Soalan
Assalamulaikum saya yang bernama di atas ingin bertanya peraturan solat , saya kerja solat dgn duduk, saya boleh berjalan dan berdiri tapi saya tidak boleh bersujud atau berdiri terlalu lama , jadi saya sembahyang duduk saja dari awal sampai akhir
Jawapan
Waalaikumussalam,
Islam itu mudah, ia tidak akan menyusahkan umatnya termasuk ketika melaksanakan ibadah solat.Jika seseorang itu uzur disebabkan oleh penyakit, maka Islam diharuskannya untuk solat dalam keadaan duduk.jika dalam keadaan duduk pun dia tidak mampu melakukan maka dia boleh melaksanakan solat dalam keadaan baring, tetapi jika tidak mampu juga maka dia boleh menggerakan kelopak mata.Itulah keringanan yang telah diberikan oleh Allah kepada umat Nabi Muhammad SAW.
Berbalik kepada kes yang sedang anda hadapi sekarang,anda boleh solat dalam keadaan duduk di atas kerusi.Tetapi dengan syarat sebelum solat arah tempat duduk tersebut mestilah se arah kiblat.Mulakan solat dengan mengangkat takbir dan niatlah solat mengikut waktu solat.Semasa rukuk tundukkan sedikit kepala anda, ketika sujud rendahkan lagi aras kepala supaya tidak sama aras semasa rukuk. Begitulah perbuatan dalam solat sehinggalah anda selesai menunaikan solat dan memberi salam. Wallahu a'alm.

No comments:
Post a Comment