Monday, May 27, 2013

Baju Anak Bercorak Kartun

Soalan

Anak2 saya 8 thn n 6 thn amat suka kartun dora, barbie dan angry birds. saya kerap membeli baju muslimah dengan gambar dora dan barbie. adik ipar saya melarang katanya haram memakai baju ada gambar kartun. dia mencadangkan beli baju muslimah gambar gadis2 comel bertudung. salahkah saya? adakah kedua-dua kami salah sebab kedua-dua baju ada gambar kartun cuma berbeza karektor?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum memakai baju yang bercorak sama ada bergambar binatang dan seumpamanya  adalah makruh.Sekiranya baju tersebut mempunyai gambar  besar berlogo salib @ syaitan seeolah-olah sipemakainya mengagung-agung gambar tersebut maka adalah haram untuk memakainya.
Justeru panel sarankan  adalah lebih baik carilah baju yang mempunyai corak seperti pemandangan,sungai,lautan atau pokok-pokok  untuk dipakai.Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment