Saturday, August 31, 2013

Qurban Nazar: Bagaimana Hendak Membahagikan Bahagian Lembu (atas Nama Siapa)?

Soalan

Assalamualaikum,
Saya telah bernazar untuk membuat Qurban 7 bahagian lembu sekiranya ibu saya kembali pulih kesihatannya & sekiranya saya mendapat perkerjaan yang lebih baik. Alhamdulillah, kedua-dua Doa saya dimakbulkan Allah dan sekarang saya berhajat untuk menunaikan nazar saya.Kemushkilan saya, bagaimana saya hendak membahagikan lembu itu untuk dikurbankan atas nama siapa? Terima kasih.

Jawapan

Waalaikumudalam
Qurban nazar wajib dilaksanakan di atas nama sendiri,cuma anda carilah  enam orang lagi adik beradik bagi mewakili setiap bahagian dan satu bahagian dikhususksn untuk anda.Ia menjadikan tujuh bahagian kesemuanya.
Jika anda udah niat nazar daging tersebut tidak boleh diambil  dan hendaklah disedekahkan kesemuanya,jika termakan hendaklah diganti sekedar   yang telah termakan.Ia amat berbeza   dengan qurban sunat maka anda berhak ambil 1/3 daging yang telah diperuntukan dalam 1 bahagian dari 7 bahagian oleh peserta Qurban.Wallahu a'lam

Batal Air Sembahyang

Soalan

adakah batal air sembahyangnya jika bersalaman dengan sepupu lelaki dan wanita yang bapanya adalah adik beradik dengan bapa saya

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum bersalaman antara sepupu lelaki dengan sepupu perempuan itu batal wuduk.Ini kerana mereka sah berkahwin mengikut hukum.Wallahu a'lam

Adakah Wajar Bagi Seorang Islam Sunni Mencaci Islam Shiah?

Soalan

Salam. Saya adalah seorang Islam Shiah yang telah dibesarkan dengan dengan ini sejak kecil. Di sekolah, saya dicaci oleh ustaz dan ustazah saya oleh kerana saya seorang Shiah. Ini berterusan sehingga saya ke zaman remaja dan sekarang, saya telah berhenti memberitahu sesiapa yang saya adalah seorang Islam Shiah. Pada pendapat ustaz, adakah ini wajar? Saya faham yang di sisi undang-undang Malaysia, Shiah itu salah. Tetapi adakah wajar untuk saudara-saudari Islam saya bertindak begini?

Jawapan

Waalaikumussalam.
Sememangnya tidak wajar dan tidak beretika, bahkan semua manusia tidak layak untuk dicaci, apatah lagi shiah adalah termasuk dalam sebahagian dari aliran Islam yang telah wujud sekian lama

Pembahagian Harta Pusaka

Soalan

secara ringkasnya datuk saya menyerahkan/memberikan sekeping tanah secara hibah(tanah atas nama datuk saya) kepada ayah saya, namun begitu ianya dibuat secara lisan sahaja(tiada hitam putih). W/pun secara lisan tetapi ada di dengar oleh waris yang lain. Adakah pemberian itu sah atau sebaliknya. bagaimana hukumnya.

Jawapan

Ya, pemberian itu sah dan boleh diselesaikan di Pejabat Pusaka Kecil / Mahkamah Syariah dengan membawa saksi-saksi yang mengentahuinya dan mendengarkannya.

Berkahwin Sebelum Dapat Surat Perceraian Dari Mahkamah

Soalan

Assalamualaikum..
ustaz..adik saya sudah 2 tahun tidak tinggal sebumbung dgn suami kerana niat utk bercerai..dia mohon fasakh dari mahkamah tp belum dpt keptusan kerana pihak lelaki tidak pernah hadir semasa perbicaraan..sy nk tanya ustaz apa status adik sy skrg?bolehkah dia berkahwin dgn lelaki lain sbb nk tgu jwpn mahkamah terlalu lama..benarkah dari segi hukum adik sy di kira sudah jatuh talak?

Jawapan

Waalaikunyssakanm.
Tidak boleh berkahwin lain kecuali setelah keputusan penceraian dari mahkamah diperolehi.  Tidak jatuh talak jika tidak diceraikan oleh suami secara sah atau keputusan penceraian dari mahkamah syariah samada melalui fasah dan sebagainya sekalipun tidak tinggal bersama dengan suaminya dalam tempuh yang lama

Ingin Nikah Semula Bekas Isteri

Soalan

Assalammualaikum... sy sdh dekat 1 thn berpisah. sy ingin menikahi semula bekas isteri sy. Tetapi masalahnye ke dua2 pihak keluarga kami tdk bersetuju. Kami mempunyai 1 org ank yg berumur 11 thn. Bagaimana kah caranya jika kami hdk bernikah tanpa pengetahuan kuarga. Kami ingin membina semula rmh tgga kami supaya kedua2 pihak kuarga kami akn npk sendiri yg kami blh bahagia. Kami dh 2 kali bercerai krn org ke 3 meracun fikiran kami seblm bercerai ttp setelah bercerai br kami tahu hasat dengki.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Persetujuan untuk kembali bernikah bukannya perlu mendapat keizinan ibubapa sebaliknya memadai dengan persetujuan bekas isteri.Cuma dari segi akhlak eluk dapat restu mereka bagi jaminan kerukunan dan kebahagian rumah tangga yang bakal dibina.
Panel cadangkan anda pergi ke mana-mana pejabat agama  islam  yang berhampiran bagi mengisi dokumen berkaitan untuk bernikah semula termasuk untuk mendapatkan kepastian wali yang berhak lagi layak berdasarkan situasi yang anda hadapi setelah kedua-dua keluarga melarang/menegah untuk anda kembali bersatu menjadi suami isteri.Panel doakan semuga anda berjaya untuk menjadi pasangan suami isteri.Wallahu a'lam.

Haruskah Si Isteri Mandi Wajib Setelah Memegang Zakar Si Suami

Soalan

haruskah si isteri mandi wajib setelah memegang zakar si suami

Jawapan

Waalaikumusalam,
Anda tidak wajib mandi untuk angkat hadas besar seteah memegang zakar suami Kecuali jika zakar yang dipegang tersebut dimasukkan ke daam faraj anda maka ada ketika itu baharuah anda wajib mandi bagi angkat  hadas  besar.Wallahu a'lam

Aqiqah Dan Qurban

Soalan

Adakah perincian pembahagian 7 bahagian daging aqiqah dan qurban sekor lembu jantan. Ada yang kata hanya boleh dibagi kepada 3 lelaki dan seorang pempuan/2 lelaki 3 pempuan/1 lelaki 5 pempuan,..( maksudnya lelaki dapat 2 bahagian manakala pempuan 1 bahagian ) Yang saya tahu dibahagi kepada 7 bahagian saja tak kira lelaki atau pempuan. Biasanya sekor dibahagi 7 orang.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Merujuk kepada sebuah hadis baginda saw,menjelaskan bahawa: Afdal disembelih 2 ekor kambing @ 2 bahagian lembu bagi setiap seorang anak lelaki yang ingin di akikahkan.
manakala untuk anak perempuan ia memadai satu bahagian @ satu ekor   kambing  sahaja.
sebagai contoh jika laksanakan Akikah bagi  2 orang anak lelaki , ini bermakna  ia kena sembelih 4 ekor kambing @ 4 bahagian lembu.Manakala 3 bahagian lagi diambil oleh 3 orang anak perempuan, ia menjadikan 7 bahagian kesemuanya untuk seekor lembu/unta dan kerbau  yang disembelih bagi tujuan akikah.
Sekiranya pada hari raya qurban terdapat hajat yang berbeza,ada  keluarga  yang hendak buat akikah  manakala yang lain ingin buat Qurban.Ia dapat dibuat  perkiraan seperti berikut:  
Anak lelaki seramai dua orang hendak buat korban,manakala anak perempuan seramai 5 orang hendak buat akikah.
Kaedah pengiraannya adalah seperti berikut:
2 anak lelaki yg berkorban  =   2 bhg lembu
5 orang anak perempuan yang akikah= 5 bahagian lembu.Jadi jumlah keseluruhannya ialah tujuh bahagian
Satu lagi contoh,
3 anak lelaki ingin buat akikah = 6 bahagian
1 bahagian lagi boleh diambil daripada kalangan keluarga yang lain unutuk buat Qurban sama ada ayah atau ibu menjadikan keseluruhannya  7 bahagian.
Andaikata ia tidak mampu untuk buat dua/2 bahagian lembu atau 2 ekor kambing,jika dibuat seekor atau 1 bahagian lembupun tetap sah,cuma tidak dapat pahala afdalnya sahaja.Wallahu a'lam.

Solat Zohor Dan Asar

Soalan

Assalamu'alaikum,

Dalam solat zohor dan asar tidak perlu membaca apa apa surah selepas membnaca AlFatihah pada raka'at pertama dan kedua kerana bacaan tidak nyaring. Jika kita hendak membaca juga apakah hukumnya.

Sekian terima kasih.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Solat fardu atau sunat mempunyai 13 rukun jika dilaksanakan keseluruhannya maka sahlah solat tersebut.Rukun  ini termasuk juga dengan bacaan Fatihah. Manakala bacaan surah jika tidak bacapun solat tersebut tetap dikira sah.
Ini kerana baca surah itu hukumnya adalah sunat sahaja,iaitu baca dapat pahala sunat manakala tidak baca solat tetap sah cuma tidak dapat pahala sunat.Wallahu a'lam.

Memilih Jalan Penyelesaian Yang Mudah

Soalan

Assalammualaikum w.b.t ustad , saya nak tanya , setelah saya terjatuh dalam sungai di belakang rumah saya yang mengandungi sisa-2 buangan babi dan najis , saya ada mengajukan soalan kepada beberapa Ustad samada saya perlu sertu seluruh badan saya atau tidak , satu Ustad kata tidak perlu kerana air sungai melebihi 2 kolah dan satu lagi Ustad kata perlu . Manakah yang perlu saya ikut ? Bolehkah saya ikut yang memudahkan saya iaitu tida perlu sertu seluruh badan ?

Jawapan

Waalaikumussalam.
Tidak perlu sertu kerana air tersebut  melebihi 2 kolah, diharuskan (sebaik-baiknya di sertu) disertu sekiranya sisa najis tersebut melekat yang dapat dilihat dan juga berbau.

Bertanya Cerai Kepada Isteri Dlm Keadaan Marah? Jatuh Talak?

Soalan

A'kum W.B.T, ini turutan Tragedi saya semalam
1. Bertengkar dgn isteri, sedang Marah hilang kawal diri (tak waras),bertanya Nak Cerai? Isteri tidak jawab. 1jam kemudian kami Chat & berminta maaf,pesan utk berbincang bila pulang kerja,bila dah reda menyesal. Suami isteri bermaafan@petang, (Wife tanya: lafaz Tanya pagi tadi, saya jawab; memang Bertanya&Niat dlm hati ingin nak tido rumah Mak sekejap atau 1mlm) Isteri risau pasal Talak lalu advise utk "Rujuk" kerana Was-Was.

Jawapan

Waalaikumussalam.
Tidak jatuh talak dengan keadaan dan situasi tersebut keranan suami bertanya kepada isterinya "Nak cerai ?" dan ini bukan lafaz talak sekalipun dalam keadaan waras

Boleh Kah Berbin Kan Ayah Kandung

Soalan

Salam. Saya telah berkahwin dengan lelaki yg telah mngandungkan saya. Usia kandungan 2bulan lebih dan kami berkahwin. Setelah mendapat anak lelaki kami membuat surat lahir tetapi di bin kan abdullah. Saya ingin bertanya tidak boleh kah di bin kan ayah kandungnya ,suami saya ?

Jawapan

Waalaikumussalam.
Anak tersebut boleh di bin kan ayahnya dengan syarat kelahiran anak tersebut melebihi 6 bulan dari tarikh perkahwinan tersebut menurut pendapat mazhab syafie.  Pendaftaran kelahiran anak boleh dilakukan dengan cara begini tetapi tidak boleh jika anak tersebut kurang dari 6 bulan dari tarikh perkahwinan.

Mandi Wajib Jika Ketiadaan Air

Soalan

Saya dalam keadaan hadas besar, dirumah tiada bekalan air (ada air tapi hanya cukup-cukup untuk berwudhu'),belum menunaikan solat, adakah sah solat saya jika terus berwudhu' dan solat tanpa mandi hadas terlebih dahulu? Mohon pencerahan, terima kasih..

Jawapan

Waalaikumusalam,
Solat anda tidak sah,ini kerana anda masih berhadas besar.Ulamak fekah mengatakan bahawa syarat sah solat mesti suci daripada hadas besar,Justeru sebagai ikhtiar anda  boleh melakukan tayammum ketika ketiadaan air bagi membolehkan anda angkat hadas besar.Walau bagaimanapun anda kena cari air pada tempat yang berhampiran,setelah dipastikan memang tiada baharulah dibuat tayammum.Wallahu a'lam.

Berus Gigi Sebelum Solat

Soalan

assalamualaikum ..
saya nak tnya soalan berkenaan dengan menggosok gigi sebelum solat . selepas gosok gigi mulut akn terasa manis kerana ubat gigi yg digunakn wlwpn dh kumur bnyk kali . kalau telan air liur adakah batal solat ?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Kaedah feqh menjelaskan bahawa keyakinan itu tidak boleh dihilangkan disebabkan keraguan.Sekiranya anda yakin selepas gosok gigi anda berkumur dan pastikan ia telah bersih maka jika anda tertelan air liur ia tidak sesekali akan membatalkan solat yang sedang anda dirikan.Wallahu a'lam.

Kafirkah Anak Jika Ayah Mualaf Menjadi Kafir Semulah

Soalan

askum ustaz.. saya ingin bertanya sejak dari kecil saya memang seorang islam.. ayah saya seorang mualaf.. tapi setelah sekian lama dia kembali kepada agama asalnya dan menjadi kafir. adakah saya sebagai anak dia juga telah menjadi kafir sedangkan saya masih seorang muslim

Jawapan

Tidak, saudara adalah kekal sebagai seorang Islam. Islam adalah satu-satunya agama yang benar yang menyelamatkan kita dari azab neraka, justeru menjadi tanggung jawab saudara mendalami ilmu dakwah dan berdakwah kepada bapa saudara / keluarga terdekat yang lain. Semoga kesemua keluarga kita akan selamat di dunia dan akhirat.

Onani Ketika Tidak Sedar Berpuasa

Soalan

soalan sy, sy onani sewaktu sy tidak sedar yang sy sedang berpuasa sunat, selepas sy onani baru sy sedar yg sy sedang berpuasa, adakah batal puasa sy?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum onani itu adalah haram dan anda wajib segera bertaubat daripada terus melakukan onani.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan,dalam sebuah hadis baginda saw menjelaskan bahawa,diangkat dosa seseorang,orang yang lupa sehingga ia sedar,orang tidur sehingga ia terjaga,......
Berdasarkan kepada maksud hadis ini jelas  menunjukkan bahawa puasa anda sah disebabkan terlupa,tetapi perbuatan onani tetap haram dan berdosa.Wallahu a'lam

Wednesday, August 21, 2013

Puasa 6 & Puasa Ganti

Soalan

Salam..sebelum ni saya dah puasa 6, 2 hari, tapi baru baca kat google yang kena puasa ganti dulu baru puasa 6..saya nak tahu sah ke puasa 6 saya yang dah selesai 2 hari tersebut...boleh ke saya puasa ganti dulu, lepas dah ganti saya puasa 6, tapi baki 4 hari sahaja..saya musykil...tolong jawab, terima kasih..

Jawapan

Waalaikumussalam.
Ada ulama berpendapat bahawa puasa ganti boleh disekalikan dengan puasa 6 (dapat dua pahala) dan ada pula yang mengatakan tidak boleh.  Oleh itu terpulanglah pendapat mana yang ingin dipakai.  Pusa yang selesai 2 hari itu adalah sah dan boleh disambung pada hari berikutnya jika ingin berbuat demikian.

Najis Mughallazah

Soalan

assalamualaikum....kaki dan seluar saya terkena najis anjing, kemudian saya menyelupkan kaki dan seluar saya didalam kelopak air tanah merah kemudian basuh dengan air mutlak sebanyak 6 kali. Persoalannya ialah bolehkah hanya dengan menyelupkan kaki didalam kelopak air tanah merah itu sahaja??

Jawapan

Waalaikumussalam.
Boleh berbuat demikian dengan niat sertu dan air tersebut pula diyakini air tanah (campuran tanah liat)

Ibu Bakal Suami Tidak Restu Kawin

Soalan

Bagaimana jika ibu kepada bakal suami tidak memberi restu untuk anak lelakinya berkahwin dengan perempuan yang tidak disukai oleh si ibu? Untuk meneruskan perkahwinan atau tidak? Apa hukumnya?

Jawapan

Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Dalam perkara ini, adalah dinasihatkan kepada pengantin lelaki tersebut supaya mendahulukan restu ibunya daripada meneruskan perkahwinan tersebut.
Hal ini adalah kerana Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam telah bersabda yang maksudnya:
Dari Abdullah bin Amru bin Al-Ash Radhiyallahu 'Anhu katanya: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Keredaan Allah berdasarkan keredaan kedua ibu bapa, dan Kemurkaan Tuhan juga berdasarkan kemurkaan kedua ibu bapa".
(Hadis Riwayat At-Tarmizi).

Dalam hal ini, walaupun seorang anak lelaki tidak perlu untuk mendapatkan izin atau kebenaran daripada kedua orang walinya (ibu dan ayah) untuk berkahwin, namun dia sepatutnya mendahulukan reda Allah Subhanahu Wa Ta'ala daripada perkara yang lain. Apalah gunanya hidup bersama dengan wanita yang dicintai sedangkan dirinya hidup di luar reda Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan kedua ibu bapanya.
Selain itu, kebahagiaan dan kedamaian hidup berumah tangga itu adalah satu nikmat dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang dikurniakan kepada insan yang menjadi pilihannya.
Apakah dengan menolak restu darinya menyebabkan kita berhak untuk mendapat nikmat tersebut?.
Dalam pada itu, cuba cari sebab utama yang menyebabkan ibunya tidak bersetuju dengan pilihan hatinya. Cuba untuk atasi masalah tersebut dengan mengadakan perbincangan dengan ibunya.
Jika masih tidak dapat mengubah pendirian ibunya, cuba untuk terima kerana reda Allah Subhanahu Wa Ta'ala adalah segala-galanya di dalam hidup seorang muslim.
Oleh itu, renungilah diri dengan akal yang waras. Sesungguhnya kita dariNya dan akan kembali kepadanya apabila tiba saatnya nanti. Apakah kita hendak kembali dengan kemurkaan ataupun keredaannya.
Semoga jawapan di atas dapat memberi sedikit penjelasan mengenai isu ini. Ringkasnya, rebutlah peluang untuk dapatkan reda Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan mentaati kedua ibu dan ayah kita sementara mereka masih hidup lagi. Wallahu 'Alam

Alfatihah Rukun Qauli

Soalan

assalamualaikum ustaz..kita sedia maklum bahawa alfatihah merupakan rukun qauli dan perlu dilafazkan dimulut...adakah membaca alfatihah secara berbisik termasuk sebagai lafaz dimulut kerana ada ustaz yang mengatakan membaca alfatihah secara berbisik adalah tidak sah dan kadang2 saya tidak mendengar imam membaca alfatihah pada solat sirriyah..

Jawapan

Waalaikumusalam,
Fatihah termasuk rukun qauli/perkatan,menurut ulamak fekah ia hendaklah   dibaca sekadar boleh di dengar oleh telinga sendiri,jika dibaca dalam hati maka solatnya tidak sah.Ini kerna fatihah bukannya rukun qolbi/hati.Justeru setiap oang ingin solat mohon dibaca fatihah tersebut sehingga boleh didengari oleh telinga sendiri.Wallahu a,lam.

Qada Puasa Bagi Wanita Hamil

Soalan

Assalamualaikum wrt. wbt.
Saya cuma dapat berpuasa 7 hari saja pada ramadhan 2013 akibat alahan teruk semasa hamil 2 bulan dan risau keselamatan diri dan bayi. 1) ada di kalangan ust. yg saya bertanya mengatakan puasa yang ditinggalkan itu tidak perlu qada & hanya perlu membayar fidyah kerana bayi belum ada roh? 2) bolehkan saya hanya qada sekadar hari yang termampu sebelum ramadhan yang akan datang 3) adakah bilangan hari dan fidyah akan bertambah?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Dalam persoalan ini, di dalam hukum fiqh Islam, semua ibu yang hamil dan risaukan tentang keselamatan kandungannya sehingga menyebabkan dirinya tidak berpuasa perlu membayar fidyah dan hari puasa yang ditinggalkan masih wajib diqadha’kan.
Ringkasnya, pendapat yang diutarakan oleh ustaz tersebut tidak menepati dengan tuntutan hukum fiqh di dalam Syariat Islam.
Dari itu, anda perlu mengqadha’ kesemua puasa Ramadhan yang telah ditinggalkan dan membayar fidyah puasa mengikut bilangan hari puasa yang ditinggalkan.

2.         Mengenai persoalan ini, jika anda tidak sempat untuk menghabiskan kesemua bilangan hari puasa yang telah ditinggalkan sehingga bertemu dengan bulan Ramadhan tahun hadapannya, maka anda akan dikenakan bayaran fidyah. Setiap hari akan dikenakan bayaran sebanyak 1 cupak beras (675 gram) dan diberikan kepada golongan yang tidak berkemampuan di tempat anda.

3.         Bilangan hari yang perlu diqadha’kan tidak akan bertambah. Ia kekal sebagaimana yang ditinggalkan. Namun, bayaran fidyah akan berganda mengikut bilangan tahun puasa tersebut tertunggak (masih belum diqadha’kan lagi), dan ia akan terus meningkat sehinggalah selesai diqadha’kan kesemua bilangan hari puasa Ramadhan yang telah ditinggalkan. Wallahu 'Alam.

Lahir Anak Luar Nikah Semasa Perkahwinan Yg Sah

Soalan

Adakah isteri nusyuz jika ia lahirkan anak luar nikah semada perkshwinan yg sahnya apabila berlaku curang terhadap suaminya.

Jawapan

Tidak dikira nusuz, tetapi isteri telah melakukan dosa besar iaitu perbuatan curang (zina dengan orang lain sehingga boleh melahirkan anak).  dan suami berhak (boleh mengadu dimahkamah syariah) untuk menuduh isteri yang diyakininya berzina dalam mempastikan kesahihannya.  Apa bila sabit kesalahan anak tersebut bukan anaknya dan ia tidak berhak mewarisi harta ayah tersebut.  Apabila kes ini dibawa ke Mahkamah syariah suami boleh menuduh isterinya melakukan lian dan ia boleh menyebabkan berlaku perceraian pasangan tersebut.

Hukum Menghidu Asap Rokok

Soalan

Assalamualaikum ustaz.Apakah hukum menghidu asap rokok(rokok yang dicelup arak) yang dihisap oleh orang lain?

Jawapan

Waalaikumussalam.
Harus dan tidak ada manfaat jika menghidu tanpa tujuan yang baik.  Celup lain tidak dapat dipastikan apakah yang dicelup itu.

Aqiqah Anak Luar Nikah

Soalan

assalamualaikum......saya nk tnya soalan mengenai cara2 aqiqah bg ank luar nikah.....apabila hendak bg nma ank luar nikah utk aqiqah.....mesti berbinkan bapa kndung atau abdullah......???harap pihak tuan dapat bg pnjelasan scpat mgkn......wsalam...

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hak untuk melaksanakan anak luar nikah adalah menjadi tanggungjawab ibunya sendiri.Ini kerana manusia yang membuatkan ibunya hamil bukannya bapa kandung sebaliknya lelaki durjana yang bukannya diiktiraf dari segi undang-undang syariah yang boleh dikategorikan sebagai bapa kandung.Malah baginda saw melarang anak luar nikah dibinkan kepada lelaki yang menyebabkan lahirnya anak luar nikah.
Sebaliknya anak tersebut perlu dibinkan kepada ibu kandungnya sebagaimana yang disarankan oleh baginda saw.Mungkin anda anggap perkara ini kolot dan ketinggalan zaman tetapi percayalah rasulullah saw berpendirian sedemikian kerana ada hikmat yang tersirat daripada yang tersurat.Perkara ini akan mengakibatkan kesan dari segi perwalian,mempusakai harta,nasab yang sah dari segi hukum termasuk kedudukan air wuduk dan batas aurat.
Dalam soal ini berkemungkinan anda akan merasa malu disebabkan anak luar nikah perlu dibinkan kpada nama puan,tetapi apakah puan boleh menutup rasa malu bila nama puan dan pasangan dipanggil ketika di padang mahsyar?justeru  sebagai jalan penyelesaian rasulullah saw mengharuskan agar anak tersebut dibinkan kepada nama yang bermula daripada perkataan Abdul   Rahman/Razak/Halim dan seumpamanya hatta diharuskan menggunakan  al-asamulhusna.Wallahu a,lam.yar?

Benarkah Setiap Orang Yang Dilahirkan Ke Dunia Ini Ada Khodam Yang Serupa Kita Sendiri

Soalan

ada lagi 1 kemusykilan, benarkah setiap orang yang dilahirkan ke dunia ini ada khodam yang serupa dengan kita yang kita tidak nampak... kalau kita berbuat baik maka khodam kita turut berbuat baik.. jika perangai sesorang itu berbuat sebaliknya maka khodam tersebut akan berbuat sebaliknya

Jawapan

Tidak, yang ada dalam hadis ialah Syaitan yang bersama dengan kita atau dikenali sebagai "korin" oleh sebahagian ulamak. Ada yang menyetakan korin itu ada dua, korin dari Syaitan dan korin dari malaikat. Korin syaitan akan sentiasa mengajak kepada kejahatan.

MENYUCIKAN AIR MAZI

Soalan

Assalammualaikum Ustad , saya ingin tanya , setelah saya alami mimpi basah di atas katil , pada keesokan harinya perlukah saya membasuh kesuluruhan katil tersebut ? Bagaimanapun , tidak ada kesan air mani yang saya lihat dengan mata kasar saya atas tilam tersebut , ia hanya dalam seluar saya . Bagaimana jika ada air mazi yang terkena tilam dan saya tidak tahu bahawa air mazi terkena tilam , lalu saya biarkannya tanpa membasuh tilam tersebut . Adakah saya berdosa?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Kaedah fiqh,isalm itu mudah dan ia tidak menyusah/menyukarkan.Sekiranya tidak ada kesan yang nyata  berhubung  air mani @ mazi tersebut maka anda tidak perlulah menyucikannya.Andaikata anda was-was maka adalah lebih baik untuk anda  membersih dan menyucikan pada tempat yang trdapat kesan mazi tersebut.Wallahu a'lam.

Wali Nikah Selepas Cerai

Soalan

as salam..saya mengenali seorang wanita dan berhasrat untuk berkahwin dengannya. Namun, kedua ibu bapa wanita tersebut sudah pon bercerai semenjak dia berumur 6 tahun lagi dan tinggal bersama ibunya. Untuk pengetahuan panel, wanita tersebut masih lagi berhubung dengan ayah kandungnya. So, saya nk tanya, apakah saya perlu berjumpa dengan ayahnya untuk menyampaikan hasrat saya atau saya hanya perlu berjumpa dengan ibunya sahaja? Apakah ayahnya masih lagi layak menjadi wali untuk kami berkahwin?

Jawapan

Saudara perlu berjumpa dengan kedua ibu bapa bakal pasangan anda untuk berbincang, tetapi wali untuk berkahwin adalah bapanya. Sekiranya bapanya enggan, maka pohon dengan mahkamah permohonan wali halim sebab bapa enggan.

Dikira Cerai Atau X

Soalan

salam...sy nak tanya..hari tu saya ad borak ngan sorg cina ngan suami saya..suami saya pi toilet...cina tu ckp ngan saya abg you boleh kawin 5..saya jawab 4 la...pastu pas cina tu balik saya cerita pada suami sya...suami saya cakap kawin sepuluh pon boleh..kawin cerai kawin cerai...tu dikira cerai ke?sbb yg saya tahu cerai xle buat main...

Jawapan

Wassalam,
Dalam perkara ini, kata-kata suami anda tidak menyebabkan cerai atau talaq terjatuh ke atas diri anda.
Namun begitu, jika semasa beliau melafazkan kata-kata tersebut disertakan dengan niat menceraikan anda, maka gugurlah talaq ke atas anda.
Sila dapatkan kepastian mengenainya dengan merujuk kepada Unit Runding Cara Keluarga di Pejabat Agama Daerah yang berhampiran dengan anda.
Semoga jawapan di atas dapat memberi sedikit penjelasan tentang kemusykilan yang anda hadapi. Wallahu 'Alam.

Rujuk Dan Cerai

Soalan

adakah sah rujuk sampai bila bila setelah 6bulan becerai,tetapi didapati isteri mengandung semasa talak di buat

Jawapan

Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, seorang suami hanya boleh rujuk isteri yang telah diceraikannya selama beliau masih di dalam tempoh iddah sahaja. Apabila tempoh iddahnya telah tamat, maka mereka perlu bernikah dengan nikah yang baru (aqad, saksi dan mas kahwin yang baru) sekiranya hendak kembali sebagai sepasang suami isteri yang sah.
Sila rujuk kepada Unit Runding Cara Keluarga di Pejabat Agama Daerah yang berhampiran untuk dapatkan maklumat yang lebih terperinci. Wallahu 'Alam.

Hukum Salam Dgn Bapa Saudara

Soalan

assalammulaikum..saya ingin bertnye apakah hukum seorang perempuan bersalam dgn anak lelaki kpd nenek saudara saya? mohon diperjelaskan..terima kasih

Jawapan

Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Dalam persoalan ini perlu dilihat terlebih dahulu tentang hubungan wanita tersebut dengan anak lelaki nenek saudara anda.
Jika mereka mempunyai hubungan yang mahram, maka tiada salahnya mereka bersalaman. Namun, jika mereka tidak mempunyai hubungan mahram, maka ia perlu dielakkan dan dengan bersalaman tersebut juga akan menyebabkan wudhu’ mereka akan terbatal akibat daripada berlakunya persentuhan kulit di antara mereka tanpa sebarang lapik. Wallahu 'alam.

Menyedekahkan Pahala Kepada Roh Di Alam Barzakh

Soalan

Bolehkah saya niat menyedekahkan pahala membaca Al-Quran kepada roh orang telah meninggal dunia, dan adakah pahala itu akan sampai kepada roh di alam barzakh?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Sebuah hadis baginda saw yang bermaksud:
Apabila mati seorang anak adam mati terputuslah segala amalanya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah,ilmu yang bermunafaat dan anak soleh yang sentiasa mendoakan.
Berdasarkan mafhum hadis ini ada dua perkara utama yang pahalanya tetap mengalir iaitu sedekah jariah yang telah dibelanjakan ketika jenazah masih hidup dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya.Justeru membaca alquran itu boleh dimasukkan dalam kategori doa,oleh itu pahalanya tetap sampai ke alam barzakh walaupun orang tersebut telah meninggal sekian lama.Wallahu a'lam.

Tentang Fahaman Wahabi

Soalan

Assalamualaikum ustaz..Perjelaskan kepada saya tentang fahaman wahabi yang sebenar-benarnya..Saya tengok dalam soal jawab kat laman islamgrid kata wahabi termasuk dalam ahlus sunnah wal jamaah ..Lain-lain tempat pula,ramai yang menolak fahaman wahabi ..Fahaman wahabi ada satu sahaja atau ada pecahan-pecahan yang lain ..

Jawapan

Wkslm Wrhmtllh Wbrkth..
Mesyuarat Panel Kajian Akidah(PKA) JAKIM kali ke-14 tahun 2000 menetapkan bahawa kumpulan Wahhabiyyah tidak terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal-Jamaah, namun apa yang mesti diatasi dan ditangani adalah isu-isu kontroversi yang bersangkut dengan masalah furu’iyyah yang cuba dibangkitkan oleh mereka.
Keputusan ini selaras dengan keputusan Jemaah Menteri supaya isu Wahhabiyyah tidak diperbesarkan sehingga menggugat hubungan diplomatik antara Malaysia dan Arab Saudi.

Pembahagian Harta Jika Tiada Anak

Soalan

Assalammualaikum, saya ingin bertanya, jika suami isteri itu tiada anak, bagaimanakah pembahagian harta yg boleh dibuat jika isteri atau suami meninggal dunia? adakah suami atau isteri yg masih hidup mendapat kesemua harta yang ditinggalkan?

Jawapan

Jika pasangan tidak ada anak dan mati salah seorang, suami hanya berhak menerima 1/2 dari harta pusaka. Manakala jika isteri, akan menerima 1/4 dari pusaka. Adapun yang selebihnya akan pergi kepada Baitul Mal. Justeru ada dikalangan suami isteri membuat pembahagian harta dengan mewakafkannya sebelum kematian atau membuat hibah (kerana wakaf adalah amat bermanfaat utk si mati, selain memastikan ianya diguna sebagaimana kehendak pewakaf) atau membuat perjanjian jual beli antara suami isteri.

Apakah Hukum Jika Seorang Suami Melepaskan Kata Seperti "kau X De Ape2 Utk Aku" Terhadap Isterinya?

Soalan

Assalamualaikum....sy musykil...suami berkali2 mengatakan sy(isteri) x de ape2 utk dia selama kami berkahwin.sy x pernah layan dia sebagai seorang suami.dia akan bersikap begini setiap kali ade selisih faham.sy cuba utk menasihati dia agar berpada2 utk marah & pukul anak2.dia pukul & marah anak seperti mereka telah faham & besar.padahal anak2 kami baru berusia 5, 4 dan 3 thn.selama ni sy layan die dgn baik, dr segi mkn minum, pakai, keperluan suami isteri & sbgnya.ape yg perlu sy buat skrg?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam masalah ini, kata-kata suami anda tidak membawa apa-apa makna sekiranya beliau tidak meniatkannya dengan talaq.
Namun, jika beliau memaksudkan kata-kata tersebut sebagai talaq ataupun cerai, maka ia berkemungkinan boleh menyebabkan terjatuhnya talaq ke atas anda.
Dalam hal ini, anda dinasihatkan supaya merujuk kes ini kepada pegawai di Unit Runding Cara Keluarga yang terdapat di Pejabat Agama Daerah yang berhampiran dengan tempat anda bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut.
Mengenai sikapnya yang suka memukul anak, jika keterlaluan (membawa kecederaan) anda dinasihatkan supaya membuat aduan di balai polis yang berdekatan supaya tindakannya itu dapat dihentikan (tidak diulangi pada masa hadapan). Wallahu 'Alam.

Bahasa Al-Quran Di Wajibkan Untuk Anak-anak Muslimin Di Sekolah-sekolah Dan Institusi Pengajian Tinggi

Soalan

Kemuskhilan saya:
Kenapa Kerajaan Malaysia tidak memjadikan bahasa Arab/Bahasa Al-Quran salah satu bahasa teras yang wajib di pelajari oleh anak-anak Muslimin di Negara kita ini? Kenapa hanya inginkan raayat boleh membaca Al-quran sahaja tetapi tidak pada pemahaman keseluruhan makna nya ?
Gembelingan Ibu-Bapa tidak mencukupi, yang utama pasti lah KESAN POLISI kerajaan dalam pembangunan Raayat dan Ummah.
Kenapa di abaikan dan adakah ini kecuaian ketua-ketua Agama Malaysia ?

Jawapan

Kerajaan telah menghabiskan berbiliun ringgit setahun dalam menyediakan prasarana khususnya dalam bidang pendidikan termasuk juga pendidikan keagamaan.  Hal ini terpulanglah kepada kita sendiri untuk memilih jalan pendidikan yang difikirkan sesuai pada diri kita.  Kita tidak dihalang untuk meneruskan pendidikan dalam bidang yang diingini khususnya dengan memilih sekolah-sekolah agama.  Apakah kita sudah berbuat demikian? dan syabas jika kita berbuat demikian.  Satu hal yang menjadi persoalan disini ialah apakah sudah cukup dengan pengajian agama seperti ini untuk kita berhadapan dengan kehidupan global ini dan apakah dengan pendidikan agama yang ada sekarang sudah memadai untuk kita berhadapan dengan realiti kehidupan? yang inilah memerlukan usaha sama kita semua dalam memahami agama secara menyeluruh dan tidak terfokos kepada ibadah khusus sahaja.  kita amat memerlukan tenaga mahir dalam berbagai bidang dan kemahiran tenaga mahir dalam bidang-bidang ini adalah merupakan sebahagian dari tuntutan agama yang ditategorikan sebagai ibadah umum disampiang tidak mengabaikan ibadah-ibadah khusus.  Bagi pendapat penal tidaklah menjadi isu utama dalam menjadikan bahasa arab/bahasa al-quran sebagai bahasa teras yang wajib dipelajari oleh kita semua sekalipun kita tidak dapat menafikan tentang kepentingannya kerana kita juga diberi peluang untuk memilih sekolah-sekolah yang bersesuai dengan kahendak kita seperti sekolah-sekolah aliran agama/arab dan sebagainya.  Kerajaan mahupun kita sendiri tidak sekali-kali inginkan diri kita dan masyarakat kita hanya sekadar pandai membaca al-Quran sahaja dengan tidak memahami dan menghayati seterusnya mengaplaitasikan apa yang di maksudkan dalam al-Quran tersebut.  benar sekali bahawa peranan ibu bapa sahaja tidak cukup dalam membina diri sebagai seorang yang berperibadi unggul seperti yang dituntut oleh agama bahkan melibatkan juga pihak-pihak berkuasa, kedudukan persekitaran, peranan-peranan ulama kita dan sebagainya.  Idea tuan cukup bernas dan syabas.  Kita sama-samalah berusaha untuk memartabatkan Islam yang kita sayangi ini supaya ia berada ditempat yang selayaknya dan terus mendapat keredaan Allah S.W.T.   

Perlukah Menyamaknya

Soalan

Assalamualaikum...... Terima kasih kepada panel yang menjawab soalan saya tempoh hari..... Saya ada satu soalan iaitu,rumah pangsa flet saya diduduki melayu india dan cina,bangunan rumah saya sedang diperbaiki,terdapat kebocoran di dapur saya,didapati ada minyak masak dan air,selain daripada itu saya tidak tahu apa lagi yang ada..saya membersihkannya dan terkena dikaki saya,pelukah saya menyamaknya atau tak perlu ?

Jawapan

Waalaikumussalam.
Tidak perlu kita menyamaknya kecuali setelah kita meyakini najis (najis mughallazah) tersebut

Berkahwin Di Mekah

Soalan

Assalamualaikum...saya dan pasangan bercadang untuk menunaikan umrah bersama mak dan ayah pasangan serta mak saya...Selepas umrah, kami bercadang untuk bernikah di sana..apakah dokumen yang kami perlukan sebelum dan selepas bernikah di sana bagi mengelakkan kesulitan untuk mendaftarkan pernikahan tersebut di Malaysia?Ayah pasangan ada sebagai wali, cuma dari segi saksi, macam mana yer?

Jawapan

Waalaikumussalam.
Boleh beruat demikian (berkahwin di Mekah) dengan mendapat kelulusan dari jabatan agama berserta dukomen yang diperlukan seperti surat kebenaran untuk berkahwin disana dan pada kebiasaanya boleh berkahwin melalui kedutaan Malaysia di Mekah dan saksi boleh diperolihi disana.

Hukum Keluarga Tidak Boleh Menegur Dan Membiarkan Saudara Baru.

Soalan

salah sorg ahli keluarga yang telah berkahwin dgn lelaki india yg telah memeluk Islam pada hari pernikahan di mana india itu di Islamkan dan selepas itu terus dinikahkan.Slps dari itu keluarga tidak dibenarkan campur tangan dlm hal mereka lagi.Hanya si isteri sahaja bercampur dgn keluarga kami dan si suami mengelak dari bermasyarakat dgn keluarga. Status IC dan kelas agama pun kami tidak mengetahui statusnya. Timbul keraguan dri pihak keluarga tentang masalah yg telah terbelenggu 15thn ini.

Jawapan

Perkahwinan seperti ini adalah salah dan tidak mengikut peraturan/tidak pula mendapat kebenaran serta tidak dapat dipastikan kesahehannya (perkahwinan tersebut)  Oleh demikian ia perlu melapurkan ke Mahkamah syariah untuk mempastikan kesahihanya.

Keuzuran Sewaktu Bernikah

Soalan

Assalamualaikum Ustaz,
Saya kurang pasti adakah pengantin perempuan yang bernikah di masjid sedangkan masa itu dia dalam keuzuran. Bolehkah pengantin tersebut masuk ke dalam masjid?

Terima kasih ustaz.

Jawapan

Waalaikumussalam.
Dalam keadaan begini dibolehkan walaupun ada sesetengah pendapat tidak dibolehkan.

Mandi Jenazah Ketika Masih Hidup

Soalan

Assalamualaikum,
Saya pernah mendengar cerita Imam Ghazali yang telah diberi petanda akan waktu ajalnya sehingga beliau dpt bersiap sedia sehingga siap dikafankan ketika menunggu saat-saat akhir.
soalan saya, sekiranya, ada di antara kita yg dapat merasakan yg ajalnya sudah hampir, boleh kah mandi jenazah sendiri semasa masih hidup? adakah sah kerana beliau masih hidup? dan adalah org lain perlu memandikan beliau sekali lagi apabila telah meninggal dunia?
terima kasih.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Mandi jenazah tidak sah dilakukan oleh orang yang masih hidup terhadap dirinya sendiri.Mandi jenazah hanya khusus kepada mana-mana muslim yang telah mati dan menjadi jenazah.Justeru apabila ia telah betul-betul mati maka menjadi kewajipan orang yang hidup untuk menyempurnakan 4 perkara iaitu mandi,kapan,solat dan kebumikan.Wallahu a,lam

PENGGUNAAN PINGGAN DAN CAWAN DALAM KEADAAN RETAK ATAU SUMBING

Soalan

Salam

Apakah dalil penggunaan pinggan dan cawan dalam keadaan retak atau sumbing? Saya difahamkan terdapat nas-nas bagi melarang penggunaannya cuma; kurang saya mahu kepastian dan hadis sanadnya yang sahih.

Sekian, terima kasih

Jawapan

Ya, ianya adalah hadis yang sohih dan banyak dibincangkan oleh para ulamak tentang "Mukjizat Hadis Nabi s.a.w." ini kerana Nabi s.a.w telah mengentahui bahawa tempat yang keadaan retak atau sumbing pada pinggan dan cawan adalah tempat pengumpulan kuman dan bakteria. Justeru itulah kita dilarang menggunakannya, selain kebarangkalian utk kita tercedera kerananya.

Percaya Pada Batu Cincin

Soalan

1) Apakah hukum percaya dan mengumpul batu cincin dan kayu kononnya ada khasiat tuk diri dan keluarga?

2) Hukum percaya sehingga mengumpul dgn taksub dan berkata bahawa batu dan kayu itu berasal atau diberikn oleh alam ghaib??

3) Hukum memakai batu dan kayu berserta ayat2 dan zikir kononnya blh membantu rezki,keselamatan,pekerjaan dan lain2

Jawapan

Wkslm Wrhmtllh Wbrkth..
1. Hukum percaya bahawa batu cincin dan kayu mempunyai khasiat adalah perbuatan khurafat dan boleh menyebabkan syirik kepada Allah S.W.T . Ini kerana seolah-olah kita percaya bahawa batu atau kayu cincin mempunyai kuasa yang boleh menyebabkan kebaikan dan mudharat kepada kita.
2. Berkemungkinan kita tidak boleh menafikan bahawa ada sebahagian batu dan kayu tersebut berasal daripada alam ghaib, dan tidak semestinya kesemuanya berasal daripada alam ghaib. Namun walaupun berasal daripada alam ghaib, mereka (mahkluk ghaib) adalah juga seperti manusia yang tidak mempunyai kuasa yang boleh menyebabkan kebaikan atau mudharat kepada kita kecuali dengan izin Allah S.W.T.
3. Hukumnya sama seperti jawapan no 1.
4. Sekiranya ada kajian saintifik yang membuktikan sedemikan tidak mengapa, namun sekiranya tidak, maka hukumnya sama seperti jawapan no 1 dan 3.
Wallahu a'lam.

Hukum Menadah Tangan Ketika Berdoa

Soalan

assalamualaikum, apakah hukum menadah tangan berdoa selepas solat? dan bilakah waktu kita tidak perlu menadah tangan ketika berdoa?adakah menadah tangan ketika berdoa adalah bid ah

Jawapan

Waalaikumusalam
Hukum menadah tangan ketika berdoa itu adalah sunnah sebagaimana yang pernah dilakukan oleh baginda saw ketika berdoa di mana baginda akan angkat tanganya tinggi-tinggi sehingga nampak ketiaknya.Justeru jika umat islam angkat tangan semasa berdoa seolah-olah ia telah menghidupkan sunnah yang ditinggalkan oleh baginda saw.Malah perbuatan itu diberi akan diberi pahala sunat.Wallahu a'lam

Hukum Membotakkan Kepala

Soalan

As-salam ustaz/ustazah...
Apa hukumnya membotakkan kepala sehingga licin??
Ada yg mengatakan HARAM...
Minta penjelasan dari pihak ustaz/ustazah
Terima kasih...

Jawapan

Wkslm Wrhmtllh Wbrkth..
Tidak menjadi haram membotakkan semua kepala sehingga licin bagi orang lelaki. Namun hukumnya haram bagi wanita sekiranya tanpa sebab yang dibenarkan oleh syara' kerana ia dianggap menyerupai orang lelaki. Berkemungkinan menjadi haram apabila perbuatan tersebut dinazarkan kepada perkara yang diharamkan oleh syara' seperti apabila menang loteri ataupun sebagainya. Apa yang diharamkan oleh syara' ialah potongan rambut al-qoza' (potong sebahagian dan meninggalkan sebahagian) sepertimana yang dilarang oleh Rasulullah S.A.W dalam riwayat sohihaini :
عن ابن عمر رضي الله عنه قال : " نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن القزع " أن يُحْلَقَ رأس الصبي ويترك بعض شعره "  وعنه رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم ، رأى صبياً قد حُلِقَ بعض شعره وتُرِكَ بعضه ، فنهاهم عن ذلك ، وقال : " احلقوه كله أو اتركوه كله " 
Oleh yang demikian cara memotong rambut yang dibenarkan oleh syara' ialah samada membiarkan rambut begitu sahaja atau mengguntingnya secara keseluruhan (setara iaitu nipis atau botak). Wallahu a'lam.        

Masalah Dr Mslh Sy Ni Mak&ahli Keluarga Jenis Xkisah Bab Tahi Cicak Sbb Tu Sy Risau

Soalan

sy sahur pg td utk ganti puasa.mak sy bgn dulu kedapur.bila sy kedapur sy dapati ada tah cicak ditgh2 dapur.sy mula jd xselesa dgn najis itu lebih2 lg mak sy telah kedapur w/pun sy xdpt nak pastikan dia tlah pijak@x.sy ambil buang najis tu&cuci ditmpt itu sj.sy masih xpuas hati kalau2 mak terpijak tp kalau sy nak mop 1umah alamatnya xsolat subuh la sy pg ni.adakah solat sy diterima memandangkan maybe lantai umah sy sana sini dah tercemar.lebih2 lg bila sy wuduk kaki basah&pijak lantai.mohon jwb

Jawapan

Wkslm Wrhmtllh Wbrkth..
Tahi cicak adalah dikira najis bagi mazhab Syafie. Sebaik-baiknya tahi tersebut hendaklah dibuang dan dibersihkan. Walaubagaimanapun mengikut pandangan  Imam an-Nawawi dalam kitab al-Majmu' najis binatang yang tidak mengalir darahnya seperti tahi cicak, lalat dan sebagainya dimaafkan kerana termasuk dalam masalah ' umum al-balwa '   (masalah yang sering dihadapi) dan sukar untuk dielakkan. Wallahu a'lam

Saturday, August 3, 2013

Berbuka Kurang Seminit Gara2 Guna Aplikasi Android

Soalan

Assalam. Sy menggunakan aplikasi android waktu solat pada gadget saya. Suatu ketika sy berada di luar jauh dr Masjid. Jadi sy brgantung pada aplikasi itu. Bila masuk waktu 7.29 pm sy pun terus berbuka. Setelah pulang dan semak waktu sebenar rupa2nya aplikasi android tu kurang seminit dr waktu sebenar. Sah atau tidah puasa saya?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, puasa anda adalah sah dengan syarat anda berada di dalam keadaan yang cukup pasti (tidak ragu-ragu) dengan jam yang terdapat pada gadjet tersebut.
Namun begitu, jika anda sudah tahu tentang ketidaksamaan waktu pada gadjet tersebut dengan waktu yang sebenar, tetapi tidak anda hiraukan mengenainya, maka puasa anda pada hari tersebut adalah tidak sah kerana berbuka sebelum masuknya waktu maghrib.
Pengajaran yang boleh anda ambil melalui kes di atas ialah sila pastikan segala keperluan di dalam anda melaksanakan ibadat berada dalam keadaan yang baik dan memuaskan.
Sila pastikan jam yang terpapar pada gadjet tersebut  menyamai dengan waktu tempatan. Jika di Malaysia, sila dail 1051 untuk menyemak waktu yang tepat bagi negeri-negeri di negara ini. Wallahu 'Alam.
Nasihat daripada Panel, gunakanlah gadjet dan penemuan yang baru sebagai alat yang boleh memudahkan lagi urusan ibadat kita. Semoga dengan kemajuan sains dan teknologi pada hari ini dapat memudahkan segala urusan hidup dan ibadat kita. Wallahu 'Alam.

Puasa Yang Lalu Dan Byrn Fidyah

Soalan

slm,
sy prnh mnggalkan puasa sejak baligh...anggaran perkiraan hari lebih kurang 100 hari...sy ingin btanya:
i) boleh x sy byr keseluruhan fidyah terlebih dahulu, kemudian diikuti dgn qada puasa sedikit demi sedikit? (krn sefaham sy, fidyah akan naik tahun demi tahun..kan ustz? manakala qada puasa tetap 100 hari...)

Jawapan

Waalaikumussalam.
Boleh berbuat demikian.  Qada puasa tetap sama jumlah yang ditinggalkan tetapi fidyah akan bertambah dari tahun ke tahun.  Jika kita hendak menggantikan qada itu secara beransur-ansur setelah fidyah di lunaskan keseluruhannya maka fidyah tersebut tidaklah bertambah kerana tidak dapat menghabiskan puasa tersebut.

Hukum Halal/haram

Soalan

salam. apakah hukum melayari internet secara percuma melalui handfone dgn menggunakan trik?

Jawapan

Haram/berdosa melayari internet secara percuma melalui handfone tanpa kebenaran kecuali ia dimaafkan oleh syarikat tersebut.

Waktu Mandi Wajib

Soalan

adakah waktu-waktu yang tertentu yang tidak boleh melaksanakan mandi wajib ??

Jawapan

Assalamualaikum
Mandi wajib boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, kerana berjunub atau selepas suci daripada haid dan nifas. Mandi wajib perlu disegerakan bagi membolehkan seseorang itu melaksanakan.
Wallahua'lam

Mengelap Bibir Dengan Kain Lembab Ketika Puasa

Soalan

Assalamualaikum, rakan saya sering mengelap bibirnya dengan sapu tangan yang lembab. Di mana sapu tangan tersebut dibasahkan dan kemudian diperah airnya, menjadikan ia lembab.
Soalannya adakan perbuatan mengelap bibir dengan sapu tangan lembab boleh membatalkan puasa kerana kemungkinan sisa air pada sapu tangan tersebut mungkin masuk ke dalam mulut.?
Mohon pencerahan dari ustaz. Sekian terima kasih.

Jawapan

Waalaikumussalam.
Boleh mengelap bibir dengan menggunakan sapu tangan atau kain atau tisu atau sebagainya dan ia tidak membatalkan puasa, sekalipun sisa air masuk kedalam mulut tidak membatalkan puasa, begitu juga dengan berkeromor/menggosak gigi/bersugi atau sebagainya yang sesetengah pendapat mengkategorikan sebagai makruh sahaja.

Bayar Zakat Fitrah Semasa Haid

Soalan

Bolehkah seorang wanita itu membayar zakat fitrah semasa dia sedang didatangi haid?

Jawapan

Assalamualaikum.
Seseorang wanita itu boleh membayar zakat fitrah semasa ia didatangi haid.
Menunaikan zakat merupakan satu kewajipan; dan tidak disyaratkan bagi pembayar zakat untuk suci daripada hadas kecil dan hadas besar seperti yang disyaratkan dalam pelaksanaan ibadah solat.
Wallahua'lam

Puasa Dan Kebatalannya

Soalan

saya seringkali rasa kdg kala air liur keluar dr pipi@gigi.sy pun xtau dr mana sbnrnya tp bkn dr tekak.boleh telan ke x?sbb kalau keluar ikut sini mmg xdpt nak kawal.keluar scr auto.kalau telan batal x?.2)masa takbir wajibkah suara didengarkan sbb kdgkala suara xberapa nak keluar tp mulut kumat kamit.sah kah solat saya?3)jalau niat waktu sahur nak cakap puasa esok hari@hari ni?ms rendam baju esoknya nak basuh baju rendaman tu berbau.adakah bau itu najis?kalau basuh pun masih berbau kira suci x?

Jawapan

Berkenaan dengan air liur keluar dari pipi tidak melepasi bibir boleh ditelan dan ia tidak membatalkan puasa.
2. Semasa takbir seharus dan sebaik-baiknya suara dapat didengari dan jika tidak sekalipun bukanlah boleh membatalkan solat
3. Niat puasa boleh dilakukan pada bila-bila sahaja dan niat bukanlah semata-mata dengan bersuara dan juga niat juga berlaku sebulan/seminggu/bisok hari dan sebagainya.
Bau baju yang direndam itu tidaklah najis dan berbau itu juga dikira suci.

Persoalan Tentang Solat Sunat Witir

Soalan

Assalamualaikum wbt ustaz...saya ingin bertanyakan satu soalan tentang solat sunat witir..
1) saya buat solat sunat tahajud dan penutup solat witir boleh kah saya buat 1 rakaat selain dari 3 rakaat yang disarankan?
2) dalam sota sunat witir pada rakaat yang pertama kita diajarkan untuk membaca surah AL-'A'LA boleh kah saya membaca surah yang lain selain surah yang berkenaan misalnya surah2 pendek yang lain.
Mohon ustaz beri pencerahan bagi soalan saya diatas, sekian Assalamualaqikum..

Jawapan

Assalamualaikum.
1- Boleh melakukan solat witir satu rakaat sahaja, tetapi lebih afdhal melakukan solat witir 3 rakaat.
2- Boleh membaca mana-mana surah dalam al-Quran selepas membaca al-Fatihah bagi solat witir tersebut.

Wallahua'lam

Jenis-jenis Darah IstihadhahSoalan Assalamualaikum Saya ingin bertanya, apakah jenis-jenis darah yang dikira sebagai darah istihadhah? Sekian, terima kasih Jawapan Waalaikummussalam Darah istihadhah terbahagi kepada 5 jenis iaitu: 1- Darah yang keluar kurang dari tempoh minimum haid (iaitu satu hari dan satu malam) 2- Darah yang melebihi tempoh maksimum haid (iaitu 15 hari 15 malam) 3- Darah yang keluar sebelum usia haid (iaitu 9 tahun) 4- Darah yang keluar melebihi tempoh maksimum nifas 5- Darah yang keluar melebihi kebiasaan tempoh haid dan nifas (mengikut kebiasaan tempoh haid dan nifas wanita tersebut) Sekian, wallahua'lam

Soalan

Assalamualaikum

Saya ingin bertanya, apakah jenis-jenis darah yang dikira sebagai darah istihadhah?

Sekian, terima kasih

Jawapan

Waalaikummussalam
Darah istihadhah terbahagi kepada 5 jenis iaitu:
1- Darah yang keluar kurang dari tempoh minimum haid (iaitu satu hari dan satu malam)
2- Darah yang melebihi tempoh maksimum haid (iaitu 15 hari 15 malam)
3- Darah yang keluar sebelum usia haid (iaitu 9 tahun)
4- Darah yang keluar melebihi tempoh maksimum nifas
5- Darah yang keluar melebihi kebiasaan tempoh haid dan nifas (mengikut kebiasaan tempoh haid dan nifas wanita tersebut)
Sekian, wallahua'lam

Jatuh Talak @ Tidak

Soalan

assalamualaikum.....saya ingin bertanya,beberapa hari yg lalu suami saya ada ucap nanti kita pegi pejabat agama....lepas raya kita pisah.....tp selepas itu dia menyesal dan katanya dia tak de niat nak pisah.....adakah ayat yg diucap itu jatuh talak ke atas saya?

Jawapan

Waalaikumussalam.
Tidak jatuh talak dengan kata-kata sedemikian kerana ia berbentuk cadangan iaitu cadangan untuk berpisah selepas raya.  Cadangan tidak menjatuhkan talak

Pengiraan Haid Mengikut Islam

Soalan

Asslamualaikum..baru-baru ini saya ada dengar bahawa pengiraan haid mengikut Islam adalah seperti ini:
Jika kita haid pada 5-19 ramadhan dan pada bulan hadapannya kita haid jatuh pada 8 syawal bemakna mengikut kitaran haid, 8 syawal itu merupakan hari ketiga kita haid kerana kalau mengikut kitaran haid kita sepatutnya haid pada 5 syawal..
soalan saya, adakah cara pengiraan betul?Bagaimanakah cara pengiraan haid yang betul mengikut Islam?

Jawapan

Assalamualaikum.
Cara pengiraan haid adalah bermula dengan hari keluarnya darah haid tersebut. Ini disebabkan terdapat perbezaan antara kitaran haid seseorang wanita dengan yang lain. Dalam kes ini, haid pada 8 syawal tersebut dikira sebagai hari pertama haid. Haid tidak boleh dikira pada hari yang tiada keluarnya darah kerana penentuan haid adalah dengan melihat kepada darah yang keluar. Sekiranya tiada darah, maka seseorang wanita itu wajib melaksanakan ibadah seperti biasa.
Manakala, bagi wanita yang mengalami pendarahan berterusan, terdapat beberapa kaedah menentukan darah haid atau bukan darah haid iaitu :
1- Sekiranya tempoh kebiasaan haid adalah 6 atau 7 hari, maka seseorang itu perlu mengambilkira tempoh 6 atau 7 hari itu sebagai tempoh haid, dan selebihnya sebagai istihadhah.
2- Sekiranya tidak dapat menentukan jangkamasa haid, maka hendaklah ia melihat kepada warna darah iaitu warna darah haid dikira sebagai tempoh haid, dan warna selainnya dikira sebagai istihadhah.
3- Sekiranya tidak dapat membezakan warna darah, maka ia hendaklah mengambilkira tempoh kebiasaan haid iaitu 6 atau 7 hari sebagai tempoh haid dan selebihnya sebagai istihadhah.
* Tempoh suci antara 2 haid pula adalah selama 15 hari dan 15 malam.
Sekian, wassalam

Adakah Khutbah Merupakan Syarat Sah Solat Hari Raya?

Soalan

adakah khutbah merupakan syarat sah solat hari raya?

Jawapan

Tidak, Khutbah Raya hukumnya adalah sunat. Kita melakukan nya sebagaimana yang dibuat oleh Nabi s.a.w.

Waris Harta Diberi Semasa Hidup

Soalan

asalamualaikum....emak saya telah mewarisi rumahnya kepada saya..kemudian abg saya memaksa emak saya menukar nama rumah kepadanya...kerana terpaksa dan takut emak saya menyuruh saya menukar nama tanah rumah kepada abg saya...apakah hukum abg saya memaksa dan bolehkah diambil kembali setelah diserahkan....terimakasih

Jawapan

Ini adalah termasuk dalam pemberian masa hidup. Sepatutnya harta tersebut tidak ditukar semasa hidup dalam keadaan itu, sebab boleh menimbulkan ketidak adilan. Atau diletakakn dua nama, iaitu nama saudara dan abang bersama (Bahagian saudara dan abang adalah sama dalam faraid). Bahkan jika tidak ditukarkan maka dibiarkan sehingga ibu meninggal dan menjadi pusaka maka dibahagikan sama banyak antara anak lelaki,. dibuat di pejabat pusaka kecil. Ibu berhak mengambil balik harta yang diberikan itu dari segi hukum. Ini perlu rujuk juga kepada pejabat tanah. Jika abang mahu 100% ianya adalah satu kezaliman.

Menetapkan Larangan Dan Jika Ingkar Jatuh Talak

Soalan

As'salamualaikum.. Saya ingin bertanyakan, jika isteri selalu mengulangi perkara yang tidak digemari oleh suami lalu suami melafazkan, contoh si suami berkata jika kamu (si isteri) kuar rumah lagi tanpa memberi tahu suami maka jatuh lah talak.
Adakah talak akan berlaku secara automatic selepas isteri keluar rumah tanpa pengetahuan suami atau selepas pengetahuan (bila suami ternampak) isteri keluar tanpa pengetahuan suami. Minta pencerahan. Terima kasih.

Jawapan

Waalaikumussalam.
Jatuh taklik (talak) dengan perkataan  tersebut

Memeriksa Kemaluan Menggunakan Alat Dengan Memasukkan Alat

Soalan

Assalammualaikum .sy mengandung 6 bln, sepanjang sy mengandung saya mengalami penyakit keputihan yg agak serious, oleh yg demikian doktor terpaksa mengambil sample keputihan dengan memasukkan alat kedlm kemaluan sy utk mengambil sample keputihan utk di hantar ke makmal takut ada jangkitan ygblh memudharatkan Janin. Dan ms dia ambil sample adalah bln ramadhan. atas alasan takutkan jangkitan kuman terhdp janin sy saya bersetuju. soalan saya adakah sy perlu byr fidyah krn niat risau ttg bayi? tq ye

Jawapan

Batal puasa anda dan wajib mengqadha'nya selepas habis bulan Ramadhan.

Perlu Samak Ke Tidak

Soalan

satu ketika isteri saya terpegang kunci rumah di dalam kotak yang sayarasa dalam kotak tu ada beberapa helai bulu anjing. Dia kemudian menggunakan kunci itu untuk membuka pintu rumah. Persoalannya perlukah disamak tombol pintu yang dipegang dan jika saya dan anak-anak telah memegang tombol pintu itu, perlukah saya menyamak tangan yang memegangnya? sedangkan setelah memegang tombol tersebut, saya telah memegang banyak benda- benda lain termasuk anggota badan termasuk makanan..

Jawapan

Tidak perlu disamak

Nak Masuk Islam Tapi Kedua-dua Isteri Adalah Adik Beradik

Soalan

Seorang pencen Guru dari kaum Asli ingin memeluk Islam. Kedua-dua isteri beliau adalah adik beradik. Jadi bagaimana kami untuk menyelesaikan pertembungan akidah dan syariat kepada beliau. Ditakuti apabila mendengar penjelasan daripada kami yang beliau perlu menceraikan salah seorang daripada isterinya beliau akan membatalkan keputusan untuk memeluk Islam? Jumlah anak beliau seramai 24 orang.
Mohon pencerahan

Jawapan

Saya mendoakan semuga tuan berjaja menarik orang yang bukan Islam ke Ugama Islam, bagi menjawab persoalan ini saya mencadangkan kita merujuk cara yang diajar  dalam Al-Quran .Berdakwah lah kamu dengan mengguakan Hikmah dan Kebijaksanaan.
2. Hikmat disini tidak diperjelaskan dengan terperinci. Saya mencadangkan dalam situasi yang sedang tuan hadapi, tuan tidak perlu memperjelaskan berkaitan larangan islam berkahwin dua beradik.Setelah lama dia memeluk islam ,tuan boleh hadiahkan kepada dia buku berkaitan islam dan dia juga seorang bekas guru,khususnya buku berkaitan nikah kawin.
3.  Tuan juga dicadangkan supaya membawa  dia menziarahi orang yang dia segan dan malu dan orang itu faham dengan hal keadaan hukum Islam, galakkan mereka berbincang dan masukkan tajuk berkaitan larangan perkahwinan. Saya rasa inilah cara yang terbaik buat tuan. walaubagaimanapun saya rasa tuan juga menpunyai pandang yang baik, dan gunakan kebijaksanaan yang ada pada tuan bagi menyelesaikan permasalahan ini. sekian terima kasih semuga tuan berjaya mendapat ganjaran yang besar dari Allah.

Menggantikan Puasa Bapa Yang Meninggal Dunia

Soalan

Ustaz, saya ingin tanya mengenai qadha puasa utk bapa saya yang meninggal dunia pada tahun 2007 1 ramadhan (satu hari sahaja meninggalkan puasa kerana sakit tenat) . sekarang ini saya ingin tahu berapa harikah saya perlu ganti puasa untuknya? saya baru teringat bahawa saya belum mengganti puasanya tetapi ibu saya sudah membayar fidyah...

Jawapan

Sauda adalah disunatkan menggantikan puasa tersebut sebanyak sehari sahaja. Itulah yang terbaik dilakukan sebagai seorang anak. Bapa akan mendapat ganjaran dari perbuatan saudara itu dan ianya sabit dari hadis sohih.

Adakah Sunnah Membaca Doa Qunut Dalam Solat Witir (samada Dlm Bulan Ramadhan Atau Selain Ramadhan)

Soalan

Asslamualaikum,... Adakah Sunnah membaca doa qunut dalam solat witir (samada dlm bulan ramadhan atau selain ramadhan)??Perihal membaca doa Qunut pada solat witir ini tiada contoh dari Nabi SAW, tiada contoh samada dari perbuatan Nabi atau dari perkataan Nabi. Sila beri penjelasan yang tepat. terima kasih...

Jawapan

Wkslm Wrhmtllh Wbrkth...
Sebahagian ulama' menganggap bahawa qunut itu adalah sunnah ketika berlaku perkara 'nawazil' (ditimpa musibah) saahja, sebahagian ulama' pula contohnya seperti kalangan mazhab Syafie menganggap bahawa ianya adalah sunnah yang berterusan ketika solat subuh dan separuh bulan yang terakhir ramadhan. Kedua-dua pendapat ini mempunyai hujah-hujah yang tersendiri, dan perkara ini adalah perkara sunat yang samada hendak dibuat atau hendak ditinggalkan tiada menimbulkan masalah. Imam Syafie sendiri tidak membaca qunut ketika berada di Baghdad sebagai menghormati kalangan ahli mazhab Hanafi di sana. Ini menunjukkan bahawa perkara ini adalah luas dan tidak perlu bagi mana-mana pihak untuk menyempitkan dan terlalu berkeras terhadap mana-mana pendapat. Wallahu a'lam.

Suami Mempersoal Tanggungjawab

Soalan

Saya telah berkahwin hampir 4 tahun. Tapi sepanjang perkahwinan suami tidak pernah memberi nafkah dan tidak bekerja. Memang saya seorang yang menanggung ibu bapa dan adik beradik saya, suami pun tumpang sekaki. Bapa saya pula tak kisah. Tapi saya sakit hati bila suami suruh saya berhenti kerja. Adakah jika saya berhenti kerja tanggungjawab menjaga kedua ibu bapa saya itu suami wajib tanggung? (Bapa saya sakit, Ibu tidak bekerja, adik masih di sekolah.)

Jawapan

Pinal mencadangkan supaya berbincanglah dengan suami dengan sebaik-baiknya dan berilah alasan dengan sebaik-baiknya supaya pekerjaan itu dapat direstuinya. mungkin ada perkara yang tersembunyi disebalik halangan tersebut, ajakkanlah suami supaya bertindak dan berfikir secara rasional untuk kepentingan bersama dan masa depan suami isteri, anak-anak dan keluarga.

Adakah Jatuh Lafaz Cerai

Soalan

Ada kah jatuh talak bila saya berkata kepada isteri saya kalau pentingkan ibunya dari saya pergi la duduk dengan emak dia tak payah duduk dengan saya. Dia pentingkan ibunya dari saya.

Jawapan

Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Dalam perkara ini, talaq adalah masih tidak terjatuh sekiranya semasa anda melafazkan kata-kata tersebut anda tidak niatkan untuk menceraikannya. Sila rujuk kepada Pejabat Agama Daerah yang berhampiran untuk dapatkan penjelasan yang lebih lanjut. Wallahu 'alam.

Menjaga Hati Ibu Atau Isteri Yang Lebih Penting

Soalan

ibu saya tinggal berseorangan di kampung. kami adik beradik semua sudah berkahwin dan bekerja di KL. setiap kali raya, saya akan tinggalkan isteri dan anak saya di rumah mertua saya dan saya akan balik ke rumah ibu saya untuk menyambut hari raya bersama ibu. saya akan balik semula ke rumah mertua pada raya ke-2 atau ke-2 untuk bersama-sama isteri dan anak saya. adakah tindakan saya betul untuk menjaga hati ibu lebih dari hati isteri sendiri?

Jawapan

Jika itu adalah permintaan ibu saudara maka tindakan saudara mendahulukan ibu adalah benar. Mungkin saudara boleh berbincang dengan ibu tentang perkara ini. Beraay 1 keluarga bersama adaketika bersama ibu dan ada ketika bersama mertua untuk raya pertama.