Monday, May 27, 2013

Solat Yg Perlu Diqada Ketika Haid

Soalan

Salam, ustaz.
Saya ingin bertanya mengenai haid. Ustaz, sekiranya haid bermula pd pertengahan waktu solat ( waktu zohor pkol 1330hrs, haid pkol 1500hrs. Oleh sebab lambat menunaikan solat zohor, maka solat zohor tak dpt ditunaikn.) adakah ia dikira telah meninggalkan solat zohor dan perlukan ia di qadakan setelah suci dari haid?
Mohon penjelasan ustaz. Syukran..

Jawapan

Waalaikumusalam,
Solat yang sengaja ditinggalkan sedangkan waktu telah masuk adalah berdosa.Justeru sewajarnya anda ganti semula setelah  haid kering dan anda sudah mandi hadas.Perkara ini berdasarkan hadis baginda saw,
"Hendaklah menunaikan solat  fardu di awal waktu"
Panel nasihatkan agar anda ganti kembali solat yang anda lewat sempurnakan sehingga anda datang haid pad jam 3 ptg tempohari.Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment