Saturday, May 18, 2013

Adakah Jatuh Talak?

Soalan

Assalamualaikum ustaz.. Disini saya ingin bertanya.. Baru-baru ini saya dan isteri bertengkar melalui khidmat pesanan ringkas(SMS).. Isteri saya mengugut saya ingin melakukan perkara yang tidak baik.. Saya menyatakan padanya,daripada berkelakuan begitu baiklah menuntut 'CERAI' tanpa niat apa-apa. Adakah kata-kata saya dalam khidmat pesanan ringkas(SMS) itu menyebabkan jatuh talak ustaz? Mohon penjelasan ustaz.. Saya musykil.. Terima kasih..

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
kata-kata yang anda tulis dalam sms tersebut tidak menyebabkan terjatuhnya talaq ke atas isteri anda. Ia bukan lafaz talaq.
Walau bagaimanapun, sila rujuk sms tersebut kepada Pejabat Agama Daerah yang berhampiran untuk dapatkan penjelasan yang lebih terperinci. Wallahu 'Alam.

No comments:

Post a Comment