Tuesday, June 26, 2012

SEMBAHYANG TARAWIKH

Soalan

YANG BERBAHAGIA TUAN,
BOLEHKAH MAKMUM MEMBACA FATIHAH SERENTAK BERSAMA IMAN SEBELUM MAKMUM MENGAMINKAN FATIHAH IMAM? SBB KADANG-KADANG BACAAN IMAM TERLALU PANTAS DAN MAKMUM BELUM SEMPAT MENAMATKAN BACAAN FATIHAH DAN IMAM TELAH RUKUK.

Jawapan

Waalaikumussalam,
Anda diharuskan untuk mengikuti bacaan fatihah ketika imam membacanya.Ini  bagi tujuan untuk mengelakkan  anda tidak sempat membaca fatihah setelah imam menghabiskan bacaan tersebut.
Sebaik-baiknya jika anda boleh eluk anda dengar bacaan fatihah yang dilafazkan oleh imam,jika bimbang tidak sempat ulamak mengharuskan anda berbuat sedemikian.Wallahu a'lam.

Seorang Isteri Bersetubuhan Dengan Skandal Luar

Soalan

adakah dosa siisteri masih lagi ditanggung oleh sisuami sekiranya siisteri bersetubuh dengan lelaki lain??

Jawapan

Waalaikumussalam,
Pertama sekali panel ingin memaklumkan mengenai  hukum bersetubuh dengan pasangan yang bukan suami isteri yang sah adalah HARAM.Jika sudah berlaku kena bertaubat NASUHA/BERSUNGGUH-SUNGGUH KEPADA ALLAH ,menyesal tidak akan mengulangi dan berusaha untuk segera meninggalkannya.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan, jika jelas siisteri telah melakukan zina bersama dengan lelaki lain,Ini bermakna beliau telah mendurhaka kepada suami  yang sah di samping melakukan dosa besar.Jika beliau tidak minta ampun  kepada suami serta bertaubat kepada Allah, alamat beliau mengundang kemurkaan Allah SWT.Dalam kes ini suami berhak untuk menceraikannya.Jika suami reda dengan perbuatan isterinya maka suami tersebut tergolong dalam kategori suami yang dayus.Dalam sebuah hadis baginda SAW  yang bermaksud:
"Suami yang dayus tidak akan masuk syurga"
Si isteri tetap menanggung dosanya sendiri  yang telah dilakukan bersama pasangan luar,kecuali suami tahu dan beliau  buat-buat tidak tahu maka ia tetap dapat saham hasil perbuatan isterinya.Wallahu a'lam.

Hukum Mengikuti Kursus Kahwin

Soalan

salam ustaz . saya ingin bertanya , adakah wajib untuk mengikuti kursus kahwin ? kalau tidak mengikuti kursus kahwin , adakah perkahwinan tidak sah ?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Kursus pra perkahwinan adalah suatu kursus wajib yang dianjurkan oleh kerajaan persekutuan untuk diikuti oleh semua bakal pengantin sebelum mereka melangkah ke gerbang perkahwinan.Ia  bertujuan baik untuk persediaan kepada bakal-bakal mempelai mengenai prosedur perkahwinan,kesihatan,pengurusan kewangan dan seumpamanya.
Di samping itu kursus ini juga untuk mengelakkan bakal-bakal pasangan  tidak tahu hukum-hakam dan mengelakkan berlakunya perceraian  setelah berkahwin.Jika anda tidak ikut kursus pra perkahwinan, besar kemungkinan anda tidak akan dipertimbangkan untuk berkahwinan.Ini kerana salah satu syarat untuk membolehkan seseorang itu berkahwian pada masa sekarang ialah mengikuti kursus pra perkahwinan dan melepasi ujian HIV.
Justeru panel nasihatkan agar anda ikutlah arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri demi kesejahteraan  pasangan anda.Wallahu a'lam.

Bagaimanakah Mengambil Keuntungan Dlm Perniagaan Yg Benar

Soalan

hukum mengambil untung dlm perniagaan contoh modal rm20 di jual rm30 adakah boleh?

Jawapan

Dalam persoalan kadar keuntungan dalam perniagaan, sebenarnya tidak terdapat sebarang ketetapan yang telah ditentukan oleh Syara'.
Namun begitu, jual beli yang dilakukan mestilah memenuhi syarat-syarat jual beli yang telah ditentukan. Antaranya seperti jual beli tersebut mestilah dilakukan di dalam keadaan yang saling reda meradai di antara penjual dengan pembeli.
Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala, maksudnya:
“Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu Dengan jalan Yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali Dengan jalan perniagaan Yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu”.
(Surah Al-Nisa’ 04: 29)

Ringkasnya, modal RM20 dan dijual dengan harga RM30 adalah tidak dilarang dengan syarat pembeli reda dengan harga dan barangan yang ditawarkan. Wallahu 'alam.

Isteri Keluar Mazi Sebelum Disetubuhi Suami,adakah Wajib Mandi Junub?

Soalan

assalamualaikum..nk tnye suami istri,jika brsetubuh.perlu mandi junub kn..tetapi,jika belum bersetubuh..lelaki hanya keluar air mazi sahaja..tidak perlu mandi junub kn..tetapi bg isteri,bagaimana pula..belum lg brsetubuh..tetapi mazinya keluar..adakah dia perlu mandi junub?ataupn setelah disetubuhi oleh suami baru diwajibkn mandi junub?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Situasi pertama sekiranya yang keluar itu hanya air mazi isteri,ulamak fekah merumuskan ia tidak perlu mandi wajib TETAPI memadai ia membersihkan serta memasuhnya sahaja pada tempat tersebut.
Situasi kedua jika suaminya telah menyetubuhi isteri , menurut hukum fekah,suami dan isteri wajib mengangkat hadas besar.walaupun kedua-duanya tidak sampai keluar mani tetapi DENGAN SYARAT kepada zakar suami telah tenggelam dalam faraj isteri,makan mereka berdua wajib mandi bagi mengangkat hadas besar untuk membolehkan mereka menunaikan ibadah (Solat , puasa  dan membaca al-Quran)  kepada Allah.Wallahu a'lam.

Bercuti Kongsi Bilik

Soalan

Salam, saya ingin pergi bercuti dengan kawan sekerja.
Secara kebetulan kita ingin pergi ke tempat yang sama dan
kerana bajet terhad boleh tidak sewa bilik hotel yang sama.
Walaupun tiada niat yang tertentu. Adakah ia berdosa?

Jawapan

wassalam,
dalam hal ini anda dan kawan sekerja (lelaki dan perempuan) adalah dilarang untuk menyewa bilik hotel bersama. Walaupun atas alasan bajet yang tidak mencukupi, ia adalah diharamkan kerana boleh mendedahkan kepada berlakunya maksiat yang lebih besar (zina).
Akan tetapi, jika sebaliknya (lelaki dengan lelaki/perempuan dengan perempuan) adalah dibenarkan.
Ringkasnya, Islam amat menjaga pergaulan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Dari itu, mereka tidak boleh bergaul secara terlalu bebas demi menjaga kemaslahatan umah dan keutuhan masyarakat Islam setempat. Wallahu 'alam.

Menggunakan Duit Haram Untuk Membaiki Kereta

Soalan

Saya telah membaiki kereta saya menggunakan duit yg haram yg tlh diberikan oleh seseorang..adakah saya perlu melupuskan kereta milik saya itu?

Jawapan

Dalam masalah yang berkaitan dengan wang yang dihukumkan haram, ia tidak boleh digunakan untuk memenuhi keperluan peribadi dan juga keperluan orang yang berada di bawah tanggungannya. Akan tetapi wang tersebut perlu disalurkan/dibelanjakan untuk keperluan/kepentingan orang ramai ataupun cara yang paling mudah ialah dengan menghantar wang tersebut ke Baitulmal yang berdekatan.
Oleh sebab anda telah menggunakan wang yang dihukumkan haram untuk memperbaiki kereta anda, ia perlu ditebus dengan menggantikan jumlah wang yang telah digunakan untuk tujuan tersebut dan menghantarnya ke Baitulmal.
Ringkasnya, kereta tersebut tidak perlu untuk dilupuskan kerana wang haram yang telah digunakan untuk memperbaikinya boleh digantikan dengan wang lain dan memasukkannya ke Baitulmal.
Semoga dengan keperihatinan anda dalam isu ini menyebabkan rahmat Allah Subhanahu Wa Ta'ala sentiasa memayungi diri anda sekeluarga. Wallahu 'alam.

Perihal Wuduk Dan Mani Hadas

Soalan

Assalamualaikum Ustaz.
1. Difahamkan kita tidak perlu mengambil wuduk selepas mandi hadas. Bukankan semasa kita mandi hadas kita akan menyentuh kemaluan untuk meratakan air. Mohon pandangan.

2. Benarkan semasa mengambil wuduk, kita tidak boleh mengangkat tangan contohnya semasa membasuh muka kerana air ditangan itu dikira air mustakmal. Sekian.

Jawapan

1. Ya tidak perlu wuduk walaupun kita menyentuh kemaluan ketika mandi hadas besar.
2. Boleh, dan walaupun air dari tangan jatuh masuk dalam air whuduk yang sedikit ia tetap tidak di anggap air mustakmal. Sebab ini berlaku di zaman rasul s.a.w. Bukhari meriwayatkan Nabi berwuduk dalam bekas kecil dan baginda mencedoknya dengan tangan basuh anggota wuduk, cedok lagi sehingga selesai wuduk. Perlu di ingat di Arab air di zaman Rasul amat bernilai bukan macam tempat kita ada sungai dan pantai. Ini yang ramai tidak memahaminya

Terpegang Tulang Khinzir

Soalan

salam ustad, apa yg perlu saya lakukan sekiranya saya pernah terpegang tulang khinzir sebelum ini dan sehingga sekarang belum melakukan apa2 .. ? terima ksih

Jawapan

Jika kering tak perlu samak, Jika tak pasti juga tak perlu samak. Dalam keadaan saudara ianya dimaafkan sebab ada khilaf ulamak di sini dan Islam tidak menyusahkan ummatnya

Status Perkahwinan

Soalan

Salam panel..suami mengirimkan sms dgn ayat "aku lepaskan kau" semasa kami bergaduh..selepas itu suami meminta maaf dan berkata dia sedang marah ketika itu dan tiada niat cerai.selepas itu kami berjimak..soalan sy,apakah status perkahwinan kami ketika ini?

Jawapan

Jika tiada niat maka tak jatuh talak.

Cara Melakukan Taubat

Soalan

salam... ustaz saya ingin melakukan bertaubat tetapi kerana saya kurang pendidikan agama.. bgai mne kah cara yg sebenarnya melakukannya....

Jawapan

Ambil wuduk dan solat sunat taubat. Jika taubat berkaitan dosa dengan orang lain wajib diselesaikan terlebih dahulu seperti mencuri dan sebagainya. Lakukan kebaikan sentiasa selepas itu.

"BERSEKEDUDUKAN TANPA NIKAH"

Soalan

Asskum wbkt Tn.Saya tinggal dikawasan perumahan Taman Dato Senu,hmpir 29 tahun.Dahulu ke jiranan ini agak ""Bersih" dari unsur Maksiat berkat muafakat dan kerjasama.Malangnya apabila tuanrumah mula menyewakan rumah kepada warga asing terutama Indonesia,Bangladesh,Nepal,banyak pasangan bersekedudukan.Apabila rakan saya mengadu kepada Jawatankuasa Surau,jawapan yang diterima."Jaga Kubur masing-masing".Kebanyakan pasangan ini duduk di Flat Taman Sentul Utama blok 207,209,211.Kami amat berharap

Jawapan

Waalaikumussalam,
Dalam ugama Islam menyarankan agar kita mencegah sebarang kemungkaran yang berlaku terutama di kawasan perumahan dan tempat tinggal kita.Perkara ini berdasarkan kepada  saranan hadis baginda SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah ia segera mengubah dengan kuasa, jika dia tidak mampu maka hendaklah ia  mengubahnya dengan lidah jika dia tidak mampu maka hendak ia mengubah dengan hati (membenci terdapap perkara tersebut."
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan ialah sekiranya maksiat /bersekedudukan banyak berlaku di tempat/kawasan anda ,tindakan yang paling praktikal /wajib untuk anda lakukan ialah dengan SEGERA melaporkan perkara tersebut  kepada bahagian penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan menelifon  03-22749333 dan disambungkan kepada bahagian penguatkuasa.Insya'Allah mereka akan mengambil tindakan dengan membuat serbuan dan tangkapan seterusnya di dakwa di Mahkamah.Wallahu a'a'lam

Perlu Ulang Ke Atau Tak

Soalan

Assalammualaikum.. Tuan, sy nak tnya klu sy nak solat hajat rakaat pertama perlu baca ayat kursi sebanyak 11kali dan rakaat kedua al-ikhlas sebanyak 7kali. Yang menjadi persoalannya, adakah setiap kali sy ulang semula ayat tersebut sy perlu membaca Bismillahirahmanirrohim?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Seeluk-eluknya panel nasihatkan agar anda harus membaca bismillahirrahmanirrahim ketika memulakan bacaan ayat selepas Fatihah,jika tidak baca pun Allah tahu dan boleh terima bacaan ayat  yang anda baca.Wallahu a'lam

Contoh Lafaz Zihar

Soalan

kalau suami menyamakan masakan yang dimasak oleh isteri sama dengan masakan ibu jatuh zihar tak?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Zihar akan jatuh jika suami menyamakan anggota badan isteri dengan ibu kandungnya.Sekiranya beliau menyamakan dengan rasa masakan yang dimasak oleh isterinya menyamai masakan ibunya maka ia tidak menjatuhkan zihar.Wallahu a'lam.

Friday, June 22, 2012

Adakah Jatuh Zihar?

Soalan

Perkara ini sudah lama berlaku tapi baru sedari.isteri ada berkata "pergi kenduri mana2 semua asyik kata saya anak mak abg" dan tanpa sengaja suami menjawab "mungkin muka/mata/hidung awak macam mak".adakah jatuh zihar?jika jatuh zihar bolehkah suami terus melaksanakan denda kifarah yang ketiga iaitu membayar 60 cupak beras(atau menggantikannya dgn nilai wang dibayar kepada pejabat zakat) tanpa melaksanakan denda puasa 2bulan berturut2 kerana dia merasakan tidak mampu melaksanakannya.

Jawapan

Tidak jatuh zihar dalam keadaan itu.

Was-was Terhadap Najis Berat

Soalan

saya ad mengalami perasaan was-was.pd mulanye saya yakin saya tdk terkena najis berat, tetapi perasaan was-was datang balik.jadi saya sertu bahagian yang yang kena najis berkenaan.ap hukumnye terhadap pakain ataupun barang-barang yang pernah bersentuhan dengan bahagian yang yang terkena najis berkenaan semasa saya belum lagi sertu bahagian tersebut?

Jawapan

Selagi tiada zat, rasa dan bau najis berat maka tak perlu samak.

Puasa Sunat Harian

Soalan

Tidak boleh ke kalau kita buat puasa sunat isnin dan khamis, melainkan puasa sunat selasa bersama khamis. kalau hari isnin bersama rabu.

Jawapan

Semua keadaan di atas adalah dibolehkan sebab hanya puasa sunat sahaja atau hanya Isnin sahaja pun boleh.

Air Kumbahan Najis Khinzir

Soalan

apakah hukumnya mandi di air laut yang mempunyai sistem kumbahan najis khinzir yang dialirkan ke dalalamnya. Bagaimana pula dengan hasil tangkapan seperti ikan di sekitar kawasan tersebut. Bolehkah dimakan ?

Jawapan

Jika tiada zat, bau atau rasa  berubah pada air laut maka tidak mengapa. Ikannya halal dimakan.

Batas Pergaulan

Soalan

adakah seorang bayi luar nikah itu berdosa jika namanya dibintikan kepada bapa kandungnya yang telah berkahwin dengan ibu kandungnya.. dan bagaimanakah batas aurat antara bayi itu dan bapa kandungnya..

Jawapan

Dalam kes ini, bayi tersebut tidak berdosa kerana dia masih tidak tahu apa-apa (bayi). Namun, yang berdosa ialah orang yang menasabkan bayi tersebut kepada lelaki yang menyebabkan ibunya hamil dan melahirkan dirinya.
Mengenai batasan aurat bayi tersebut dengan lelaki itu pada asalnya adalah seperti aurat di hadapan seorang lelaki ajnabi (wajib tutup seluruh badan) jika bayi tersebut seorang perempuan. Hal ini disebabkan oleh hubungan nasab di antara mereka adalah tidak diiktiraf oleh Syariah Islam sekalipun setelah berkahwin dengan ibu bayi tersebut.
Ringkasnya, batasan aurat bayi tersebut jika perempuan dengan suami ibunya adalah seperti aurat di antara ayah tiri dengan anak tiri. Ini bermakna jika bayi tersebut perempuan auratnya di hadapan ayah tirinya adalah seperti auratnya di hadapan muhrimnya yang lain.
Walau bagaimanapun, nasab mereka masih tidak boleh dikaitkan – mereka masih tidak mempunyai hubungan nasab walaupun selepas berkahwin dengan ibunya.
Di samping itu juga, harta tinggalan lelaki tersebut juga tidak boleh diwarisi oleh bayi tersebut kerana mereka tidak mempunyai sebarang kaitan darah daging (bukan ahli waris).
Walau bagaimanapun, apabila dia mengahwini ibu bayi tersebut dan telah melakukan persetubuhan dengannya, maka hubungan bayi tersebut dengan suami ibunya adalah seperti hubungan seorang ayah tiri dengan anak tirinya.
Oleh sebab hubungan mereka telah berubah (dari ajnabi menjadi mahram), maka batasan aurat bayi tersebut dengan suami ibunya adalah seperti aurat anak tiri dengan ayah tirinya. Ringkasnya, aurat mereka sama seperti aurat seorang anak dengan bapanya.
Walaupun begitu, bayi tersebut tetap tidak boleh dinasabkan kepada lelaki tersebut sekalipun dia telah mengahwini ibunya. Hal ini adalah kerana hubungan nasab dirinya dengan lelaki tersebut tidak diiktiraf oleh Syara'.
Selain itu, lelaki tersebut juga tidak boleh menjadi wali kepada dirinya dan hartanya juga tidak boleh diwarisi oleh bayi tersebut.
Demikianlah hubungan bayi tersebut dengan suami ibunya (lelaki yang menghamilkan ibunya)Wallahu 'alam.

Hukum Cukur Rambut

Soalan

Assalamualaikum. Anak perempuan saya tak lame lagi akan dibuatkan majlis cukur rambut. Saya ingin bertanye apakah selanjutnye yg harus saya lakukan dgn rambut yg telah dicukur itu? Saya dengar ade org kate nak kena pegi kedai emas untuk timbang beratnye. Selepas itu saya harus tukarkan berat rambut itu ke harga emas dan kemudian beri sedekah sejumlah harga emas itu. Adakah ini betul? Adakah ia wajib?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Dalam Islam bukannya majlis cukur rambut itu perlu diutamakan tetapi majlis Akikah sebagai tanda kesyukuran kerana dikurniakan zuriat/anak.Melaksanakan Akikah  hukumnya adalah sunat muakkad (Yang sangat-sangat dituntut) kepada ibubapa yang mampu dari segi kewangan.Akikah itu Perlu dilaksanakan pada hari ke 7 kelahiran,jika belum sempat buat pada hari ke 14,atau hari ke 21 dan begitu lah seterusnya sehinggalah anak itu baligh.
Pada hari akikah (hari ke 7) itu hendaklah diberi nama anak tersebut ,pada hari itu juga anak itu ditahnik mulutnya (belah mulut)  dengan buah kurma atau madu oleh ulamak atau orang alim.Dicukur rambutnya kemudian rambut tersebut ditimbang dan di nilai dengan harga perak semasa kemudian duit itu didermakan/disedekahkan kepada fakir miskin.Hukum melaksanakan perkara ini adalah sunat Muakkad/sangat dituntut ke arah meraih reda Allah swt.Wallahu a'lam

MENZIARAHI JENAZAH

Soalan

adakah kanak/ bayi boleh dibawa melawat jenazah dan apa kesannya...

Jawapan

Waalaikumussalam,
Dalam agama Islam tidak terdapat sebarang nas yang jelas  melarang umatnya untuk membawa kanak-kanak atau bayi semasa melawat jenazah.Malah jika anda bawa mereka hukumnya adalah harus.
Cuma kadangkala mengikut kepercayaan masyarakat melayu, mereka bimbang ada makhluk  halus akan mengganggu kanak-kanak tersebut.Justeru para ibubapa akan rasa fobia untuk membawa anak-anak ketika menziarahi jenazah. Sebenarnya perkara ini tidak dapat dibuktikan kesahihannya secara saintifik.Ini kerana kepercayaan ini telah sebati di jiwa mereka sejak turun temurun.Malah ada yang percaya  bahawa anak mereka telah diganggu apabila anak tersebut  meracau-racau dan demam.
Panel nasihatkan agar  ibubapa semasa bawa anak-anak ke tempat jenazah,  mereka perlulah  baca beberapa ayat  al-Quran sebagai pendinding untuk diri dan anak yang dibawa.Wallahu a'lam.

Berdosakah Jika Menggunakan Lesen Yg Syubhah

Soalan

adakah saya akan berdosa jika setiap kali saya menggunakan lesen yg diperoleh dri duit halal dan haram

Jawapan

Waalaikumussalam,
Dalam sebuah hadis baginda saw ada menjelaskan yang bermaksud:
"Yang halal itu jelas dan yang haram itupun jelas dan di antara kedua-duanya  terdapat perkara yang samar-samar dan meragukan"
Oleh itu jika anda menggunakan lesen yang diperolehi melalui rezki yang haram, ia tetap berdosa.Kecualilah jika keseluruhan rezki anda  itu memang halal maka halal lah segala amal dan kerja-kerja anda.
Panel nasihatkan, bersihkan harta anda dengan cara memberikan / menyerahkan kepada  baitulmal atau dengan cara mengeluarkan zakat yang sewajarnya.Wallahu a'lam.

Cerai Taklik Dan Kinayah

Soalan

Salam.. kawan saya berkata suaminya sudah lafaz taklik. dan menurut apa yg saya dah baca kt soalan2 yg dah dijawab, lafaz taklik tu sah dan jatuh talak. Selepas itu suami berkata: selepas ini kita bukan suami isteri. jika berserta niat, jatuh talak. bermakna kat sini dua kali dia lafaz cerai.soalannya: adakah sekarang dia talak 1 shj (taklik shj , kinayah tidak dikira) atau 2 (taklik dan kinayah) ?

Jawapan

Soalan tak jelas.... apakah takliknya itu? kedua "selepas ini kita bukan suami isteri. jika berserta niat, jatuh talak." itu kena tanya suaminya apakah niatnya ketika itu?

Nafkah Anak Luar Nikah Dan Tanggungjawab Bapa Anak Luar Nikah

Soalan

Assalamualaikum.Disini saya ada persoalan mengenai nafkah anak luar nikah.anak tersebut dilahirkan selepas 8 bulan selepas bapa dan ibunya bernikah.mengikut JPN,anak tersebut sempat menggunakan nama bapanya sekiranya lahir 6 bulan selepas ibubapanya bernikah.selepas 2 bulan anak tersebut lahir, ibu dan bapanya bercerai.bagaimanakah dengan nafkah untuk anak tersebut.Adakah wajib bapa anak tersebut menanggung nafkah anak tersebut?bagaimana soal nafkah dan apakah tggjwb bapanya?

Jawapan

Kenyataan "mengikut JPN,anak tersebut sempat menggunakan nama bapanya sekiranya lahir 6 bulan selepas ibubapanya bernikah" adalah bberdasarkan keputusan majlis fatwa yang di ambil dari satu pandanganh ulamak yang diijtihad dari nas Al-Quran dan Hadis. Anak itu 100% tanggung jawab bapa dari segi nafkah. Puan boleh memohon perintah dari Mahkamah dan boleh buat potongan gaji secara terus.

Duduk Antara Dua Sujud Yang Betul

Soalan

assalamualaikum,,sah atau tidak ye solat sseorang jika salah lakukan cara duduk antara dua sujud? mksudnye indivdu tersebut mletakkn punggung diatas kdua2 kaki yg tidak dsilang dn tdak pula dtegakkn yg mna tdak sperti dduk thiyat awl? trima ksih..

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Solatnya adalah sah. Hal ini adalah kerana duduk Tahiyat Awal/duduk di antara dua sujud tersebut bukanlah rukun di dalam solat. Oleh itu, cara duduknya itu tidak membatalkan solat yang didirikan. Wallahu 'alam.

Menggigil Ketika Baca Al Fatihah

Soalan

Assalamua'laikum ustaz,
akibat pernafasan tidak baik,pada ayat terakhir al fatihah ...'waladdhooollin.', utk memenuhi syarat 7 harakat menyebabkan saya membaca ayat itu hingga habis dlm keadaan perut saya menggigil lalu tangan dibhgn itu turut sama.
saya tidak membaca ayat terakhir itu secara terus hingga habis tetapi berhenti di '..a'laihim..'.
Ada ketika saya mengulang-ulang ayat tersebut namun keadaannya masih sama.
Apakah sah solat yg saya kerjakan itu?

Wasalam.Terima Kasih.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam masalah ini, ayat tersebut boleh anda bahagikan kepada dua bahagian agar ia tidak terlalu panjang untuk anda menghabiskannya dan dapat membacanya mengikut kaedah tajwid sebagaimana yang dituntut.
Dalam ayat tersebut anda dianjurkan untuk berhenti pada kalimah “maghdubi ‘alaihim” dan mengulang semula setelah menarik nafas yang baru dari “ghairil maghdubi” hinggalah ke akhir ayat.
Dengan cara ini, dapatlah anda membaca “dhollin” sepanjang enam harkat. Wallahu 'alam.

Soalan Musykil Pasal Nabi Nabi

Soalan

adakah kte boleh tahu ukuran saiz badan nabi adam??

Jawapan

Ya boleh.... sebab ianya dinyatakan dalam hadis ukuran dadanya 60 hasta. Oleh itu kita boleh bayangkan ketinggiannya itu.

Belum Dikurniakan Zuriat

Soalan

1. Saya telah berkahwin hampir 2 tahun, 10 bulan yang lepas saya keguguran dan sehingga kini saya masih belum dikurniakan zuriat lagi. saya dapat rasakan perhatian suami saya sudah semakin pudar. hubungan rumahtangga semakin dingin. Saya berusaha untuk mencari jalan penyelesaian, tetapi beliau langsung tidak mengambil peduli.
2. Suami adalah ketua keluarga yang secara langsung bertindak sebagai pembimbing isteri, suami saya tidak pernah menunaikan solat dan solat berjemaah bersama saya.

Jawapan

Nabi berpesan agar mencari pasangan yang beriman sebelum kahwin dibimbangi perkara buruk. Berbincanglah dengan suami untuk berubah. Jumpa kaunseling agama di pejabat agama. Puan ada hak untuk fasakh.

Harta Pusaka - Tidak Mengikut Wasiat Lisan

Soalan

Ayh telah berwasiat secara lisan 4 bidang tanah berasingan kepada 4 orang anak.2 anak lelaki telah membuat pindah milik semasa arwah masih ada.2 anak perempuan tidak membuat pindah milik. semasa menuntut harta pusaka,seorang anak lelaki telah meminta sebahagian dari sebidang tanah yang telah diwasiatkan untuk seorang anak perempuan tadi kerana mendapati tanah ank perempuan tadi lebih luas dari tanah dia.adakah berdosa kerana melanggar wasiat?halalkah jika diberi tanpa rela hati?

Jawapan

Perlu tengok bagaimana wasiat tersebut secara terperinci dan perlu melihat keseluruhan harta adakah lebih 1/3 dll. Persoalan tidak lengkap. Ringkasnya jika semua telah setuju masa arwah hidup cuma lambat tukar nama maka haram tuntutan anak lelaki itu.

Was-was Tentang Status Najis

Soalan

saya dalam perjalanan menaiki motosikal dan dalam perjalanan saya terserempak dengan anjing dan saya merasakan macam terkena sedikit percikan dari badan anjing tersebut.pd mulanya saya yakin yg itu bukan dri anjing tersebut, jadi saya tidak sertu kaki saya dalam masa terdekat tersebut.tetapi lama-kelamaan perasaan was-was datang.jadi saya sertu kaki saya setiah sekian lama. persoalanye, apakah hukum bagi barang-barang ataupun pakain yang pernah terkena bahagian kaki saya selama saya belum sertu?

Jawapan

Tidak perlu di sertu.

Masa Muda Remaja Telah Meninggalkan Puasa Skrg Taubat

Soalan

Assalamualaikum Ustaz,
Saya dahulunya semasa muda jahil tentang agama dan hukum2 nya, saya tinggalkan puasa dan tidak menqadanya, sekarang saya sedar dan bertaubat. Saya mula menqada puasa. Pertanyaan saya, bolihkah saya membayar fidyah secara satu tahun, saya tidak mampu membayarnya secara total 20 tahun fidyah, yang dikira berjumlah $7,000 lebih, sekian terima kasih.
Jazakumullah

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Bersyukurlah ke Hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana telah memberi anda peluang untuk bertaubat dan kembali ke jalannya yang lurus.
Dalam masalah membayar fidyah puasa tersebut, anda boleh berbuat demikian. namun apa yang paling penting ialah anda mengqadha’ semua jumlah hari puasa Ramadhan yang telah anda tinggalkan selama ini.
Ringkasnya, bayarlah fidyah tersebut mengikut kemampuan kewangan anda. Wallahu 'alam.

Solat Jamak Dan Qasar Semasa Bekerja Di Laut.

Soalan

Saya berkerja di laut selama 45 hari kadang-kadang hingga 60 hari, adakalanya posisi kapal atau tongkang tempat saya bekerja berubah dan adakalanya tetap di suatu tempat, dalam kapal ada disediakan surau bilangan pekerja yg beragama islam kurang dari 40 orang, masa bekerja pula ialah 12 jam sehari sama ada shift siang ataupun malam. Soalan saya: Sepanjang bekerja saya mengerjakan solat jamak dan qasar samada zuhur dan asar ataupun magrib dan isyak, adakah ianya dibolehkan?

Jawapan

dalam hal ini, jika jarak perjalanan daripada rumah anda ke tempat kerja (di tengah laut) melebihi jarak 2 marhalah (90 KM), maka anda dibolehkan untuk mengerjakan Solat Jamak dan qasar (dalam perjalanan).
Akan tetapi, sekiranya anda mengetahui kapal atau tongkang  tersebut akan berada pada sesuatu tempat (berhenti) selama 4 hari atau lebih, maka dalam masa ini anda sudah tidak boleh untuk mengerjakan Solat Jamak dan qasar lagi (di atas kapal/tongkang). Ini bermakna anda perlu solat dalam raka’at yang sempurna dan dalam waktunya yang khusus.
Walau bagaimanapun, apabila kapal atau tongkang yang anda naiki itu memulakan perjalanannya semula, maka anda sudah boleh mengerjakan semula Solat Jamak dan qasar.
Semoga penjelasan yang ringkas ini dapat menjadi panduan anda. Wallahu 'alam.

Amalan Kenduri Pada Hari Ketiga, Ketujuh, Jumaat Pada Setiap Tujuh Hari Berikutnya, Keempat Puluh Ke100

Soalan

apakah hukumnya amalan mengadakan kenduri & bacaan yasin/ tahlil pada hari ke 3, ke 7, pada setiap tujuh hari berikutnya, hari ke 40, hari ke 100 & sebagainya. ada juga saya dengar bahawa amalan ini haram tetapi masih diamalkan

Jawapan

Waalaikumussalam,
Umat Islam dilarang untuk mengikut/meniru  upacara yang diamalkan oleh ugama lain.Setakat ilmu cetek yang panel dimiliki setakat ini,tidak terdapat sebarang nas/bukti  sahih sama ada daripada al-Qura'an dan hadis nabi yang menyuruh umatnya supaya mengadakan kenduri tahlil pada hari ke 3,ke 7,hari ke 40 dan hari ke 100.
Sebenarnya amalan ini seolah-olah telah menjadi warisan ekoran umat di negara ini sebelum kedatangan ugama Islam mereka menganut ugama hindu.Justeru jika diteliti dalam agama hindu memang terdapat kenduri seperti yang dinyatakan mengikut hari tersebut.
Oleh itu panel nasihatkan semasa anda mengadakan  kenduri janganlah  ditentukan harinya seperti yang diamalkan  oleh ugama hindu .Ikutlah cara ugama Islam yang tidak menentukan hari tertentu untuk membuat kenduri tahlil.Majoriti umat islam di negara ini akan mengadakan tahlil pada hari jumaat yang dianggap sebagai penghulu segala hari dan hari mulia umat Islam kerana terdapat perhimpunan mingguan bagi  menunaikan jumaat.Wallahu a'lam

Monday, June 18, 2012

Hukum Lelaki Urut Traditional Pada Wanita

Soalan

Salam ustaz, saya recommend mkcik saya yg ada angin ahmar utk diurut oleh pakar urut traditional lelaki dgn izin suaminya. Tika urut, suami menyaksikan dsampingnya. Cara urutnya ialah beliau akan urut seluruh badan utk melepaskan darah2 yg sumbat. Tukng urut berusia 36 tahun. Mkcik saya usia 65 tahun. Apakah hukumnya ustaz. Terimakasih..

Jawapan

hukumnya haram sebab ramai lagi tukang urut perempuan.

Ibadat-berwuduk

Soalan

Assalamualaikum,

selepas makan kari terlekat di tangan warna kekuningan. adakah boleh serap air ketika berwuduk dan sahkah wuduk?

Jawapan

Sah, sebab ia tidak menghalang air wuduk.

Cara Mencuci Air Kencing Di Karpet

Soalan

slm ustz,
ruang bilik saya berkarpet penuh..jika ada setitik air kencing terkena/terjatuh pada karpet tersebut...bagaimana cara untuk mencucinya? utk pengetahuan ustz, saya telah pun mencuci dan memberus (lapisan atas karpet) dengan sabun dan siram air beberapa kali ke bahagian karpet tsebut. saya risau untuk solat di situ kerana karpet tersebut tidak dapat saya alih lagi krn penuh terhampar di bilik saya.

Jawapan

Cara yang saudari buat itu telah memadai. Jika tiada zat, rasa dan bau maka ia telah dikira suci di sisi syarak. guna fabbreeze pun boleh

Sah @ Tidak Memakai Pakaian Yg Ada Tulisan Cina @ Logo Anjing Ketika Solat.,

Soalan

assalamualaikum w.b.t ustaz ..saya nk bertanya kemusyilan ttg pemakaian ketika solat...kalau ada lambang anjing kecik@logo cina dbju kita..sah x ketika kta solat memakai bju itu...bg saya kurang elok..tp abg saya ckp bley je..sbb dia kata yg pnting hati kta ingin bjmpa dgn allah s.w.t bkn kerana bju..kami hmpir meninggikn suara msing2 utk menegak kemenangan msing2..harap ustaz dpt mmberi jwpan utk saya utk berkongsi dgn abg saya..sekian terima kasih..asalammualaikum..

Jawapan

Hukumnya makruh. Manakala solatnya sah lebih baik pakai baju yang kosong.  (tidak makruh)

KEMUSYIKALAN AGAMA

Soalan

ADAKAH SAH SOLAT JIKA KAWASAN ITU ADA AIR MANI?APAKAH HUKUMYE JIKALAU BERSALAM DGN ORANG LEPAS KELUAR AIR MANI?APAKAH DIBOLEHKAN JIKA KITA MEMUJI ORANG ITU(LELAKI) HANDSOME,CUTE DAN COMEL,ADAKAH DIKATAKAN GAY?APAKAH HUKUMNYE JIKALAU KITA MENGGUNAKAN BARANG PEJABAT SEPERTI PEN,PENSIL?ADAKAH SAH PUASA ITU JIKA ADA ORANG MEMAKSA DIA BERBUKA PUASA BELUM SAMPAI WAKTU BERBUKA?

Jawapan

1. sah solat, kerana air mani tidak tergolong dalam kategori najis. 2. hukum bersalaman dengan orang lain adalah harus kerana hukum nya adalah sama seperti bersalaman dengan orang biasa. 3. islam membolehkan kita memuji perkara yang baik sesama manusia tidak mengira jantina tanpa memberi pujian berlebihan sehingga menyebabkan datang sifat riak dan ianya tidak dikategorikan sebagai gay apabila kita memuji walaupun sesama jantina. 4. tidak salah jika barang pejabat digunakan di dalam pejabat dan pada waktu bekerja. 5. perbuatan memaksa orang lain untuk berbuka puasa adalah haram dan berdosa.

Kesahan Pernikahan

Soalan

Salam. Ustaz, saya ingin dapatkan kepastian. Saya telah berkahwin selama 2 tahun. Saya telah dinikahkan dan diwalikan sendiri oleh ayah saya. Persoalan saya adakah status pernikahan saya sah kerana ayah saya pernah merogol saya sewaktu saya berada di sekolah rendah dan perkara ini tidak pernah diketahui oleh sesiapa. Walau bagaimanapun dia telah bertaubat. Mohon ustaz jelaskan kepada saya kerana saya khuatir akan merosakkan nasab keluarga yang saya bina dan berdosa.

Jawapan

Pernikahan saudari adalah sah sebab wali telah bertaubat.

Terkena Air Percikan Samak

Soalan

apa hukumnye jika semasa kite sedang melakukan proses menyamak, anggota badan atau pakain kite terkena percikan air samak terdebut.ap hukumnye?

Jawapan

Tak mengapa.... teruskan samak sehingga selesai.

Hukum Membeli Anjing Untuk Menjaga Tanaman,ternakan

Soalan

Assalamualaikum, apakah boleh seseorang Islam membeli anjing bagi tujuan menjaga kebun, ternakan atau keselamatan sekeliling rumahnya.

Jawapan

Ianya adalah diharuskan untuk tujuan di atas, tetapi makruh membawa anjing masuk tinggal kedalam rumah sebab ada hadis yang menyatakan kurang palaha perbuatan itu dan tidak dimasuki oleh malaikat rahmat.

Kisah Zulaikha Dalam Surah Yusof

Soalan

sy pernah mendengar doa pengantin yang menyebut nama nabi Yusof dan Zulaikha,tp ada sumber yang bagitau sy nama zulaikha tidak pernah disebut dalam Al Quran.saya cuba mencari dalam internet terutama dalama www.quranexplorer.com dan mencari terjemahan dalam bahasa melayu
apa yang saya dapat ialah
surah yusof ayat 28
"(28) Wahai Yusuf, lupakanlah hal ini. Dan engkau (Wahai Zulaikha), mintalah ampun bagi dosamu, sesungguhnya engkau adalah dari orang-orang yang bersalah!" sy mohon penjelasan

Jawapan

Benar nama zulaikha tidak pernah di sebut dalam Al-Quran. Nama perempuan dalam Al-Quran hanyalah "Mariam" yang disebut.

Termuntah Semasa Puasa

Soalan

saya sedang hamil 2 bulan.Masalah saya di awal kehamilan adalah sering loya dan muntah.Bagaimana jika saya termuntah semasa menjalani puasa?Adakah puasa masih sah dan boleh diteruskan?

Jawapan

Masih sah dan perlu diteruskan sebab bukan sengaja.

Mengenai Isra' Dan Mikraj

Soalan

Assalamualikum ustaz...saya ingin bertanya, ketika itu Rasulullah belum terima perintah Solat dan belum ada dibina lagi masjid. Bagaimana pula ada ujud Masjidil Aqsa ??? Kalau ikut sejarah masjid pertama dibina adalah ketika sebelum Rasulullah memasuki Medina yakni ketika Rasulullah Hijrah dari Makkah ke Medina ...mohon pencerahan ustaz

Jawapan

Masjid Aqsa telah lama wujud asalnya tempat sembahyang yahudi, ketika itu mereka ummat tauhid yang benar dan "Tabut" perjanjian Allah diletakkan di situ ia dibina selepas kaabah. Masjid pertama dibina selepas fardhu solat ialah Masjid Quba'. Jesteru Masjid Aqsa (Ketika itu Rumah ibadat Yahudi) menjadi Kiblat pertama Islam, Org yahudi juga solat mengadap Al-Aqsa sehingga hari ini. Org yahudi menamakannya Syanagog Sulaiman.

Perkara Yang Berkaitan Dengan Sam'iyyat

Soalan

1 ) percaya kepada malaikat serta perkara yg berkaitan
2 ) percaya kepada kitab2 serta perkara yang berkaitan
3 ) percaya kepada qada' dan qadar serta perkara yg berkaitan

Jawapan

Sami'yyat ertinya dalam bahasa Arab perkara yang hanya didengari seperti syurga, neraka, malaikat, jin dll. Kita tidak dapt melihatnya, hanya sekadar dengar dari apa yang Allah dan Nabi beritahu. Ya, perkara 1 adalah sami'yyat, Perkara dua dan tiga yang saudari nyatan itu termasuk dalam rukun Iman. Rukun iman asasnya adalah kepercayaan Iman muslim Sebahagiannya adalah sami'yyat

Pengesahan Tentang Rawatan

Soalan

Saya telah menerima rawatan yang diberi nama 'energy cleansing' bagi menghilangkan/mengurangkan tahap kerisauan seseorang. Perawat hanya membaca surah al fatihah dan ada membuat pergerakan tangan dengan menghalakannya ke arah saya. Ada perubahan positif terjadi kepada saya selepas rawatan tersebut. Adakah rawatan secara ini salah disisi Islam? Terima kasih.

Jawapan

Apa yang saudari nyatakan di atas termasuk dalam "Rukyah Islamiah" - rawatan Islam dan dibenarkan.

Hukum Puasa Pakai Polident

Soalan

Ustaz,
Adakah puasa sah atau terbatal jika memakai polident (pelekat gigi palsu) ketika berpuasa?

Jawapan

Sah puasa anda kecuali polident itu boleh cair dalam mulut dan ditelan maka ia akan membatalkan puasa.

Pengurusan Harta Islam

Soalan

Penjelasan mengenai pengurusan harta islam (hibah, wasiat, faraid, wakaf) dan institusi yang bertangungjawab

Jawapan

Ianya di bawah JAUHAR (Tel : 03-8837400) dan Baitulmal negeri-negeri manakala wasiat di bawah Mahkamah Syariah yang mengesahkannya.

Status Fahaman Wahabbi

Soalan

saya ada diberitahu mengenai pihak jaij telah mengeluarkan satu risalah yang mengandungi 72 sebab wahabbi itu sesat lagi menyesatkan...dimana saya boleh mendapatkan nya????

Jawapan

Boleh berhubung terus dengan JAIJ tanya bahagian penyelidikan atau akidah

Sunday, June 17, 2012

Masalah Di Tempat Kerja - Mengumpat/fitnah

Soalan

Assalamualaikum ahli panel,

saya ingin bertanya. Situasi di tempat kerja kadang2 menimbulkan pelbagai perbalahan, perbezaan pendapat dan tiada kerjasama. Apakah hukumnya jika sesama rakan sekerja membincangkan masalah yang dihadapi, tetapi melibatkan rakan-rakan sekerja yang lain (contoh: mengatakan orang ini tidak buat kerja dengan betul) adakah itu dikira mengumpat/fitnah. kerana apa yagn dibincangkan tidak pasti benar atau pun kalau benar adakah kita sudah mengumpat..Terima kasih.

Jawapan

Waalaikumussalam Warahmatullah
Semoga Puan dirahmati Allah.
Perbuatan mengumpat, memfitnah, mereka-reka cerita dilarang dan ditegah oleh Islam. Islam mengajar umatnya sentiasa bersikap baik kepada orang lain, tidak menyakiti hati orang lain, hormat menghormati, berlemah lembut dan sebagainya.
Hindari Gosip dan Fitnah - Allah berfirman dalam Surah Al-Hujurat ayat 6 "Wahai orang-orang beriman, Jika seseorang yang fasik datang kepada kamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan yang akhirnya kamu menyesal atas perbuatan kamu itu".
Tegahan Mengumpat - Allah berfirman dalm surah Al-Hujurat ayat 12 " janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya."
Wallahu A'lam. Terima kasih

Pertanyaa Mengenai Hukum Berdoa Melalui Berkat Wali Atau Keramat

Soalan

Assalamualaikum ustaz, Bolehkah saya berdoa dengan berkata "..... saya memohon melalui berkat dan keramat wali.......... supaya saya diberi......... dengan nama Allah dan kerana Allah SWT. " Nasihatkan saya cara untuk berdoa yang dibolehkan mengikut hukum. Sekian terima kasih, wassalam.

Jawapan

Waalaikumussalam Warahmatullah.
Semoga Puan dirahmati Allah.
Berdoa dengan bersandar atau bergantung kepada sesuatu disebut sebagai Tawassul. Sebaik-baik Tawassul ialah dengan menyandarkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. dan inilah juga yang diajar oleh para ulama'. Oleh itu, antara ciri-ciri doa yang dimakbulkan ialah 1. Dimulakan dengan "Hamdalah" iaitu Memuji-muji kebesaran Allah seperti Alhamdulillahi rabbil alamin. 2.Berselawat kepada Nabi seperti Allahumma Solli Wasallim ala Muhammad. 3.Doa memohon kebahagiaan didunia dan akhirat seperti rabbana Atina Fiddunia Hasanah.........dan seterusnya.
Terima Kasih.

Pelaburan Forex Halal Disisi Islam?

Soalan

apakah hukum pelaburan forex?

Jawapan

Dalam membincangkan tentang pelaburan Forex, di Malaysia terdapat dua jenis atau kaedah urus niaga yang dijalankan.
1.         Perniagaan pertukaran mata wang (Money Changer) adalah dibolehkan (halal) kerana ia berlaku di dalam satu majlis dan kadar pertukaran mata wang asing juga telah ditentukan/ditetapkan oleh pertukaran mata wang semasa. Selain itu juga, syarikat yang menjalankan urus niaga tersebut telah mendapat lesen atau keizinan daripada Bank Negara Malaysia untuk menjalankan urus niaga tersebut.

2.         Pelaburan Forex yang dibuat di dalam internet adalah dilarang/haram melainkan urus niaga yang memenuhi syarat-syarat berikut:
1.         Tidak terdapat riba’.
2.         Tidak berlaku penipuan.
3.         Bukan ditukar dalam mata wang yang sama.
4.         Berada di bawah  pengawasan Bank Negara Malaysia.

Wallahu 'alam.

Baca Dengan Laju

Soalan

Assalamualaikum. Saya ada satu soalan. Boleh ke kalau kita baca Al Fatihah dengan laju semasasolat? Ada orang cakap boleh, ada yang cakap tak boleh. Saya betul betul keliru.

Jawapan

Waalaikumussalam,
Dalam 13  rukum solat terdapat perkataan tertib.Tertib di sini membawa maksud ikut susunan,suara jelas serta nyaring, sederhana laju dan bacaan ayat tersebut tidak terlompat-lompat sehingga bertukar ayat.
Sekiranya anda mampu untuk mengikut panduan ulamak sedemikian maka bacaan al-Fatihah yang anda baca adalah dibenarkan dan solat yang anda dirikan adalah sah.
Apa yang penting dalam banyak hal kita lakukan sesuatu itu dalam keadaan sederhana, iaitu tidak terlalu laju dan tidak terlalu lambat.Wallahu a'lam.

Perlu Samak Atau Tidak..?

Soalan

sy br membeli sebuah kereta terpakai dan pemilik dulu bukan seorang islam......sy tidak berapa pasti sama ada pemilik dahulu pernah membawa anjing dlm kereta itu.. adakah wajib untuk sy menyamak kereta itu?...bagaimana pula caranya sekiranya kereta itu perlu disamak..?mohon nasihat ustaz...terima kasih

Jawapan

Dalam kes ini, anda tidak perlu untuk sertu kereta tersebut malainkan jika terdapat di dalamnya benda-benda yang dihukumkan najis seperti bulu haiwan tersebut ataupun najisnya.
Jika terdapat bulu haiwan tersebut atau kesan najisnya seperti bau, warna ataupun terdapat sesuatu yang dikhuatiri seperti najisnya, maka dalam keadaan ini ia perlu disertu. Cara untuk sertu bahagian dalam kereta:
1.         Bagi bahagian yang boleh dicuci/dibasuh hendaklah dibasuh dengan menggunakan air tanah sebanyak satu kali basuhan dan dibilas dengan enam kali basuhan yang lain dengan menggunakan air mutlak biasa (air paip).

2.         Bagi bahagian yang tidak boleh dicuci/dibasuh, cukup sekadar anda lap bahagian permukaannya dengan menggunakan kain yang dibasahi dengan air tanah. Kemudian dilap semula sebanyak enam kali dengan menggunakan kain yang telah dibasahi dengan air paip.

Semoga jawapan ini dapat memberi jalan keluar kepada anda daripada masalah ini. Wallahu 'alam

Perlu Atau Tidak Ganti Puasa

Soalan

Assalamualaikum.
Saya pernah melakukan onani dulu. Tetapi saya tidak tahu perkara itu berdosa. Kini,sy tahu dan telah bertaubat. Dan saya pernah melakukannya ktika bulan puasa dan baru saya tahu saya telah keluar air mani(mengikut apa yg sy faham ttg air mani). Oleh kerana saya tidak tahu puasa saya itu telah terbatal, adakah wajib saya mengganti puasa tersebut.Tapi saya tidak tahu berapa hari dan tidak ingat langsung. Kalau hendak membuat anggaran,mcm mana kalau anggaran tu salah?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Bulan puasa ialah bulan ibadat,pahala berganda jika kita melakukan amalan baik  dan kerja-kerja kebajikan di sepanjang bulan tersebut.Begitu juga dosa akan turut berganda jika melakukan kesalahan.Melakukan onani pada bulan pun sudah dikira haram apatah lagi jika dilakukan pada bulan bulan puasa lagi-lagilah haramnya.
Justeru panel mohon supaya anda segera bertaubat nasuha (sungguh-sungguh) menyesal di atas perbuatan,berazam tidak akan mengulangi,mohon ampun kepada Allah.
Saudari wajib mengganti puasa yang terbatal disebabkan beronani.Anda boleh ganti berdasarkan hari anda yang telah beronani.Panel tidak dapat mengagak kecuali anda sahaja yang mengetahui.
Sebagai contoh Jika puasa tersebut 10 hari kena ganti 10 hari.Jika telah melangkau tahun maka anda kena bayar fidyah (1 cupak) setiap tahun ,mohon bayar ke bahagian lembaga zakat@ baitulmal yang berhampiran.Jika 10 tahun kena kali 10, petugas akan membuat perkiraan yang tepat berdasarkan maklumat yang anda berikan.Wallahu a'lam.

Hukum Mandi Dengan Air Yang Telah Dibacakan 30 Juzuk Ayat Suci Al-quran

Soalan

assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya, Apakah hukum mandi dengan air yang telah dibacakan 30 juzuk ayat suci al-quran bagi tujuan atau niat tertentu?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Hukum mandi menggunakan air yang telah dibacakan dengan 30 juzuk al-Quran itu adalah harus.Justeru niat tersebut mestilah untuk tujuan kebaikan umpamanya sebagai salah satu ikhtiar untuk kesihatan,menyembuhkan penyakit dan seumpamanya.
Andaikata untuk tujuan kejahatan atau kekebalan iamalan seumpaman ini adalah dilarang sama sekali.Wallahu a'lam.

Jamak Takhir... Maghrib Dan Isyak.

Soalan

As-salam Ustaz,
Sy asal dr Johor & kini menetap di KL (kerja). 2 minggu sekali akan balik ke kg dgn menaiki bas jam 6.30 ptg & sampai dlm jam 10 mlm. Sy selalu jamak takhir mgrb & isyak, & dilaksanakan apabila smpi dirumah sbb bas tak b'henti di perhentian & apabila smpi destinasi bas akn berhenti betul2 di kaw. kg. Baru-baru ini sy ada dgr tak boleh jamak bila smpi kg sdr, jadi sah ke solat saya selama ini? Jika tak sah, adakah sy perlu qada solat sy & bgmana sy nk solat mgrb pd masa akn dtg?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
dalam kes ini, Solat Jamak qasar yang anda kerjakan adalah sah kerana memenuhi syarat-syarat mengerjakan Solat Jamak dan Qasar.
“Anda bekerja di KL dan 2 minggu sekali pulang ke Johor”, hal ini menunjukkan bahawa anda tinggal/bermastautin di KL dan bukannya Johor. Johor adalah kampung anda (rumah ayah dan ibu).
Oleh yang demikian, Johor bukan tempat tinggal anda lagi pada waktu ini. Oleh itu, anda boleh melakukan Solat Jamak dan Qasar sekalipun anda telah sampai di rumah ayah dan ibu anda dengan syarat tidak berada di sana melebihi daripada 3 hari. Jika lebih, Solat Jamak dan Qasar tidak boleh anda lakukan. Oleh itu, anda perlu kerjakan solat fardu dalam raka’at yang sempurna/penuh selama anda berada di rumah ayah dan ibu/kampung. Wallahu 'alam.

Nafkah Selepas Bercerai

Soalan

1) adakah bekas suami perlu memberi nafkah kepada bekas isteri selepas tamat tempoh eddah?
2) adakah nafkah bekas suami kepada anak-anaknya yang bersama bekas isteri hanya kepada berbentuk wang ringgit?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Berdasarkan soalan yang dikemukakan , bekas suami hanya perlu/wajib membayar nafkah ketika puan dalam eddah sahaja,selepas daripada tempoh eddah suami tidak lagi wajib membayar nafkah.Ini kerana puan bukan lagi  menjadi tanggungan beliau.
Nafkah untuk anak-anak akan terus diberikan oleh mantan suami,ia tidak hanya berbentuk wang ringgit tetapi merangkumi sewa rumah kediaman anak-anak,pakaian, makanan, pendidikan dan kesihatan.Kebiasaanya bagi memudahkan urusan majoriti bekas isteri akan minta dalam bentuk mata wang kepada mantan suaminya.Apa yang penting nafkah anak-anak tidak pernah tergantung.Wallahu a'lam.

Berkenaan Mandi Wajid

Soalan

perlukah wanita mandi wajib wlupun hanya bahagian dubur sahaja dimasuki kemaluan suami...

Jawapan

Waalaikumussalam,
Pertama sekali panel hendak beritahu hukum memasukkan kemaluan suami melalui dubur isteri itu adalah haram.Allah tidak akan pandang perbuatan anda berdua sebagai pandangan rahmat.Amalan ini seakan-akan mengulangi perbuatan umat yang hidup di zaman nabi lut.
Panel mohon supaya anda dan suami bertaubat nasuha(sungguh-sungguh) menyesal atas perbuatan,berazam tidak akan mengulangi dan segera meninggalkan perbuatan tersebut.Anda kena membersihkan diri untuk tujuan beribadat.Wallahu a'lam.

Thursday, June 14, 2012

Mendapatkan Lesen Memandu

Soalan

Bagaimanakah status lesen memandu sye jika sye memperolehinye dgn campuran hasil halal dan haram

Jawapan

Oleh sebab bercampur di antara hasil halal dan haram untuk mendapatkannya, lesen tersebut boleh dihukumkan sebagai lesen yang syubhah. Perkara yang syubhah perlu dielakkan dan ditinggalkan sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam yang bermaksud:
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man Ibnu Basyer Radhiyallahu 'Anhu, beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
“Sesungguhnya perkara yang halal itu sudah jelas, dan perkara yang haram itu juga sudah terang, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhah yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barang siapa yang menjaga perkara syubhah maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barang siapa yang terjatuh dalam perkara syubhah, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang penggembala yang menggembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati”.
(Hadith riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.

Oleh yang demikian, lesen memandu yang anda perolehi adalah dihukumkan syubhah kesan daripada percampuran di antara perkara yang halal dengan yang haram.
Oleh itu, untuk keberkatan dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala anda dinasihatkan supaya mengambil lesen memandu sekali lagi dengan cara yang lebih jujur supaya ia dapat dimiliki dengan cara yang diredai dan diberkati oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Semoga dengan usaha yang sedikit ini akan menambahkan lagi keberkatan dan reda dari Allah Azza Wajalla. Wallahu 'alam.

Kawasan Kuku Ada Trkena Dakwat

Soalan

Assalammualaikum.. kalau celah kuku saya ni ada ink. saya cuba potong kuku sehingga betul2 pendek. saya basuh guna sabun. tapi masih tak hilang. malah ia menyebab kan kuku saya lagi sakit. sebab kuku yang terlalu pendek. sah ke tak air sembahyang dan kalau tak sah perlu saya solat balik?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam masalah ini, jika dakwat tersebut sudah tidak dapat dihilangkan, maka ia adalah dimaafkan. Dari itu, wudhu’ yang anda ambil adalah sah dan anda tidak perlu untuk mengulang semula solat yang telah didirikan. Wallahu 'alam.

Pemakaian Minyak Wangi

Soalan

Salam,
Kawan sy ada mengatakan perempuan yg memakai wangian jika lelaki lain dapat menghidu harumannya, sudah jatuh zina dan perempuan itu hendaklah MANDI WAJIB...persoalannya adakah benar kenyataan beliau???Harap pihak tuan/puan dapat membantu...sekian, terima kasih..Wassalam...

Jawapan

Wassalam, pendapat tersebut tiada kebenarannya. Memakai minyak wangi dan dihidu pula oleh orang lelaki tidak menyebabkan perlunya mandi wajib.
Namun begitu, kepada kaum wanita Islam yang sering memakai bau-bauan diingatkan supaya memilih bauan yang bersesuaian dan tidak keterlaluan sehingga boleh menimbulkan fitnah kepada dirinya.
Ingatlah, tujuan utama minyak wangi dipakai adalah untuk menutup bau badan yang boleh mendatangkan keaiban kepada diri jika dihidu oleh orang lain. oleh itu, ia dipakai dalam kuantiti yang sedikit sahaja atau sekadarnya hanya untuk menutup bau badan dan tidak lebih dari itu.
Ringkasnya, kaum wanita Islam yang memakai minyak wangi adalah tidak perlu untuk mandi wajib. Namun, jika dirinya merasakan wangian tersebut menyebabkan dirinya menjadi perhatian atau tumpuan orang ramai, apa yang perlu dilakukannya adalah beristighfar dan bertaubat serta kurangkanlah kadar wangian yang dipakai agar tujuan asal memakai wangian tersebut tercapai, iaitu untuk menutup bau badan. Wallahu 'alam.

Potong Kuku Semasa Nifas

Soalan

Bolehkah saya memotong kuku Dan bercukur ketika dalam saya dalam keadaan nifas...

Jawapan

Anda dibenarkan untuk memotong kuku dan bercukur semasa nifas. Hal ini adalah kerana tiada larangan atau tegahan baik dari Al-Quran ataupun hadis Nabi Sallallahu 'Alaihi Wassalam untuk orang perempuan yang sedang nifas ataupun haid untuk berbuat demikian. Oleh itu, anda boleh melakukannya walaupun semasa anda masih di dalam nifas lagi. Wallahu 'alam.

Solat Subuh Dan Qada

oalan

Saya sering tertinggal solat subuh , waktu bilakah sesuai untuk di qada kan ,
Berdosakah saya jika selalu qada subuh setiap hari jika tertinggal...

Jawapan

Bagi mereka yang tertinggal solat fardu Subuh, waktu yang paling sesuai untuk mengqadha’kannya adalah ketika teringat masih tidak mengerjakannya lagi. Dalam persoalan ini, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam ada bersabda, maksudnya:
“Sebenarnya tidak ada kecuaian dalam masa tidur, kecuaian hanya berlaku dalam masa sedar. Oleh itu sesiapa di antara kamu yang terlupa solat atau tertidur hendaklah menunaikannya apabila dia teringat, kerana Allah Ta'ala telah berfirman: "Dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku" .
[Maksud hadith dari Qatadah radiallahu-anhu riwayat Imam Muslim)

Oleh yang demikian, jika anda tertinggal solat Subuh disebabkan bangun lewat, maka waktu solat Subuh yang paling sesuai bagi anda adalah ketika anda tersedar daripada tidur tersebut.
Walau bagaimanapun, terlewat bangun dari tidur tidak boleh dijadikan sebagai alasan selamanya untuk mengerjakan solat Subuh di luar waktunya. Oleh itu, anda perlu berbuat sesuatu agar ia tidak berulang lagi.
Antara cara yang boleh anda buat ialah dengan mengunci jam loceng ataupun setkan masa yang tertentu pada telefon bimbit.
Semoga selepas ini anda lebih berhati-hati dan berjaga-jaga dengan waktu tidur anda agar tidak terlewat bangun dari tidur. Wallahu 'alam.

Solat Di Surau Sepanjang Masa Dan Biarkan Rumah Kosong

Soalan

assalamualaikum.. rumah saya berdekatan dgn surau.. setiap waktu solat semua ahli keluarga pg bersolat
di surau.. adakah perlu membiarkan rumah kosong tanpa melakukan ibadah di dalamnya(rumah)

Jawapan

Waalaikumussalam,
orang lelaki digalakkan  supaya  solat fardu di masjid/surau manakala orang perempuan eluk solat di rumah.Perkara ini bagi mengelakkan berlakunya fitnah.
Justeru rumah adalah tempat yang paling  sesuai untuk mendirikan solat fardu bagi kaum perempuan termasuk juga solat  sunat bagi orang lelaki sebelum mereka ke masjid @ surau yang berhampiran dengan rumah.
Dalam hal ini  panel tidak nampak  rumah anda  itu dibiarkan kosong tanpa melakukan ibadah sebagimana yang telah panel huraikan.Wallahu a'lam

Mengenai Bacaan Al Fatihah

Soalan

assalamualaikum ahli panel.

saya ada membaca satu artikel mengenai surah al fatihah. penulis tu cakap kalau kita baca al fatihah di dalam hati ketika solat dikira tidak sah solat tersebut. betul ke ahli panel?? bagaimana pula jika kita baca alfatihah perlahan2 menyebabkan suara kita tenggelam timbul?? mohon penjelasan dengan lebih lanjut.

terima kasih

Jawapan

Waalaikumussalam,
Seeluk-eluk bacaan Fatihah itu (rukun solat) perlu dibaca yang dapat di dengar oleh telinga.Ini kerana semua anggota manusia yang  akan menjadi saksi di atas segala amalan yang kita lakukan semasa di dunia.Perkara ini berdasarkan Firman Allah dalam surah Yasin ayat 64.
Persoalan sama ada  sah @ tidak  solat tersebut,perkara itu merupakan hak Allah,kita cuma melaksanakan secara terbaik dan mengikut cadangan para ulamak muktabar.Justeru anda tidak perlu bimbang tentang perkara ini!
Panel nasihatkan supaya anda cuba latih untuk baca fatihah sekedar di dengar oleh telinga,janganlah baca al-Fatihah yang tenggelam timbul yang tidak berapa jelas sebutan kerana dibimbangi akan mengakibatkan perubahan maksud.Wallahu a'lam.

Antara Restu Ibu Dan Bapa Dan Kewajipan

Soalan

Seorang pemuda dalam keluarga islam,ingin solat lima waktu tetapi dilarang oleh ibu dan bapa nya...dan ibu bapa berkata jika beliau solat ibu bpa nya mengangap beliau derhaka kpadanya...bagaimana situasi yang perlu dilakukan oleh beliau..."restu"dan"kewajipan".....mohon jawapan dan huraian...

Jawapan

Waalaikumussalam,
Solat itu merupakan tiang agama.Hal ini berdasarkan sabda baginda saw.Semua orang islam yang baligh tanpa uzur syar'ie wajib menunaikan solat fardu.Ia merupakan ketetapan Ilahi yang perlu dilaksanakan oleh setiap orang berugama Islam.
Berbalik kepad soalan yang dikemukakan, jika anda menunaikan solat anda akan dikatakan anak derhaka oleh kedua ibubapa anda? Cuma panel nak tahu apakah pegangan sebenar ugama  ayah ibu anda?
Dalam sebuah hadis baginda ada menyatakan bahawa:",kita kena ikut perintahkedua  ibubapa selagi mana arahan tersebut  tidak menjurus kepada maksiat?persoalannya  sekarang adakah mendirikan solat itu  itu dikatakan melakukan maksiat?
Dalam hal ini siapa sebenarnya yang menderhaka anak atau kedua ibubapa? Jika diteliti pendapat ulamak fekah ternyata ibubapa andalah  yang menderhaka kerana mereka enggan ikut perintah Allah?
Justeru panel nasihatkan anda tetapkanlah untuk dirikan solat fardu,ini kerana ia adalah perintah Allah yang menjadi tanggungjawab/kewajipan  semua orang termasuk kedua ibubapa anda sendiri.Sebenarnya Allah tidak restu/rela kepada perbuatan kedua ibubapa yang melarang anaknya untuk dirikan solat.Wallahu a'lam.

Berimamkan Suami

Soalan

Assalamualaikum...
Saya ada sedikit kemusykilan tentang solat jemaah dengan suami di rumah... Saya musykil samada solat saya sah @ tidak disebabkan bacaannya tidak mengikut tajwid...

Jawapan

Waalaikumussalam
Apabila suami anda melafazkan kalimah ijab dan kabul "Aku terima nikah si Pulanah binti si Pulan dengan maskahwinnya RM.........tunai/hutang  maka tanggungjawab ayah telah berpindah kepada menantu.Perkara ini termasuklah hak pemberian nafkah zahir,batin,tempat tinggal,pakaian,kesihatan termasuk juga  nasihat dan  bimbingan  serta menjadi imam dalam solat.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan sama ada sah atau tidak solat berimamkan  suami yang membaca al-Fatihah dan surah yang tidak mengikut tajwid?.Untuk pengetahuan anda tajwid itu bermaksud memperindah /memperelukkan/mencantikkan bacaan al-Quran.
Dalam sebuah hadis baginda SAW menjelaskan yang bermaksud,bagi mereka yang tidak fasih untuk menyebut kalimah arab ketika baca ayat al-Quran, mereka itu diberi dua (2) pahala iaitu:
1.Pahala membaca al-Qur'an
2.Pahala kerana sukar menyebut kalimah @ perkataan arab
Oleh itu anda tidak perlu sangsi dan gusar, apa yang penting ialah rukun solat fardu yang didirikan  tidak tertinggal dan segala perkara yang membatalkan solat  tidak dilakukan, insya'Allah solat anda bersama suami tetap sah dan diterima oleh Allah.Hal ini berdasarkan firman Allah dalam surah al-Baqarah yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak akan memberatkan seseorang itu kecuali atas kemampuannya".
Mafhum ayat ini jelas,bahawa suami puan  boleh jadi imam dan dalam waktu yang sama beliau perlu mencari guru untuk memantapkan bacaan al-Quran.
Panel mohon supaya puan  sokong dan beri galakan kepada suami untuk menambah ilmu agama termasuk hal-hal yang berkaitan dengan ilmu fardu ain.Wallahu a'lam.

Wali Nikah Tak Solat Jumaat

Soalan

Adakah seorang bapa yang sudah lama (hampir 9-10 tahun) tidak pernah mengerjakan Solat Jumaat tanpa keuzuran menjadi Wali Nikah bagi anak perempuannya. Harap mendapat penjelasan dari pihak JAKIM kerana melibatkan masadepan keluarga anak perempuannya.

Jawapan

Waalaikumussalam,
Untuk pengetahuan, bapa kandung merupakan wali yang berhak (MUJBIR) untuk menikahkan anak perempuannya.Jika bapa kandung sudah mati/meninggal maka kedudukan wali berpindah kepada datuk lelaki.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan, bapa kandung ada tetapi beliau tidak solat 9-10 tahun tanpa keuzuran,apa hukumnya? Menurut Ulamak fekah beliau dikategorikan sebagai wali fasad, bagi wali fasad kerana mengabaikan kewajipan agama (solat/puasa), beliau tetap berhak untuk menikahkan anak perempuannya TETAPI DENGAN SYARAT BELIAU HENDAKLAH bertaubat dan mohon keampunan kepada ALLAH SWT sebelum mewalikan pernikahan anaknya.
Panel nasihatkan agar anda gunakanlah khidmat ayah kandung anda bagi  mewalikan pernikahan anda.Panel doakan semuga ayah anda akan berubah  selepas menikahkan anda dan anda pula berbahagia bersama pasangan anda.Wallahu a'lam.

Pembayaran Hutang

Soalan

assalamualaikum. saya mahu bertanya mengenai pembayaran semula hutang. 7 tahun lalu, saya kesempitan wang dan atas bantuan kakak saya beliau memberikan gelang tangan emas kepada saya untuk digadaikan. dan tidak berlaku apa-apa perjanjian atau akad pembayaran semula. Ketika itu, nilai gadaian gelang tangan emas tersebut ialah RM 500. 00.
Kini, kakak saya meminta saya membayar semula nilai emas yang saya gadai dahulu mengikut nilai emas sekarang. mohon pencerahan

Jawapan

Waalaikumussalam,
Roh seseorang yang mati tidak akan terangkat ke lauh Mahfuz /langit jika  hutangnya  tidak dilunas/jelaskan.Jesteru dalam sebuah hadis baginda saw ada bersabda yang bermaksud:
"Kurang berhutang hidup seseorang itu akan bebas/merdeka".
Berdasarkan kepada dua keadaan seperti yang telah dijelaskan, panel nasihatkan agar anda SEGERA membayar atau menggantikan  semula gelang tangan yang telah kakak anda berikan ketika anda susah dahulu.
Sebagai perbandingan 7 tahun dahulu munkin 1 gram emas bernilai RM60 TETAPI sekarang 1 gram emas telah bernilai hampir mencecah RM200. Andaikata anda sukar untuk membayarnya, harga emas tetap naik kerana ia merupakan nilai semasa yang tidak akan turun berdasarkan kepada permintaan dan kegunaan sekarang (dinar emas).
Justeru panel nasihatkan agar anda mengganti semula  dengan kadar SEGERA gelang yang telah anda gadaikan berdasarkan kepada  berat gelang yang telah kakak anda berikan dahulu.Perkara ini bagi mengelakkan terputusnya tali silaturrahim di antara adik beradik.Tambahan pula anda sekarang telah berjaya dan tidak mengalami kesempitan kewangan.Wallahu a'lam.

Wanita Mimpi Basah

Soalan

Assalammualaikum..saya nak bertanyakan soalan, adakah perkara normal sekiranya kaum hawa mengalami mimpi basah sewaktu tidur? berdasarkan pengetahuan saya yang cetek ini, hanya kebanyakan kaum lelaki saja yang mengalami mimpi basah..apakah hukumnya, adakah ia berdosa? saya mohon pertolongan agar perjelaskan dengan lebih lanjut..terima kasih.

Jawapan

Waalaikumussalam,
Jika sekiranya seseorang wanita itu mimpi basah ia merupakan suatu petanda yang beliau sebenarnya  sudah baligh dan perkara ini adalah  normal.Hukumnya  ialah anda kena wajib mandi bagi mengangkat hadas besar untuk membolehkan anda menunaikan kewajipan kepada Allah SWT.
Malah perkara  itu juga merupakan yang anda sedang subur ,sekiranya anda tidak subur maka mimpi basah anda  tidak akan mengeluarkan air  mani.Justeru terimalah ketentuan Allah yang anda sebenarnya seorang yang sihat dan perkembangan itu melambangkan diri  anda sebagai insan yang normal.Wallahu a'lam.

Tuesday, June 12, 2012

Air Mazi Lelaki Dan Wanita

Soalan

salam . saya ingin bertanya, adakah seseorang perempuan itu boleh mengandung apabila lelaki menggeselkan zakarnya pada kemaluan perempuan ? tetapi lelaki tersebut hanya mengeluarkan air mazi sahaja .

Jawapan

Waalaikumussalam,
Persenyawaan akan berlaku apabila sperma lelaki berjaya berenang ke dalam telur wanita ketika ia masih  subur.Ketetapan sama ada anda hamil atau tidak,ia terserah kepada kuasa dan irodah Ilahi.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan, adakah akan berlaku kehamilan jika lelaki hanya menggeselkan zakarnya kepada kemaluan perempuan?sebaliknya hanya air mazi sahaja yang keluar?
Cuma yang menjadi tandatangan panel ialah adakah anda sepasang kekasih atau pasangan yang sah berkahwin?Jika anda merupakan sepasang kekasih, maka jelaslah perbuatan yang anda lakukan itu adalah haram.Panel sarankan agar anda segera bertaubat.
Sekiranya anda merupakan pasangan suami isteri yang sah,tidak perlulah menggesel-gesel zakar suami ke muka faraj isteri,eluklah diteruskan bagi mendapat pahala berjimak sepertimana yang telah dihuraikan oleh ulamak dan para sarjana fekah.Jika  yang keluar itu hanya air mazi sahaja maka ia tidak akan menyebabkan perempuan itu hamil.Wallahu a'lam.

Perubatan Memindahkan Penyakit Ke Dalam Telur Ayam

Soalan

Assalamualaikum Ust... saya ada kenalan yg menemui satu "ustaz" yg bole mengubati penyakit.
setelah dia berubat dgn ustaz itu Alhamdulillah dia sudah tidak sakit lagi.. Akan tetapi saya musykil dengan cara perubatan yg diceritakan pada saya iaitu penyakit nya dipindahkan kedalam telur ayam yg dibeli/dibawa. Ustaz itu akan memecahkan telur itu untuk pesakit melihat kandungan dlm telur yg sudah berubah.
Adakah cara perubatan ini diragui dan adakah perubatan ini betul di sisi ISLAM?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Islam agama mudah dan tidak menyusahkan.Penyakit yang Allah timpakan kepada manusia adalah bertujuan untuk menguji keimanan seseorang.Di samping itu juga untuk  mengetahui pendirian seseorang sejauhmana beliau  menghargai kesihatan.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan adakah boleh seseorang yang  sedang berubat, memindahkan penyakitnya  kepada  telur ayam?Dalam agama islam kita digalakkan berikhtiar untuk menyerbuhkan  penyakit tersebut.Justeru pelbagai cara boleh digunakan asalkan kaedahnya tidak membawa kepada unsur-unsur  syirik,yang hukumnya boleh membawa kepada haram.
Oleh itu berubat dengan cara sedemikian  adalah diharuskan  selagi mana beliau tidak menduakan Allah.Kita disuruh berikhtiar , hanya Allah sahaja yang layak menyembuhkan penyakit tersebut.Lambat atau cepatnya sembuh sesuatu penyakit tersebut  adalah berdasarkan kepada kehendak dan ilmu Allah semata-mata.Wallahu a'lam.

Perlukah Mandi Wajib

Soalan

si isteri lumpuh..tp blh mnunaikan kemahuan suami dgn cara menghisap dan bermain kemaluan suami hingga mengeluarkan mani,adakah perlu si isteri mandi wajib...kdg2 mnyukarkan si isteri untuk mandi...adakah sah solat isteri jika tdk mndi wajib?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Seseorang itu perlu mandi jika beliau mengeluarkan air maninya  dengan tangan beliau  atau memasukkan kemaluannya ke dalam faraj isteri.Berbalik kepada soalan yang dikemukakan,oleh kerana yang keluar air mani suaminya, maka isteri tidak perlu mandi wajib,cuma yang wajib mandi ialah suami beliau kerana beliau yang keluar air mani.
Perlu panel tegaskan, si isteri perlu membersihkan anggotanya yang terkena air mazi dan mani sebeluam ambil wuduk untuk menunaikan solat fardu.Setelah isteri membersihkan anggota yang terkena air mazi dan air mani maka segeralah ia berwuduk untuk menunaikan solat.Jika beliau melakukan kaedah seumpama ini maka sahlah solatnya walaupun beliau tidak mandi wajib.Wallahu a'lam.

Puasa Sunat Diapit Hari Bersama

Soalan

Assalamualaikum,
Ustaz betulkah jika hendak mula berpuasa sunat kena puasa apit hari bersama contoh mula hari isnin dan selasa, khamis dan jumaat.
Pohon penjelasan Ustaz.

Terima kasih.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam hal ini, anda tidak disyaratkan untuk berbuat demikian . puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis boleh terus dibuat tanpa diapit dengan mana-mana hari sekalipun.
Semoga amalan puasa sunat yang anda lakukan akan menambahkan lagi keimanan anda kepadanya. Wallahu 'alam.

Mandi Wajib Secepat Mungkin

Soalan

Boleh ke kalau kita terus mandi wajib selepas air mani kita keluar?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Ajaran Islam merumuskan selepas selesai melakukan persetubuhan kebiasaannya umat Islam digalakkan  supaya membersihkan kemaluan masing-masing kemudian diikuti dengan mengambil wuduk walaupun anda belum mandi wajib untuk  mengangkat hadas besar..
Di samping itu ia juga bertujuan agar   kemaluan masing-masing bersih bagi memberi peluang kepada  anda mengulangi jimak untuk kali kedua mengikut keperluan  dan kemampuan pasangan masing-masing.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan, bolehkah kita terus mandi wajib selepas air mani keluar? Kita harus melakukan untuk mandi wajib dengan kadar segera.TETAPI PERLU DIINGAT JIKA WAKTU SOLAT TINGGAL SEDIKIT KITA WAJIB MENYEGERAKAN MANDI WAJIB bagi membolehkan kita segera menunaikan solat dan ibadah-ibadah yang lain.Wallahu a'lam.

Takbiratul Ihram

Soalan

Assalamu'alaikum
Saya ingin bertanya, antara salah satu rukun sembayang ialah takbiratul ihram. Apakah hukum ketika mngangkat takbir itu brhenti sekejap iaitu, ketika takbir Allaaah, brhenti sekejap tnpa ambil nafas, bagi memudahkan utk melakukan niat dlm hati lepas tu baru sambung huakbar. Adakah sah? Ini kerana saya betul2 sukar mbentuk niat dlm hati ketika melafazkan takbir itu. Saya brusaha utk melakukannya seiring tnpa ada hentian, tapi mbuat saya ragu2 samada niat tu sempurna atau tak.

Jawapan

Wa’alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
dalam perkara ini, takbiratul ihram mesti dilakukan dalam satu nafas. Ia tidak boleh dilakukan sebagaimana yang anda sebutkan di dalam soalan.
Ringkasnya, ia perlu dilakukan secara bersambung “Allahu Akbar”dan niat perlu dilintaskan semasa menyebut dua kalimah tersebut.
Maksud berniat di sini bukanlah anda menterjemahkan lafaz niat yang anda ucapkan sebelum bertakbir (sahaja aku solat fardu Zohor empat raka’at tunai kerana Allah ta’ala), tetapi ia cukup sekadar anda tahu apa yang sedang anda lakukan.
Sebagai contohnya, jika anda sedang berdiri di atas sejadah untuk mengerjakan solat fardu Zohor, tiba-tiba ada rakan anda menegur dan bertanya apa yang anda hendak buat. Sudah pasti dengan cepat anda akan menjawab; “Aku nak Solat Zohor”.  Keadaan ini telah menggambarkan dan menunjukkan bahawa anda telah pun berniat untuk mengerjakan solat fardu Zohor.
Oleh itu, apa yang perlu hanyalah bertakbir dan mulakan solat Zohor tersebut. mengenai bilangan raka’atnya, tunai atau qadha’ dan untuk siapa ia dikerjakan, perkara ini diri anda sendiri telah sedia maklum.  Jadi tidak usahlah untuk disebut-sebut lagi semasa melakukan takbir.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda di dalam memperbaiki lagi mutu solat fardu yang anda dirikan. Wallahu 'alam.

AIR MANI TUMPAH KE ATAS KARPET KETIKA MENONTON VIDEO SEKS

Soalan

APAKAH HUKUMNYE KALAU AIR MANI TUMPAH KE ATAS KARPET KETIKA MELANCAP SAMBIL MENONTON VIDEO SEKS,PERLUKAH KITA BASUH KARPET ITU......?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Melancap atau melakukan onani itu ialah mengeluarkan air mani secara paksa dengan tangan. Hukum beronani atau melancap itu adalah haram dan berdosa besar.Mereka yang telah melakukan hendaklah segera bertaubat.Mohon keampunan kepada Allah SWT.Panel nasihatkan agar anda jangan sekali-kali mengulanginya.Para sarjana fekah telah menyediakan jalan yang paling praktikal bagi mengatasi perkara ini dengan kaedah berikut iaitu:
1.Berkahwin bagi mereka yang telah bersedia dari segi fizikal, mental, emosi dan kewangan
2.Jika tidak mampu lakukan puasa sunat yang bertujuan untuk mengendurkan nafsu serakat
3.Cuba libatkan dengan aktiviti sosial yang secara tidak langsung anda kurang memberi tumpuan kepada melancap.
4.Bersukan atau beriadah
Berdasarkan kepada soalan yang dikemukakan adakah perlu basuh karpet yang terkena air mani yang tumpah ketika melakukan onani/melancap?
Air mani itu suci,ia tidak perlu dibasuh memadai dibersihkan sahaja pada tempat yang terkena mani tersebut.
Panel nasihatkan anda segera bertaubat nasuha (sungguh-sungguh).Berazam tidak akan mengulangi perbuatan tersebut dan menyesal di atas perbuatan yang telahanda  dilakukan selama ini.Seterusnya berusaha meninggalkan perbuatan yang terkutuk itu untuk selama-lamanya.Wallahu a'lam

Mandi Di Waktu Maghrib

Soalan

Assalamualaikum,
Saya diberitahu tidak boleh mandi ( bukanlah haram ) ketika maghrib? Sebabnya ketika itu syaitan akan byk di dlm tandas dan boleh masuk ke dlm bdn kita. Betulkah?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Dalam kebanyakan nas/bukti al-Quran  dan  hadis tidak terdapat sebarang larangan yang jelas menegah  seseorang itu daripada mandi pada waktu maghrib.Cuma pada waktu tersebut syaitan akan keluar secara beramai-ramai  pada awal maghrib.Ini kerana pada waktu itu merupakan hari siang kepada mereka (syaitan).
Justeru dalam situasi ini  agama Islam telah mengajar kaedah yang paling mudah untuk umat Islam amalkan iaitu membaca doa khas ketika ingin masuk tandas termasuk ketika mandi.Jika anda sering amalkan doa tersebut ,insya'Allah, syaitan tidak akan mengganggu sepanjang anda berada dalam tandas.Wallahu a'lam

Isteri Keluar Negara Bercuti .

Soalan

Assalamualaikum Ustaz,apa kah hukumnya isteri kerap keluar negara melancung bersama kawan kawan perempuan tanpa sy temankannya sebagai muhrim walaupun dengan keizinan saya,minta penjelasan Ustaz,terima kasih.

Jawapan

Waalaikumussalam,
Hukum isteri yang  sering melancung ke luar negara dengan ditemani oleh rakan-rakan perempuan setelah mendapat keizinan anda adalah harus.
Apa yang penting panel nasihatkan agar isteri anda kenalah pandai  menjaga batas dan pergaulan ketika di sana termasuk  cara berpakaian dan menjaga aurat.Pastikan isteri anda sentiasa dahulukan hak Allah walaupun sedang melancung, maksud panel ialah soal solat, makan minum dan seumpamanya.Anda boleh menyediakan senarai semak untuk menguji isteri anda.Jika tidak segala perbuatan munkar semasa beliau berada di luar negara tetap menjadi saham untuk anda kongsi selama-lamanya.Wallahu a'lam

Soalan Mengenai Solat Qada'

Soalan

Assalammualaikum.. Saya seorang yang malas nak solat.. selalunya selepas solat saya ingin melakukan solat qada' yang saye pernah tinggal.. kalau saya nak solat qada' cara duduk.. boleh tak? atau pun saya jama' dalam 10 waktu tapi semua dalam cara duduk..

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam masalah ini, solat yang ingin anda qadha’kan adalah solat fardu. Solat fardu mesti dilakukan secara berdiri kerana ia menjadi salah satu daripada rukun solat ini. Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala di dalam Al-Quran, maksudnya:
“...dan dirikanlah solat...”
(Surah al-'Ankabut 45)

Di dalam Al-Quran, semua ayat yang berkaitan dengan kewajipan mengerjakan solat akan digabungkan dengan kalimah “dirikanlah” (aqimu) dan ini menunjukkan bahawa semua solat fardu wajib dikerjakan secara berdiri melainkan mereka yang tidak boleh berdiri. Ringkasnya, solat fardu mesti dikerjakan secara berdiri bagi mereka yang mampu. Oleh itu, solat qadha’ juga mesti dikerjakan secara berdiri sebagaimana solat fardu yang dikerjakan di dalam waktunya.
Mengenai menjamakkan beberapa solat qadha’ di dalam waktu yang sama adalah diharuskan. Hal ini adalah kerana solat qadha’ sudah tidak mempunyai waktu yang khusus. Ia boleh dikerjakan pada bila-bila masa. Wallahu 'alam.

Berjihad Dan Restu Ibu Dan Bapa

Soalan

Apakah hukum jika seorang anak ingin berjihad dalam peperang,sedang ibu dan bapa tidak membenarkan dan merestui...

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Redha Allah itu ada adalah di bawah reda kedua ibu bapa. Sekiranya kedua ibu bapa tidak meredhai perbuatan anak maka setiap perbuatan si anak itu tidak mendapat redha dari Allah swt.
Ini kerana menjaga kebajikan orang tua adalah lebih penting, Selagi mereka hidup berbaktilah kepada kedua ibu bapa demi mendapatkan syurga Allah swt. Tidak ada yang lebih penting selain membalas setiap jasa dan pengorbanan ibu bapa yang selama ini banyak berkorban demi membesarkan seorang anak yang mana harapan mereka tidak lain hanyalah ingin disayangi oleh anak-anak dan kebajikan mereka dijaga.

Teguran Ke Atas Solat

Soalan

Assalamualaikum...
Bagaimanakah caranya untuk menegur orang yang lebih dewasa daripada kita... terutamanya bahagian solat dan wuduk... dimana, selama orang dewasa tu solat atau berwuduk sepanjang hidupannya terdapat kesalahan2 y jelas salah... Mohon, minta bimbingan???

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam hal ini, Panel merasakan apa yang boleh anda lakukan ialah dengan meminta bantuan imam atau ustaz yang turut bersama-sama berjema’ah di masjid/surau tersebut untuk menegurnya.
Ringkasnya, carilah orang yang ‘alim dan disegani di tempat tersebut untuk menegurnya kerana ia lebih sesuai. Wallahu 'alam.

Puasa Nazar Dan Bayaran Fidyah

Soalan

Assalamualaikum wbt.. Saya ada 2 soalan:
1) Saya ada pernah berniat untuk puasa nazar pada satu masa dulu.Tetapi saya masih belum tunaikan puasa nazar tersebut. Saya sudah lupa sebab saya bernazar dan berapa hari untuk puasa nazar.Apakah yang perlu saya buat?
2) Saya ingin membayar fidyah jikalau masih ada lagi puasa ramadan yang saya tidak gantikan (seingat saya sudah ganti semuanya).Bagaimanakah perkiraanya?bagaimana pula dengan puasa?Berapa hari yang saya perlu puasa?
Terima kasih.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Hukum melaksanakan nazar adalah wajib. Oleh itu, sekiranya anda telah terlupa mengenai puasa yang telah anda nazarkan, anda perlu membayar kifarah nazar bagi menebus nazar tersebut.
Kifarah nazar adalah seperti berikut:
a.  Memberi makan kepada 10 orang fakir miskin, atau
b.  Memberi pakaian kepada 10 orang fakir miskin, atau
c.  Memerdahekakan seorang hamba yang mukmin, atau
d.  Berpuasa 3 hari. Bagi Mazhab Syafi’i tidak disyaratkan secara berturut-turut.

Sila rujuk kepada Pusat Pungutan Zakat atau Baitulmal yang berdekatan untuk membuat bayaran tersebut.

2.         Jika puasa tersebut telah diqadha’kan sebelum tiba bulan Ramadhan yang baru, maka anda tidak dikenakan dengan apa-apa fidyah.
Mengenai bilangan hari yang perlu diqadha’kan, ia adalah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Jika tertinggal 3 hari, maka wajib mengqadha’ sebanyak 3 hari juga. Ringkasnya, bilangan hari yang perlu diqadha’kan tidak akan berganda sekalipun selepas 4 atau 5 tahun ditinggalkan tetapi masih belum mengqadha’nya lagi. Walau bagaimanapun, yang digandakan hanyalah bayaran fidyah sahaja (1 hari 1 cupak beras). Sila dapatkan maklumat lanjut mengenainya di Baitulmal atau di Pusat Pungutan Zakat yang berdekatan. Wallahu 'alam.

Saturday, June 9, 2012

Makmum Terkemudian


Soalan

Bagaimanakah cara yang betul untuk seseorang yang ingin menjadi makmum kepada seseorang yang sedang solat bersendirian. Cuit dulu baru takbir atau takbir dulu baru cuit.

Jawapan

Waalaikumussalam,
Menurut para sarjana dalam ilmu fekah mengatakan bahawa , kaedah yang paling betul bagi makmum yang ingin mengikut imam ialah dengan cara bertakbir dahulu kemudian baharulah dicuit imam.Ini  bagi tujuan sebagai tanda yang dia sedang mengikuti  imam.
Andaikata  jika makmum cuit badan imam dahulu kemudian baharu dia  takbir, sebenarnya  dia telah mengganggu kekusyukan imam.Hukumnya haram dan berdosa.
Justeru panel nasihatkan agar anda ikut kaedah yang telah disyorkan oleh ulamak fekah.Mudah-mudahan  berjemaah anda akan diterima oleh Allah SWT.Wallahu a'lam.

Hubungan Suami Isteri Tanpa Persetubuhan Hanya Oral Sex.


Soalan

Saya telah berumahtangga selama 11thn, dan suami tidak pernah dapat memberi nafkah batin yg sempurna. suami saya tidak dpt melakukan persetubuhan kerana dia akan climaks dgn cepat tanpa sebarang penetrasi. oleh kerana itu hubungan kami tlh menjadi dingin. Hubungan kami suami isteri hanyalah melalui oral sex. Dan saya tidak dapat lagi bertahan dgn hubungan ini. apakah yg harus saya lakukan? bolehkah saya buat tuntutan cerai fasakh?

Jawapan

Waalaikumssalam,
Apabila seseorang lelaki itu berkahwin dengan seorang perempuan maka adalah menjadi tanggungjawabnya untuk  memberi nafkah kepada isterinya.Nafkah itu terbahagai kepada dua iaitu:
1.Nafkah zahir ,dan
2.Nafkah batin
Jika nafkah batin yang menjadi masalah maka pertama sekali, panel ingin menasihatkan agar suami puan segera berikhtiar untuk berubat dengan  mana-mana pakar sama ada tradisional  atau mendapatkan rawatan  Doktor Islam  yang berkaitan dengan  tenaga batin.
Sehubungan dengan itu mereka akan merawat  kes ini mengikut tahap ilmu yang dimiliki. Setelah berusaha dan berikhtiar beberapa lama, didapati  syahwat dan alat kelaminnya suami masih juga kurang berfungsi @ tidak menunjukkan sebarang perubahan, maka ketika itu si isteri boleh berbincang dengan suami untuk mengambil pendekatan bercerai secara fasakh.
Panel nasihatkan agar puan memberi peluang untuk suami buktikan kesemua cadangan ini telah diikuti baharulah dicari jalan lain iaitu cerai secara fasakh.Walalhu a'lam.

MENONTON VIDEO SEKS


Soalan

APAKAH HUKUMNYA KALAU MENONTON SEKS SEBAB SAYA SUDAH KETAGIH MENONTON VIDEO SEKS.BAGAIMANA MAHU ATASI MASALAH BEGINI? APAKAH AZAB BAGI ORANG YANG MENONTON VIDEO LUCAH ATAU SEKS?

Jawapan

Waalaikum ussalam,
Menurut Islam Hukum menonton video seks itu adalah haram.Perasaan ketagih ini timbul disebabkan anda terlalu kerap menonton videa seumpama itu.Dalam waktu yang sama anda gagal untuk mendidik diri dan iman anda daripada perkara-perkara yang dilarang oleh syarak.
Bagi mengatasi perkara tersebut para sarjana dan ulamak fekah telah menyediakan  kaedah yang paling praktikal untuk diikuti iaitu:
1.Berkahwin bagi yang telah bersedia dari segi fizikal,kewangan,mental dan emosi
2.Jika tidak dapat laksanakan yang pertama anda perlu berpuasa bagi tujuan untuk mengendurkan nafsu
3.Melibatkan diri dengan aktiviti sukan dan rekreasi
4.Melibatkan diri dengan usrah atau persatuan-persatuan yang sekaligus  fikran anda tidak akan tertumpu kepada seks dan gambar lucah.
Azab @ kesan bagi yang menonton video lucah ialah:
1.Allah tarik seri di wajahnya
2.Rezki disempitkan
3.Allah bentuk titik-titik hitam di hatinya setiap kali dia tengok  video seks
4.Tayangan Gambar seks akan dipancarkan di padang mahsyar  ketika  berhimpun di hari Qiamat kelak.
5Kesan berdosa tetap ada sehingga doanya kurang dimakbulkan oleh Allah SWT.
Justeru panel nasihatkan agar anda segera bertaubat nasuha (sungguh-sungguh) kepada Allah,mudah-mudahan niat anda diterima dan dosa anda diampunkan.Wallahu a'lam

Soal Agama Islam


Soalan

Selepas saya melakukan onani,ada setitik cecair yang melekat keluar dari zakar saya.adakah itu air mani atau air mazi?

Jawapan


Waalaikumussalam,
Melancap atau onani itu ialah mengeluarkan air mani secara paksa dengan tangan. Hukum beronani atau melancap itu adalah haram dan berdosa besar.Mereka yang telah melakukan hendaklah segera bertaubat.Mohon keampunan kepada Allah SWT.Panel nasihatkan agar anda jangan sekali-kali mengulanginya.Para sarjana fekah telah menyediakan jalan yang paling praktikal bagi mengatasi perkara ini dengan kaedah berikut iaitu:
1.Berkahwin bagi mereka yang telah bersedia dari segi fizikal, mental, emosi dan kewangan
2.Jika tidak mampu lakukan puasa sunat yang bertujuan untuk mengendurkan nafsu serakat
3.Cuba libatkan dengan aktiviti sosial yang secara tidak langsung anda kurang memberi tumpuan kepada melancap.
4.Bersukan atau beriadah
Berdasarkan kepada soalan yang dikemukakan ternyata yang melekat keluar daripada zakar anda itu ialah air mani.Justeru anda kena mandi wajib bagi menghilangkan hadas besar.
Panel mohon supaya anda lakukan taubat nasuha (sungguh-sungguh) DENGAN KADAR SEGERA DAN BERAZAM  tidak akan  mengulangi dan menyesal di atas perbuatan yang telah dilakukan selama ini.Seterusnya berusaha  meninggalkan perbuatan yang terkutuk itu untuk selama-lamanya.Wallahu a'lam

Mimpi Digigit Lipan Yang Banyak


Soalan

Tanda apa mimpi digigit lipan ini ?

Jawapan

Mimpi ada kalanya lintasan yang pernah dikhayalkan pada masa lalu. Ada kalanya kurniaan daripada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Ada pula yang datang daripada syaitan. Sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wassalam maksudnya:
“Jika seorang di antara kamu bermimpi yang menyukakan, ia adalah daripada Allah. Sebab itu pujilah Allah kerana mimpi tersebut dan bolehlah diceritakan kepada orang lain. Jika sebaliknya (mimpi yang dibenci), ia adalah daripada syaitan. Mohonlah perlindungan kepada Allah dan janganlah diceritakan kepada seseorang pun kecuali mimpi tersebut tidak mmendatangkan bahaya kepada kamu.”
(Hadith diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abi Sa’id).

Oleh itu, berasaskan kepada maksud hadith di atas jelaslah bahawa mimpi tersebut adalah gangguan daripada syaitan yang ingin mengganggu diri anda.
Oleh yang demikian, anda perlu lebih berhati-hati dengan  membuat persediaan yang rapi untuk menghadapi kerenah syaitan ini. Antara amalan yang boleh anda lakukan ialah membaca Al-Quran dan jadikan amalan membaca ayat Kursi sebelum tidur. Pohonlah perlindungan dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala daripada gangguan dan ancaman syaitan. Wallahu 'alam.