Wednesday, February 29, 2012

Ustaz Bantulah Saya,sya Menyesal Dgn Ap Yg Dh Sya Lakukan

Soalan
Ada x cara untuk ank itu dinasab kan kepada bapanya jika ank itu telah wujud sebelum akd nikah

Jawapan

Dalam kes ini, anak tersebut tidak boleh dinasabkan kepada bapanya kerana ikatan nasab mereka berdua tidak diiktiraf oleh Syarak. Malah Syara' tidak menerima apa jua cara yang lain untuk menjadikan anak tersebut boleh dinasabkan kepadanya.
Dalam persoalan ini, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda, maksudnya:
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu, sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
“Anak adalah bagi (pemilik) hamparan. Bagi penzina pula ialah Al-Hajr"
(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Ringkasnya, tidak ada cara yang lain yang diiktiraf oleh Syara' untuk menasabkan seseorang anak kepada bapanya melainkan melalui aqad nikah yang sah sahaja. Wallahu 'alam

1 comment:

  1. bagaimana saya hendak mengemukakan soalan kepada blog ini? saya hendak bertanya juga tapi saya tidak tahu macam mana saya nk hantar pertanyaan saya seperti di ats.

    ReplyDelete