Saturday, May 18, 2013

Cara Betul Jawab Salam

Soalan

Assalamualaikum, adakah kedua2 cara ini boleh dipakai utk menjawab salam, Waalaikumussalam dan juga Waalaikumsalam.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Mengenai menjawab salam, kita perlu menjawabnya dengan sempurna dan menjaga sebutannya agar tercapai tuntutan menjawab salam tersebut.
Oleh itu, jawapan salam yang paling sempurna dan tepat ialah “Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh” dan bukannya “Wa'alaikum Salam Warahmatullahi Wabarakatuh”.

Nota:
Sila lihat pada huruf yang dicondongkan. Ia sering diabaikan oleh kebanyakan masyarakat Islam pada hari ini terutamanya di negara ini.
Bersamalah kita perbaiki lagi amalan sunah memberi dan menjawab salam di dalam masyarakat Islam di negara ini. Moga kita semua akan dirahmati Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Insya’-Allah. Wallahu 'Alam.

No comments:

Post a Comment