaikumusalam,
Kerajaan Saudi  telah meletakkan syarat setiap wanita yang bukan dari negara berkenaan perlu diiringi oleh mahram bagi tujuan untuk menunaikan umrah.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan, anda telah menunaikan umrah tanpa ditemani oleh mahram,adkah sah umrah anda.Jawapannya adalah sah,ini kerana rukum umrah   5 iaitu,
1.niat di miqat,
2.tawaf di sekeliling kaabah,
3.saie,
4.tahallul dan
5.Tertib.
Justeru anda tidak perlu bimbang tentang amalan umrah anda,cuma panel nasihatkan adalah lebih baik dan eluk sekiranya anda pergi menunaikan umrah bersama mahram.Ini  kerana ia lebih terjamin dari segi keselamatan dan anda mempunyai tempat rujukan kepada individu tertentu sekiranya berlaku  sesuatu perkara yang tidak diingini.Anda tidak perlu membayar denda/dam.Wallahu a'lam.

Maksud Nama Dalam Islam

Soalan

Nur Safiyyah bermaksud apa dan adakah ejaan saya sama dengan nama yang saya beri?

Jawapan

Waalaikumusalam'
Maksud bagi nama tersebut ialah:
1.Nur - Cahaya
2.Safiyyah-Bersih,jujur
Wallahu a'lam.

Sunday, February 24, 2013

Berbaju Kebaya Tetapi Amat Longgar

Soalan

Assalamualaikum wbt. bolehkah seseorg wanita memakai baju yg potongannya mengikut bentuk badan (cth: baju kebaya) tetapi pakaian tersebut amatlah longgar jika dipakai sehingga tidak menampakkan bentuk badan yg sebenar?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hujkum fekah telah menetapkan bahawa Wanita berugama Islam wajib menutup aurat.Menutup aurat itu mestilah dengan pakaian yang sesuai.Antara syarat pakaian yang dipakai  hendaklah meliputi perkara berikut:
1.Pakaian tidak terlalu ketat sehingga dapat dilihat otot @ anggota badan si pemakai
2.Tidak terlalu jarang sehingga menampakkan kulit badan pemakai.
3 .Tidak terlalu nipis sehingga boleh dilihat tubuh badan pemakai secara terus.
4.Tidak terlalu singkat dan pendek sehingga menampakkan aurat si pemakai.
Sekiranya kebaya @ kebarung yang anda pakai,tidak mempunyai syarat-syarat yang telah panel nyatakan maka anda bolehlah pakai, pakaian tersebut,Hukum memakai kebaya yang longgar itu adalah  diharuskan.Wallahu a'lam,.

Makna Selawat Nabi

Soalan

Makna allahumma sholli alla muhammad

Jawapan

Waalaikumusalam,
Maksud perkataan selawat :
Allahumma Sholli ala Muhammad.
ialah:
Allah SWT berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
Wallahu a'lam.

Macam Mana Nak Nasihatkan Ibu Bapa Untuk Menunaikan Solat?

Soalan

Ustaz, apa cara terbaik untuk menasihat ibu bapa untuk berubah tanpa menyakitkan hati mereka?
Apa yang boleh saya usahakan?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Kaedah  untuk tegur ibubapa yang tidak solat ialah dengan cara anda tunaikan solat   hajat pada 1/3 malam.Anda hendaklah berdoa dengan suara yang nyaring supaya dengan suara yang nyaring tersebut dapat mengejutkan kedua  ibubapa anda.
Dalam nada doa anda nanti nyatakan rayuan anda kepada Allah supaya  ibubapa anda diberi hidayat dan mohon Allah supaya jangan mengaazabkan  kesalahan  yang lalu disebabkan kealpaan kedua-duanya sebelum ini.Mungkin mereka akan insaf dan sedar sendiri jika anda lakukan saban minggu dan bulan.
Sekiranya tidak berjaya anda boleh memohon pertolongan mereka berdua agar ditunjukkan kaedah atau cara solat yang betul dan diterimai oleh Allah.Cara sebegini memungkin mereka  akan pergi belajar untuk dapatkan ilmu tersebut.Mohon cuba mudah-mudahan berjaya.Wallahu a'lam.

Semasa Solat Terasa Macam Keluar Kencing

Soalan

semasa solat saya terasa seperti keluar kencing tapi tidak keluar atau tidak...adakah saya perlu mengulangi solat saya..?

Jawapan

Waalaikumusalam
Hukum tahan kentut,tahan kencing ketika dalam solat itu adalah makruh.Sekiranya kentut atau kencing tersebut benar-benar keluar maka anda wajib memperharui wuduk dan dirikanlah solat yang telah terbatal tersebut dengan kadar segera.Wallahu a'lam

Mandi Wajib Bagi Anak Bermasalah

Soalan

Anak saya berumur 16 tahun mengidap autism dimana beliau tidak dapat menunaikan mandi hadas andikata keluar air mani ketika mimpi dsb.
Adakah sebagai ayah, saya wajib memandiwajibkannya dan bagaimana kaedahnya.

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam masalah ini, jika anak anda adalah seorang lelaki, anda sebagai seorang ayah perlu membantunya untuk melakukan mandi wajib tersebut. Namun, jika anak anda adalah seorang perempuan, maka ibunya adalah yang paling layak dan sesuai untuk membantunya melakukan mandi wajib tersebut.
Caranya adalah sama seperti anda melakukan mandi wajib, iaitu membersihkan terlebih dahulu segala kotoran dan najis yang terdapat pada badannya, kemudian ajarkannya untuk berniat mandi wajib sebaik sahaja air mencecah ke tubuhnya dan bantu dirinya untuk meratakan air keseluruhan badannya.
Ringkasnya, apabila kedua perkara tersebut telah dilakukan, maka anak anda telah suci daripada hadas tersebut. Wallahu 'alam.

Adab Berpakaian Di Dalam Rumah

Soalan

salam....ustaz nak tanya mcm mana aurat n adab berpakaian bagi seorang adik perempuan dgn abangya..sy sebagai kakak ipar tidak berasa selesa apabila adik ipar saya memakai seluar pendek n memakai baju tnpa lengan di dalam rumah...nak tegur mcm serba salah...tq..

Jawapan

wassalam,
dalam persoalan ini, aurat adik ipar anda di hadapan suami anda adalah seperti aurat ketika berada di hadapan mahram, iaitu dibenarkan membuka tudung, memakai baju t-shirt ataupun pakaian yang dia selesa dengan syarat aman dari fitnah.
Kelonggaran ini adalah berdasarkan ayat 31 Surah an-Nur, maksudnya:
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau oranggaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya”.

Oleh yang demikian, selagi adik ipar anda masih berpakaian seperti yang anda nyatakan di dalam soalan (tidak mendedahkan seluruh tubuhnya), ia masih diharuskan kerana suami anda adalah abang kandungnya dan auratnya di hadapan abang kandungnya  ada dinyatakan di dalam maksud ayat al-Quran di atas. Ringkasnya, beliau harus untuk mendedahkan rambutnya dan perhiasan tubuhnya kepada abang kandungnya sendiri. Wallahu 'alam.

Membeli Buku-buku Agama Islam Untuk Meningkatkan Keimanan Dalam Diri Serta Mengamalkan Ilmu Buku Tersebut? Apakah Hukum Dalam Islam?

Soalan

Contoh kalau guna duit syubhah atau haram untuk membeli buku-buku agama islam untuk meningkatkan keimanan dalam diri serta mengamalkan ilmu buku tersebut? Apakah hukum dalam islam?

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
hukum menggunakan duit yang syubhah ataupun haram untuk membeli buku-buku ilmu agama adalah dilarang ke atas semua umat Islam sekalipun matlamat asal adalah untuk menambahkan ilmu agama dalam diri.
Ringkasnya, walaupun niat asalnya adalah baik, iaitu untuk menambah pengetahuan mengenai ilmu-ilmu Islam, tetapi matlamat yang baik tersebut tetap tidak membolehkannya untuk melakukan sesuatu perkara yang dilarang atau diharamkan di dalam Islam (al-ghayah la tubarriru al-wasilah ). Wallahu 'alam.

Tertinggal Al-Fatihah Dan Terus Rukuk Dalam Rakaat Pertama Ketika Solat Berjemaah

Soalan

Assalammualaikum,

Saya mempunyai kemusyikilan. Sekiranya saya solat berjemaah. Saya terlewat untuk takbiratulihram bersama imam. dan apabila selesai berniat dan takbiratulihram, imam telah pon rukuk. Saya terus mengikut imam rukuk. Adakah saya dikira sempat mengikut imam dalam rakaat pertama? Perlukah saya bangun sesudah imam memberi salam untuk mnyelesaikan alfatihah yang telah saya tinggalkan pada rakaat pertama tadi?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam keadaan tersebut, anda dikira telah mendapat rakaat tersebut bersama imam dengan syarat sempat bertoma’ninah (berhenti sebentar sekadar menyebut tasbih “Subhana-Allah”).
Oleh itu, selepas imam memberi salam anda sudah tidak perlu untuk bangun lagi bagi menambah rakaat yang masih berkurangan. Wallahu 'alam.

Seluruh Badan Bertatu Dan Ingin Menjadi Imam, Bersolat Bersama Bakal Isteri?

Soalan

Assalamualaikum,

Saya ingin mengetahui,
1) Bolehkah saya menjadi Imam, bersolat jemaah bersama bakal isteri sedangkan seluruh badan saya mempunyai 'tatu' dan telinga saya pernah dulu 'bertindik'?
2) Apakah hukum sekiranya saya membuang 'tatu' saya dengan cara 'laser'?

Wassalam

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Dalam hal ini, anda boleh menjadi imam kepada isteri anda dengan syarat tatoo pada tubuh anda dihilangkan terlebih dahulu.
Hal ini kerana tatoo akan menyebabkan mandi wajib yang anda lakukan menjadi tidak sah sedangkan syarat sah mengerjakan solat mestilah suci daripada hadas besar dan juga hadas kecil.
Dari itu, anda tidak boleh menjadi imam kepada isteri anda selagi tatoo tersebut tidak anda hilangkan dan melakukan mandi wajib bagi menyucikan diri anda daripada hadas besar.
Mengenai bertindik, hukum seorang lelaki memakai tindik di telinga adalah diharamkan kerana ia menyerupai seorang wanita. Tindik dan wanita tidak dapat dipisahkan kerana ia telah menjadi salah satu daripada perhiasan diri bagi seorang wanita. Dari itu, orang lelaki dilarang untuk bertindik juga kerana ia dihukumkan seperti menyerupai seperti seorang wanita dan perkara ini akan menjatuhkan harga diri dan maruah sebagai seorang lelaki yang sejati. Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
Daripada Ibnu Abbas Radhiyallahu 'Anhu, katanya:
“Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam mengutuk kaum lelaki yang menyerupai kaum wanita dan kaum wanita yang menyerupai kaum lelaki.”
(Hadith riwayat al-Bukhari).


Walaupun memakai tindik tidak menyebabkan solat menjadi tidak sah, tetapi sebagai seorang lelaki yang menjadi ketua keluarga perlulah berakhlak dan bersikap sebagai seorang lelaki yang sejati. Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala, maksudnya:
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka...”
(Surah al-Nisa' 04: 34)

2.         Anda diharuskan untuk membuang tatoo tersebut dengan kaedah laser tersebut jika kesan mudaratnya adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan kaedah atau cara yang lain.
Wallahu 'alam.

Ketika Saya Hendak Mandi Wajib,saya Mandi Biasa Dulu Bagi Membuang Kotoran Badan Peluh,daki,kelemumur Dan Lain-lain.Kemudian Saya Niat Mandi Wajib Dalam Hati.

Soalan

Ketika saya hendak mandi wajib,saya mandi biasa dulu bagi membuang kotoran badan peluh,daki,kelemumur dan lain-lain.Kemudian saya niat mandi wajib dalam hati.Saya siram bermula dari atas kepala rambut dan sekali siraman sebanyak 3 kali sahaja.Saya fikir itu sudah cukup memadai kerana syarat mandi wajib mestilah air diratakan keseluruh badan.Jadi memandangkan saya sudah mandi biasa sebelum itu sudah tentu air sudah diratakan keseluruh badan.Adakah mandi wajib saya tersebut dikira sah?

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam hal ini, mandi wajib yang dilakukan dikira sah apabila memenuhi dua perkara, iaitu niat mandi wajib sebaik sahaja air terkena badan dan juga meratakan air ke keseluruhan tubuh badan.
Oleh yang demikian, jika anda yakin air telah disampaikan ke keseluruhan badan anda maka mandi wajib yang anda lakukan adalah sah.
Walau bagaimanapun, sebenarnya anda tidak perlu untuk membersihkan tubuh badan anda daripada segala kekotoran, peluh, daki dan sebagainya terlebih dahulu kerana ia boleh dilakukan semasa mandi wajib dikerjakan. Ringkasnya, kerja-kerja pembersihan tersebut boleh dilakukan serentak dengan mandi wajib dilakukan.
Sesungguhnya Islam itu mudah bagi mereka yang mengetahuinya. Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala, maksudnya:
“Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah Dengan jihad Yang sebenar-benarnya, Dia lah Yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamaNya); dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah Dalam perkara agama...”
(Surah Al-Hajj : 22:78)

Semasa Tahiyyat Awal, Duduk Seperti Tahiyyat Akhir

Soalan

Assalamualaikum ustaz, pada tahiyyat awal seseorang duduk seperti tahiyyat akhir kerana terlupa, adakah dia perlu terus mengubah kedudukannya dan adakah sah solatnya...terima kasih

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, beliau tidak perlu untuk menukar cara duduknya dan solatnya adalah sah. Wallahu 'alam.

Minta Bantuan Bomoh Guna Jin Islam. Syirikkah?

Soalan

Assalamualaikum wbt. Adakah dibolehkan meminta bantuan bomoh yg mnggunakan jin Islam utk melihat barang kemas yg hilang?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Dalam sebuah hadis baginda saw menyatakan yang bermaksud:
Sesiapa yang berjumpa tukang ramal,tukang tenung, atau bomoh maka ia telah kufur terhadap apa yang telah dibawa oleh baginda saw.
 Dalam hadis yang lain.
Sesiapa yang berjumpa bomoh lalu ia membenarkan apa yang telah dinyatakan oleh bomoh berkenaan maka solatnya tidak diterima oleh Allah SWT selama 40 hari.Cuba bayangkan jika berjumpa bomoh  banyak kali.
Berdasarkan mafhum hadis ini jelaslah bahawa adalah syirik hukumnya jika anda menduakan Allah SWT ketika memohon pertolongan daripada bomoh tersebut.
Justeru panel nasihatkan agar anda segeralah bertaubat Nasuha kepada Allah sebelum  terlambat.Wallahu a'lam.

Hukum Makan Cendawan

Soalan

salam ustaz. nak tanya,
1. apa hukum makan cendawan yang dijual di pasaraya yang cuma bungkus plastik dan tiada cop halal. kat kedai cina pun sama, kat kedai orang islam pun sama gak takda cop halal?
jazakallah

Jawapan

Waalaikumusalam,
Mengikut kaedah fiqh,setiap sesuatu itu adalah harus dimakan atau digunakan , jika ia diperbuat daripada benda yang bukan haram dan najis.Oleh yang demikian cendawan yang dihasilkan sama ada oleh orang Islam atau bukan Islam adalah harus selagi mana tiada benda-benda haram / memabukkan  dan najis dicampurkan semasa penyediaanya.
Justeru panel berpandangan tidak perlulah kepada semua jenis  sayur dilabelkan halal disebabkan kaedah fiqh yang  telah panel nyatakan.Nambun begitu jika dilebelkan oleh bahagian halal jakim itulah yang lebih baik.Perlu dinyatakan bahawa staff bahagian halal jakim amat kurang untuk melaksanakan tugas-tugas pemantauan di seluruh negara.Wallahu a'lam.

Tanah Peninggalan Arwah

Soalan

saya tidak tahu langsung ada tanah peninnggalan arwah...adakah tanggungjawab saya uruskan nya. saya lelaki dan ada 4 beradik perempuan..adik beradik belah arwah bapa tak tahu berapa orang dan anak2 mereka pun saya tak pasti berapa orang.
ikut hukum wajib saya uruskan atau sebaliknya. dan ikut hukum faraid berapa peratus yg masing2 dapat. boleh bagi no. untuk dihubungi. terima kasih.
0136034511...

Jawapan

Jika saudara hendak mengurusnya ianya adalah dibolehkan tetapi hasinya adalah perlu di faraid kan mengikut ahli waris selepas ditolak kos pengurusannya. Adakah Ibu masih ada? Jika masih ada ibu @ isteri si mati haknya 1/8. Manakala yang lain adalah untuk anak-anak simati tak kita sama ada seibu sebapa atau hanya sebapa sahaja dengan anak lelaki mendapat 2 bahagian dari hak anak perempuan. contohnya jika 3 lelaki 1 perempuan dan harta nilai 80 ribu maka ibu 1/8 = 10 ribu. baki 70 ribu maka setiap lelaki dapat 20 ribu dan perempuan dapat 10 ribu.

Bacaan Niat Mandi Wajib

Soalan

Assalamualaikum.

saya hanya ingin tahu bacaan niat mandi wajib yang betul.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Niat mandi wajib ialah:
NAWAITU ROFAAL HADATHAL AKBARI LILLAHITAALA
MaksudNya:
Sengaja aku mengangkat  hadas besar kerana Allah Taala.
Niat tempatnya dihati,Wallahu a'lam.

Memasuki Islam Dengan Begitu Sahaja

Soalan

asalamualaikum , uzraz/uztaza bolehkah sy memasuki islam dengan begitu sahaja ? tetapi saya pernah atau sudah belajar pendidikan agama islam di sekolah ?

Jawapan

Ya boleh jika telah melepasi umur 18 tahun. Jika di bawah umur 18 tahun perlu mendapat keizinan ibu bapa atau penjaga yang sah di sisi undang-undang.

Pengurusan Jenazah Yg Telah Murtad

Soalan

assalamualaikum,saya ingin bertanya sekiranya seorg islam yang telah murtad telah meninggal dunia adakah sah mayat tersebut diurus dan dikebumikan dgn cara islam atau haram dikebumikan dgn cara islam.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Kubur Islam hanya dikhususkan untuk penganut   yang berugama Islam sahaja .Sekiranya seseorang tersebut  yang telah murtad dan beliau dapat dipastikan dengan bukti yang terang lagi nyata bahawa ia telah keluar dari agama Islam, maka mayatnya  tidaklah  boleh diuruskan dengan kaedah sebagai seorang Islam.Perkara ini disebabkan kerana ia telah menjadi kafir  dan jenazahnya hendaklah ditanam di tanah perkuburan orang-orang yang bukan Islam.Mayatnya sekarang setaraf dengan mayat orang kafir kerana  ia telah murtad dan  beliau bukan lagi berugama Islam.Wallahu a'lam.

Tuesday, February 19, 2013

Aqiqah - Sembelih Kambing Atau Beli Saja Daging

Soalan

jiran memberitahu, daging hanya perlu dibeli di kedai dan itu dikira aqiqah kerana tidak mahu riak bila sembelih satu ekor kambing.

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, Aqiqah membawa maksud penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, selain mencukur atau memotong rambutnya dan diberikannya nama.
Oleh itu, pendapat jiran anda yang menyatakan hanya membeli daging di kedai sahaja adalah tidak menepati dengan kehendak dan tuntutan melakukan Aqiqah di dalam Islam. sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
1.         "Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya."
(Riwayat Tirmidzi)

2.         "Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama."
(Riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Semoga dengan penjelasan dan dalil di atas dapat menjelaskan kepada anda tentang ibadat Aqiqah ini. Ringkasnya, Aqiqah dan penyembelihan tidak dapat dipisahkan. Wallahu 'alam

Pembahagian Daging Akikah

Soalan

Assalamualaikum...

saya nak tanya, bagaimana pembahagian untuk anak lelaki kembar, adakah sama seperti seorang ank lelaki iaitu 2 bahagian lembu atau 2 ekor kambing?
bagaimana sekiranya akikah ini dilakukan sekaligus menyambut kenduri kesyukuran kerana mendapat rumah baru? adakah niat boleh dicampur dengan lembu akikah tersebut?

terima kasih..

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
dalam persoalan ini, anak kembar bererti dua orang anak dan bukannya seorang. Dari itu, Aqiqah yang dibuat untuknya mestilah sama seperti Aqiqah untuk dua orang. Ringkasnya, anda perlu menyediakan sekurang-kurangnya dua ekor kambing ataupun mengambil dua bahagian daripada seekor lembu yang disembelih bersama rakan yang lain.
sembelihan Aqiqah tersebut boleh digunakan untuk menjamu para jemputan yang hadir di dalam kenduri kesyukuran tersebut. Wallahu 'alam.

Wanita Haid Berniat Wudhuk

Soalan

Assalamualaikum, apakah hukumnya wanita yg didatangi haid mengambil wudhuk dgn niat sebagaimana dia mengambil wudhuk utk mngerjakan solat? ustazah saya berkata boleh membasuh anggota tubuh sebagaimana mengambil wudhuk TETAPI HARAM niat berwudhuk sebagaimana hendak mendirikan solat. Selain itu, saya harap panel boleh memberikan bukti dari sumber hadis @ lain2.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Wanita yang sedang haid tidak dilarang untuk berwudhu’. Akan tetapi ia hanyalah kerja yang sia-sia kerana wudhu’ tersebut tetap tidak membolehkannya untuk menyucikan dirinya daripada hadas besar tersebut.
Ringkasnya, wanita haid tidak salah untuk berwudhu’ tetapi ia hanyalah kerja yang sia-sia, dan melakukan kerja yang sia-sia adalah dilarang di dalam Islam. Wallahu 'alam.

Meninggalkan Solat Jumaat

Soalan

Assalamualaikum...sesaorang semasa mudanya kerap meninggalkan solat jumaat.Soalan nya apakah solat jumaat tersebut boleh di qadak sebagaimana solat solat fardu yang lain.mohon penjelasan tuan

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, Solat Jumaat yang ditinggalkan tidak boleh diqadha’ kerana syarat sah mengerjakan solat ini mesti dilakukan secara berjemaah.
Walau bagaimanapun, jika pada waktu itu beliau mengejakan solat fardu Zohor sebagai ganti kepada Solat Jumaat yang tidak dikerjakan, maka beliau tidak perlu untuk melakukan solat qadha’ tersebut. Wallahu 'alam.

Adakah Nikah Sah?

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya. Adakah sah akad saya sah jika saya mengahwini wanita yang sedang hamil3 bulan? Sedangkan anak yang dalam kandungan itu bukan anak saya? Mohon penjelasa ustaz.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Akad nikah tersebut adalah sah dengan syarat wanita tersebut bukan isteri yang baru diceraikan oleh suaminya. Hal ini kerana beliau masih lagi di dalam idah sehinggalah beliau melahirkan kandungannya itu. Wallahu 'alam.

Penyelesaian Masaalah

Soalan

jika sy telah mewarnakan seluruh rmbut sy menggunakan pewarna yg musykil halal haram nya,perlukah sy membotakkan kepala kerana bimbang solat tidak sah?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum mewarnakan rambut itu harus dan bersebab dengan menggunakan warna selain hitam.Menggunakan warna hitam dilarang kecuali dua atas perkara iaitu:
1.Panglima perang fi Sabilillah yang berada dibarisan hadapan bagi tujuan menggerunkan pihak musuh.
2.Rambut beruban diawal usia remaja  bagi mengelakkan kelihatan huduh dan jijik orang lain yang memandang.
Perlu panel tegaskan bahawa,ulamak fekah telah membuat rumusan  berkaitan pewarna rambut seperti berikut:
1.Pewarna itu mestilah diperbuat daripada bahan-bahan yang halal.
2.Sifat  pewarna itu  tidak kekal dan mudah luntur.
3.Pewarna itu mestilah boleh resap air wuduk (iaini tidak terhalang air wuduk untuk sampai)
Sekiranya ciri-ciri sebegini memang wujud pada pewarna  tersebut maka sahlah wuduk dan solat yang anda dirikan.Andaikata pewarna itu  tidak telap/resap air eluklah anda gunting pendek @ cukur rambut itulah jalan yang terbaik.Wallahu a'lam.

Iqamah Solat Fardhu Seorang Diri

Soalan

Assalamualaikum ustaz, 1). Adakah perlu Iqamah jika solat fardhu seorang diri di rumah. 2). Solat berjemaah bersama isteri, adakah boleh saya iqamah dan lepas tu mengimamkan solat bersama isteri.

Jawapan

Waalaikumusalam,
iqamah jika solat sendiri itu hukumnya adalah harus.Begitu juga jika anda iqamah dan anda juga jadi imam hukumnya makruh,walau bagaimanapun  solat yang anda  didirikan itu tetap sah.Wallahu a'lam.

Ibu Bapa Yang Memaksa Anak Perempuannya Berkahwin Dengan Lelaki Yang Bukan Pilihan Anaknya

Soalan

Salam ustaz..adakah didalam islam membenarkan kawin paksa pada seseorang anak perempuannya??

Jawapan

Waalaikumusalam,
Dalam islam ada menggaris beberapa tanggungjawab untuk ibubapa  laksanakan  kepada anak-anak lebih-lebih lagi yang perempuan.Antaranya:
1.Iqamat/azan ketika anak lahir
2.Tahnik /membelah mulut anak dengan kurma/madu
3.Melaksanakan akikah
4.Cukur rambut
5.Memberikan nama kepada anak
6.Mendidik dengan ilmu dan akhlak
7.Mencarikan  jodoh yang sekufu kepada anak tersebut  berdasarkan yang mempunyai agama.
Justeru bila ibubapa lakukan itu bukannya bermakna ia tergolong kepada kahwin paksa,Tetapi mereka sebenarnya untuk mempraktikan  apa yang telah diajarkan oleh ulamak terdahulu demi kebahagian dunia dan akhirat.
Panel nasihatkan agar anda ikut sahaja kemahuan kedua ibubapa anda,sekiranya anda tidak setuju tolaklah dengan lemah lembut dan berikan alasan yang munasabah.Wallahu a'lam

Pakaian Saudara Yang Sudah Meninggal

Soalan

Salam,apakah hukum mamakai pakaian orang yang sudah meninggal?Bolehkah kita dermakan kepada fakir sekiranya pakaian itu masih dalam keadaan baik?Mohon penjelasan...

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum memakai pakaian orang yang sudah meninggal itu adalah harus.
Sebaik-baiknya  panel nasihatkan agar anda dermakanlah @ berikanlah pakaian orang yang sudah meninggal itu kepada fakir miskin,mudah-mudahan pahala orang yang membelinya akan terus mengalir walaupun ia sudah berada di alam barzakh (kubur).Wallahu a'lam

Saturday, February 16, 2013

Solat Jumaat Tertinggal 2 Kali Kerana Musafir

Soalan

saya tertinggal 2 kali jumaat berturut-turut kerana musafir.pd minggu ketiga saya hendak ke masjid, hari itu hujan. adakah saya dikira meninggalkn 3 jumaat berturut-turut ustaz dan menjadi munafiq ustaz?

Jawapan

Assalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam situasi ini, anda tidak dikira telah meninggalkan Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut. Hal ini kerana dua minggu sebelum itu Solat Jumaat tidak anda kerjakan kerana anda sedang bermusafir dan orang yang bermusafir adalah tidak diwajibkan untuk mengerjakan Solat Jumaat.
Oleh yang demikian, situasi dan keadaan anda ini adalah tidak termasuk di dalam golongan yang dimaksudkan oleh hadith tersebut. Ringkasnya, anda masih belum tergolong di dalam golongan orang yang munafik. Wallahu 'Alam.

Adakah Boleh Solat Jamak Jumaat Dan Asar

Soalan

adakan boleh dijama solat jumaat dengan solat asar

Jawapan

Assalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
dalam persoalan ini, solat asar boleh dijamakkan bersama dengan solat jumaat dengan syarat tidak diselangi antara kedua solat tersebut dengan doa atau rengggang masa yang lama.
Ringkasnya, sebaik sahaja selesai memberi salam, terus bangun dan iqamat untuk mengerjakan Solat Fardu Asar.
Walau bagaimanapun, solat jumaat tidak diwajibkan kepada orang yang sedang bermusafir. Ringkasnya, beliau boleh meninggalkannya jika mahu. Wallahu 'Alam.

Solat Jumaat Tidak Mencukupi 40 Orang

Soalan

Assalamualaikum.

Saya bekerja di pendalaman Sarawak. Bilangan makmum yang kadang2 tidak mencukupi 40 orang dan tetap diteruskan oleh imam saya (dari Indonesia) untuk bersolat jumaat.
Haruskah saya meninggalkan kariah saya tersebut dan bersolat jumaat di bandar ataupun terus bersama kariah saya (dengan harapan mendapat 40 orang) meneruskan solat jumaat dan selepas itu menunaikan solat zohor.

Terima Kasih.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, menurut Mazhab Syafi’i antara syarat sah solat Jumaat adalah mempunyai jumlah jemaah sebanyak 40 orang. Jika tidak cukup jemaahnya, maka gugurlah kewajipan mengerjakan solat Jumaat dan apa yang diwajibkan ke atas anda dan masyarakat Islam di tempat tersebut ialah mengerjakan Solat Fardu Zohor. Jika dikerjakan secara berjemaah adalah lebih diutamakan.
Namun begitu, jika dari tempat tersebut kedengaran suara azan daripada masjid yang berhampiran, maka dalam keadaan ini wajiblah anda dan masyarakat lelaki Islam di tempat tersebut untuk pergi berjemaah di masjid tersebut. Wallahu 'Alam.

Bayar Zakat Pada Anak Yang Berhutang

Soalan

Asasalmualikum Ustaz
Saya telah mengeluarkan wang KWSP dan ingin membayar zakat.
Dalam pada itu, anak lelaki saya berumur 24 thn, bujang, telah bekerja tapi bergaji kecil.
Dia tinggal di rumah sewa KL dan menanggong banyak hutang lama-lama.
Boleh kah saya bayar zakat padanya untuk melunaskan hutang dia.
Harap Ustaz beri jawapan seberapa segera di 0166824856 atau insanimgt@gmail.com
Saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Pn M.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, seorang ayah tidak boleh membayar zakat wang simpanannya kepada anak kandungnya kerana beliau adalah tergolong di dalam golongan mereka yang wajib ditanggung nafkahnya oleh seorang ayah. Hal ini sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab-kitab fiqh Mazhab Syafi’i.
Ringkasnya, anak tersebut perlu dibantu oleh ayahnya untuk menyelesaikan hutang tersebut.
Sila rujuk kepada pusat pungutan zakat yang berhampiran untuk dapatkan penjelasan yang lebih lanjut. Wallahu 'Alam.

Puasa Ganti Bertindih

Soalan

assalamualaikum , sy ingin bertanya , saya telah agak lama tidak menggantikan puasa ramadhan sy . sekarang sy berusia 19 thun , sy mula didatangi haid sejak umur 12 tahun . bagamana sy mahu menggantikan puasa itu ? adakah jumlah puasa itu meningkat setiap tahun ? contoh 2010 sy tertinggal 7hari , 2011 tidak ganti , jadi berapa bilangan puasa pada 2012 sy ganti ?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
dalam persoalan ini, puasa tersebut tidak akan berganda bilangan harinya.
Oleh itu, puasa yang anda tinggalkan pada tahun 2010 sebanyak 7 hari dan masih tidak diqadha’kan lagi sehingga ke hari ini adalah tetap bilangannya. Ringkasnya, ia tidak berganda mengikut bilangan tahun yang ditinggalkan.
Akan tetapi, apa yang berganda hanyalah bayaran fidyah yang dikenakan ke atas anda. Setiap hari puasa yang masih belum diqadha’kan lagi akan dikenakan bayaran sebanyak 1 cupak beras, iaitu bersamaan kira-kira 675 gram beras. Bayaran boleh dibuat di kaunter-kaunter Pusat Pungutan Zakat (PPZ) yang berhampiran dengan anda.
Sila rujuk perkara ini di mana-mana kaunter PPZ di tempat anda untuk menjelaskan bayaran fidyah tersebut. Pihak PPZ juga bersedia untuk mengirakan jumlah fidyah yang perlu anda bayar. Wallahu 'Alam.

Cara Untuk Solat Sunat

Soalan

Asalamualaikum .adakah boleh saya bersolat sunat dalam keadaan duduk walaupun sy mampu untuk berdiri.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan yang berkaitan dengan solat sunat, ia boleh dikerjakan secara duduk sama ada bagi mereka yang tidak berupaya untuk berdiri ataupun bagi mereka yang sihat. Hal ini kerana mengerjakannya secara berdiri tidak menjadi rukun di dalam solat ini dan keadaan ini berbeza dengan solat fardu yang mesti didirikan secara berdiri.
Ringkasnya, semua jenis solat sunat harus dikerjakan secara duduk kepada semua mukalaf (yang uzur ataupun yang sihat). Wallahu 'Alam.

Wednesday, February 13, 2013

Bersetubuh Pada Hampir Waktu Datang Haid, Apakah Hukumnya

Soalan

Salam, Saya bersama dengan suami pada tarikh hampir datang bulan. pada ketika itu saya belum lagi datang haid dan saya sudah merasai tanda-tanda untuk datang haid. Tetapi bila suami mengeluar kemaluannya kami dapati ada kesan darah. Kami tidak meneruskan. Apakah hukumnya. Sedangkan darah haid belum keluar lagi. Harap mendapat jawapan. Sekian terima kasih.

Jawapan

Wassalam, hukum melakukan persetubuhan pada waktu tersebut adalah diharuskan dengan syarat darah haid masih belum keluar lagi semasa melakukannya. Wallahu 'alam.

Air Mazi Yang Masih Basah

Soalan

Salam ustaz. saya selalu terkeluar air mazi. soalan saya sekiranya air mazi masih dalam keadaan basah dan terkena seluar dalam dan dalam masa yg sama kita pakai seluar diluar contoh seluar pendek atau jean. berkemungkinan semasa bergerak air mazi itu akan terkena seluar yang berada diluar. kemudian saya tengok tiada kesan air mazi yg melekat pada seluar jean saya. jdi apa hukumnya ? adakah seluar jean saya suci. atau kalau terkena sekalipun tapi tiada zat-zat najis maka ia dimaafkan ?

Jawapan

Wassalam,
Dalam keadaan ini, air mazi hukumnya adalah najis. Oleh itu, anda perlu lihat keadaan seluar dalam anda sama ada membasahi sehingga ke bahagian luar seluar ataupun hanya pada bahagian dalamnya sahaja.
Jika basah sehingga ke bahagian luar (yang bersentuhan dengan seluar pendek/jean), maka sudah pastilah seluar pendek dan jean anda juga terkena dengan najis tersebut. keadaan ini akan menyebabkan seluar pendek/jean anda adalah dihukumkan sudah terkena najis dan ia perlu disucikan/dibersihkan sebelum boleh dibawa untuk mengerjakan solat.
Namun begitu, jika hanya membasahi bahagian dalam seluar dalam anda sahaja, ternyatalah seluar pendek/jean anda tidak terkena dengan air tersebut. ternyatalah dalam keadaan ini seluar pendek/jean anda adalah tidak terkena najis air mazi tersebut.
Wallahu 'alam.

Syarat-syarat Mengerjakan Ibadah Haji Dan Umrah Dengan Berhutang

Soalan

apakah syarat-syarat yang menbenarkan seseorang itu mengerjakan ibadah haji dan umrah dengan berhutang dan apakah hukumnya dan bagaimana ia dipraktikan di malaysia

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Mengenai syarat-syarat yang membolehkan seseorang muslim itu membuat pinjaman wang untuk mengerjakan ibadat haji atau umrah ialah:
1.         Adalah harus seseorang berhutang untuk menunaikan haji atau umrah sekiranya diyakini mampu membayar balik hutang tersebut dan ia tidak menjejaskan kehidupan normalnya.

2.         Skim pinjaman tersebut hendaklah diuruskan melalui badan atau koperasi yang mementingkan prinsip ikhlas, taawun, adil dan telus dalam operasinya di samping bebas dari unsur-unsur riba.

Sumber:
Portal Rasmi Fatwa Malaysia.

Ingat Atau Belum Mandi Wajib.....

Soalan

Assalamualaikum, ustaz.
Saya sebenarnya mandi wajib untuk lelaki kerana mimpi basah. Tetapi sy tak ingat sama ada saya mandi wajib atau belum. Namun, sy yakin yg saya dah buat jadi saya meneruskan solat fardu saya. Macam mana dengan isu saya ini??

Jawapan

Waalaikumusalam,
Dalam  kaedah ilmu fekah ada menyatakan bahawa'
:Al-Yakin layuzalu bissyakki"
"Keyakinan itu tidak boleh ditewaskan/mengatasi  oleh perasaan syak/ragu"
Berbalik kepada soalan dan keadaan yang berlaku kepada anda, jika anda benar-benar rasa yakin bahawa anda  telah mandi wajib maka sahlah mandi tersebut,Oleh itu apa juga  amalan ibadah yang anda lakukan selepasnya  adalah sah.Wallahu a'lam.

Jatuh Talak Ataupun Tdk??

Soalan

assalamualaikum... sy nk tanya..kalau suami menggunakn pkataan divorced di facebook..,, adakh jatuh talak atau pn tidak?? walaupn dia tdk meletakkan nama isteri nya

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, talaq tidak terjatuh lagi sekiranya suami tidak menyatakan siapa yang hendak ditalaqkannya itu.
Walau bagaimanapun, Panel nasihatkan supaya kes ini dirujuk kepada Unit Runding Cara Keluarga yang berada di Pejabat Agama Daerah ataupun terus rujuk kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran. Wallahu 'alam.

Akikah Dan Korban

Soalan

saya merancang membuat akikah utk 7 bahagian lembu bagi 7 orang.bolehkah akikah dibuat utk 7 orang sedangkan kami ada 4 orang lelaki dan 3 perempuan.dan ada mengatakan bagi lelaki kena 2 bahagian dan perempuan 1 bahagian.bolehkan ibadah akikah tersebut kami niat kan untuk ibadah korban juga??
harap dapat membantu

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes ini, tidak menjadi masalah untuk berkongsi seekor lembu untuk 7 orang (4 lelaki dan 3 perempuan). Ringkasnya, setiap seorang mengambil satu bahagian daripada 7 bahagian tersebut.
Walaupun seorang lelaki adalah disunatkan untuk menyembelih 2 ekor kambing, akan tetapi menyembelih seekor kambing sahaja pun adalah sudah memadai bagi mereka.
Dalam kes ini, satu bahagian bolehlah dianggap sebagai seekor kambing. Wallahu 'alam.

Apakah Hukum Seorang Muslimah Yang Tidak Menutup Aurat Tapi Bersolat


Soalan

assalamuailaikum...
adakah solat seseorang itu tidak diterima serta amalannya ditolak kerana tidak menutup aurat walaupun dia menjaga solatnya

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini,status solat bagi wanita tersebut hanya Allah Subhanahu Wa Ta'ala sahaja yang mengetahuinya.
Walau bagaimanapun, Allah Subhanahu Wa Ta'ala ada mennyatakan di dalam firmannya bahawa dengan mendirikan solat dapat mencegah seseorang muslim itu daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
Sebagaimana yang diketahui umum, hukum menutup aurat adalah diwajibkan ke atas setiap muslimin dan muslimat yang telah aqil baligh dan berakal. Jika meninggalkannya, maka tergolonglah dirinya di dalam kumpulan mukalaf yang berdosa kerana telah melakukan perbuatan yang mungkar dan hal ini bersalahan dengan kenyataan di dalam firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala di atas tadi.
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa orang yang bersolat tetapi masih melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar sebenarnya ada masalah pada solatnya. Mungkin solat yang didirikan adalah bukan kerana Allah Subhanahu Wa Ta'ala tetapi kerana yang lain, ataupun mungkin solat yang didirikan hanya dianggap sebagai satu amalan yang diwarisi daripada datuk dan neneknya dahulu.
Ringkasnya, status solat dengan sikap seorang muslim yang sejati tidak dapat dipisahkan kerana Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah mengaitkan solat dengan penyebab kepada tercegahnya daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar sebagaimana yang telah dinyatakan di atas.
Oleh yang demikian, dalam kes ini dapatlah dibuat kesimpulan bahawa orang yang telah mengerjakan solat tetapi masih melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar seperti mendedahkan aurat sebenarnya mempunyai masalah terhadap status solat yang telah dikerjakan selama ini.
Jika solatnya bermutu dan memenuhi kateria yang dikehendaki oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala, nescaya dirinya tidak akan melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Dari itu, marilah muhasabah diri dengan menilai status solat yang telah didirikan. Apakah solat kita  berjaya mencegah diri daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar ataupun sebaliknya.
Dari itu, perbaikilah mutu solat dan usahakan untuk dapatkan kekhusyu’kan di dalamnya. Semoga solat yang didirikan diterima Allah Subhanahu Wa Ta'ala seterusnya dapat menjadi penyeebab kepada terhindarnya daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar. Wallahu 'alam.

Tidak Ganti Puasa

Soalan

saya sejak baligh lagi bila saya tidak puasa atas sbb datang haid, sehingga kini saya tidak pernah ganti puasa. apakah yg harus saya lakukan? tolong terangkan kepada saya dgn jelasnye tentang soalan yg saya berikan ini..

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes ini, anda perlu mengqadha’kan semua bilangan hari puasa Ramadhan yang telah anda tinggalkan dan ia adalah dihukumkan wajib ke atas diri anda.
Ringkasnya, anda perlu hitung dan jumlahkan semua bilangan harinya sejak anda aqil baligh sehinggalah ke hari ini dan mulakan mengqadha’ kesemua puasa tersebut.
Selain itu juga, anda dikehendaki untuk membayar fidyah puasa yang telah anda tinggalkan sejak anda mula baligh dahulu. Sila rujuk ke kaunter Pusat Pungutan Zakat (PPZ) yang berdekatan dengan tempat anda untuk mengetahui jumlah yang perlu anda jelaskan. Setiap hari yang ditinggalkan akan dikenakan bayaran sebanyak harga 1 cupak beras (675 gram) dan dalam kes ini anda juga akan dikenakan tunggakan (gandaan fidyah).
Hubungi Pusat Pungutan Zakat (PPZ) yang terdekat untuk dapatkan maklumat selanjutnya. Wallahu 'alam.

Sah Ke Solat Ini?

Soalan

Assalammualaikum ustaz,,
sah ke solat seseorg itu kalau sekiranya beliau tersalah kiblat setelah selesai tunaikan solat itu baru dia tahu kiblatnya salah? kena qada ke kalau macam ni ustaz?
adakah solatnye masih boleh diterima lagi?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Antara syarat sah solat seseorang itu ialah:
1.Menutup aurat
2.Bersih daripada hadas sama kecil dan besar
3.Mengetahui arah kiblah secara pasti.
Sekiranya anda ingin menunaikan solat anda kenalah pasti ketiga-tiga syarat ini sebelum memulakan untuk bertakbir.Justeru anda kena dapatlah maklumat yang sahih daripada penduduk atau  anak kariah daripada taman/tempat tersebut.Andaikata sudah pasti baharulah anda tunaikan solat.
Sekiranya anda tunaikan solat dalam keadaan tidak pasti arah kiblat yang sebenarnya menyebabkan solat anda tidak sah dan juga tidak diterima oleh Allah SWT.Justeru anda kena ulangi semula.Oleh itu orang yang ingin tunaikan solat mesti mempunyai ilmu yang berkaitan dengan solat.Wallahu a'lam.

Saturday, February 9, 2013

Adakah Air Mazi Yang Sudah Kering Perlu Dicuci Juga ??

Soalan

adakah anggota badan yang terkena air mazi dan bila sudah kering air mazi anggota tersebut masih perlu dicuci juga??

Jawapan

Assalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, oleh sebab air mazi hukumnya adalah najis, maka ia perlu dibersihkan sama ada masa basahnya ataupun masa keringnya.
Oleh itu, mana-mana bahagian tubuh atau pakaian yang terkena air tersebut perlu dibersihkan sama ada semasa masih basah ataupun setelah kering. Wallahu 'Alam.

Cara Datangi Isteri Ketika Haid

Soalan

Assalammualaikum wbt, saya ingin bertanya bolehkah suami menggeselkan zakarnya pada faraj isteri yang sedang haid dengan berlapik? maknanya istimta’ berlaku secara berlapik bukan secara sentuhan langsung antara zakar & faraj. Terima kasih, wassalam.

Jawapan

Waalaikumusalam'
Dalam kitab fekah mengatakan jika isteri anda sedang haid anda dilarang /haram untuk melakukan jimak.Ini kerana pada masa tersebut bahagian faraj isteri amat sensintif untuk menerima sebarang tusukan termasuk zakar.Implikasinya saluran rahim akan cepat rosak dan berkemungkinan akan dapat sakit barah rahim,sebab itulah Allah mengharamkan untuk para suami melakukan jimak dalam tempoh tersebut.
Bagaimanapun  islam  mengharuskan untuk para suami  beristimtak di luar faraj dengan cara berlapik,malah ada ulamak mengharuskan para isteri melancap zakar suami sehingga keluar mani dengan syarat tangan isteri dan suami diharamkan melancap zakar menggunakan tanganya sendiri.Wallahu a'lam.

Solat Ketika Musafir.

Soalan

assalamualakum~dsini sy ade sdikit kekeliruan,,
bru2 ni,sy tlh jln2 slama 12 ari dmesir,tmpt A adalah tmpat berehat sy n mnjd tmpat penghubung ke tmpt lain ,ttpi sy ddk disitu x mlbihi drpd 3 hari utk satu2 mse,kemudian sy pgi ke tmpt B(melibihilah 2 mrhlh n brmlm dsane),kemudian sy balik smule ke A(ddk x melebihi 3 ari).dan setrusnye~

(semuanya sudah diketahui n ada tentetif)
so,kalau sy ke tmpt A,then sy keluar ke kwsn B, kmdian msuk balik ke A,adkh sy bleh dikira musafir ditmpt A??

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, anda masih diharuskan untuk melakukan Solat Jamak dan Qasar kerana pada setiap tempat yang anda berhenti semuanya tidak melebihi 3 hari. Ringkasnya, anda masih boleh mengerjakan kedua jenis solat tersebut lagi. Wallahu 'alam.

Solat Jama' Qasar

Soalan

Assalamualaikum... saya akan pulang ke kg selama 5 hari ( SABTU - RABU ).melebihi 2 marhalah.BERTOLAK ( dari ipoh ) PAGI SABTU 8.00 pagi sampai ke kampung hari yang sama ( SABTU )11.00 pagi .sabtu malam,ahad,isnin, selasa bermalam. PAGI RABU bergerak pulang ke rumah ( ipoh ). Adakah sepanjang berada di kg ( SABTU,AHAD,ISNIN dan SELASA ) saya boleh melakukan solat jama, qasar ? Mohon penjelasan ustaz. Terima kasih

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, jika perjalanan yang anda lalui adalah melebihi jarak 2 marhalah (lebih kurang 90 KM), anda adalah layak untuk melakukan Solat Jamak dan Qasar disepanjang tempoh anda berada di kampung. Hal ini disebabkan tempoh masa anda di kanpung tidak melebihi 4 hari (tidak termasuk perjalanan pergi dan balik). Wallahu 'alam.

Yang Mana Di Dulukan Solat Qada Fardhu Atau Solat Fardhu

Soalan

assalamualaikum ustaz,

1) mana satu kah yg perlu di dulukan..solat qada atau solat fardhu, contoh: saya hendak qada solat subuh akan tetapi solat zohor sudah masuk waktu nya..adakah solat zohor di dulukan atau qada subuh?

2) dalam rumah saya ada bilik utk solat, arah kiblat pun ada di sedikan yang mana di ukur oleh Jabatan ukur itu sendiri utk memastikan arah kiblat..akan tetapi saya ada beli compass utk mencari arah kiblat keputusan nya berbeza arah..yg mana perlu di ikutkan

Jawapan

Waalaikumusalam,
1.Anda kena dahulukan solat yang empunya waktu iaitu zohor,ini kerana waktu zohor telah masuk,setelah selesai waktu zohor anda bolehlah melaksanakan  solat qada' subuh.
2.Ulamak dalam ilmu falak telah merumuskan untuk mendapatkan ketepatan arah kiblat yang sebenar anda hendaklah merujuk kepada pegawai atau staff di unit atau jabatan mufti yang berauthoriti serta mempunyai ilmu dalam bidang berkaitan.Ini kerana jabatan ukur atau menggunakan kompas tersebut hanya akan merujuk kepada arah barat bukannya kiblat.
Justeru panel nasihatkan rujuklah kepada mereka yang arif lagi berpengetahuan dalam bidang berkaitan.Wallahu a'lam.

Sambung Baca Surah Yang Sama Dalam Rakaat Kedua

Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya bolehkah membaca sambungan surah pada rakaat pertama dalam rakaat kedua. Sebagai contoh surah pada rakaat pertama saya membaca surah al-Qiyamah 1-19 dan rakaat kedua saya menyambung ayat 20-40. Walaupun bacaannya sunat, saya mohon penjelasan. Terima kasih.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Baca surah dalam solat  itu hukumnya sunat dan diberi pahala.Sekira anda baca ayat qiamah pada rakaat pertama sehingga ayat 19 kemudian pada rakaat kedua anda sambung ayat 20 dan seterusnya adalah harus.Wallahu a'lam.

Najis Dan Penyucian Samak

Soalan

Assalammualaikum,saya nk bertanya mengenai hukum apabila kita menaiki kereta @ menumpang kereta dengan orang bukan beragama islam tetapi kereta tersebut penah dinaiki binatang haram iaini anjing peliharaannya..terima kasih

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum fekah itu jelas sekiranya tempat anda duduk itu kering dan badan anda juga  kering maka anda tidak perlu samak.
Andaikata jika  salah satu kering iaitu badan anda basah dan tempat duduk kering atau tempat duduk basah dan badan anda kering maka panel nasihatkan adalah lebih baik anda samak badan yang terkena najis mughallazah.Wallahu a'lam.

Talaq Tanpa Niat Dan Didengari Orang Lain

Soalan

Assalamualaikum ustaz,
sekiranya seorang suami di tempat kerja ( bukan di rumah dan tidak didengari isteri) dalam keadaan runsing dan marah memikirkan masaalah rumahtangga, tiba tiba tersebut perkataan "susah-susah cerai aje" dan didengari oleh seorang rakan sekerja padahal dia tidak berniat hendak menceraikan isterinya,
cuma tersebut perkataan itu dalam keadaan kusut dan bingung, apakah jatuh talak }sekiranya dalam soalan diatas jawapannya jatuh talak, bagaimana cara terbaik untuk rujuk semu

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam keadaan ini, talaq masih belum terjatuh lagi. Walau bagaimanapun, diminta suami tersebut merujuk kes ini kepada pihak Mahkamah Syariah yang berdekatan untuk mendapatkan pengesahan mengenainya. Wallahu 'Alam.

Mengulangi Khutbah Sebanyak 2 Kali

Soalan

Assalamualaikum,, Ustaz / Ustazah, apakah hukumnya jika menulangi khutbah didalam solat jumaat.? Contohnya,, bacaan pertama adalah didalam bahasa 'arab, dan kemudian ditutur didalam bahasa 'ajam.?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum Khatib mengulangi khutbah dalam dwi bahasa itu adalah harus selagimana khatib tidak tertinggal  5 rukun khutbah.Wallahu a'lam.

Bolehkah Main Permainan Begitu?

Soalan

Assalammualaikum ustaz,saya ada satu game.game ini menyebarkan agama kristian.bolehkah saya main game macam ini?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Orang-orang kristian dan yahudi sentiasa mencari jalan untuk menarik penganut ugama Islam suka terhadap apa juga yang dibuat oleh mereka.Perkara ini tidak terkecuali dengan permainan /games.Ia secara tidak langsung anda akan menyukai agama mereka.Sedangkan dalam al-Quran surah al-Baqarah telah menyatakan bahawa:
"Allah tidak akan sekali-kali meredai ugama Yahudi dan kristian, sehingga kamu akan terikut-ikut cara mereka...
Berdasarkan maksud al-Quran ini jelas jika anda ikut cara games yang telah disediakan oleh mereka seolah-olah anda juga suka dengan cara agama mereka,sedangkan al-Quran melarang kita ikut dan Allah sendiri tidak reda.
Justeru panel nasihatkan agar anda tidak ikut malah banyak games lain yang lebih berfaedah daripada anda sokong games yang menyokong penyebaran agama kristian tersebut.Wallahu a'lam.

Tersilap Solat Jamak Qasar

Soalan

asaalamualaikum. dahulu sy telah tersilap menjamak qasarkan solat magrib sebanyak dua rakaat sahaja. apakah saya perlu qada kedua2 solat magrib dan isyak tersebut atau magrib shaja? terima kasih..

Jawapan

Waalaikumusalam,
Solat jamak dan Qasar  maghrib yang telah anda aksanakan sekian lama itu tidak sah.Ini kerana solat maghrib tidak boleh diqasarkan,ia cuma boleh dijamak/himpunkan sahaja tetapi rakaatnya tetap 3 bukannnya 2 rakaat.Oleh kerana ia tidak sah anda hanya dikehendaki Qada' semula solat maghrib sahaja.
Sebagai info tambahan:
1.sepatutnya anda tanya kepada mereka yang arif tentang hal ini sebelum anda memulakan solat tersebut.
2.Walau bagaimanapun ulamak dalam ilmu fekah berpandangan jika anda tidak tahu,ia dimaafkan,tetapi pada pandangan panel eluk anda qada' semula solat maghrib tersebut bagi tujuan tebus kesalahan dan dosa yang telah anda lakukan secara tidak sengaja.Wallahu a'lam.

Tuesday, February 5, 2013

Tahiyat Awal Perlukah Dibaca?

Soalan

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Perlu atau wajib kah kita membaca Tahiyat Awal pada rakaat ke-2??? Atau kita blh sahaja lanjutkan solat?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, hukum membaca tahiyat awal adalah sunat ab’ad.
Oleh itu, bagi mereka yang meninggalkannya sama ada sengaja ataupun tertinggal, solat yang dikerjakan adalah masih sah tetapi mereka diminta untuk melakukan Sujud Sahwi selepas selesai membaca tahiyat akhir dan sebelum memberi salam. Wallahu 'alam.

Mohon Bantu Masalah Sy Dlm Solat

Soalan

As salam,batal x solat kalau kdg2 scr xsengaja tanpa mengeluarkan suara menyebut alhamdulillah didlm hati sbb kdg2 tahan nak kentut akhirnya bila dah rakaat terakhir dpt menahan so scr xsengaja tersebut alhamdulillah.2)ketika duduk antara 2 sujud&tahiyat akhir jari jemari kaki bila lipat jari kelingking selalunya xdpt nak lipat sekali cuma dihujung2nya saja kena.sah x solat sy.3)ketika nak rukuk@duduk kemaluan sy selalu terasa spt mengeluarkan sesuatu spt (plup)sy xpasti tu kentut@apa.mcmana?

Jawapan

Wassalam,
1.         Solat tersebut tidak terbatal.

2.         Solat tersebut adalah sah.

3.         Dalam keadaan ini, solat yang dikerjakan adalah masih sah. tetapi sekiranya selepas beberapa ketika terhidu bau busuk (bau kentut), maka sahlah bunyi tersebut adalah bunyi kentut anda dan perkara ini menyebabkan solat tersebut sudah terbatal.
Perkara ini ada dinyatakan di dalam sebuah riwayat hadith Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
Dari ‘Ubbad bin Tamim dari bapa saudaranya yang bertanya kepadarasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam tentang seorang lelaki yang ragu-ragu di dalam solatnya sama ada dia terkentut ataupun tidak. Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam menjawab; “Janganlah ia keluar dari solatnya sehinggalah ia terdengar bunyi (kentut) ataupun terhidu bau”.
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim).

Wallahu 'alam.

Adakah Termasuk Dalam Lafaz Kinayah

Soalan

salam tuan panel,
baru-baru ini saya telah berjumpa dengan kawan lama. kemudian saya bertanya kepada kawan saya bilakah kali terakhir berjumpa dengannya. dia menjawab kali terakhir dekat Kuala lumpur dan ketika itu sy memberitahunya bahawa saya akan berkahwin. kemudia saya membalas dengan menjawab " betul ker masa tu aku cakap aku nak kahwin, eh aku tak der cakap la aku nak kahwin, entahla aku pun tak ingat masa tu". adakah lafaz ini sebagai kinayah walaupun tanpa niat cerai?

Jawapan

Wassalam, dalam kes ini, lafaz tersebut tidak mempunyai hubungan langsung dengan talaq sama ada Lafaz Kinayah ataupun Lafaz Sarih.
Sila rujuk kepada Pejabat Agama Daerah yang berdekatan untuk penjelasan lanjut. Wallahu 'alam.

Air Mustakmal Dan Solat

Soalan

ustaz kalau kita sdg niat(usolli fardhu zuhri...allahuakbar)pastu kita rasa mcm betul tak betul then balik semula niat pastu pula ragu2 lg smpi 3 kali@lebih adakah wudhuk telah batal&perlu ambil wudhuk semula?ataupun boleh teruskan solat?2)mengenai air mustaqmal kdg2 sy fikir mcm xmasuk akal la juga sbb bila kita mandi wajib guna shower then kita gosok tubuh badan especially kepala pasti kita gosok2 rambut air pasti mercik ke dlm kolah.keadaan sebegini sukar utk dielakkan.jd bgmana cara nak buat

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Dalam persoalan ini, takbir yang berulang-ulang tidak menyebabkan terbatalnya wudhu’. Akan tetapi, takbir yang berulang-ulang tersebut akan menjejaskan takbir yang dilakukan sebelumnya. Ringkasnya, takbir yang genab akan membatalkan takbir yang ganjil.
Ini adalah kerana takbir yang pertama (ganjil) menyebabkan bermulanya solat anda, tetapi ketidakyakinan anda terhadap takbir tersebut dan menyebabkan anda bertakbir lagi untuk kali kedua (genab) telah membatalkan takbir yang pertama tadi. Begitulah seterusnya.
Kesimpulannya, berulang takbir tidak membatalkan wudhu’ tetapi ia boleh menyebabkan membatalkan takbir dan niat yang dilakukan sebelumnya.

2.         Dalam persoalan ini, jika kolah tersebut kandungan airnya tidak sampai dua kolah, ia akan menyebabkan air yang terdapat di dalamnya menjadi musta’mal.
Oleh yang demikian, bagi mengelakkan daripada terjadi percampuran air tersebut, adalah dinasihatkan supaya kolah tersebut ditutup ataupun pastikan mandi di tempat yang berjauhan sedikit daripada mulut kolah tersebut. dengan cara ini dapat mengelakkan daripada terperciknya air musta’mal tersebut ke dalam kolah tersebut.
Wallahu 'alam.

Zakat Simpanan -cara Pengiraan,

Soalan

assalmualaikum! saya ada menyimpan wang di tabung haji dan bank islam. saya tidak membayar zakat dr 2004 kerana difahamkan, th dan bank islam telah membayar untuk pendepositnya. tapi baru2 ini saya difahamkan mereka hanya membayar untuk zakat perniagaan sahaja, bukan persendirian. jadi jika saya hendak membayar bagaimana cara pengiraannya kerana saya malu nak bertanya di pejabat agama. apa yang saya faham adalah nilai emas /atau nilai yang diwajibkan zakat adalah berbeza setiap tahun.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, anda dicadangkan supaya merujuk hal ini kepada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) yang berhampiran dengan tempat anda, dan jika pihak PPZ menyatakan anda masih perlu untuk menjelaskan zakat simpanan, ia boleh anda jelaskan di kaunter PPZ tersebut. Wallahu 'alam.