Sunday, December 30, 2012

Suami Tidak Bertanggungjawab

Soalan

Assalamualikum Ustaz/Ustazah.
Saya baru berkahwin pada 2010. Rumahtangga saya bergolak mula tahun lepas disebabkan suami ada hubungan dengan perempuan lain.Saya telah melihat sendiri gambar tidak senonoh mereka berdua. Tetapi setelah merujuk beberapa orang ustaz, ada tanda-tanda suami terkena sihir. Dengan alasan itu saya memaafkn suami. Tapi akhir2 ini,sikap suami berubah kembali. Dia menjadi seorang yg tak bertanggungjawab serta nafkah tidak diberi.Saya sudah tawar hati dan perlukan nasihat.

Jawapan

Mengikut Islam suami yang sebegitu keadaannya maka isterinya berhak menuntut fasakh di Mahkamah. Atau saudari boleh berbincang dengan cara yang baik bersama suami, serta membuat taklik bertulis untuk memastikaknya setia dengan akhlak Islam. Jika dilanggar maka talak akan terjatuh secara automatik berdasarkan taklik itu.

Keluar Dari Agama Islam.

Soalan

salam.saya nk tanya apakah hukum kita cakap yg kita nie nk keluar dri agama islam & masuk agama kristian.saya tahu yang perbuatan saya tu murtad,sekarang saya dah menyesal.apakah yg patut saya lakukan??

Jawapan

SAUDARA WAJIB BERTAUBAT DAN JANGAN MENGULANGINYA LAGI. Allah menerima taubat hambanya dalam semua hal. Tunjukkan keilhlasan taubat dengan amalan Islam seperti solat berjemaah, baca Quran dll sentiasa.

Persoalan Ijab Dan Kabul

Soalan

Assalamualaikum, Tuan....Saya akan mendirikan rumahtangga dalam tempoh masa yang terdekat namun saya menghadapi sedikit kemusykilan berkaitan dengan proses ijab dan kabul...Bapa pengantin perempuan ingin menikahkan saya namun beliau tidak membenarkan kehadiran kadi/Imam yang dilantik oleh kerajaan kerana mendakwa untuk mengelakkan pernikahan dibuat oleh orang munafik...mohon penjelasan pihak tuan. Untuk makluman bapa pengantin perempuan adalah bekas ahli al-Arqam yang masih aktif. Terima kasih.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ijab dan qabul ini, ia merupakan salah satu daripada rukun nikah di dalam Islam.
Bagi anak gadis yang ayah kandungnya masih hidup, tugas sebagai wali adalah menjadi tanggungjawabnya yang perlu beliau laksanakan sebagaimana yang dituntut di dalam Islam.
Ringkasnya, di dalam majlis aqad nikah nanti, bakal bapa mertua anda sendiri yang akan menikahkan anda dan bukannya qadhi ataupun imam yang dilantik oleh kerajaan.
Oleh sebab itu, tidak akan timbul pernikahan yang dibuat oleh orang munafiq kerana dirinya sendiri yang akan menikahkan anak perempuannya. Wallahu 'alam.

Suami Tidak Memberi Nafkah

Soalan

ustaz, sya bru berkahwin dan slps sebulan sya mendapat tawaran kejururawatan KKM. sepanjang sya belajar suami saya tidak pernah memberi nafkah zahir kpda sya. sya meminta kpdanya tp dia byk memberi alasan tidak ada duit la, gaji sikit, byr hutang la. jika dia tiada duit dia pernah meminta duit dpda sya tp sya memberi dgn syarat dia kna ganti smula kpda sya. soalan sya, apakah hukum jika si suami tidak memberi nafkah kpda isterinya? apakah hukum jika si suami meminta duit dpda isterinya?

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Di dalam sistem kekeluargaan Islam,  suami memainkan peranan yang terlalu besar dan penting di dalam menguruskan persoalan rumahtangga. Baik dari aspek menanggung nakah keperluan harian ahli keluarganya, persoalan kediaman, kesihatan, pendidikan dan sebagainya.
Oleh yang demikian, dalam isu ini, jika suami anda sudah 4 bulan (bulan Islam) atau lebih tidak memberi nafkah, maka  anda boleh membuat tuntutan ta’liq. Tuntutan tersebut boleh dibuat di mana-mana Mahkamah Syariah di negara ini.
Setelah tuntutan dibuat, pihak mahkamah akan membuat siasatan dan jika sabit, pihak mahkamah akan menjatuhkan talaq ke atas anda (talaq satu).
Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Unit Runding Cara Keluarga di Pejabat Agama Daerah yang berhampiran dengan anda. Wallahu 'alam.

Yang Mana Keredaan Allah

Soalan

As Salam, ustaz saya ingin bertanya Allah menyukai hambanya yang bertaubat dari dosa zina atau hambanya yang tidak pernah melakukan dosa zina kerana takutkan kemurkaan Allah atau menahan hawa nafsunya

Jawapan

Yang tidak melakukannya adalah lebih utama berdasarkan hadis-hadis dan ayat Al-Quran yang banyak, antaranya hadis 7 golongan yang di bawah bayangan Allah di akhirat nanti. Justeru itu berkahwinlah untuk menjaga agama. Selamat dunia dan akhirat.

Doa Semasa Khutbah Jumaat

Soalan

Salam.ustaz,saya nk tnye doa apa yg dibaca oleh jemaah pada ketika semua orang mmbaca doa ??
Adakah ianya sebuah doa khas yg hanya dibaca ketika khutbah jumaat sahaja atau boleh baca apa2 jenis surah dalam al-Quran??

Jawapan

Waalaikumusalam,
Sebaik-baik doa yang akan dimakbulkan oleh Allah ialah semasa khatib duduk antara dua khutbah.Justeru berdoalah apa-apa  sahaja Doa kerana pada waktu itu memang mustajab.
Sepanjang yang panel semak tiada doa  khusus untuk dilafazkan ketika imam duduk antara dua khutbah.Justeru anda bebas untuk berdoa apa sahaja.
Panel nasihatkan agar anda berdoa perkara yang baik-baik sahaja dalam bahasa Melayu ,seperti minta sihat tubuh badan,murahkan rezki,ampunkan dosa dan mohon Allah terima segala amal ibadah yang anda kerjakan.Wallahu a'lam.

Kenapakah Sebilangan Ustaz,Imam Dan Orang Alim Mengerjakan Solat Sunat Jumaat Selaepas Azan

Soalan

Assalamualaikum Berikan pendapat mengenai sesetengah Ustaz dan imam mengerjakan solat sunat sebelum jumaat.Disebabkan ini ada dikalangan masyarakat keliru dengan pendapat dan pandangan mereka.Dengan itu diharap dapat memberi penjelasan yang tepat.

Jawapan

Dalam mazhab Syafie solat sebelum Jumaat adalah di sunatkan di sebabkan hadis-hadis yang banyak dalam bab ini. Begitu juga sunat solat sebelum Magrib antaranya suruhan Nabi dalam hadis Bukhari. Adapun yang mengikut mazhab lain maka mereka menyatakan tiada solat sunat sebelum Jumaat. Oleh itu tidak perlu timbul masaalah dalam bab ini antara mazhab-mazhab fiqh. Sesiapa yang menolak hadis sohih dia boleh meninggalkan solat sebelum Jumaat dan solat sebelum Magrib. Perbincangan dan dalil dalam bab ini adalah banyak dan panjang serta istidlal hadis yang berbeza. Justeru itulah kita jangan terpedaya dengan "cakap-cakap" manusia yang hanya taksub dengan pandangan mereka sahaja dan tidak memahami hadis-hadis secara keseluruhan.

Solat Jumaat.............

Soalan

apakah hukum jika solat jumaat dibuat di surau??

Jawapan

Waalaikumusalam,
Pihak berkuasa agama bagi sesuatu negeri di Malaysia  telah menetap dan memberi kebenaran kepada  tempat berikut untuk didirikan solat Jumaat iaitu:
1.Masjid Jamik/Masjid Diraja/Masjid Kariah/Masjid Institusi Pengajian Tinggi
2.Surau Jumaat (yang  telah diberi kebenaran untuk didirikan solat Jumaat).
Manakala surau biasa tidak dibenarkan untuk didirikan jumaat.Wallahu a'lam

Fesyen Wanita Muslim

Soalan

Assalamualaikum . Saya ingin bertanya tentang fesyen wanita muslim . Apakah hukum jika memakai tudung pendek sehingga menampakkan buah dada dan berbaju ketat dan pendek ?. Terima kasih.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum menutup aurat itu wajib.
Walau bagaimanapun menurut hukum Islam sebaik-baiknya pakaian mestilah bercirikan perkara berikut:
1.Tidak terlalu nipis, sehingga terbayang bentuk badan pemakai
2.Tidak terlalu jarang sehingga ternampak susuk badan
3.Tidak terlalu ketat sehingga sukar membezakan antara pakaian dan badan
3.Tidak terlalu singkat sehingga menampakkan alur dan buah dada,pehab dan betis.
Justeru menurut para sarjana dan ulamak fekah ,seseorang wanita itu hendaklah memakai pakaian yang sesuai tidak terlalu nipis,tidak terlalu  jarang dan tidak terlalu ketat sehingga menampaklan otot pemakainya.Wallahu a'lam.

Hukum Menikahi Anak Kepada Sepupu Perempuan Saya.

Soalan

Salam Ustaz, atau pihak-pihak yang lebih Arif.
Talian nasab kami adalah seperti berikut: Ibu Kandung Saya dan nenek teman wanita saya adalah adik beradik. Anak kepada Nenek teman wanita saya adalah sepupu saya. Apa hukumnya jika saya menikahi teman wanita saya, adakah ianya haram. Kerana apa yang saya faham dari terjemahan surah An Nisa ayat 23, menjelaskan wanita2 yang haram dinikahi dan teman wanita saya tidak termasuk di dalamnya.

Jawapan

Ya, saudara boleh berkahwin dengannya sebab ianya tak termasuk dalam larangan surah An-Nisa tersebut.

Apa Tindakan Perlu Dilakukan

Soalan

saya berkahwin di sempadan 2 thn lepas dgn warga asing,tp dilakukan di malaysia.kami bersetuju kahwin utk tempoh 1 tahun dan merahsiakan dr pihak keluarga,saya yatim piatu dan akad ini mggunakn wali hakim walau sy masih ada bp sedara.dlm tempoh bersma suami kerap melafazkan talak setap kali bergaduh dgn tanpa niat.skarng kami merancang utk bersama dan berubah utk betulkan kesilpn lalu,sah kah prkhwinan saya? adakah talak itu jatuh? apa yg harus kami bertindak utk blh bersama sprt pasngan lain?

Jawapan

Dari keterangan saudari penel faham bahawa itu adalah perkahwinan sindikit dan hukumnya tidak sah dan tidak di iktiraf undang2." Wali hakim bermaksud wakil pemerintah". Adakah "wali hakim" yang saudari guna itu dilantik oleh kerajaan mana? atau hanya seorang ustaz sahaja? pergilah ke pejabat agama dan dapatkan nasihat di sana... Dibimbangi perkahwinan tak sah dan saudari telah diceraikan dan saudari hanya bersekedudukan di sisi Syarak.

Isteri Melancap Dengan Lelaki Lain

Soalan

salam..apakah hukum kepada seorang isteri yang melancap dengan lelaki lain melalui panggilan telefon?sedangkan suami sedang bekerja mencari nafkah..apakah jatuh hukum tertentu kepada isteri tersebut?diharap dapat membantu..

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum isteri melancap itu haram.Tambahan pula perbuatan tersebut dilakukan   dengan panggilan telefon bersama lelaki lain.
Justeru panel nasihatkan agar puan segera bertaubat.Banyakkan beristighfar dan mohon keampunan kepada Allah,tumpuan ketaatan kepada suami yang sah dan bukannya kepada  lelaki yang tiada kena mengena dan  sering mengambil kesempatan.Wallahu a'lam

Pembelian Tanah

Soalan

Assalammualaikum wbt...
Bapa telah membeli sebidang tanah secara ansuran namun telah meninggal dunia ketika sekitar 5% pembayaran dilakukan.
Ibu mengambilalih hal pembayaran dan setelah 20 tahun membuat pembayaran, hutang berjaya dilunaskan dan geran berpindah keatas nama ibu.
Kini setelah ayah meninggal lebih 30 tahun, keluarga sebelah ayah datang untuk menuntut sebahagian tanah tersebut atas alasan ia milik ayah sebelum meninggal. Mohon penjelasan ustaz mengenai hak keluarga ayah itu. TK

Jawapan

Waalaikumusalam,
Saudara sebelah bapa tidak layak untuk tuntut harta/tanah tersebut.
Jika diperhatikan ikut hukum faraid jika ayah meninggal  dunia ,ibu masih hidup dan mempunyai  anak-anak  samada lelaki atau perempuan,kemudian  bapa dan emak ayah  masih ada.Maka mereka ini sahaja yang layak untuk mewarisi pembahagian harta pusaka.
Cuma yang menjadi keliru sekarang ialah kerana ibu anda tidak membuat pindah milik atas geran tanah yang telah beliau lunaskan hutangnya.
Panel cadangkan jika mereka (saudara bapa ) masih tidak puas hati, ibu anda boleh melantik peguam bagi  menguruskan kes ini .Insya'Allah jika ibu anda berada di tempat yang benar ia akan berjaya.Wallahu a'lam.

Azan Terlewat Di Laungkan, Solat Sebelum Azan

Soalan

As salam, saya ingin bertanya jikalau sekiranya adakah solat saya sah jika melakukan solat sebelum azan dilaungkan di masjid berhampiran kawasan saya, walau pun azan yg dilaungkan itu adalah lewat dari masa yang sepatutnya ditetapkan.

Sebagai contoh, zohor masuk waktu 1.18pm, dan telah dilaungkan azan di tv siaran, sedangkan azan di masjid berdekatan hanya dilaungkan pada 1.30pm. Adakah solat pada 1.18pm saya sah?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Solat yang anda dirikan tetap  sah,ini  kerana waktu solat zohor sebenar telah masuk.
Walau bagaimanapun panel nasihatkan  sebaik-baiknya  anda tunggu radio/tv habis mengumandangkan azan sambil anda menjawab setiap rangkaikata azan yang sedang dikumandangkan bagi mendapat pahala mendengar dan menjawab azan.Wallahu a'lam.

Perkahwinan Yang Tidak Didaftarkan

Soalan

saya kahwin dgn isteri di thailand dgn pengetahuan bapa isteri sy. tp saya tidak mendaftarkan nikah kerana ingin sembunyikan nikah saya dari ibu saudara isteri yg tak benarkan kahwin selagi tak abis belajar. kerana sekiranya saya mendaftar nikah,takut timbul masalah ketika majlis mengikut adat kelak nanti.andai kata kami ditangkap bersama kelak dan tunjukkan surat nikah dari thailand. adakah saya dikira berkhalwat atau bagaimana?kedua, adakah boleh untuk kami diakad sekali lagi dalam majlis adat

Jawapan

Waalaikumusalam,
1.Sekiranya anda telah berkahwin dengan jurunikah yang sah di Thailand dan pejabat yang menguruskan pernikahan anda di sana diiktiraf oleh Jabatan agama Islam Negeri-Negeri termasuk JAKIM maka sahlah pernikahan anda berdua.Malah anda tidak dianggap berkhalwat kerana anda sudah memiliki surat nikah.
Cuma yang menjadi kesalahan  anda  ialah anda tidak mendaftar pernikahan tersebut setelah kembali semula ke negara ini.Panel nasihatkan agar anda pergi ke mana-mana mahkamah syariah yang berhampiran dengan tempat tinggal anda bagi tujuan dapat perintah untuk  mendaftar nikah.
2.Menurut hukum Islam,Anda tidak perlu  proses akad nikah melalui adat.Ini kerana akad terdahulu telah dikira sah.Wallahu a'lam.

Pohon Dan Tanaman

Soalan

Assalamualaikum,
Bolehkah seseorang memotong dahan-dahan pokok jirannya yang masuk ke dalam kawasan pagar rumahnya, tanpa meminta izin terlebih dahulu.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Mengikut hukum Islam, anda tidak perlu potong dahan pokok tersebut kecualilah dahan tersebut membahayakan nyawa anda.
Mengikut akhlak Islam sebaik-baiknya anda minta kebenaran jiran untuk potong dahan pokok tersebut, malah jika jiran yang baik, buah-buahan yang terhasil daripada dahan yang sampai ke rumah anda boleh diambil dan dimakan.Wallahu a'lam.

Thursday, December 27, 2012

Puasa Ganti Bulan Ramadhan

Soalan

bolehkah saya tidak bayar fidyah puasa tapi saya bayar dengan puasa ganti ramadhan?

Jawapan

waalaikumusalam,
Puasa ramadan  tahun semasa 1433H boleh diganti dengan kadar segera  sebelum datangnya bulan ramadan 1434H,Ia bertujuan untuk  mengelakkan diri anda daripada membayar fidyah.Sekiranya telah berlalu ramadan 1`434H sedangkan anda masih belum kadak puasa bagi tahuan lalu 1433h maka pada masa itu anda kena bayar fidyah 1 cupak bagi sehari puasa yang ditinggalkan.Wallahu a'lam.

Soal Persetubuhan

Soalan

assalammualaikum.......saya dan kawan saya menonton video lucah ....kami x dapat tahan nafsu kami....jadi kawan saya menghisap batang saya dan saya pun menghisap batang kawan saya......apa yang perlu saya lakukan??sebab saya sekarang susah nak tahan nafsu..saya harap ustaz dapat membalas dengan segera......assalammualaikum

Jawapan

Keadaan saudara kini hukumnya adalah telah WAJIB berkahwin. Justeru kahwinlah untuk menyelamatkan keadaan yang berlaku ini.

Hukum Memutuskan Tali Silaturrahim

Soalan

saya ingin bertanya apakah hukum memutuskan hubungan silaturrahim dan jika saudara islam kita itu memberi mudarat kepada kita contoh mengajar kita ajaran sesat adakah kita boleh menjauhkan diri daripada saudara islam itu

Jawapan

Waalaikumusalam,
Menurut hadis baginda saw yang bermaksud:
"sesiapa yang memutuskan hubungan silaturrahim sesama Islam  tanpa sebab ia seolah-olah telah  memutuskan jalan ke syurga.".
Panel tegaskan agar  anda beri nasihat secara hikmah kepada rakan anda yang mengajar ajaran sesat tersebut.Seterusnya anda jangan lupa untuk berdoa minta pertolongan kepada Allah bagi  dipermudahkan segala urusan agar beliau kembali ke pangkal jalan sebaliknya panel nasihatkan agar anda jangan cepat berputus asa untuk menjauhkan diri anda daripadanya.
Sewajarnya anda kena pastikan agar beliau kembali ke pangkal jalan dengan mengamalkan ajaran ahli sunnnah wal jamaah dan bukannya ajaran menyeleweng lagi menyesatkan.Wallahu a'lam.

Suami Yang Pemabuk Dan Tidak Solat

Soalan

Assalamualikum wrwb
Saya mempunyai kemusykilan iaitu:
1) bolehkah seorang bapa yang sering mabuk dan x pernah solat
mewalikan anak gadis beliau?
2) wajarkah bagi seorang isteri meminta cerai kepada
suaminya atas alasan meragui status agama si suami
kerana kebiasaan-kebiasaan suami yg suka minum arak dan meraikan
perayaan agama lain serta suka makan makanan yang tidak disahkan halal?
Sekian. Terima kasih. Wasalam

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Dalam kes ini, bapa tersebut tidak boleh menjadi wali anak perempuannya kerana beliau tidak memenuhi syarat untuk menjadi wali.
Walau bagaimanapun, dalam hal ini, Imam Ghazali dan Imam Nawawi (Mazhab Syafi’i) berpendapat bahawa wali yang fasiq (sering melakukan perbuatan dosa) boleh menjadi wali dengan syarat dia telah bertaubat
Oleh yang demikian, bapa tersebut boleh dilantik menjadi wali pernikahan anak perempuannya selepas beliau bertaubat.
Walau bagaimanapun, Panel mencadangkan supaya kes ini dirujuk kepada pihak Mahkamah Syariah yang berdekatan bagi mengenal pasti status dan kelayakan bapa tersebut untuk menjadi wali anak perempuannya.

2.         Dalam persoalan ini, status agama suami tersebut perlu dikenal pasti terlebih dahulu. Dalam pada itu, adalah dicadangkan kepada isteri tersebut supaya bertemu dengan Pegawai Kaunselor Keluarga di Pejabat Agama Daerah yang berhampiran. Nyatakan kepada mereka segala perkara tersebut.
Semoga dengan mendapat pendedahan dan khidmat nasihat mengenai isu tersebut, menjadikan isteri tersebut lebih mudah untuk membuat keputusan sama ada hendak menuntut fasakh ataupun sebaliknya.
Wallahu 'alam.

Bolehkah Meneruskan Nazar Yang Dibatalkan Melalui Lisan

Soalan

assalamualaikum.bgaimna jika seseorang tu bernazar.kemudian dia tiba2 berkata dgn lisan bhwa dia membatalkan nazar tersebut dan menggantikannya dgn nazar yang lain.bberapa hari kemudian,dia mndpat tahu bhwa nazar hny boleh dibatalkan melalui 4 cara.boleh atau tidak sekiranya dia bercadang utk meneruskan nazar pertama yang telah dibatalkannya melalui lisan itu? atau adakah dia prlu membayar kifarah kerana nazar pertamanya telah terbatal atas sebab dia menyebut pembatalannya dgn lisan.trima ksih.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, nazar yang dibuatnya itu adalah masih sah dan pembatalan nazar tersebut dengan hanya mengucapkannya sahaja adalah tidak mencukupi.
Ringkasnya, nazar yang hendak dibatalkan perlu diganti/ditebus dengan bayaran kifarah nazar yang telah ditentukan oleh Syara'.
Ini bermakna, selagi dirinya masih belum membuat pembayaran kifarah tersebut, beliau masih terikat dengan nazar tersebut dan wajib menunaikannya.
Kesimpulannya,ia terserah kepada individu yang terlibat.
Jika beliau ingin membatalakan nazar tersebut, beliau perlu membayar kifarah nazar di Pusat Pungutan Zakat yang berdekatan dengannya.
Jika ingin meneruskan nazar tersebut, beliau perlu laksanakannya. Mudah-mudahan dengan perlaksanaan nazar tersebut menyebabkan hubungan dirinya dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala semakin bertambah rapat. Akhirnya, jadilah dirinya seorang hamba yang bertaqwa dan diredai. Wallahu 'alam.

Terlalu Banyak Taklik

Soalan

salam..ahli panel..mohon bantuan.. Isteri meminta saya melafaz 3 taklik berikut secara rela...(1) kalau abg main facebook jatuh talak 1, (2) kalau abg berhubung dgn adik angkat jatuh talak 1, (3) kalau abg ada hati dengan perempuan lain jatuh talak 3. Saya terlanggar taklik pertama tapi masih dibicara di mahkamah(maybe dh jth talak1)..Kemudian, sy terlanggar pula taklik kedua sebelum keputusan mhkamah kluar( iaitu dalam keadaan saya belum rujuk dengan isteri)... Adakah taklik kedua dikira???

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, anda dinasihatkan supaya merujuknya ke Mahkamah Syariah yang berdekatan dengan anda.
Di Malaysia, segala persoalan yang berkaitan dengan undang-undang kekeluargaan Islam termasuklah nikah, cerai dan ruju’ adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Dari itu, anda perlu dapatkan keputusan atau jawapan persoalan ini dari pihak Mahkamah Syariah yang terbabit kerana keputusan pihak mahkamah adalah lebih tepat. Wallahu 'alam

Mandi Wajib Atau Mandi Junub

Soalan

assalamualaikum...saya ingin bertanya,selepas kita bersetubuh dengan isteri...kita hendaklah mandi,tetapi niat yang mn kita nak gunakan,samada niat mengangkat hadas besar atau niat mandi junub?saya selalu musykil...bole x tolong jelaskan...terima kasih..

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, terlebih dahulu anda perlu mengetahui apa itu mandi hadas besar, mandi wajib, mandi junub, mandi haid, mandi nifas, mandi wiladah dan mandi-mandi wajib yang lain.
Sebagai maklumat anda, berikut adalah pengertian mandi di dalam Fiqh Islam:
• Dari segi bahasa, mandi bererti mengalirkan air ke seluruh badan.
• Dari segi syara‘,mengalirkan air ke seluruh badan dengan niat yang tertentu.

Selain itu, anda juga perlu mengetahui sebab-sebab yang mewajibkan mandi di dalam Fiqh Islam:
1.         Keluar air mani, iaitu sama ada ia berlaku kepada lelaki atau perempuan, biar dengan sebab apa pun, kerana mimpi, bersenda gurau, memandang sesuatu
dengan ghairah ataupun setakat berkhayal atau memikir sesuatu yang merangsang keluar air mani.

2.         Melakukan hubungan jenis.
Iaitu memasukkan alat kelamin lelaki ke dalam alat kelamin perempuan, biarpun tidak keluar air mani.

3.         Sebaik sahaja seseorang wanita itu kering/berhenti darah haid dan nifasnya.

4.         Mati (selain mati syahid).

5.         Orang kafir yang baru masuk Islam kerana dirinya yang berada di dalam hadas besar.

sebagai ringkasnya, mandi hadas besar adalah nama bagi mandi wajib tersebut (secara umum), sedangkan mandi junub, mandi kerana haid, nifas, melahirkan anak dan lainnya adalah sebab yang menyebabkan perlunya mandi wajib/hadas besar (secara khusus).
Oleh yang demikian, dalam persoalan ini jika anda berniat dengan mandi hadas besar, mandi yang anda lakukan adalah sah kerana melakukan persetubuhan dengan isteri (junub) adalah salah satu daripada sebab yang mewajibkan mandi.
Demikian juga jika anda berniat dengan mandi junub, mandi tersebut juga adalah sah kerana ia merupakan salah satu daripada sebab yang mewajibkan mandi.
Kesimpulannya, kedua-dua niat tersebut boleh anda gunakan. Wallahu 'alam.

Mutaah Dah Nafkah Edah

Soalan

salam, saya ade kekeliruan mengenai nafkah edah dan mutaah.dalam surat cerai suami de tls nafkah edah rm 2150( semasa dlm edah) mutaah rm100.
mslh skrg kami keliru... adakah suami perlu membayar rm2250 ke bks isteri atau nafkah edah dan mutaah perlu di darab 3 bulan bermakna suami perlu membayar rm6750. sbb bks isteri dtg rumah dan mengatakan pd suami supaya membayr rm6750. sedngkn mengikut kepahaman sy hanya perlu membayr rm2250. justeru itu sy ingin meminta pendpt tuan.mohon jawapan segera

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, ia adalah berbalik kepada keputusan yang telah diputuskan oleh mahkamah yang terbabit.
Dari itu, Panel mencadangkan supaya anda rujuk semula kepada pihak mahkamah yang mengeluarkan keputusan tersebut kerana mereka lebih memahami kes ini. Wallahu 'alam.

Pemberian Nazar

Soalan

assalamualaikum.sy ade bernazar ingin memberi minum 3 air susu dlm kotak kepada 3 ekor kucing.sy dah laksanakannya dengan beri kepada 3 ekor anak kucing. tapi bagaimana kalau pada masa yang sama,ibu anak kucing tersebut turut minum air susu tu.adakah sah perlaksanaan nazar sy itu?perlukah saya mengulangi melaksanakan nazar itu kembali?terima kasih.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes ini, nazar yang anda buat telah terlaksana apabila ketiga-tiga anak kucing tersebut meminum susu tersebut.
Ringkasnya, anda tidak perlu untuk melakukannya lagi dengan syarat ketiga-tiga anak kucing tersebut telah meminumnya. Wallahu 'alam.

Perkahwinan Orang Islam Dan Yahudi

Soalan

Assalamualaikum Tuan

Saya mempunyai satu pertanyaan, saya ingin menanyakan, jika terdapat seorang islam yang ingin berkahwin dengan kaum yahudi, perempuan islam dan lelaki yahudi , lelaki yahudi tersebut memeluk islam. persoalan disini adakah keturunannya akan dilaknat Allah SWT, kerana spt yg kita ketahui kaum yahudi ialah musuh islam yang akan dilaknat Allah SWT hingga kiamat . Adakah salah jika seorang islam mengahwini kaum yahudi ?

Jawapan

Jika Yahudi atau sesiapa telah memeluk Islam dengan tulus ikhlas maka ianya adalah di bolehkan utk berkahwin. Adapun yang di laknat itu ialah Yahudi yang menyeleweng agama Allah atau pengikutnya yang meneruskan penyelewengan itu sehingga sekarang.

Saya Menguna Kaki Palsu Apa Kah Perlu Di Basuh Ketika Memgambil Wuduk Kerana Kaki Tersebut Tidak Kena Najis

Soalan

saya menguna kaki palsu apa perlu saya basuh ketika memgambil wuduk

Jawapan

Tidak perlu tetapi sunat basuh penghujung kaki yang masih ada di penyambung dengan kaki palsu.

Menggugurkan Kandungan

Soalan

Salam, merujuk pertanyaan kod rujukan z4cqe dan w5npr saya menghadapi kekeliruan mengenai permasalahan ini hukum Harus ditekankan apabila dapat persetujuan suami dan isteri, tetapi bila soalan yg lain haram pula hukumnya walaupun isteri & suami dah setuju. adakah penguguran memerlukan sebab yang bagaimana? bagaimana isteri khuatiri kesihatan diri dan bby dlm kandungan adakah boleh menggugurkan.

Jawapan

Jika terdapat bukti yang nyata dari pakar perubatan Islam yang amanah tentang kercacatan janin khasnya kecacatan akal disebabkan gen yang ada pada suami isteri tersebut (seperti kecacatan gen atau masaalah kesihatan yang serius dan dipastikan atapun kes rogol) maka ianya adalah di haruskan sebelum 3 bulan. Adapun jika bimbang tak cukup nafkah ianya adalah haram sebagaimana nas al-Quran "Jangan kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kemiskinan, kamilah yang memberi rizki kepada kamu dan juga mereka". Pengguguran tidak boleh di buat sembarangan kerana kita akan di soal di akhirat nanti. Tetapi boleh mengguna perancangan keluarga untuk menjarakkan kandungan selepas kelahiran tersebut ianya adalah di haruskan dalam keadaan ini. Berapa ramai pasangan yang tiada anak!!!!. Semoga anak-anak kita ini akan menyelamat ibu bapanya di akhirat nanti. Di zaman jahiliah anak-anak sempat hidup semasa kecil sebelum di bunuh tetapi zaman kini mereka telah di gugurkan sebelum sempat menghirup udara di bumi Allah.  Justeru bersabarlah kita sehingga kita berjumpa dengan Allah.

Saturday, December 22, 2012

Adakah Benar Sekali Solat Hajat Yang Dilakukan Hanya Boleh Minta Satu Hajat Sahaja?

Soalan

Assalammualikum..saya ada kemusykilan berkenaan solat hajat. Saya keliru adakah benar solat hajat yang kita lakukan hanya boleh minta satu hajat sahaja setiap kali solat,tidak boleh minta bersama hajat-hajat yang lain?Bermakna kalau ade 5 hajat,kita perlu solat hajat sebanyak 5x untuk setiap satu perkara yang dihajatkan.Harap dapat membantu.Terima kasih.

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Allah itu bersifat Maha Mendengar dan maha Mengetahui. Oleh yang demikian selaku hambaNya yang sentiasa bergantung harap dengan Allah swt maka tidak menjadi sebarang kesalahan sekiranya dalam solat hajat kita boleh memohon apa yang dihajati oleh kita asalkan perkara itu adalah perkara yang baik.
Tidak menjadi satu kesalaha menghimpun dan memohon  hajat dalam satu solat hajat.

Mencium Al-quran

Soalan

apakah hukum mencium al-quran 3 kali selepas membacanya? jika tidak menciumnya pula bagaimana?

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Sudah menjadi satu adab kita menghormati kitab uci al-Quran dimana setiap kali kita selepas emmbacanya maka kita terus mencium al-Quran tersebut. Ia tidak menjadi satu kesalahan malah dengan niat yang baik agar rasa cinta sentiasa subur terhadap al-Quran.
Tidak mencium al-quran itu tidak dikira berdosa.

Lafaz Talak Melalui Sms Dlm Keadaan Yg Sgt Marah

Soalan

assalamualaikum ust yg dhormati...sy mmpunyai kemusykilan...sy ingin brtanye skiranye sy menceraikan istri sy melalui sms dlm keadaan yg sngt mrah akibat kompromi dr keluarga isteri adakah sah talak itu???mohon pertolongan krn sejam slpas kes itu sy dan istri sy berbaek smula...dan sy amat mnyesali pe yg sy tlh lakukan...

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Panel menasihatkan agar merujuk perkara ini dengan segera ke mahkamah syariah atau pajabat agama Islam yang terdekat bagi tujuan pengesahan lafaz cerai tersebut.

Sah Kaaa Ibadah Saya

Soalan

panel saya ingin bertanya jika saya berniat solat,mandi wajib dan lain2 didalam hati,lidah saya seperti bergerak sedikit sah kaa semua yang saya lakukan itu 2.saya seorang lelaki, saya bermandi wajib tetapi ketika itu rambut saya tebal air mungkin sukar untuk sampai ke kulit kepala....namun saya berusaha untuk mengenakan air di bahagian kulit kepala apakah sah mandi wajib saya 3.dirumah saya banyak kanak2..jika badan atau pakaian saya terkena air liur mereka dan saya terus solat sahkah solat itu

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan niat ini, ia adalah kerja hati. Oleh itu, jika semasa anda hendak melakukan kesemua ibadat tersebut ada terlintas di dalam hati anda untuk melakukannya, maka sahlah mandi wajib, solat dan kesemua ibadat yang memerlukan niat sebagai syarat sah pelaksanaannya.
Mengenai persoalan rambut yang tebal pula, sekiranya anda telah berusaha untuk menyampaikan air hingga ke pangkalnya, maka ia sudah memadai dan mandi wajib yang anda lakukan adalah sah. Wallahu 'alam.


Terlupa Baca Doa Wudhu

Soalan

Assalammualaikum uztaz saya ada soalan. Saya ni terlalu sibuk berkerja sehingga ada beberapa kali sya terperasan selepas amik wudhu terlupa baca doa wudhu. Boleh ke mcm tu? -Kedua doa wudhu boleh baca dlm hati tak?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Membaca doa selepas berwudhu’ adalah tergolong di dalam amalan yang sunat dan bukannya suatu perkara yang mesti dilakukan (wajib).
Oleh itu, jika anda terlupa untuk membacanya selepas selesai berwudhu’, anda hanya tidak dapat ganjaran pahala kerana tidak melakukan amalan yang sunat sahaja. Wudhu’ yang anda ambil adalah masih sah.
Mengenai cara membaca doa tersebut, anda boleh lakukannya sama ada diucap melalui mulut ataupun hanya menyebutnya di dalam hati. Sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta'ala Maha Mengetahui dan Maha Mendengar setiap sesuatu. Wallahu 'alam.

Suami Menyuruh Isteri Tuntut Fasakh

Soalan

Assalamualaikum..
Jatuh x talak jika suami menyuruh isteri menuntut fasakh? Contoh perkataan suami : "awk tuntut jelah fasakh, senang.. Sy pn x la seksa sgt"..

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam keadaan ini talaq masih belum terjatuh lagi ke atas isteri tersebut.
Hal ini adalah kerana lafaz fasakh yang diucapkan oleh suami tersebut tidak boleh dimaksudkan dengan lafaz talaq atau lafaz-lafaz lain yang semakna dengannya.
Sebagai maklumat, fasakh adalah satu proses tuntutan untuk membatalkan aqad nikah yang dibuat oleh seorang isteri daripada suaminya dengan kuasa qadi. Biasanya fasakh dituntut kerana seseorang suami yang tidak berupaya untuk memenuhi syarat-syarat pada masa aqad nikah atau berlaku perkara yang membolehkan isteri menuntut cerai daripada suaminya.
Oleh yang demikian, dalam kes ini kata-kata suami tersebut masih belum menyebabkan talaq terjatuh ke atas isterinya. Sila berhubung dengan Mahkamah Syariah yang berdekatan untuk dapatkan penjelasan yang lebih lanjut mengenai kes ini. Wallahu 'alam.

Minyak Yuyi Betul Ke Mengandungi Minyak Babi?

Soalan

assalamualaikum ustaz...saya dengar org cakap minyak yuyi ada mgandungi "minyak babi"...pengakuan dari tokey cina kedai sense lagi...lagipun minyak ni pun dari chinese company..saya pun dah jadi was2 skrg...betul ke ustaz?

Jawapan

Dalam persoalan ini, pihak JAKIM tidak dapat untuk mengenal pasti sama ada minyak Yu Yi ini benar-benar mengandungi minyak babi ataupun tidak.
Hal ini adalah kerana sehingga ke hari ini, permohonan pensijilan halal Malaysia adalah bersifat sukarela dan bukannya satu perkara yang diwajibkan kepada semua pengusaha atau pengeluar sesuatu produk gunaan. Dalam keadaan ini, Minyak Yu Yee tidak pernah membuat permohonan untuk mendapatkan sijil halal Malaysia. Namun demikian ia telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan nombor pendaftaran MAL 19991307T.
Dari aspek keselamatan menggunakannya, produk tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh orang awam.
Oleh sebab pihak Jakim tidak mempunyai kuasa untuk menyemak atau mengesahkan status halal produk tersebut, maka pihak Jakim ingin menasihatkan pengguna Islam agar tidak mudah terpengaruh dan percaya dengan khabar angin yang berleluasa di laman sesawang sehinggalah disahkan oleh pihak yang berkuasa. Wallahu 'alam.

Bersetubuh Dengan Tunang Dan Mengandung, Apakaj Hukumnya?

Soalan

asalamualaikum,saya telah bertunang dan bersetubuh dgnnya beberapakali dlm 4 bln pertama dan dia janji menikahi saya dalam tempoh yang terdekat tetapi takut dari anak dan isterinya.sekarang saya telah mengandung anak luar nikah dan sidia buat tak endah sahaja dan menuduh saya mencari lelaki lain, ibu sy pula, lebih baik gugurkan shj dan cari bakal suami yang lain.saya buntu, apa harus saya lakukan?saya cuba dail untuk membincang semula dengan tunang tetapi, isterinya menghalang daripada bercakap

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam masalah ini, hubungan persetubuhan yang telah anda lakukan dengan tunang anda adalah satu persetubuhan zina. Ia adalah persetubuhan yang amat dilarang di dalam Islam.
Sekalipun anda telah bertunang dengannya, tetapi ikatan tersebut tidak boleh disamakan seperti hubungan sepasang suami isteri. Selagi aqad nikah tidak dimetri, selagi itulah hubungan anda masih terbatas pada had-had yang diizinkan oleh Islam.
Mengenai bayi yang anda kandungkan sekarang, di dalam Islam anak tersebut tidak boleh dinasabkan (dibin/dibintikan) kepada ayahnya (tunang anda) kerana anak tersebut adalah anak hasil daripada persetubuhan zina.
Apabila kandungan tersebut anda lahirkan, anak tersebut perlu dinasabkan sama ada kepada diri anda ataupun kepada nama Abdullah. Perkara ini ada dinyatakan oleh Baginda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wassalam di dalam hadisnya. Berikut adalah maksud hadith tersebut untuk renungan anda:
“Anak adalah bagi (pemilik) hamparan. Bagi penzina pula ialah al-Hajr".
(Hadith Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Berasaskan kepada maksud hadith di atas, anak anda nanti akan dinasabkan kepada nama anda sendiri ataupun kepada nama “Abdullah” dan tidak boleh dibin atau dibintikan kepada nama tunang anda.
Ringkasnya, hubungan nasab di antara mereka tidak diiktiraf oleh Syara'.
Mengenai tunang anda yang telah pun mempunyai seorang isteri, sebelum beliau ingin menikahi anda, terlebih dahulu beliau perlu dapatkan kebenaran untuk berpoligami. Kebenaran tersebut boleh dipohon di mana-mana Mahkamah Syariah di negara ini.
Oleh yang demikian, dalam kes ini anda dinasihatkan supaya dapatkan nasihat daripada kaunseling keluarga yang bertugas di Pejabat Agama Daerah yang berhampiran dengan rumah anda.
Mengenai cadangan ibu anda yang mencadangkan supaya kandungan tersebut digugurkan, sebenarnya ia adalah tindakan yang agak kejam. Bayi tersebut tidak bersalah dalam masalah ini.
Walau bagaimanapun, terserahlah kepada kebijakan anda untuk membuat keputusan mengenai masa hadapannya. Namun, Panel menasihatkan supaya anda fikirkan dan renungkanlah segala keterlanjuran dan dosa yang telah anda dan tunang anda lakukan. Janganlah ia ditambah lagi dengan kesalahan dan kesilapan yang lain. Di dalam hukum Islam, menggugurkan kandungan dengan sengaja merupakan satu kesalahan jenayah.
Ringkasnya, bertaubatlah di atas semua kesilapan dan keterlanjuran yang telah dilakukan. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Bersegeralah merebut peluang yang masih diberikan lagi. Wallahu 'alam.

Terkentut Semasa Berzikir

Soalan

kalau terkentut semasa berzikir, lebih baik pergi ambil wuduk semula kew gne?hok mne y lebih baik?

Jawapan

Assalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, jika sekadar berzikir sahaja adalah tidak disyaratkan seseorang itu mesti berada di dalam keadaan yang suci daripada kedua jenis hadas.
Walau bagaimanapun, jika amalan tersebut dilakukan di dalam keadaan yang bersih dan suci daripada kedua jenis hadas tersebut adalah lebih baik.
Ringkasnya, amalan berzikir boleh
wdilakukan oleh mereka yang sedang berhadas seperti wanita yang sedang didatangi haid. Wallahu 'alam.

Tuesday, December 18, 2012

Hukum Agama IslAM

Soalan

BOLEHKAH SAYA MENGAMBIL CERITA DI BLOG LAIN DAN MELETAKKAN CERITA TERSEBUT DI BLOG SAYA UNTUK MENARIK PENGUNJUNG KE BLOG ITU DAN SECARA LANGSUNG IA AKAN MENDATANG DUIT BAGI SAYA.....

Jawapan

Dalam persoalan ini, Islam melarang untuk mengambil hak orang lain tanpa izin tuannya.
Oleh yang demikian, adalah dicadangkan supaya anda mendapatkan terlebih dahulu keizinan daripada pemilik blog tersebut sebelum anda menyalin dan menyiarkannya di dalam blog anda.
Dengan cara ini pendapatan yang anda perolehi adalah lebih bersih dan mudahan ia diberkati Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Sila dapatkan maklumat lanjut dari Bahagian Kawalan Media, Kementerian Dalam Negeri di putrajaya. Wallahu 'alam.

Nikah Ketika Dtg Haid Di Masjid

Soalan

Assalammualaikum..
sy akn dinikahkan tdk lama lagi..ttp mengikut kalendar kitaran haid sy,haid yg ke enam jatuh pd hari yg nk dinikahkan..jika sy nikah dimasjid,apakah pernikahan sy tu sah?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam keadaan tersebut, pernikahan yang akan anda lakukan adalah sah dengan syarat segala rukun nikah telah anda penuhi.
Walau bagaimanapun, adalah diingatkan supaya anda tidak masuk ke dalam masjid (dewan bersolat) semasa upacara majlis aqad nikah anda dilangsungkan kerana keadaan anda yang tidak suci (haid).
Semoga segala peraturan dan larangan dapat ditaati dan dipatuhi dengan niat yang ikhlas kerana Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Seterusnya, selamat pengantin baru, moga bahagia di dunia dan di akhirat. Wallahu 'alam.

Khutbah Solat Jumaat

Soalan

Adakah siapa yang tidak mendengar khutbah solat jumaat itu, tidak sah solatnya. :) (jika tertidur)
Apakah hukum mendengar khutbah solat jumaat ini?

Jawapan

Mengenai khutbah Juma'at, mendengarnya adalah perkara yang dituntut di dalam Islam ke atas para jemaah yang menghadirkan diri untuk bersolat Jumaat. Ia merupakan salah satu daripada syarat sah solat Jumaat.
Oleh itu, bagi mereka yang hadir tetapi tidak mendengar khutbah Jumaat tersebut kerana sengaja maka hukumnya berdosa sebab dua Khutbah tersebut  termasuk dalam syarat sah Jumaat.
Ringkasnya, bagi mereka yang hadir tetapi tidak mendengar khutbah dan melakukan perkara yang lain seperti berbual ataupun mendengar perkara yang lain, solatnya adalah tidak sah.
Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tertidur (bukan memang niat untuk tidur semasa khutbah dibacakan) Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam menyuruh mereka supaya mencari tempat lain (bangun dan berubah tempat duduk). Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
“Jika salah seorang di antara kamu mengantuk pada hari Jumaat, maka hendaklah dia mengalihkan tempat duduknya.”
(Hadith Hasan lagi Sahih daripada Ibnu Umar r.a.).

Melalui hadith di atas, jelaslah kepada kita bahawa mendengar khutbah Juma'at begitu diberatkan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam sehinggakan Baginda menyuruh mereka yang terasa mengantuk supaya beralih tempat duduknya. Dengan cara begini (bangun, berjalan dan mencari tempat duduk yang lain) akan menyebabkan darah kembali bergerak dan akan hilanglah rasa mengantuk tersebut.
Namun begitu, Imam Syafi'i mensyaratkan untuk melakukannya mestilah tempat untuknya berpindah masih ada dan keadaan jema’ah adalah tidak begitu sesak. Jika masjid penuh dan sukar untuk bergerak ke tempat lain sehingga terpaksa melangkah atau melintas di hadapan orang yang sedang bersolat, maka tidak perlulah dia melakukannya dan jika dia tertidur hukumnya adalah makruh dan Solat Juma'at yang dikerjakan tidak perlu diulang dengan syarat tidurnya itu tidak sampai menyebabkan berubah dua papan punggungnya. Wallahu 'alam.

Kebenaran Solat Pada Hari Jumaat.

Soalan

assalamualaikum,saya ingin bertanya,benar kah jika perempuan ingin solat jumaat mesti tunggu habis solat jummat,baru blh solat zohor..masaalahnye saya berkerja di ofis..memang kena tunggu atau mcm mana..sebab ada yg menegur,untuk hari jummat sahaja,solat zohor boleh buat selepas solat jumaat..bkn kah,solat itu harus disegera kan untuk perempuan dan lelaki?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Pendapat tersebut tiada kebenarannya.
Ringkasnya, mengikut pendapat daripada Mazhab Syafi'i, anda sebagai seorang wanita adalah tidak diwajibkan untuk mengerjakan Solat Fardu Juma'at. Oleh yang demikian, solat fardu Zohor boleh anda kerjakan sebaik sahaja masuk waktunya tanpa perlu menunggu jema’ah Solat Juma'at selesai mengerjakan solat tersebut. Wallahu 'alam.

Ikan Yang Berbeza

Soalan

Assalamualaikum wbt
Di pasar, ada dijual ikan kembung yang dilonggokkan dalam ais. Di situ diletakkan tanda harga ikan kembung tersebut. Saya telah mengambil beberapa ekor, menimbang & membayarnya. Masalahnya, setelah sampai di rumah & ingin menyiang ikan-ikan tersebut, saya baru perasan ada satu spesis ikan yang lain. Bolehkah ikan itu dimakan? sebab lain spesis ikan lain harganya. Ikan itu nampak seakan-akan ikan kembung, tp ada sisik.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
ikan tersebut halal untuk anda makan. Hal ini adalah kerana ia dilonggokkan pada tempat yang sama dengan ikan kembung tersebut.
ringkasnya, jika harga ikan tersebut berbeza, sudah pasti semasa membungkusnya penjual akan mengeluarkannya ataupun memaklumkannya kepada anda tentang perkara tersebut. akan tetapi, penjual tidak melakukannya dan ini bermakna harga kedua jenis ikan tersebut adalah sama.
Oleh yang demikian, kedua jenis ikan tersebut boleh anda makan tanpa perlu ada rasa ragu-ragu.
Jika anda masih sangsi, sila rujuk semula kepada penjual ikan tersebut mengenai harga ikan tersebut sebagai kepastian. Wallahu 'alam.

Solat Dengan Cepat

Soalan

1)Adakah boleh bersalaman dengan isteri kepada sepupu lelaki?
2)Pak Cik seibu sebapa dgn ayah.adakah saya boleh bersalaman dgn isteri Pak cik??

~mohon pencerahan ustaz

Jawapan

1.         Dalam persoalan ini, anda diharuskan untuk bersalaman dengannya jika tidak menimbulkan fitnah. Walau bagaimanapun, ia akan menyebabkan wudhu’ anda terbatal kerana bersentuhan kulit dengan wanita yang bukan mahram dengan anda.

2.         Demikian juga dengan isteri pakcik anda, hubungan anda dengan beliau juga adalah bukan mahram. oleh itu, ia akan membatalkan wudhu’ anda jika bersentuhan kulit dengannya.
Wallahu 'alam.

Bersalam Dengan Isteri Kepada Sepupu Lelaki Saya

Soalan

1)Adakah boleh bersalaman dengan isteri kepada sepupu lelaki?
2)Pak Cik seibu sebapa dgn ayah.adakah saya boleh bersalaman dgn isteri Pak cik??

~mohon pencerahan ustaz

Jawapan

1.         Dalam persoalan ini, anda diharuskan untuk bersalaman dengannya jika tidak menimbulkan fitnah. Walau bagaimanapun, ia akan menyebabkan wudhu’ anda terbatal kerana bersentuhan kulit dengan wanita yang bukan mahram dengan anda.

2.         Demikian juga dengan isteri pakcik anda, hubungan anda dengan beliau juga adalah bukan mahram. oleh itu, ia akan membatalkan wudhu’ anda jika bersentuhan kulit dengannya.
Wallahu 'alam.

Cara Utk Sy Menegur Kesilapan Ayh Sy

Soalan

ayh sy khwin 3 org.dari apa yg sy lihat..ayh sy tak pernah berlaku adil dgn mana2 isterinya.sbg contoh,isteri pertama mndapat layanan yg baik,nfkah yg cukup tp giliran sja yg tk cukup.isteri kdua (emak sy) mndapat layann yg kurang baik,nafkah (duit utk kperluan harian) tak cukup (anak 4 org,duit belanja yg emak sy dpt cuma sebulan rm50),giliran terlebih cukup,smpaikn emk sy tk tahu nk buat mcm mna.isteri ktiga,giliran sj yg tk ckup,kdg smpai 2 bln ayh sy tk blik.mcm mna cra sy sbg ank hndk tgur?

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Dalam perkara ini anda selaku anak perlu berbanyak bersabar. Anda boleh meminta pandangan dari orang tengah yang sangat disegani oleh ayah untuk menegur sikap ayah anda.
Oleh kerana ibu anda mendapat giliran yang penuh dan baik dari ayah maka mintalah agar ibu anda menasihati si ayah. Selaku anak yang baik anda boleh menjalinkan hubungan yang baik dengan ibu pertama dan yang ketiga dengan menziarahi mereka.
Berkemungkinan ayah anda dalam keadaan yang bermasalah atau sebaliknya maka selaku anak berbuat baik dan permudahkanlah segala urusan  ayah anda dan jalinkan hubungan yang erat dengan ayah agar anda dapat memahami ayah anda dan boleh menegr ayah dengan secara tidak langsung.

Apa Perlu Saya Lakukan Untuk Diri Saya Sendiri.

Soalan

Salam. Saya telah 10 tahun mendirikan rumahtangga. suami saya tidak memberi nafkah zahir dan batin pada saya sejak 4 tahun akhir-akhir ini hingga ke hari ini kerana dia ada perempuan lain. Apa harus saya lakukan? Walaupun kami tinggal serumah tetapi kami tidak pernah bercakap dan semuanya seperti orang asing. Saya tidak pernah bercakap masalah ini dengannya @ menelefon perempuan tersebut kerana dia meletakkan syarat, jika saya campur urusannya atau hubungi perempuan tersebut maka jatuh talak 1

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam masalah ini, sebenarnya anda sudah berhak untuk menuntut ta’liq dengan merujuk kes ini kepada Mahkamah Syariah yang berdekatan dengan anda.
Dalam pada itu, dapatkan juga nasihat dan cadangan daripada Pegawai Kaunselor Keluarga yang bertugas di Pejabat Agama Daerah yang berdekatan dengan rumah anda.
Ringkasnya, bersabarlah di atas segala dugaan dan ujian yang sedang anda hadapi ini. Teruslah berdoa dan pohonlah petunjuk dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar. Wallahu 'alam.

Hukum Bersentuhan Dengan Adik Beradik Mak Kedua

Soalan


assalamualaikum ustaz..saya mempunyai ibu kandung dan ibu tiri..apakah aurat saya dengan adik bradik mak tiri??

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allahh swt
Hubungan anda dan adik beradik tiri kepada ibu kedua adalah mahram kerana mereka sebapa tapi berlainan ibu. Oleh yan demikian aurat antara anda dan mereka adalah seperti hubungan adik-beradik biasa.

Niat Puasa Nazar

Soalan

assalamualaikum...saya nak tanya,kalau saya niat nak puasa nazar 3 hari sahaja,tak niat berturut-turut atau tidak puasa 3 hari tu, saya kena puasa 3hari tu berturut-turut ke tak...?
terima kasih..:)

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Oleh kerana anda bernazar sekadar berpuasa 3 hari maka anda tidak perlu berpuasa 3v hari berturut. Anda boleh berpuasa pada bila-bila masa namun tidak digalakkan untuk ditangguhkan kerana nazar itu adalah perkara wajib.

Monday, December 17, 2012

Kasih Dan Sayang Seorang Ibu

Soalan

Sesiapa yang menderhaka kepada ibu atau bapa maka Allah tidak mengizinkannya masuk syurga hatta untuk mencium bau syurga. Bahkan anak yang derhaka kepada ibu bapanya akan menghuni neraka Allah.
Sejak sy kecil lg perkataan2 spt babi, lembu, sial, jahanam sering dilemparkan pd diri sy oleh ibu kandung sy sndiri. Sy cuba sebaik yg boleh untuk ttp mentaatinya. Sekarang dia dibawah tanggungan sy dan masih bersifat demikian. Persoalannya, mengapa "tiket" ke syurga diletakkan pd insan begini.

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Janganlah dikesali apa jua sikap ibu bapa. Apa pun keadaan mereka tetap insan yang paling penting dalam hidup kita kerana dengan merekalah kita mampu melihat matahari.
Dalam keadaan seperti anda, ini merupakan satu bentuk ujian Allah untuk melihat sejauh mana pengorbanan dan tanggungjawab anda pada kedua orang tua anda.
Selaku anak, wajib mentaati perintah kedua ibu bapa selagi ia tidak bertentangan dengan hukum syarak. Anda berpeluang menjaga kebajikan kedua ibu bapa. Ambillah peluang ini sebaik mungkin untuk mencari redha Allah.
Mohonlah pada Allah agar pintu hati kedua orang tua sentiasa terbuka. Janganlah sesekali berputus asa dengan ujian yang Allah berikan. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Selaku orang yang beriman berpegangglah dengan janji Allah dan yakinlah bahawa hidayah itu adalah milik Allah swt.
Ada setengah manusia diuji di mana kedua ibu bapanya adalah munafik, murtad, kafir, fasik, tidak beramal dengan hukum Allah  dan sebagainya. Sedangkan untuk memiliki syurga  sudah pasti dengan redha kedua ibu bapa itulah redha Allah swt.
Perbanyakkanlah melakukan solat hajat dan mohonlah agar dipermudahkan segala urusan dan mohonlah agar kedua ibu bapa anda dirahmati Allah swt

Thursday, December 6, 2012

Hukum Jual Beli Emas Secara Ansuran

Soalan

Apakah hukum membeli emas secara ansuran? Sy pernah dgr org kt haram hukumnya membeli emas dan bayar secara ansuran.arwah ibu sy pernah membeli gelang emas dan bayar secara ansuran.maksudnya dia bayar dua kali (setangah2) mcm tu.seandainya benar haram hukunya sy berdoa agar Allah ampunkan sgl kekhilafan yg pernah ibu sy lakukan..ameen.harap pihak tuan blh mjwb soalan sy dgn sertakan nas/ dalilnya ye.t.ksh bnyk.

Jawapan

Hukum membeli emas secara ansuran adalah dilarang (haram). Hal ini adalah kerana emas merupakan antara bahan yang mempunyai unsur-unsur ribawi (riba). Oleh itu, urus niaganya perlu dijalankan secara tunai dan tidak boleh menggunakan kaedah bayaran ansuran.
Untuk maklumat lanjut mengeninya, sila layari Parameter pelaburan emas di laman web e-fatwa.
Layari www.islam.gov.mydan klik pada link e-fatwa.
Semoga anda beroleh maklumat yang diperlukan. Wallahu 'alam.

Menangguh Melaksanakan Nazar

Soalan

isteri saya bernazar,andai hamil dia berpuasa 3hari.kini dia hamil,tetapi dia menangguhkan nazar yg dibuat kerana bimbangkan kandungan nya terjejas.apa dibolehkan penangguhan itu?

Jawapan

dalam persoalan ini, isteri anda diharuskan untuk menangguhkannya sehingga ke suatu masa yang sesuai bagi dirinya. Wallahu 'alam.

Ijab Qabul Semasa Melakukan Umrah...

Soalan

Bagaimana kalau kita nk ijab kabul semasa menunaikan umrah dan peraturan2 yg perlu di lakukan untuk ijab qabul di sana.....

Jawapan

Dalam persoalan ini, jika ijab qabul yang dimaksudkan adalah ijab qabul nikah, orang yang sedang berihram sama ada ihram umrah ataupun haji adalah dilarang (diharamkan) untuk melakukannya.
Jika dia melakukannya juga, ijab qabul tersebut adalah tidak sah.
Walau bagaimanapun, jika yang dimaksudkan dengan ijab qabul tersebut adalah ijab qabul dalam urusan jual beli, maka mereka adalah tidak dilarang untuk melakukannya dan ijab qabul tersebut adalah diakui sah di dalam Islam. Wallahu 'alam.

Perlu Sertu Atau Tidak

Soalan

Assalamua'laikum. saya ada kemuskilan yang membuatkan saya tidak tenteram.. saya telah mengambil baju bundle yang berasal dari luar Negara, selepas itu terdapat banyak bulu pada baju tersebut tidak dapat dipastikan dari mana asalanya bulu tersebut..sama ada bulu anjing ataupun kucing. Semasa saya merendamnya di dalam baldi, Air di dalam baldi tersebut terpercik masuk ke dalam kolah jadi adakah baju dan kolah tersebut perlu di sertu ataupun tidak?

Terima Kasih.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, baju, baldi, kolah air, dan apa jua benda yang telah bersentuhan atau terkena percikan air tersebut tidak perlu untuk disertu kerana status bulu tersebut masih tidak diketahui lagi.
Ringkasnya, jadikan apa yang telah terjadi sebagai ingatan supaya anda lebih berhati-hati sebelum membeli atau menyentuh sesuatu barang yang tidak dikenal pasti mengenai status kehalalannya. Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
“Tinggalkanlah apa yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau”.
(Hadith riwayat al-Tirmizi dan al-Nasaai. Al-Tarmizi berkata ia adalah hadith hasan sohih).

marilah bersama kita jadikan pesanan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam ini sebagai panduan dalam hidup kita. Semoga kita menjadi hamba yang lebih bertaqwa. Wallahu 'alam.

Wednesday, December 5, 2012

SAH KAH MANDI HADAS DENGAN CELAK MASIH DI MATA

Soalan

Assalamualaikum... sy selalu menggunakan celak serbuk di mata, sy sudah membasuh muka saya sebelum mandi hadas, tetapi bila selesai mandi hadas, sy dapati masih ada lagi cebisan/garisan celak melekat di bawah mata. Adakah celak serbuk juga menyebabkan air terhalang dan adakah sah mandi hadas saya? Perlukah sy ulang mandi hadas sy. ? Perlu jawapan segera.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Anda tidak perlu untuk mengulangi mandi wajib tersebut kerana mandi yang anda telah lakukan adalah sah.
Ringkasnya, celak tidak menghalang air daripada mengenai kulit/alis mata anda. Oleh itu, mandi wajib yang anda lakukan adalah sah. Wallahu 'alam.

Guna Mesin Printer Universiti

Soalan

Assalamualaikum, ahli panel yang dirahmati Allah..
Saya ada satu kemusykilan. Saya ingin menyertai pertandingan poster projek. Sebagai seorang staf di sebuah universiti, adakah saya boleh menggunakan printer di universiti untuk tujuan pertandingan tersebut. Pertandingan poster itu akan diadakan di peringkat antara universiti. Terima kasih

Jawapan

Dalam masalah ini, jika anda bertindak sebagai wakil universiti, maka adalah tidak salah untuk anda gunakan mesin printer tersebut. akan tetapi, jika penyertaan tersebut anda buat atas nama persendirian (bukan wakil universiti), maka anda dilarang untuk menggunakannya kerana printer tersebut adalah milik universiti sedangkan pertandingan tersebut anda buat atas nama anda secara individu.
Ringkasnya, anda tidak boleh menggunakan hak milik universiti bagi memenuhi keperluan diri anda melainkan setelah anda mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan universiti tersebut untuk menggunakannya. Wallahu 'alam.

Kotoran Semasa Mandi Wajib

Soalan

Assalammualaikum ustaz , saya nak tanya . Saya ada terpijak gam dan gam tu melekat di kaki saya. Saya hendak mandi wajib, jadi saya cuci dulu gam yang berada di kaki saya. Tapi gam tu masih melekat dan tidak keluar. Apa harus saya buat ? Haruskah saya mencuci kaki saya sehingga gam tu keluar atau hanya memadai saja ?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam masalah ini, jika gam tersebut tidak dapat dihilangkan sepenuhnya walaupun telah anda cuba untuk menghilangkannya, memadailah dengan apa yang dapat. Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala, maksudnya:
"Dan Dia (Allah) tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama”.
[Surah Al-Hajj 22:78]

Allah berfirman lagi, maksudnya:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”.
(Surah Al-Baqarah: 286)

Di samping itu, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda, maksudnya:
“Apabila aku melarangmu dari sesuatu maka jauhi dia. Bila aku perintahkan kamu suatu perkara maka tunaikanlah semampumu”.
(Hadith Riwayat Al-Bukhari, no. 7288)

Berasaskan kepada dalil di atas, ringkasnya anda boleh terus mandi wajib walaupun masih ada sedikit kesan gam tersebut yang masih tidak dapat dihilangkan kerana ia di luar kemampuan anda. Sesungguhnya Islam itu mudah bagi mereka yang memahami hukum ahkamnya. Dari itu, marilah bersama kita fahami dan dalami hukum ahkam Islam agar hidup lebih diberkati dan diredaiNya. Wallahu 'alam.

Nikah Tanpa Pengetahuan Wali

Soalan

sy seorang perempuan..umur 30an..boleh kah sy berkahwin tanpa pengetahuan ayah sy dgn jejaka plihan sy mnggunakan wali hakim...kerana ayah sy ada calon uttuk sy..tetapi sy tak sukakan dia...

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
saudara yang dirahmati Allah swt
Antara rukun nikah ialah adanya wali dari ahli keluarga perempuan. Anda boleh menggunakan wali hakim tetapi dengan syarat anda memaklumkan kepada wali anda untuk mewakilwalikan kepada wali hakim.
Apabila timbul isu bapa enggan menjadi wali maka anda boleh membuat permohonan wali enggan dengan pihak pejabat agama Islam yang terdekat.

Hukum Melaburkan Wang Khairat Kematian

Soalan

Assalamualaikum...bolehkah wang yang dikumpul di kalangan ahli keluarga dan sanak saudara sesama sendiri untuk tujuan dijadikan sebagai tabung khairat kematian dikalangan ahli keluarga kami juga lalu hasil wang yg telah dikumpul tersebut dilaburkan ke dalam ASB. Mohon penjelasan dari panel tentang hukum melaburkan wang tersebut. Terima kasih.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, wang tersebut boleh dilaburkan dengan syarat telah mendapat persetujuan daripada seluruh ahli keluarga yang terlibat. Wallahu 'alam.

Monday, December 3, 2012

Jual Pakaian Dalam Di Internet

Soalan

Assalamualaikum. Isteri saya menjalankan perniagaan pakaian dalaman wanita. Apakah hukum membuat laman untuk mempamirkan corak, warna dan jenis pakaian dalam untuk memudahkan urusan jual beli? Wassalam

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Hukum membuat laman web tersebut adalah diharuskan dengan syarat gambar yang disiarkan pada laman web tersebut bukanlah gambar pakaian dalam yang dipakai oleh seorang wanita. Ringkasnya, ia hanyalah gambar pakaian dalam itu sahaja.
Sebab mengapa gambar pakaian dalam yang dipakai oleh seorang wanita dilarang (haram) disiarkan pada laman web tersebut adalah kerana ia melibatkan pendedahan aurat dan hukum mendedahkan aurat kepada orang yang bukan mahram adalah diharamkan di dalam Islam.
Semoga penjelasan yang ringkas di atas dapat difahami. Wallahu 'alam.

Kencing Tidak Lawas

Soalan

saya mgalami kencing tidak lawas yang tidak kritikal sehingga perlu pakai lampin. ianya berlaku pada permulaan selepas kencing sahaja. jadi untuk memudahkan urusan ibadah saya ambil kptusan untuk menampal dgn selotape pada kemaluan (lelaki). ternya tidak keluar lagi air kencing . sbelum itu saya membersihkan dulu kemaluan baru tampal dgn selotape.sah kah ibadat saya? dan betul kah tndakan saya.....mohon jawab dgn segera...tq

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Ibadat yang anda kerjakan adalah sah dengan syarat semasa anda mengerjakan ibadat tersebut tidak ada air kencing yang mengalir keluar.
Walau bagaimanapun, adalah dicadangkan supaya anda meletakkan sama ada tisu ataupun tuala kecil pada kemaluan anda sebagai tindakan yang lebih berhati-hati di dalam mengawal daripada mengalirnya air kencing yang keluar tanpa disedari.
Semoga dengan usaha yang sedikit tersebut menyebabkan reda dan rahmat Allah Subhanahu Wa Ta'ala adalah menjadi milik anda. Insya-Allah. Wallahu 'alam.

Ibadah Berkenaan Solat

Soalan

Asslmkum.
adakah pakaian yang baru dibeli boleh digunakan utk solat tanpa membasuh dahulu?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Pakaian tersebut boleh digunakan untuk bersolat dengan syarat tidak terdapat padanya sebarang kesan atau ciri-ciri najis seperti warna, bau dan juga rasa (melalui deria sentuhan).
Namun, jika anda rasa ragu-ragu mengenai status kesucian pakaian tersebut, adalah dinasihatkan supaya ia dibasuh terlebih dahulu kerana ia akan menghilangkan rasa was was tersebut dan ia adalah lebih utama. Wallahu 'alam.

Cara Menyalurkan Wang Riba'

Soalan

Salam alaik,
Baru2 ini, saya telah memberikan bantuan kewangan kepada saudara terdekat saya yg miskin dan tidak mempunyai keluarga dgn menggunakan wang riba'. Adakah saudara terdekat yg miskin dikira kategori yg dibolehkan utk melupuskan wang riba'?
Syukran..

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, orang yang miskin atau fakir adalah di antara golongan yang boleh diberikan wang tersebut sebagai cara untuk menghapuskan wang tersebut daripada simpanan seseorang.
Perkara ini bertepatan dengan keputusan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang telah bersidang pada 23 hingga 25 Jun 2009.
Menurut keputusan fatwa tersebut, wang yang diperolehi daripada sumber-sumber yang haram seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah dihukumkan haram dan tidak boleh digunakan untuk tujuan peribadi dan juga bagi memenuhi keperluan mereka yang berada di bawah tanggungan seperti isteri dan anak.
Wang tersebut perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut:
1.    Diserah kepada Baitulmal untuk kegunaan umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya;

2.    Diserah kepada golongan fakir miskin; atau

3.    Jika harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal yang berdekatan dengan anda.
Demikianlah cara untuk melupuskan wang atau harta yang diperolehi melalui jalan yang tidak dibenarkan oleh Syara'. Semoga dengan melaksanakannya rahmat dan kasih sayang Allah Subhanahu Wa Ta'ala adalah menjadi milik kita bersama dan seterusnya kita perolehi kebahagian hidup di dunia dan juga di akhirat. Insy’Allah. Wallahu 'alam.

Perlu Mandi Wajib Ke Tidak

Soalan

slm ustz,
nk tny, kalu kita mimpi bersetubuh atau mimpi kita terangsang...tetapi bila bangun tido, tiada air mani yang keluar. perlu mandi wajib jgk ke? sy keliru.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam keadaan ini, anda tidak perlu untuk mandi wajib kerana sebab yang menyebabkan anda wajib melakukan mandi wajib tidak anda alami (bersetubuh atau keluar air mani).
Ringkasnya, dalam keadaan tersebut anda tidak pelru untuk mandi wajib. Wallahu 'alam.

Benarkah Pernikahan Melalui Niat Sahaja Itu Sah?

Soalan

assalamualaikum ustaz..baru-baru ini saya berkenalan dengan seorang lelaki di laman facebook..kemudian kami berbual di telefon..lelaki tersebut menawarkan syurga kepada saya dengan cara nikah gantung..maksudnya bernikah hanya lafaz melalui telefon dan tidak perlu saksi dan wali yang sah..dia menyatakan bahawa pernikahan itu sah kerana lafaz yang diucapkan niat kerana Allah S.W.T..benarkah pernikahan ini boleh berlaku ustaz?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, tidak ada sebarang pernikahan yang akan terjadi sekiranya dilakukan hanya dengan niat sahaja tanpa disertakan niat tersebut dengan rukun nikah seperti mana yang telah ditentukan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Berikut adalah rukun nikah yang perlu dipenuhi oleh setiap pasangan yang ingin bernikah:
1.         Seorang lelaki (yang akan menjadi suami).
2.         Seorang perempuan (yang akan menjadi isteri).
3.         Wali atau Wali Hakim.
4.         Mas kahwin.
5.         Sighah (Ijab dan Qabul).

Demikianlah rukun nikah menurut Ahli Sunah Waljama’ah yang perlu ada di dalam setiap pernikahan yang ingin dilakukan.
Ringkasnya, jika lima perkara di atas tidak ada atau salah satu daripadanya tidak ada, maka tidak ada sebarang pernikahan yang akan berlaku/terjadi. Ertinya, pernikahan yang tidak ada kelima-lima rukun tersebut atau salah satu daripadanya, maka pernikahan tersebut adalah tidak sah di dalam Islam.
Dari itu, Panel ingin menasihatkan supaya anda agar lebih berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan kata-kata seperti itu.
Oleh itu, dalamilah ilmu agama dan hukum-ahkam di dalam Islam demi untuk menjaga diri agar tidak terpesong daripada landasan Syariat Islam yang suci ini. Wallahu 'alam.

Cukur Rambut Sebelum Disembelih Aqiqah

Soalan

Disebabkan kekanggan masa, saya tidak dapat megaqiqahkan anak pada hari ketujuh. Lalu saya hanya membuat dgn mencukur rambut,memberi nama dan mentahnikan anak. Adakah saya mengikut sunnah dan dapat pahala? Aqiqah dibuat 2 bulan selepas kelahiran.

Jawapan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam keadaan tersebut, anda telah berusaha untuk mengikuti seperti mana yang dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam dan Insya’Allah anda akan beroleh ganjaran pahala kerana mengikut sunah yang pernah dilakukan oleh Baginda Sallallahu 'Alaihi Wassalam.
Mengenai Aqiqah yang dilakukan lewat sedikit (selepas 2 bulan dilahirkan), ia tidak menjadi masalah kerana tempoh untuk melakukan sembelihan tersebut adalah sehingga sebelum kematian anak tersebut. Wallahu 'alam.

Kedudukkan Tangan Ketika Solat.

Soalan

Assalam. Saya kurang arif tentang kedudukkan tngan. Selama ini sya solat tangan di kanan di lipat atas kira. Dan lepas itu saya letak kannya di tngah pusat. Maksudnya saya menutup pusat adakah boleh. Sbb sya baru trbaca kdudukkan tngan sepatutnya di atas pusat bukan menutup pusat! Adakah solat saya batal jikalau begitu. *MOHON PENJELASAN

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Antara perkara-perkara yang disunatkan dalam solat ialah meletakkan tangan kanan di atas tanagn kiri, dan melingkarkan ibu jari dan kelingking pada pergelangan. Sabda Rasulullah saw" Rasulullah saw lalu di hadapan seorang lelaki yang sedang sembahyang dan ia meletakkan tangan kirinya di atas tangan kanannya, lalu Rasulullah menarik dan melepaskannya serta meletakkannya yang kanan atas tangan kirinya"
Namun as-syafi'iyah berpendapat: malah kedua-dua tangan hendaklah diletakkan di bawah dada di atas pusat. sebagaimana hadis Nabi saw:
" Aku melihat Rasulullah saw meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya, dan ditaruh di dalamnya di atas pusat.

Bergurau Tanpa Niat Pasal Murtad

Soalan

salam.sy pernah bergurau pasal murtad dan ianya bukanlah dari hati,sy niat hanya bergurau.contohnya 'malas nak ke surau,murtad sikit hari ni'.adakah sy betol2 murtad?sy sangat tkt dengan keadaan sekarang.sy rase sgt menyesal slepas bergurau mcm tu.dan smpai skrg hidup sy tak tenang fikir perihal ini.apakah yg perlu sy lakukan?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
saudara yang dirahmati Allah swt
Berhati-hati ketika berbicara kerana adakala ia boleh membatalkan akidah dengan secara tidak sengaja.
Dalam perkara ini apabila anda sudah sedar mohonlah keampunan dari Allah swt, kerana Allah itu Maha Pengampun dan Maha mengasihani.

Zakat Bagi Kucing

Soalan

benarkah perlu membayar zakat bagi kucing jantan yang dikasi?

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
saudari yang dirahmati Allah swt
Zakat wajib dan dikenakan ke atas harta yang telah cukup haul setelah ditolak dengan segala perbelanjaan isi rumah.
Tidak ada zakat ke atas kucing yang telah di kasi.

Apa Perlu Dilakukan Lepas Jatuh Talak..

Soalan

assalamualaikum..baru2 ini dlm keadaan marah suami b'kata "ang nak sgt kan?aku ceraikan ang dgn talak satu". lepas tu suami terus keluar rumah.utk pengetahuan kami memang duduk berasingan kerana tempat tugas yg jauh.sejak p'tengkaran itu saya dan suami memang tidak b'jumpa hanya b'cakap di telefon dan ada kami b'bincang utk rujuk semula. soalan saya perlukah saya terus membuat laporan ke pejabat agama utk menentukan perceraian?jika tidak, bagaimana utk rujuk semula sebelum abis edah?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Hal cerai dan rujuk, anda perlu merujuk perkara ini dengan segera ke mahkamah syariah yang terdekat untuk pengesahan cerai dan niat untuk rujuk kembali.

Hubungan Antara Suami Dan Ibu Saudara

Soalan

Adakah terbatal air sembahyang suami saya dengan ibu saudaranya sendiri iaitu isteri kepada bapa saudaranya(abang kepada ibu suami)?

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Ibu saudara yang telah berkahwin dengan bapa saudara sedarah sedaging maka batal air sembahyang dan aurat wajib dittutup. Ini kerana hubungan mereka hanya haram nikah buat sementara  kerana apabila bapa saudaranya bercerai dengan ibu saudara tersebut maka suami anda boleh bernikah dengan ibu saudara tersebut kerana sudah tiada hubungan darah dan apa-apa ikatan perkahwinan dengan bekas suaminya (bapa saudaranya)

Kehamilan & Pantang

oalan

Askum Ustaz,
Saya hamil baru 2 bulan dan minggu lepas saya sekeluarga (suami & anak perempuan saya berumur 3thn) pergi ke hutan lipur untuk aktiviti riadah bersama keluarga. Sebelum bermain air dgn anak saya, saya mulakan langkah membaca Bismillah. Yg menakutkan saya, ada seorang shbt saya mengatakan tindakan saya salah kerana dipercayai bunian akan mengambil bayi di dlm kandungan kerana kita pergi ke kwsn mereka. Adakah betul dlm islam? Sy serahkan pd Allah tp sy juga mohon pandangan Ustaz.

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Bunian itu adalah panggilan masyarajat orang melayu, mereka itu adlah golongan Jin yang menjadi makhluk Allah dan tetap berada di atas muka bumi. Golongan Jin itu ada yang Islam dan ada yang kafir.
Mereka hidup di atas muka bumi seperti manusia, turut beribadah kepada Allah, yang memisahkan manusia dan jin adalah cara hidup dan alam yang berbeza.
Jin boleh berada di mana sahaja tidak semestinya di hutan lipur atau lebuh raya. Melawat ke tempat-tempat yang sedemikian dengan menambahkan lagi ingatan kita pada Allah dan bersyukur dengan setiap nikmat yang telah diberikan.
Kepercayaan karut perlu diketepikan. Ibu mengandung adalah manusia biasa yang normal, makan seperti biasa dan boleh menikmati hidup seperti biasa.

Salah Ke Saya Terus Bercinta Dengan Dia Walhal Dia Seorang Lelaki Yg Dah Beristeri Dua ?

Soalan

saya amat cintakan dia . tapi dalam masa yg sama sy tau dia ada tanggungjwb . lgpun sy masih belajar . dia seorg lelaki yg beristeri dua , walau sy tau smua tu , sy tetap terjatuh cinta dgn layanan dan keikhlasan hati dia yg ingin menyunting saya sbg isteri tak lama lg . tapi , sy tak rela jadi isteri ke-3 . . tapi jugakk , saya kesiankan anak-2 dia yg sgt sukakan sy . apa akan jd kat ank-2 dia lepas dia bercerai dgn isteri pertama dia taon depan ? isteri dia taknak tuntut hak penjagaan . .

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Hal bekaitan perkahwinan tidak ada istilah kasihan. Fikirkan dahulu perkara masa hadapan. Anda di usia muda terpaksa berkongsi kasih dengan suami yang sudah mempunyai dua orang isteri. Alam perkahwinan tersangatlah mencabar, Ada yang isterinya seorang tapi rumah tangga karam di pertengahan jalan. Yang dicari adalah kebahagian bukan keseronokan yang sementara.
Layanan dan keikhlasan lelaki sebelum bernikah adalah berbeza sekali apabila sudah berumah tangga. Jika benar dia seorang suami yang penyayang pastinya rumah tangganya aman bahagia. Kenapa dia perlu mencari insan lain?
Sanggupkah anda merasai kekurangan wang terutama tiba musim perayaan tiba, sanggupkah anda menunggu giliran pulang berhari raya ke rumah anda apabila giliran isteri-isteri lain tiba? Banyak perkara yang perlu difikirkan.
Poligami adalah halal di sisi Islam,  sekiranya si suami mampu dan adil dalam semua perkara maka dia layak untuk mendirikan rumah tangga lebih dari seorang.
Fikirkan masa depan anda dan keluarga, apakah perasaan anda apabila si suami memaklumkan bahawa dia ingin menambah isteri kepada 4 orang.
Cinta itu adakalanya terlalu murah terutama ia berlandaskan hawa nafsu semata-mata dan tipu daya di hadapan mata kita.

Wednesday, November 28, 2012

Najis Pada Sabun Buku

Soalan

Assalamualaikum Panel

Sedikit kemusykilan, bagaimana ingin menyucikan najis yang ada pada sabun buku seperi bangkai serangga atau najis cicak? Jika dihilangkan ainnya, adakah sudah memadai jika dialirkan sahaja air pada tempatnya? Adakah air itu berubah sifatnya setiap kali kena pada sabun itu?

Syukran.

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Sebarang najis yang telah dilalukan air pada sesuatu dan hilang ain najis tersebut maka objek tersebut dikira sudah bersih dari sebarang najis. Begitu juga dengan sabun buku, apabila dibersihkan kemudian tahi cicak sudah hilang maka ia boleh digunakan semula.

Mengambil Golongan Gay Sebagai Pekerja

Soalan

Assalamualaikum,
Saya kini sedang mencari staf untuk bekerja di bawah saya. Salah seorang calon yang baik merupakan kenalan saya. Masalahnya, dia pernah mengaku kepada saya yang dia mengamalkan kehidupan (homoseksual). Wajarkah untuk saya menawarkan pekerjaan tersebut kepada dia sekiranya dia benar2 layak? Adakah dengan mengambil dia bekerja bermakna saya terlibat menyokong jalan hidup songsang itu?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes ini, adalah harus bagi anda untuk mengambilnya sebagai salah seorang pekerja di bawah anda sekiranya beliau layak untuk menjawat jawatan tersebut. Dalam pada itu, gunakanlah peluang yang ada untuk menasihatkan dirinya dan memimpinnya untuk hidup sebagai seorang Muslim yang bertaqwa. Kasihanilah dirinya yang berkemungkinan sedang menghadapi masalah jiwa. Semoga dengan tindakan tersebut menyebabkan anda dan ahli keluarga anda dirahmati Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Wallahu 'alam.

Binatang Yg Haram Dimakan Atau Disentuh

Soalan

tulang belulang khinzir dan anjing yang sudah kering, boleh atau tidak kita sentuh atau memegangnya

Jawapan

Babi dan anjing adalah dua haiwan yang dihukumkan najis mughallazah. Barang siapa yang menyentuhnya dalam keadaan basah, maka tempat yang bersentuhan dengan haiwan tersebut perlu disucikan dengan melakukan sertu.
Mengenai persoalan tulang kedua haiwan tersebut, jika berada di dalam keadaan yang kering, ia harus untuk disentuh atau dipegang. Walau bagaimanapun, jika tidak ada keperluan untuk menyentuhnya, adalah lebih baik tidak menyentuhnya kerana ia adalah perbuatan yang sia-sia. Wallahu 'alam.

Nota:
Sertu – basuhan menggunakan air yang dicampuri dengan tanah di tempat yang bersentuhan dengan haiwan tersebut dan kemudiannya dibilas dengan air mutlak biasa sebanyak 6 kali basuhan yang lain.

Ambil Barang Dari Orang Kafir Yang Sedang Makan

Soalan

sy ada kemusykilan,tadi saya mengam bil cermin mata yang saya tempah di kedai orang kafir,tetapi apabila saya datang, mereka sedang makan tengahari tetapi tidak tahu apa..lalu mereka terus meminta resit mengambil cermin mata saya lalu memberi kepada saya.saya hanya tanya masak sendiri ker? Dan dia jawab ye..yang saya musykil,adakah perlu samal cermin mata yang diberi kepada saya itu?

Jawapan

Dalam kes ini anda tidak perlu untuk sertu cermin mata tersebut dengan syarat tidak terdapat sebarang kesan najis padanya.
Mengenai juadah yang dimakan oleh tuan kedai, ia tidak perlu untuk anda ketahuinya. Wallahu 'alam.

Memakai Baju Yang Jarang

Soalan

assalamualaikum... bolehkah jika saya memakai baju yang jarang tetapi didalamnya saya memakai baju berlengan panjang ?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
saudari yang dirahmati Allah swt
pakain yang jarang ialah yang masih boleh menampakkan anggota tubuh. Sekiranya sudah dilapik atau dipakai dengan pakaian lain dan tidak menampakkan anggota tubuh maka ia dibolehkan.

Mengenai Gejala Sihir

Soalan

assalamualaikum, saya ingin bertanya kenapa di malaysia tiada undang-undang khusus dan hukuman bagi pengamal sihir dan profession dukun?. kerana sihir juga merupakan perbuatan jenayah.. malahan di laman web ade mengenai ilmu-ilmu pelaris seperti diklankan. sihir membawa kesan negatif dalam kehidupan. orang yang dianiyai tidak ade pengadilan.. hadith mengatakan ahli sihir di penggal kepala... sihir membawa kepada kufur dan murtad.

Jawapan

Waalaikumussalam
Saudara yang dirahmati Allah swt
Tidak ada akta yang boleh mengheret mana-mana pengamal  ilmu sihir disebabkan sukarnya membawa bukti atau sebagainya. Walaubagaimanapun pihak kerajaan masih dalam proses perbincangan untuk mewujudkan akta ini pada masa akan datang

Harta Pusaka Atau Harta Sepencarian

Soalan

Salam ust,pak saudara saya telah kematian isterinya,beliau tidak ada anak,rumah yg ada masih nama arwah isterinya,jadi rumah tersebut siapa yg berhak?pak saudara saya atau adik-beradik arwah isteri beliau?bolehkah
dianggap sebagai harta sepencarian walaupun tak pernah diisytiharkan semasa arwah isterinya hidup

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
dalam hal ini panel menasihatkan agar anda dan bapa saudara merujuk perkara ini dengan mahkamah syariah bagi mendapatkan sijil faraid.

Memakai Pencuci Muka Untuk Menambahkan Seri Muka

Soalan

Assalam...saya memakai pencuci muka/pemutih muka untuk mengelak dari kulit berminyak dan dalam masa sama untuk menambahkan lagi seri di muka saya supaya kulit nampak lebih putih...adakah salah niat saya itu???

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Harus memakai sebarang pencuci muka bagi tujuan menjaga kebersihan dan penampilan. Perkara yang dilarang ialah memakai alat make-up sehingga merubah muka menjadi lebih cantik dan boleh menimbulkan fitnah serta menarik perhatian orang.

Adakah Istilah Solat Qada'dalam Islam?

Soalan

kadang-kadang sy lewat bgn pada waktu pagi untuk menunaikan solat subuh. Sedara saya kata, saya boleh qada' solat tersebut pada waktu lain.. adakah istilah solat qada' dlm islam?

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Apabila seseorang itu terlewat bangun dari tidur bukan disebabkan disengajakan maka ia wajib mengerjakan solat subuh dengan niat biasa walaupun sudah tamat atau habisnya waktu subuh.
Qada solat yang telah ditinggalkan adalah perlu bagi tujuan menggantikan amal ibadah yang telah ditinggalkan dan menunujukkan betapa kita benar-benar mengambil berat mengenai hal amal ibadah tersebut  terutama berkaitan solat.

Adakah Jatuh Talak Secara Sah Bagi 3 Situasi Ini

Soalan

Pertama,saya sms "kalau awk nak seksa saya baik awak lepaskan saya".suami menjawab "malam nnti saya bawa ibu datang rumah bincang kalau itu awak nak". Kedua, saya bergaduh melalui sms,suami berkata "kita cerai,kita cerai kita cerai.hahaha".ketiga, saya sedang mengandung dua bulan dan bergaduh suami sms "ape lagi ni?lepas ni kau jgn cari aku.kau hidup sendiri je okay".manakah talak yg sah,semuanya melalui sms.

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
saudari yang dirahmati Allah swt
Dalam perkara ini panel menasihatkan agar merujuk perkara ini dengan segera ke mahkamah syariah yang terdekat bagi tujuan pengesahan lafaz tersebut walau melalui khidmat pesanan ringkas.

Sedekahkan Al-fatihah

Soalan

selapas solat saya selalu sedekahkan al-fatihah kepada arwah atuk&mk ngah sye...
tapi saya ingin sedekahkan al-fatihah kpd Baginda Nabi Muhammad SWT...adakah boleh..?
atau itu menjadi dosa...??

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
saudari yang dirahmati Allah swt
Tidak menjadi sebarang masalah sekiranya anda ingin membaca fatehah kemudian disedekahkan kepada si mati. Adalah lebih baik anda bersalawat ke atsa junjungan Nabi Muhammad saw selaku pengulu para Nabi.

Teknologi Zikir Hiper Metafisik Malaysia

Soalan

sahabat saya ade terlibat dengan amalan ini.Beliau memaklumkan ianya adalah amalan perubatan islam.Saya mohon pihak JAKIM mengenal pasti aktiviti ini kerana ade website pengamal tersebut di internet.Adakah amalan ini tergolong dlm ajaran sesat..

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Terima kasih atas maklumat dari pihak anda. walaubagaimanapunn panel meminta agar saudara membuat laporan terus ke pejabat agama Islam yang berhampiran agar tindakan awal dapat diambil.

Samak Diri Tekena Jilatan Anjing

Soalan

Assalamualaikum..ustaz saya nak bertanya satu soalan,saya dah lama nak pendam soalan ini,harap ustaz dapt tolong saya soalan saya begini,3 tahun lepas saya melepak di rumah kawan saya..tanpa saya sedari anjing peliharaan kawan saya menjilat tangan,kaki dan bahagian badan saya,semenjak itu saya hiraukan pun masalah ini..dan saya telah lupa dibahagian mana anjing itu menjilat saya dan sampai sekarang saya belum pasti bahagian mana harus samak,adakah satu tubuh dari hujung rambut hgga hujung kaki?

Jawapan

waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Oleh kerana perkara sudah lama berlalu dan ingin menghilangkan keraguan maka adalah lebih baik anda sertu kawasan yang dirasakan pernah dijilat anjing.

Penukaran Binti

Soalan

salam.. nak tye anak saya binti asma ul husna iaitu abd rahman dan bukanya nama saya dan mykid sudah dikeluarkan.. anak saya anak halal... saya dah dpat jwapan yg mana saya kene pergi suruhan jaya sumpah untuk bersumpah dan menukarkan binti di mykid kpd nama saya... mcm mana caranya..??? boleh bagi penerangan....??? boleh ke masaalah ini selesai...??? tolongla saya.. saya taknak anak saya diaibkan bila besar nanti krn bukan bintikan saya... tolongla saya....

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
saudara yang dirahmati Allah swt
Perkara baik akan dipermudahkan Allah.
Rujuklah pihak Jabatan Pendaftaran Negara berkenaan masalah tersebut. Sekiranya diminta untuk merujuk ke suruhanjaya sumpah maka adalah lebih baik anda ke sana bagi tujuan memnuhi prosidur tersebut serta ia dapat memudahkan permohonan anda.

Monday, November 26, 2012

Maksud Talak Yang Tidak Jelas Kepada Isteri

Soalan

jatuk ke talak apabila : suatu ketika dulu suami pernah mberitahu n sms yg 'jatuh talak apabila isteri mengulangi prkara yang lepas'.. tetapi dari pemahaman si isteri mengulangi perkara yg lepas itu adalah perkara A (cth: ada hub dgn lelaki lain). Apabila selepas 1 tahun berlalu prkara ini brbangkit semula, rupanya mksuk talak si suami itu adalah pekara A+B(cth:smoking)+C(berparti). isteri telah melakukan perkara B selpas lafaz tersebut, isteri tidak tahu maksud si suami adlh perkara A, B & C.

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Panel menasihatkan agar puan merujuk perkara ini dengan segera ke mahkamah syariah yang terdekat bagi pengesahan lafaz cerai yang telah dilucapkan.

Lupa Berapa Kali Sujud

Soalan

sujud adalah perkara rukun. Jadi saya ingin tahu apakah yang saya perlu lakukan jika saya was was atau terlupa berapa kali sudah sujud? terima kasih

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
saudari yang dirahmati Allah swt
Sekiranya was-was maka anda perlu kembali kepada bilangan yang kurang kemudian ditambah sekali lagi sujud dan disudahi dengan sujud sahwi sebelum salam.

Tanggungjawab Saudara Lelaki

Soalan

Apakah tanggung jawab (nafkah/wang) saudara lelaki yang telah berkawin dan mempunyai anak terhadap saudara perempuan yang belum berkahwin yang kefua ibu bapanya telah meninggal dunia. Adakah wajib bagi saudara lelaki menyara saudara perempuan itu sedangkan dia sudah bekerja?

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Setelah kematian ayah, maka tanggungjawab menjaga adik beradik perempuan adalah di atas bahunya kerana dialah wali yang paling terdekat setelah kematian ayah dan datuk. Tanggungjawab itu hendaklah dilaksankana sehinggalah adik perempuan itu berkahwin.
Walaubagaimanapun, memandangkan si abang sudah mempunyai tanggungajwab lain maka berkemungkinan dia mempunyai tanggungan yang lebih besar. Oleh yang demikian mana-mana adik perempuan yang belum menamatkan pengajian atau yang belum berkerja maka abang dengan kemampuan yang ada boleh membantu adiknya dari sudut kewangan

Rukun Fiqli Dalam Solat

Soalan

Assalamu 'alaikum,
Di dalam solat terdapat bacaan rukun qauli yang jika sedari kesalahan/terhenti ketika membaca boleh mengulanginya.
Cthnya,sedar kesalahan ketika memberi salam pertama,lalu mengulangi sekali lagi juga salah.
Apakah boleh mengulanginya lagi?atau boleh mengulangi sehingga betul?Adakah batal solat?

Terima kasih.Wassalam

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Rukun qauli jika tersalah boleh diulangi di tempat yang tersalah sahaja.
Contoh yang diberi berkaitan tersalah salam cukup sekali sahaja. Setelah selesai solat ia perlu diperbaiki dan belajar agar perkara sebegini tidak diulangi.solat

Stress Dgn Sikap Suami

Soalan

Boleh dikatakan hampir keseluruhan perbelanjaan,sy yg keluarkan. Mulanya, atas dasar kasihan ttp lama2 sy nampak, si suami umpama dh ambil kesempatan. Bila disuruh keluar belanja, katanya 'belum gaji' 'x ada duit'.Keluar bertugas di dalam atau luar negara pun,minta duit belanja dari sy. Klu sy outstation, sy yg kena tinggalkn duit belanja.Perkara ni buat sy stress dan minta cerai slps berkali2 beri peluang n nasihat pd dia.Dia xnk cerai tp sy dh tawar hati ttp sy kasihankan nasib anak sy 4org.

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
dalam perkara ini panel menasihatkan agar saudari meminta bantuan dari orang yang paling terdekat dengan suami dan yang paling diseganinya agar dapat menasihati sikap suami tersebut. Sekiranya benar suami itu mempunyai duit maka wajib keatasnya memberi nafkah kepada anda.
Sekiranya perkara ini gagal maka adalah lebih baik anda merujuk perkara ini dengan pejabat agama Islam yang terdekat bagi mendapatkan maklumat dan nasihat berkaitan hal tersebut. Perceraian adalah, walaubagaimanapun puan berusahalah terlebih dahulu. Mohonlah petunjuk dari Allah swt dan sentiasalah mengamalkan bacaan ayat 200 dai surah Ali-Imran dan hembuskanlah ke dalam makanan dan minuman suami agar sentiasa dilembutkan hatinya.
wallahua'lam

Suami Lebih Pentingkan Kawan2 Drp Keluarga

Soalan

Assalamualaikum Ustaz..Dulu saya pernah tuntut fasakh dgn suami saya.Kami hampir bercerai..Selepas beberapa bln kami berbaik semula saya disahkan hamil ank ke 3.Awal kehamilan saya perangai nya baik je...Tp bila kandungan saya sudah masuk 5 bulan..dia mula buat perangai..keluar tengahari...balik subuh..Saya jadi stress..Saya mohon jasa baik ustaz,agar dapat tlg saya macam mane nak buat suami saya jadi seorang suami yg bertanggongjawab..

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahamti Allah swt
Mohonlah petunjuk dari Allah swt, janganlah berputus asa. Amalkanlah bacaan ayat 200 dari surah Ali-Imran kemudian hembuskanlah dalam makanan dan minuman suami agar suami sentiasa terikat dengan keluarga.
Selain itu mintalah nasihat dari orang yang paling disegani oleh suami untuk dinasihati

Maksud Nama Anak

Soalan

Assalamualaikum

boleh saya tau ape maksud bagi nama nur keisha medina dan muhammad khalish muiz?

terima kasih

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Nur bererti- cahaya
Keisha  bererti - Hidup dalam keadaan baik
medina tiada maksud
Muhammad yang terpuji
Khalish tiada makna.
Muiz bererti - penolong

Ganti Puasa Y Sy Pernah Tinggalkn Di Sbb Kn Kesilapan Masa Lampau

Soalan

Salam tuan..sy benar2 insaf kini..sy sedangcuba u baiki dr menjadi hamba y solehah d sisiNYA..sy pernah terlanjur dgn bekas kekasih pd bulan ramadhan 2008 1 hari..kini sy mahu mgntikan puasa tersebut..apa y ptut sy lakukan?sy tdkbrkerja.bantu
sy tuan..hal ini slalu mhntui sy..adakah sy wajib mbayar fidyah.brape ari y ptut d ganti?.tahun ney sy dh mula mengganti puasa..sdh 9 ari sy ganti..jk d br kshatan y baik sy mahu hbhkn puasa sy.

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Panel memuji sikap saudari yang ingin kembali ke jalan Allah. Bertaubat itu adalah jalan yang terbaik untuk menginsafi diri.
Apabila anda meninggalkan puasa sehari maka anda perlu menggantikan sehari sahaja namun sekiranya sudah melangkau satu tahun maka anda perlu membayar fidyah secupak bagi satu hari yang telah ditinggalkan.

Hubungan Adik Beradik

Soalan

assalamualaikum. sy ada 1 soalan, apakah hubungan sy dengan adik sy yang berlainan ayah dan juga hubungan sy dengan adik sy yang berlainan ibu

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Hubungan dengan adik beradik berlainan ibu atau bapa yang berlainan adalah adik beradik tiri. Sekiranya adik beradik tiri itu berlainan ibu dan bapa seperti tidak seibu dan tidak sebapa juga dikira sebgaia adik beradik tiri.

Suami Suruh Balik Kampung-Jatuhkah Talaq Keatas Saya

Soalan

Salam Panel,
beberapa bulan lepas sy dn suami bergduh dn berpnjngn smpi skrg. suami mengeluarkn kata2 :
- ko nk sgt bcerai ya ko nk aku ceraikn ko? berulang kali*
- nti ada duit aku anta korg bdua blik kg engkau (mrujuk pda sy dn anak) jgn cri aku lg*
- sblm mak bpak ko mati ko pegi blik jg dorg*
* dlm kdaan marah
thun dpn kmi brcdng terus balik ke sabah. akan jatuh ka talak ke atas saya apabila sy & anak balik nanti?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Panel menasihatkan agar anda merujuk ke mahkamah syariah yang terdekat bagi pengesahan lafaz cerai.