Soalan
Apakah hukum berselawat keatas nabi? wajibkah menyebutnya dengan bertajwid?
Jawapan
Berselawat ke atas Nabi saw adalah satu tuntutan ke atas Muslimin dan Muslimat. Malah, ia adalah amalan yang dilakukan sendiri oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan para malaikatnya, kemudiannya Allah Subhanahu Wa Ta’ala memerintahkan ke atas umat Islam supaya turut memperbanyakkan selawat ke atas Junjungan Besar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam.
Hal ini ada dinyatakan di dalam firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam);, wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya”.
(Surah Al-Ahzab 56)
Berselawat ke atas nabi adalah satu ibadat. Oleh itu, ia hendaklah disebut dan dibaca dengan betul dan menepati kaedah penyebutan huruf Arab (makhraj yang tepat) dan ia bukanlah satu bahan senda gurau yang boleh dibuat sekadarnya sahaja (main-main). Ringkasnya, ia perlu dibuat bersungguh-sungguh dan dengan hati yang ikhlas demi untuk mendapatkan syafaat Nabi pada Hari Akhirat esok. Wallahu 'alam

No comments:
Post a Comment