Soalan
As-salam, ketika solat asar rakaat pertama, saya takbiratuihram selepas
imam, maknanya saya bukan masbuq. Tetapi oleh kerana kelalaian, saya
lambat membaca fatihah. Imam telah rukuk tetapi saya meneruskan bacaan
fatihah hingga iman bangkit dari rukuk baru saya rukuk. Soalan saya,
adakah saya telah dikira masbuq ketika itu dengan perlu menggantikan
satu rakaat sebaik imam selesai memberi salam di rakaat ke-4 ?
Jawapan
Assalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam keadaan ini, anda tidak perlu untuk menambah satu rakaat lagi kerana anda bukan jemaah yang masbuk. Hal ini kerana anda sempat untuk membaca surah Al-Fatihah dan ruku’ sebelum terpisah dengan imam sebanyak 2 rukun/perbuatan solat yang panjang (sebelum imam duduk di antara dua sujud).
Ringkasnya, anda sempat untuk mendapat rakaat tersebut. Dari itu, ia tidak perlu untuk dilakukan lagi. Wallahu 'Alam.

No comments:
Post a Comment