Soalan
Bagaimanakah kaedah mengerjakan solat gerhana?
Jawapan
Wa'alaikumusSalam Wa RahmatulLahi Wa Barakatuh.
Saudara yang dirahmati Allah s.w.t.,
1. Solat gerhana juga dikenali sebagai solat Khusufain. Khusufain bermaksud 2 gerhana iaitu gerhana bulan dan gerhana matahari. Hukum mengerjakannya adalah sunat muakkad.
2. Waktu mengerjakan solat gerhana matahari adalah dari timbul gerhana itu sampai matahari kembali seperti keadaan biasa atau sampai terbenam. Bagi solat gerhana bulan pula, ia boleh ditunaikan mulai dari terjadinya gerhana itu sampai terbit kembali, atau sampai bulan nampak penuh.
3. Kedua-dua solat ini boleh dikerjakan dengan dua kaedah berikut :
i) Solat dua rakaat seperti mana solat biasa. Boleh dilakukan secara bersendirian, tetapi lebih utama dilakukan secara berjemaah, atau
ii) Solat 2 rakaat dengan 4 kali rukuk dan 4 kali sujud. Pada rakaat pertama sesudah rukuk dan iktidal, bacalah surah al-Fatihah lagi, kemudian terus rukuk sekali lagi dan iktidal lagi, kemudian terus sujud sebagai mana biasa.
- Rakaat kedua dilakukan seperti pada rakaat pertama. Hal ini menjadikan solat gerhana itu mempunyai 4 kali rukuk, 4 kali membaca al-Fatihah dan 4 kali sujud.
iii) Bacaan surah al-fatihah dan surah-surah lain dalam solat gerhana bulan boleh dinyaringkan, sedang dalam solat gerhana matahari tidak boleh dinyaringkan. Pada tiap-tiap rakaat disunatkan membaca surah-surah panjang.
iv) Boleh juga dilaksanakan seperti kaedah mengerjakan solat sunat biasa iaitu 2 rakaat dengan 2 rukuk.
v) Lafaz niat bagi solat sunat gerhana bulan :
"Usolli Sunnatalkhusufi Rak'ataini Lillahita'ala" - Aku solat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Ta'ala.
vi). Lafaz niat bagi solat sunat gerhana matahari :
"Usolli Sunnatalkusufi Rak'ataini Lillahita'ala" - Aku solat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala.
Sekian, Wallahu'alam.

No comments:
Post a Comment