Soalan
Assalamualaikum..
Saya ingin mendapat kepastian dari pihak tuan untuk menghilangkan keraguan saya.soalan saya:
Saya dilahirkan dengan tiada tangan kiri iaitu dari bawah siku hingga jari dan saya telah berkahwin.baru-baru ini,saya ditimpa kemalangan,patah tangan kiri dan telah menjalani pembedahan(tangan kiri masuk dawai besi) dan dibalut dari paras ketiak hingga hujung tangan(perlu dicuci selang dua hari).bagaimana untuk saya mandi wajib dan berwuduk bagi orang kurang upaya seperti saya?

Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, cara untuk anda mandi wajib dan berwudhu’ adalah sama seperti orang normal yang lain.
Ringkasnya, untuk mandi wajib anda perlu mulakan mandian tersebut dengan niat mengangkat hadas besar dan meratakan/menyampaikan air ke keseluruhan badan anda (anggota yang zahir). Manakala bagi berwudhu’ pula, semua anggota wudhu’ mesti dikenakan air. Bagi tangan kiri tersebut, jika bahagian siku masih ada lagi, ia wajib dibasuh/dikenakan air. Jika tiada, anda hanya perlu kenakan air pada bahagian bawah tangan tersebut sahaja.
Panel menasihatkan supaya anda berjumpa dengan imam atau ustaz/ustazah yang berada berhampiran dengan tempat anda untuk dapatkan kepastian yang lebih terperinci (jika tidak memahami maksud penerangan di atas). Wallahu 'Alam.

No comments:
Post a Comment